Ahad, 13 Mac 2011

Post Match : Lengkap, 3 impian Wembley ranap


Bernafas..bernafas...Johan masih bernafas tapi nafas Arsenal kini  digambarkan sama sepertinya dalam gambar di atas, hidup segan mati tak mau. Apa yang dikhuatiri telah pun terjadi. Worst case scenario yang diwaspadakan menjadi kenyataan apabila satu lagi impian ke Wembley punah di mana United lebih bijak menggunakan peluang menewaskan kita dengan 2 bijik tanpa balas. 3 impian podium Wembley musnah dalam masa 12 hari, Piala Liga, liga juara2, dan kini FA .Habis semua jari jemari telah digigit tak tau nak gigit apa lagi.

Kita bukan sahaja tewas, tetapi tewas kepada sebuah barisan yang bukan terbaik pun(atas kertas) dari United! Sedang di atas kertas barisan kita dilihat lebih berkeupayaan tapi game plan dan taktikal Fergie lebih menjadi dari Wenger.Barisan rojak tengah mereka tetap nampak seimbang dan Va de Sar antara watak penting yang mengecewakan Arsenal. Bagi Arsenal pula, satu persembahan yang teruk pada awalnya, tak ada pattern dan hala tuju sehinggalah dah kena dua bijik.Persembahan yang boleh diibaratkan seperti sudah terhantuk baru tergadah. Aku masih tak paham apa motif 2 orang holding midfield dalam Double D.Ada pemain yang seperti tidak ambil kisah bagai boleh bersiar2 di taman, lazy leg. Nasri dan Arshavin tidak seperti biasa.RVP pulak boleh tibe2 sepi terutama di babak kedua.Kehilangan Bendi pulak entah menjadi misteri.Kita merintih2 meronta2 Wenger untuk melakukan pertukaran, Chamakh dimasukkan memberi option fizikal tapi kadang kala menyirap bandung jugak tengok dok asyik nak passing2 member kalau move forward takpe ini time counter pun boleh nak passing2 belakang lagi.

Okla jugak sebab kemasukan Camak membuatkan Sagna lebih banyak crossing tapi sayangnya satu pun tak disambut dengan mesra oleh rakan2. Sepatutnya kalau dari awal lagi kita ada susuk tubuh dalam kotak penalti, bukan Arsenal yang tengah kejar game. Kita bukan sahaja tak stabil , tak seimbang depan belakang, kita jugak kehilangan kaliber seorang fox in the box.. Taktikal Wenger untuk mengharapkan RVP seorang diri tidak menjadi kali ini.Cara kita bolos pun agak sloppy - kalau yang sedap tu namanya slurpee -,lack of awareness dari Koscielny yang membiarkan Fabio boleh mencelah, Almunia pasti kecewa setelah bersusah payah menjalarkan ketiaknya.Gol kedua adalah tipikal pembolosan dari Arsenal, setelah double save dari Van De Sar, United melakukan counter attack dan pertahanan kita yang kelam kabut tak sempat nak regroup, apa lagi, berterabur..soft goal yang dilepaskan tapi cukup untuk memahat paku karat pada setiap hati pemain Arsenal.

Hanya seorang sahaja pemain yang nampak bernafsu tak lain tak bukan Jack Wilshere.Sentiasa berlari dengan tujuan, ada di mana2 dan nampak bersemangat.Kredit juga harus diberikan pada Almunia yang gua selalu kecam kerana dalam 2 game besar ini , dia mampu mengurangkan kemaluan Arsenal walaupun tak dapat membantu mempertahankan gawang.Memang kita perlukan pemain untuk step up mengisi kekosongan rakan2 yang meninggalkan peluang untuk rakan2 lain pulak merasa kalah menang bersama. Cameo dari Rambo buat pertama kali sejak tragedi Britania hanyalah sekadar senyuman dalam duka. Tambah lagi kita bakal pulak hilang Johan pada ketika baki saingan liga amat penting kali ini.Begitulah nasib Arsenal, semakin hampir, tapi semakin jauh. Harap tak akan jadi satu mental block pada para pemain.Minggu Internationaleleh akhirnya datang tepat pada masanya, membiarkan para pemain balik kampung clearkan otak dan pulang dengan semangat serta cabaran baru 2 minggu dari sekarang.

Ini jugak masanya untuk kita sebagai penyokong Arsenal berehat dan melupakan segala kekecewaan yang dialami dalam tempoh 2 minggu yang perit ini. See you in May nanti, tak dapat di Wembley, di London pun boleh lagi, pilih lah sama ada di Fulham ataupun di Emirates nanti nak berimpian naik podium. Tapi terlebih dahulu ranjau yang mendatang harus ditangani dengan smart dan sabar.Memang perit jadi penyokong Arsenal, tapi lagi perit kalau kita sokong Arsenal tapi kita tak nak bersama ketika saat2 mereka memerlukan kita.Walau frust macam manapun aku tau dan yakin di sudut hati anda sekalian ada tersimpan perasaan cinta  yang mendalam pada Arsenal yang hanya tunggu masa untuk diluahkan.Regroup2!!!.


7 ulasan:

missnadira berkata...

okey..da baca post ni.da bole pergi tidur..thnx gnr..:P

Amjat berkata...

gNr, asal main banned plak kat komen shoutbox? aku arsenal mahhh

Gunners & Roses berkata...

Salam saudara amjat.. minta maaf bebenor lee ada salah paham mungkin,shoutbox di luar kawalan aku. Tak pernah pulak aku nak masuk akaun tu untuk ban sesiapa.Takpelah, nanti aku cakap dengan tuan empunya akaun.diminta bersabar dan terus memberi sokongan.tq.

Gunners & Roses berkata...

Nampaknya gua sedikit mamai..internationaleleh hadir minggu depan, minggu ni kita masih ada West Brom untuk dilayan..cantek....

razlan ab razak berkata...

dahsyat btol tahap positif kau gnr..respek aku...

Labrat berkata...

senyum dalam kesedihan.. masih ada 2 peluang. EPL & perisai komuniti. hahaha

Amjat berkata...

tenkiu gnr dah enable aku blk...i love u laa...hadee ke ban aku?hehe..