Selasa, 22 Mac 2011

Luahan Hati...Jom imbau lagenda terdahulu..

Salam..

Walaupun sudah lebih dari 60jam detik-detik tensi berlalu yang menyaksikan kita seri muka dengan clubing wesbrom, rata2 ramai yang masih tidak puas hati dengan keputusan tersebut. LUAHAN HATI yang membuak-buak ini menggambarkan betapa kecewanya peminat bukan sahaja di Malaysia, tetapi di se-antero Dunia..Mungkinkah sesuatu perubahan bakal berlaku nanti..Apakah tindakan AW selepas ini? Apakah tindakan BOD selepas ini? Apakah Fabregas akan pergi? Apakah Lehman akan dimasukkan dalam starting 11 for the next game? Semua persoalan ini bakal terjawab selepas minggu ini berarak pergi dik kerana perlawanan internasionaleleh...

JOM, lupakan segala detik-detik pilu..moh kita kembali ke zaman dulu..

Dahulunya kita mempunyai barisan terminator, gladiator, predator, escalator dan menTOR yang masing-masing mempunyai kalibernya yg tersendiri. Lihat sahaja Bergkamp yang digeruni ramai akan remosnya yg selalu menyambau masuk bola2 hantaran lintang Ljunberg mahupun Pires yang x lekang dengan skills masing2. Begitu juga Vierra mahupun overmars yang terkenal dengan lorongan2 cantik melepasi lawan untuk disudahkan Lagenda Highbury, Thierry Henry..X cukup dengan itu, kita juga punyai Orang Laut (seaman) yang besar gedabak dan bersuara lantang untuk mengemudi barisan gawang goal. Nama-nama seperti Tony Adam, Winterburn, Campbell, Toure, Lauren jelas menggambar barisan pertahan kita suatu ketika dahulu dipenuhi dengan the beast master yang x lekang dgn asakan lawan..

Akan tetapi, bila malam silih berganti..bermula dengan fabregas sebagai perintis..banyak muka-muka baru yang dilihat mewarnai squad senior..bercakap pada media suatu ketika dahulu, Wenger pernah berkata bahawa squad yg beliau ada sekarang sangat matang dan serasi namun beliau perlukan pelapis untuk di kemudian hari. Bermula pada itu, datanglah beberapa muka baru seperti Van Persie, Reyes, Adebayor, Diaby, Eboue, Sagna, Rosicky, Denilson, Ramsey, Koscekni, Sikulaci, Fabianski, Eduardo dan sebagainya..

Namun, eksperimennya agak sukar menemui kejayaan yang cepat dek kerana keberangkatan MenTor2 yang lebih awal dari jangkaan..mungkin polisinya yang hanya melanjutkan contract setahun sekali utk pemain2 lebih usia membuatkan squad de-invisible yg diharapkannya menjadi mentor, hilang satu per satu. Bermula dgn Vierra, disusuli Pires, seterusnya Ljunberg, Henry, Toure, Campbell, dan pesaraan Bergkamp..

Eksperimen beliau sebenarnya sangat berjaya kerana kita sentiasa disajikan dengan permainan yang menarik dan mutu persembahan yang enak dilihat. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa kita sebenarnya mempunyai squad muda yang sangat-sangat promising. Namun, secara personalnya, berkemungkinan kurangnya watak2 lama dalam squad menyebabkan keidakseimbangan dalam kematangan dan konsistensi permainan kita. Mungkin itu juga yg menjadi titik tolak kelembapan yang berlaku.

Kenapa AW tidak mahu membeli player??? Jawapannya ialah dia lebih percayakan konsistensi dalam squadnya kerana pengalaman menunjukkan, squad yg dibina dahulu pernah suatu ketika mengemudi tahta. Akan tetapi, dek asakan peminat dan sememangnya lumrah peminat mahukan piala dan kejuaraan, beliau sedikit sebanyak tertekan dengan omongan semasa.

Apa-apapun yang berlaku..secara logik dan berpaksikan nyata, Arsenal sebenarnya kelab yang sangat-sangat seimbang dari segi keewangan, mutu permainan dan bakat jika dibandingkan dengan kelab-kelab yang lain. Akan tetapi, sekiranya tiada konsistensi untuk musim ini, nescaya AW akan melakukan rombakan yang besar penghujung musim ini kerana seperti adat orang berniaga, sekiranya plan yang dirangka tidak berhasil, maka suatu transformasi harus berlaku agar tidak dibelengu dengan kerugian yang berlipat ganda.

Apa2pun yang terjadi...GUN DOWN THE CRITICS, BUILT-UP THE SPIRITS....


1 ulasan:

Triplei berkata...

entry ko semua positif, susah nak cari die hard fan cam ko ni.

:)