Sabtu, 12 Mac 2011

Pre Match : Fa Cup sebagai insurans


Kedua-duanya mengalami minggu yang suram. Kecederaan, kekalahan, penyingkiran kekecewaan. Maka sebab itulah pertembungan tradisi ini akan disambut dengan penuh emosi kerana setiap kali Arsenal dan Manchester United berentap tidak kira dalam apa jua kejuaraan, ia adalah suatu acara yang istimewa.Bagi kita di sini selain penyokong masing2, ia boleh menjadi bahan pembuka bicara, bahan bertegur sapa, bahan jenaka dan jadi bahan. 2 pesaing terapat BPL akan bermatia-matian meneruskan hayat dalam saingan FA Cup sebagai insuran. Ia jugak boleh jadi kelebihan psikologi ketika mereka akan bertemu kembali di Emirates hujung musim nanti.

Bertempat di Old Trafford, United kini menjadi pilihan pundit2. Tapi tekanan dikongsi bersama kerana Arsenal kini tinggal 2 peluang piala untuk melenyapkan sesawang di kabinet, manakala United pastinya ingin mengelak 3 kekalahan berturut2 kepada musuh2 utama Chelsea, Liverpool kemudian Arsenal dan juga perlu elaksebarang replay . Jika seri, replay mungkin akan diadakan pada hari Jumaat ini suatu yang pasti tidak disenangi oleh Fergie kerana pertengahan minggu ini mereka perlu melayan kunjungan Marsseille dalam UCL ketika Wnger mempunyai tempoh seminggu untuk membuat persediaan.

Kecederaan agak ketara tapi seimbang di kedua2 belah pihak. .Menariknya bagi Arsenal pemain2 seperti Ji Sung Park, Nani dan Anderson yang sering mengacau barisan tengah kita tidak mampu diturunkan.Walaupun tanpa Fabregas, inilah masanya barisan tengah kita mengeksploitasi dengan kekreatifan yang ada pada Wilshere Nasri dan Arshavin walaupun Fletcher Scholes dan Giggs menanti.Ketiadaan Song mungkin terpaksa diisi oleh Denyboy melihat pada ketidakupayaan Diaby menjadi pelindung ketika kita dibuli Barcelona. Dan aku berharap untk kali ini , Wenger mengubah taktik dan mempunyai plan lain buat ARsenal, biarlah 2 orang striker bergandingan pada ketika tembok United tampak goyah tanpa Rio.Vidic kembali, Evans kembali di bangku simpanan tapi dengan Brown atau Smalling yang tak up standard, Chamakh/Bendi yang bergandingan dengan RVP boleh menjadikan pasangan Vidic itu sebagai lubang lubuk.Aku rasa dan yakin malam ini kita boleh mencipta sesuatau.Ini peluang terbaik untuk kita sekali lagi mengejutkan United. Setiap kali mereka tersadung terhantuk tersembam, ada saja ketika bertemu Arsenal mereka jadikan medan untuk bangkit bagai singa lapar dan akibatnya Arsenal yang terpaksa menanggung caci maki media.Tiba2 Arsenal menjadi sasaran transfer debit. Tapi malam ini tidak lagi, buktikanlah wahai para pemain Arsenal, ini malam malam kita!

---------------------Almunia-----------------
Sagna---------Johan-----Koscielny----Gibbs
----------------Denyboy--------------------
---Nasri------------------Wilshere---Andrei
----------Bendi/Chamakh---RVP-----------


Astro 1.15 am. United 1 Arsenal 2.


Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: