Rabu, 30 April 2008

Gareth Barry..



Bg Arsenalysia, Gareth Barry adalah pembelian yg ideal since wenger x brapa ramai warga England dalam squad nya..Tambahan pula Gilberto dan FLAMSter dah mahu belah..Barry akan menjadi DM yg paling sempoi dan seswai untuk tengah arsenal..Amat berbaloi mengambilnya daripada mengambil player yg ntah ape-ape/youth..Barry seorang yg berbadan sasa dan sememangnya kuat dari segi daya ketahanan melawan penyakit (maksudnya jarang injured)..Tp melalui sumber yang tidak mahu namanya disebut, Barry seorang yg kuat Baran tp mempunyai strong Leadership..Furthermore, muke die seakan-akan Martin Keown..huhu..


Ralat..Dimitrov hanya khabar angin.

Sebentar tadi aku postkan berita Arsenal dah signed player Levski Sofia, tapi setelah diselidik ia mungkin hanya khabar angin sahaja.Klik di sini.

Sejauh manakah hebat budak ni sampai digosipkan sedemikian rupa? mm.. nampaknya kite terpaksa menunggu lagi...


Selasa, 29 April 2008

Arsenal Ikat Dimitrov?

Confirm?.Akhirnya Arsenal signed sayap kiri...

Berita dari Bulgaria "The Sofia Echo" menyatakan Arsenal telah mendapatkan persetujuan dan tandatangan Levski Sofia midfielder Nikolay Dimitrov dengan laporan perpindahan sebanyak £700,000 dan boleh meningkat ke £1 million.

Dimitrov,20 bermain sayap kiri dan dijangka menjadi pilihan utama mendahului Carlos Vela.Ini memberi option yang lebih dengan kecederaan Eduardo dan Rosicky yang injury prone.

Pemain antarabangsa Bulgaria itu pernah menjalani trial selama 15 hari di Arsenal awal tahun ini dan telah memikat pemerhatian Wenger.Namun nasib seorang lagi trainee Mputu masih samar.

Dimitrov dalam temubualnya berkata. "Its so exciting. The coaching staff are very kind and Arsenal are a very good team with good young player. I hope to lead Arsenal to as much silverware as possible but right now I must focus on my career."

Berita Officialnya akan diulas dengan lebih lanjut lagi kerana walaupun sumber dari Bulgaria ini kate kompom, Arsenal masih belum membuat sebarang pengunguman rasmi.

tarikh lahir 15 October 1987 (age 20)
Asal Rousse, Bulgaria
Tinggi 1.75 m (5 ft 9 in)
Posisi midfielder
Club information
Years Club App (Gls)*
2004- PFC Levski Sofia 82 (18)
National team
2006-
2008- Bulgaria U-21
Bulgaria
1 (15)


Berbaloikah Baloy

Defend tengah Panama Felipe Baloy cool jek dengan rumours die ke Arsenal.Berbaloikah?

Arsenal juga dikaitkan dengan seorang lg sayap Real Madrid Robinho.Tapi kemngkinan besar takkan jadi sebab ni bukan FM.Wenger tak mungkin sanggup kluarkan 20M untuk seorang jek.

Ognjen Vukojevic pengganti Flamini?

Penyokong Arsenal jangan panik sebab kite bakal sign Miralem Pjanic.heheh


FlaMINI MOUSE yang licik



Sebelum tu mintak maaflah sebab berite nie dah terlewat 24 jam tapi takpe, aku tunggu mase yang sesuai untuk postkannya.Flamini dah dikhabarkan akan menyertai AC Milan dengan kontrak 5 tahun sebanyak 20M Euro. Jika betul berita ni bukan khabar angin, Flamini memanglah Flamini yang dulu dan takkan berubah. Nak marah pun tak guna sebab perangainya memang dah camtu dari dulu lagi.Sejarah die masuk Arsenal pun dah ceritakan macam mana die reject kontrak Marseille dan join Arsenal free transfer.Kali ni, Wenger pulak kene tempelek kat muka sendiri dek kelicikan Flamini bermain tarik tali.Wenger sebenarnya tak berhasrat nak pakai Flamini pun dan hampir jual die kat Birmingham season lepas, tapi direject, so terpaksalah pakai sedangkan Wenger dah beli Diarra dan memang target die Diarra akan slow2 ganti Gilberto.Alih2 Flamini ni masuk antu ke ape tibe2 jadi power dan Wenger sukar wat keputusan untuk drop kan die ke bench.Memang tak dinafikan la die meningkat season nie dan dah jadi nadi utama partner dengan cesc kat tengah sampai Gilberto gigit jari.

Tibe bulan Januari si Diarra nie wat hal, tergile2 nak main seba takut nama tak tersenarai dalam skuad euro france.Jadi Wenger pun terpaksa la jual sebab player unsettled macam tu hanya akan menyusahkan keharmonian kelab.Lepas menatang Flamini bagai minyak yang penuh, bagi main, offer kontrak baru dengan harapan Flamini akan sign.. Flamini tibe2 bertekateki plak dengan Wenger..dan oleh kerana fed up die bagi mase sampai esok jek untuk sign kontrak.Kalau Wenger nampak perkara ni datang die takkan jual Diarra mase tu..Hanya sebab Flamini free transfer la die dikaitkan dengan kelab2 besar macam Bayern,Milan dan Juve kalau tak, ade ke kelab yang sanggup datang mengetuk pintu untuk bayar dengan harga 7 atau 8M.

Nah, sekarang Flamini dah berjaya jadikan Arsenal sebagai batu loncatan untuk mendapat tawaran yang lebih menarik lagi.Situasi nie dah mematuk batang hidung Wenger yang terpaksa kluarkan duit lebeh la nampaknya summer nie nak cari pengganti.Tapi kalau ade player macam ni, lebih baikla biarkan saje pergi..it's a win2 situation la.Cuma pengajaran buat Wenger, kalau nak lepaskan player biarla dengan harga yang mahal jgn bg free2 saje.Suruh diorg sign kontrak awal2.Buat Flamini, yang kebarangkalian nak pindah dah semakin tinggi, ingatlah bahawa player2 yang tinggalkan Arsenal dan berjaya selepas itu boleh dibilang dengan jari jek.


The SIX sensASIONAL



Arsenal membelasah Derby Country 6-2 di Pride Park awal pagi tadi.Terima kasih kepada hat-trick Adebayor, dan masing-masing satu gol oleh Van Persie, Bendtner dan Walcott. Menariknya, semua striker Arsenal berjaya menjaringkan gol.Tapi sepatutnya, jumlah gol boleh jadi lebih banyak kalau semua peluang x disia2kan.1st eleven yang telah aku postkan mase pre-match 99% tepat kecuali Bendtner starting menggantikan Adebayor. Derby bukanlah lawan yang setaraf dan merupakan pasukan paling teruk dalam sejarah EPL, tetapi 2 gol yang dijaringkan membolosi gol Fabianski menunjukkan kelemahan ketara Arsenal dalam defending set-pieces dan kelekaan di mana pemain2 hilang fokus sehinggaa Earnshaw menjaringkan gol ke-2.Fabianski agak ok untuk debutnye tapi perlukan lebih bnyk peluang pengalaman. Namun 20 minit pertama aku nampak macam bukan team Arsenal tapi macam KL Plus pulak aku tengok care diorang main.Derby lagi banyak menyerang.Lepas dapat gol first baru la nampak Arsenalnya sampai lah ke-2nd half yang menjadi hak milik mutlak.Van Persie digantikan oleh Adebayor kerana kecederaan dan mungkin terlepas 2 perlawanan penamat musim ini.Inilah peluang untuk Walcott lebih menyinar..



Fabregas masih belum mahu menyerah kalah.Ade peluang untuk menang liga?? "Probable, no. Possible, yes but we will need a miracle" Secara matematiknya ade tu memang ade, Arsenal menang baki 2 perlawanan manakala ManU dan Chelsea hanya mampu mengutip maximum 1 mate jek dr 2 perlawanan iaitu seri sekali dan kalah sekali; atau kalah 22. Boleh berlaku?? hahaha..bak kate Hasbullah Awang badan saya bulat..eh bola itu bulat.. heheh


Isnin, 28 April 2008

Arsenal vs Derby Country - Berapa gol malam ni?

Arsenal vs Derby Country boleh disaksikan Live di channel 812 ESPN 2.55am awal pagi besok.Selain dari keputusan menang adalah tidak masuk akal kerana anak buah Paul Jewell merupakan pasukan tercorot dan telahpun menempah tiket ke liga Championship musim depan.Arsenal tidak boleh bagi alasan walaupun ketiadann ramai tonggak sperti Hleb, Flamin, Sagna, diaby, dan RoSICKy.Inilah masanya pemain2 muda diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan andai kata serius untuk bersaing merebut tempat season depan.Wenger telah menyatakan sebelum ini bahawa dia mungkin akan menggunakan saki baki perlawanan musim ini sebagi peluang untuk merehatkan player2 utama yang kebanyakannya terlibat dalam kejohanan EURO08. Wenger juga menegaskan akan memberi peluang kepada Lukanz Fabianski penjaga gol muda,23 dari Poland untuk merasai pengalaman di EPL wlauapun Almunia telah diberitakan fit.Malam ini mungkin masa paling sesuai untuknya kerana Derby hanya baru mencapai 1 kemenangan saja musim ini.Aku jugak tak kisah kalau beberapa muka baru dari reserve team diketengahkan.Nacer Barazite mungkin berpeluang, 20 gol musim ini di reserve league, mungkin pemain belanda ini bakal menjanjikan sesuatu.Jadi untuk match pagi nanti, mungkin 1st 11 nie yang Wenger akan taruhkan.



Tapi aku lebih suka kalau Eboue main RB, Toure masuk ke posisi asalnya CB, Song bergandingan dgn Cesc di tengah, dan Denilson kiri,Walcott kanan.Hah!cukup untuk 7-0 mungkin.Di bench mungkin sorang dua player reserve seperti Barazite dan mungkin budak di bawah ni(Jack Wilshere,16 tahun,no 10)... sape tau kepala Wenger? Arsene knows..


Cesc Fabregas diberi penghormatan!



Di malam Gala PFA Award 07/08, bintang kesayangan Arsenal dianugerahkan Young Player of The Year award mengalahkan Torres, Micah Richards, Gabriel Agbonlaho Ashley Young dan ronaldo(x tau sape?).Fabregas yang juga disenaraikan dalam Team of The Year begitu berbangga dengan penghormatan yang diberikan dan tidak lupa mendidikasikan kepada rakan2 sepasukan kerana tanpa mereka die tidak mampu mencapai penghargaan itu katanya. Fabregas merupakan warga Sepanyol pertama yang merangkul anugerah itu.

Dalam team of The Year PFA 07/08 pulak, player Arsenal mendominasi dengan 4 daripadanya terdiri daripada Fabregas(tengah), Adebayor(striker), dan fullback memang jadi hak milik Arsenal sesuatu yang dah dijangka awal-lagi..best in the premiership,Sagna dan Clichy.Cuma goalkeeper jek Arsenal tak dapat sambar.Wenger, tolong cari keeper baru.katakan Tak Nak pada Almunia.Yang paling menarik dan best, Sorang player Chelsea pun takde dalam senarai.wakakakakaakakakakaka...


Ahad, 27 April 2008

LUKA Modric berdarah lagi..

Kali ini, giliran luca modric disapu depan mata oleh jiran tetangga yang busuk hati Spurs.Setelah link dengan Arsenal,Chelsea dan Newcastle, aleh2 die masuk spurs dengan transfer fee sbnyk 15.8M ?? Gilo.Aku sebenanye tak suke sgt bile player2 ni di overated, harge terlalu tinggi walaupun bukti kemampuan die kat EPL tak tentu lg.Alang-alang nak beli player yang tak de name tapi star sebenarnye, biarle harge berpatutan.Contohnye Eduardo.Jadi dengan ni aku rase lagi bnyk nama besar yang dikaitkan lagi jauh la player tu & takkan join Arsenal.Positifnya modric tak masuk arsenal maknanye, ade player lain yang akan menjadi teka teki dan Modric kulihat takkan dapat bnyk membantu kelab perasan hebat yang tak sedar2 diri tu,Champions League pun tak lepas nak qualify.Buat Modric, jangan buktikan yang aku salah.

Roberto Mancini kali ini memutar belit media dengan menafikan bahawa die ingin memancing Hleb ke Inter Milan setelah Wenger mengugut akan membuat laporan kepada FIFA.Kes Flamini masih lagi senyap, x tau hala tuju tapi jika Flamini hendak kekal..Wenger menegaskan bahawa Flamini perlulah berkorban sedikit(dari segi gaji kut).

Isu siapa yang akan menjadi kapten musim depan masih belum reda lagi.Setelah Gallas menyalahkan pihak2 media British bahawa tragedi di Birmingham bukanlah punca utama kemerosotan Arsenal, Kolo Toure pulak melobi dengan menyatakan sayangnya pada kelab, nak abiskan karier di Arsenal dan bangga jika dipilih menjadi kapten musim hadapan berdasarkan senioriti.

Berita buruk lagi dah nak2 abis season pun, adui... kecederaan Bacary sagna masih belum pulih dan terpaksa melupakan saki baki perlawanan.Untuk ulasan Pre-match perlawanan menentang Derby Country aku akan postkan sok.Calo dulu..


Sabtu, 26 April 2008

The Return Of The King?




Is It true the King is Coming..?
We will see soon..

Wenger - "I'll never say never over Henry coming back"


Khamis, 24 April 2008

beauty and the BEAST



Wakakaka.. dalam banyak2 gosip, gosip nie la yang paling aku terharu baca.Arsenal dikatakan akan memanggil semula Julio Baptista player Real Madrid untuk kembali ke Emir8 musim depan.Aduh..macam2. Tak cukup dengan itu, Niko Kranjcar pulak dikaitkan. Makin ramai mat Crotia dah dijadikan bahan pancing2 nie terutama Luca Modric yang skrg tgh hangat dengan Newcastle plak.Aku tak tau la sejauh mane berite2 nie atau agent player sekadar untuk mengambil kesempatan mempopularkan pemain diorg dengan tersebarnya rumours2 dengan kelab2 besar.

Berita dari Italy, pengurus Inter Milan Roberto Mancini membuat deklarasi terbuka untuk memburu Hleb sebagai target summer nie.Juventus menawarkan 10k lebih dari apa yang arsenal tawarkan dalam kontrak untuk Flamini, dan kemungkinan besar peminat setia Juventus masa kecil tu akan berpindah meniggalkan arsenal.Jadi siapakah penggantinya jika benar?

Berita dari Perancis,Arsenal diberi amaran untuk melupakan sayap Lyon Hatem Ben Arfa (anak hatem sousi kut..huhu)oleh Presiden kelab itu,Jean-Michel Aulas dengan alasan Ben Arfa terlalu muda untuk berpindah.

Berita dari Republic Czech, Thomas RoSICKy masih tak tahu bile die boleh main bola semula.Harapannya untuk beraksi semula di Euro08 masih samar. Tetapi sedikit positifnye adalah “My injury has again got a bit better,” katenye. “We'll see in the days to come when I can train again.”


IOSS

Oh.. Rehat dulu pasal Arsenal.Aku terlupa nak kongsi satu bende dengan korang semua peminat2 bola EPL khususnye.Bende ni aku dah tengok lame dah ..skrg episod ke berapa pun aku tak tau tp lawak die memang best.. IOSS atau pun I'm On SETANta Sport, satu rancangan talk show pasal bola dihoskan oleh puppet Jose Mourinho.Walaupun aku menyampah dan meluat dengan Chelsea tapi secara profesionalnya aku tertarik dan respect dengan karakter Mourinho.Manager yang kdg2 arrogant, ade taktikal, karisma dan imej tersendiri.Aku rase EPL hilang plot2 'kepanasan' dan kontreversi sejak die dipecat oleh chelsea yang...Ok, berbalik pada rancangan ni, talk show x smpi 5 minit nie nyk menyentuh isu2 bola semasa.kadang2 ade panggilan tepon cam Wenger,Fergie,Benitez dan dave dari newcastle.tetamu studio ade erikson ,rooney.hahaha.kalo nak tengok lebih klik sini.Yg ni episod 1st..enjoy.


Rabu, 23 April 2008

Hleb digantung sampai habis season!

Alexander Hleb mengaku bersalah pada perbicaraan dgn FA petang tadi atas kesalahan menampar player Reading Graeme Murty semasa perlawanan minggu lepas.Tindakan bodohnya menyebabkan dia digantung 3 match sekaligus terpaksa melupakan saki baki perlawanan musim nie menentang Derby,Everton dan Sunderland. Harap ini bukan match die yang terakhir dengan spekulasi perpindahannya kini makin panas.


Selasa, 22 April 2008

Flamster jual mahal.

Flamini @ Flatusso @ Flamster @ Flipflop.. player yang satu ketika dulu aku anggap macam badut, bahan lawak tapi season ni terus merampas tempat gilberto dan menjadi starting role kepada arsenal.Work rate, tackle ngan die punye holding ball meningkat begitu mendadak.Tapi biasalah bila dah naik, mule la nak jual mahal.Si flamster masih belum sign kontrak dan terbaru mereject kenaikan 50% dari 25,000pound ke 50k seminggu.Bajet star habis sampai rumours kate die mau dipancing milan, juve dan bayern munich. Masih bermain teka teki dan deadline yang Wenger bagi ialah sehingga hujung bulan April jek.sama ada 'yes' or 'no'.

William Gallas merayu kepada semua team mates agar "jangan ke mana-mana .. kite tunggu selepas ini.." dalam kata lain bersatu dan tidak berpindah musim depan.Alasannya kerana diorang dikatakan sudah masak antara satu sama lain.elok le tu,nampak cam Adebayor pun dah terlebih masak.Harapan agar dapat menambah hanya beberapa muka baru dikatakan sudah mampu untuk memperkemaskan skuad sedia ada.

Hleb diyakinkan oleh Wenger untuk terus kekal di Arsenal.Bak kate Wenger, mulut orang memang tidak boleh ditutup tapi menyertai Barcelona atau Milan pun belum tentu menjamin kemenangan piala musim depan.Hleb juga kemungkinan besar b akal digantung sampai habis sesason ni kalau siasatan FA terhadap klip video yang menunjukkan die menampar player reading dan terbukti bersalah.

Sedikit moment of glory untuk season ni..


Arsenal Captaincy..




Season malang sudah berlalu..Apakan daya, The Gunners tersungkur di penghujung jalan...Harapan tinggal harapan..Bg Arsenalaysia, kami rasakan tugas captain yg DIGALLAS oleh GALLAS tidaklah dilakukan sesempurna yang mungkin..Sewajarnya pujian harus diberikan kepada FABREGAS yg sentiasa menjadi NADI ARSENAL..Dari segi seniority, mungkin Gallas PALING LAYAK compare to GILBERTO & Lehman yang semakin hari semakin sengal..Apa2pun, percayalah, season depan tidak akan banyak berlaku perubahan dalam The Gunners..Apa yg diharapkan ialah The Gunners akan terus menjanjikan permainan yang mantap dalam misi WENGER nyanyuk memburu kejuaraan berganda dengan squad sekarang yang sememangnya ampuh & cruncy..
Harapan Arsenalaysia, Cesc bakal menjadi CAPTAIN..


Ahad, 20 April 2008

Lagi player dikaitkan dengan Arsenal



Arsenal dikaitkan dengan Raul Albiol CB Valencia.£10million dikatakan cukup untuk menyambar player berumor 22 tahun ni.Tapi sejauh mana dia mampu untuk settlekan masalah CB tak tau lah.Tapi sekurang-kurangya ada jugak defender yg dikaitkan dengan arsenal.

Dalam pada itu Wenger juga sedia menilai sejuah mana kemampuan striker Ajax,Klass-Jan Huntelaar dan player muda Cardiff, Aaron Ramsey,17 untuk memperkuatkan team season depan.

Berita yang agak hambar, Almunia mungkin bakal dikekalkan sebagai no1, Fabianski sebagai no2 dan Wenger hanya ke pasar mencari goalie tua-tua untuk dijadikan backup.


Gosip Mark Randall?



Bagi mereka yang tak kenal Mark Randall adalah player Arsenal yang telah dipnjamkan ke Burnley.Semasa di Burnley, dia telah menghebah2kan gosip2 panas yang melanda Team Arsenal.Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan, mungkin Mark Randall yang mereka2 atau pun mak kepada Randall yang suke main gosip2.Jadi aku ingin kongsikan bersama..Aku pastekan seperti mana yang diberitahu.

1.Lehman is a complete prick, and that most of the players wouldnt cross the road to greet him. Lehman memang suke buat hal dari dulu, tapi Almunia lagi sengal sebenarnya.

2.Gallas wont be captain next season, Fabregas will.Spekulasi ni memang agak panas sekarang lepas kejadian gallas menangis macam budak kecik.

3.Eduardo is a lazy fecker in training, but scores the most ridiculous goals and will be a arsenal legend.Selagi dia score gol, ape ada hal betul tak?huhu

4.Adebayor is a legend off the pitch and the most generous man you could wish to meet...Adebayor sebenarnya nak jadi gangstarz

5.Hleb is a loner, nice bloke but a loner.Hleb nampak rapat dengan fabregas dan flamini tapi die beli aiskrim kat milan sorang2???

6.Henry keeps texting two or three of the players saying he regrets leaving and will be back in England next season.....two clubs are after him and have made contact.Tipis..

7.Adebayor and Touré had to be seperated in the dressing room after Tuesdays game. Member aku dengan slumber jek cakap die pun x cam mane satu Adebayor atau Toure mase match tu..huhu..

8.Walcott is about twenty times more skilful that people realise. Walcott ade mase depan cerah.

9.Arsenal are more comfortable playing away from the Emirates as they think the crowd can get on there back too easy if it isnt going right.


Player-player yang MUNGKIN mewarnai ARSENAL season Depan





Hatem Ben Arfa..Ntohler..ape yg spesel sangat pesal die ni sampai wenger tergila-gilakan dia..Apa2pun, berbaloi tangkap die dari tangkap player yg mangker2..








Amauri..Striker palermo yang bijaksana..tak tau La samada dia hanya bijak di sana (Palermo) @pun betul2 striker yang bijaksana..Ape2pun, die ni 500 x 10 kuasa infiniti dari Adeebayor..









David Villa..Bayangkan die berpasangan (bukan gay) dengan Amauri atau RVP..Pergh..X bley tahan..Tp Wenger semestinya agak nyanyuk dan tidak akan membeli beliau..









Jonathan de Guzmán : Ntoh ler mamat ni..tp dalam FM ok gak..TP mungkin akan menjadi satu lagi pembelian Wenger yang akan die simpan buat pekasam..Pekasam pun sedap..










Wah, nama beliau José Martín Cáceres..kalo jadi beli die nie, Gallas boleh menggalas beg baju n blah dari arsenal..Kejadahnyer Punk France..Pelik2..Muke cam Alien..









uik, sekadar gambar hiasan...


Menang dengan tabiat lama


Abang Gilberto Silva akhirnya menjaringkan gol yang dinanti2kannya.Satu-satunya gol dalam musim yang mengecewakan bagi dirinya.Tapi aku seronok tengok sambutan diorang macam satu family dan boleh lihat kemesraan yang timbul antara pakcik dan anak-anak buah.Nyata dirinya masih dihormati.Satu lagi gol disumbangkan oleh adibahnor@adebayor.2-0 tapi angka itu sebenarnya boleh ditambah jika semua peluang yang dihasilkan diterjemah ke dalam bentuk gol.Arsenal bermain dengan tabiat lama, penguasaan bola, peluang yang banyak tapi tumpul tindakan penyudah.Geram gak bile tengok! Tetapi kemenangan ini sedikit sebanyak menaikkan moral pemain setelah minggu2 yang suram.Peluang untuk mengisi slot automatik CL season depan masih terbuka.Daripada perlawanan tadi dapat dikenalpasti berbeapa perkara :
  1. Eboue nampak lebih ok di bahagian RB
  2. Bendtner kemungkinan besar akan meninggalkan pasukan musim panas ini kerana ternampak jurang hubungan antara rakan sepasukan.Diorang nampak macam tak ngam dengan Bendtner.
  3. Walcott nampak hidup apabila bermain 90 minit dan bakal menjanjikan sesuatu yang menarik untuk masa depan
  4. Hleb? ke mana pikirannya melayang aku tak tahu.. mungkin sibuk berpikir ke mana hala tujunya, milan atau barcelona?Tindakan bodohnya menampar player reading tadi terselamat dari pandangan ref..x perlu.
  5. RVP belum match fit.. kalau diberi beberapa game lagi ,dapatlah diasah ketajaman.
  6. Song bakal beri tekanan kepada sanderos itupun jika si badut tu kekal lagi.
Haha.. aku ingat Eboue sorang jek ade bakat berlakon tapi rupe-rupenye ada lagi player Arsenal yang kecik- cili padi...tgk le video ni.


Sabtu, 19 April 2008

Arsenal vs Reading..Perjuangan perlu diteruskan


Itu 1st eleven yang aku predict utk game malam nie.Walaupun tiada apa lagi yang ingin diperjuangkan, Perlawanan menentang salah satu pasukan yang sedang bergelut untuk survive dalam PL tak boleh sama sekali diambil mudah.Aku nak kite habiskan saki baki season nie dengan cara terhormat.Kalau boleh hadiah 7-0 untuk fan malam ni.Heheh.. sekurang-kurangnya tak rugi kalau kite dah bukak sesaon ni dengan cemerlang at least kite tutup dengan jayanya.Dan mungkin ini adalah perlawanan terakhir buat Lehman untuk penyokong2 Arsenal.Pak leman, walaupun kadangkala aku benci ko dengan perangai gila ko tu boleh menyebabkan sesetengah orang diserang sakit kus2, tetapi ko tetap lagenda Arsenal terutama CL 05/06 dan PL 03/04.Terima kasih pak leman.Harap Farewell ni tak dicemari dengan ape-ape keputusan lain selain menang, menang dan terus menang.. Jangkaan aku 3-1, Arsenal takkan clean sheet !!


Semakin hampir semakin jauh....


Salam sejahtera dan selamat datang ke padang penyokong kelab bola sepak Arsenal. Sebenarnya aku merupakan salah seorang penyokong the Gunners sejak kecik lagi.Masih ku ingat kenangan dulu mase aku mule-mule berjinak sokong arsenal tahun 1995..Mase tu aku terpengaruh dengan player lagenda macam Ian Wright dan David Seaman.Tapi aku start jatuh cinta kat Arsenal season berikutnya 97/98 di mana masa tu limpahan player terkenal macam Overmars, Petit, Anelka DB10 ngan Tony Adams.Tahun tu jugak menang Double.Waa seronot2!! Lepas 3 tahun asyik dapat no 2, 01/02 sekali lagi double!! mase tu player memang superB la .. generasi Pires, Ljungberg, Wiltord, Henry, Viera, Parlour, ashley cole(sekarang tali barut).Season yang tak boleh lupe punye.. season 03/04 The INVISIBLE. Arsenal buat rekod dalam era Premier League sebagai team rekod tanpa kalah dalam 49 perlawanan sekaligus champs season tu.Dengan tambahan player seperti Lehman, Reyes , Campbell, aku rase team nie memang boleh pergi jauh. . dan akan menjadi dominasi besar Europe. Kalau dilihat memang sudah menjadi style Wenger mengubah team dari satu generasi ke satu generasi, di mana transasi dalam pasukan berlaku tapi masih berpegang dan mengekalkan adat resam iaitu adat Arsenal.Adat yang dimaksudkan ialah tempo dan corak permainan cantik yang ditunjukkan, "the Arsenal-way" atau "wenger-balll". Kadangkala ada juga yang membandingkan Arsenal dengan Brazil di era 80-an.Adakah ini yang dimaksudkan Joga bognito? Apa2 lah yang penting aku seringkali terhibur dengan skill, posession dan beautiful game yang dicorakkan oleh The Professor.

Tapi di mana silapnya selepas kali terakhir Arsenal merasai nikmat mengucup dan menjulang piala(FA Cup 04/05), Hari- hari Arsenal tampak makin kembali ke belakang.Tidaklah jauh ke belakang, tetapi masih di belakang yang kadang2 membuatkan aku bengang kenapa boleh jadi sampai macam nie sekali.Sehingga ke saat ini sudah 3 sesason tanpa piala, tempoh yang amat merisaukan bagi kelab besar dan disebut antara top 10 kelab terkaya di dunia.Bagaimana Arsenal boleh berada di belakang Ghelsea(kelab yang baru lahir hasil persetubuhan haram roman dan mourinho) adalah suatu yang menjengkelkan.Memang tidak dinafikan Arsenal kaya dengan bakat- bakat baru dan menjadi tarikan pemain-pemain muda untuk meluaskan pengalaman dalam dunia bola sepak.Nama-nama seperti Anelka, Henry, Viera,Reyes, Bentley,Fabregas,Flamini, Clichy, RVP, Walcott dan ramai lagi pernah dan telah menjadi harapan di zaman remaja bersama Arsenal.Tetapi bakat tanpa pengalaman tidak cukup sebenarnya untuk memenangi sesuatu kejuaraan. Wenger telah menzahirkan kegagalan teorinya apabila menegakkan polisi menggunakan pemain2 muda.A massive clearout yang dilakukan setelah musim 04/05 dilihat sebagai langkah perlahan Wenger cube menukarkan generasi pemain-pemainnya. Pemain-pemain seperti Viera, Parlour, Pires, Reyes, Lauren Campbell, Ljungberg, Kanu, Keown, Henry digantikan secara tersusun dengan nama-nama seperti Fabregas, Flamini, Clichy, Hleb, Rosicky, Adebayor.Yang tinggal hanyalah cebisan pengalaman Toure , Gilberto dan Pak Lehman. Ditambah pula dengan sedikit pengalaman juara yang dimiliki oleh Gallas bersama dengan Chelsea walhal Gallas bukanlah option utama Wenger tetapi kehadirannya dilihat sebagai jambatan untuk membuang Cole durjana.Buahnya telah menampakkan hasil tapi tak cukup masak.Kami penyokong arsenal dah tenat menanggung kelaparan.



SEMAKIN HAMPIR SEMAKIN JAUH... Itulah yang boleh aku ungkapkan untuk Arsenal buat masa ni.Kita makin hampir 14 minit untuk menjulang piala Eropah 05/06, tapi Bacelona berjaya menafikannya.Kita semakin hampir membuktikan yang budak2 mentah belasan tahun boleh kalahkan team mata duitan yang ditunjangi star2, tetapi sekali lagi sanderos bukanlah lawan Drogba di Carling Cup 06/07.Season ni, season pertama tanpa King Henry.. kita berjaya buktikan pada separuh masa pertama season bahawa media dan pundit2 bola sepak termasuk shebby singh luar sana salah sama sekali apabila mereka katakan yang Arsenal mungkin akan menjadi kelab pertengahan dan tidak mampu bersaing dalam top 4.Peluru meriam begitu pantas menemui sasaran tanpa menoleh ke belakang tetapi di bulan Februari , Tiba-tiba sahaja bencana dan nasib buruk mula menyelebungi Arsenal. Aku memang tak boleh terima kekalahan memalukan 5-1 di jiran Spurs(carling cup semi). FA cup,4-0 dibelasah Manchester United??Ape kejadahnya itu semua?! "FA Cup bukanlah priority kami" kate Wenger. Priority kepala otak dia kalo ko tak boleh sediakan skuad yang cukup untuk bersaing untuk semua piala.Encik Wenger,ini Arsenal,kelab besar.Jangan buat alasan! Tetapi turning point untuk season ni adalah di St Andrews,Birmingham.Tragedi yang menimpa Eduardo mengubah segalanya.Aku memang rated highly player No 9 ni.Jika diingat mengenai sumpahan jersey no 9 yang kebanyakan membawa malang seperti anelka, Jeffers, Reyes dan Baptista..Eduardo tampak sebagai penawar. Tapi orang yang bangang macam Mat Taylor jek yang menyatakan ketidak sengajaan tackle tu.Ko utang aku satu Mat,aku harap kelab ko relegate season nie.


Kemenangan Champions League ke atas AC Milan 2-0 di San Siro tak membawa apa-apa erti season nie setelah kite dirompak oleh pengadil peringkat suku akhir.Babel jatuh cam nangka busuk,penalti.Hleb ditarik, bukan penalti.Lawak betul.At least tunjukkanlah keadilan siket... Tetapi semua tu boleh dielakkan jika Wenger bubuh player berpengalaman.Pengalaman takkan menyebabkan ko membiarkan team lawan bersemangat dan bawak bola sampai masuk kotak penalti lepas team ko baru jek score gol yang lg 7 minit ko dah nak layak ke semi. Tetapi pengalaman jugak kadangkala tak menjamin kemenangan . Buktinya, Gallas dengan sengalnya menghadiahkan sepakan penalti yang dirasakan tidak perlu kepada United dalam pertemuan hidup mati Arsenal season ni minggu lepas.Kekalahan ahad lalu dikatakan Wenger sebagai trauma paling teruk sepanjang kariernye selama 12 tahun.Elok lah tu, sedar jugak ko.Aku harap Wenger cepat2 sedar dan bangkit.Banyak faktor yang boleh diterjemahkan untuk menilai mengapa nasib Arsenal season nie antaranya, tragedi Eduardo, ref's decision,penalti last minit standrews, kedegilan Wenger memperamaikan skuad mase January Transfer window, injury crisis(RoSICKy,Van persie, Eduardo..kebetulan semua kaki kiri) dan meletakkan player di posisi yang salah, cube2..seperti Diaby yang diajak2 bermain wide position. Banyak gak player yang off form dan aku naik meluat dan harap wenger ambil tindakan seperti pelakon primadona Eboue, Gilberto, Almunia,Adebayor (lepas potong rambut).Gandingan CB Gallas-Toure, xboley pakai.Kasi tukar. Gallas nampaknya sukar menggallas cabaran sebagai kapten dan akan dipertimbangkan oleh Wenger sama ada dikekalkan atau sebaliknya season depan.Bagus,langkah bijak.Dan setiap kali tiba sahaja bulan April, selama 3 tahun berturut-turut kita sudah membincangkan soal "next season" tatkala kelab-kelab lain(ManU, Chelsea,Liverpool) sedang berhempas pulas meneruskan perjuangan.Ini adalah suatu fenomena sedih kerana sepatutnya kita masih terlibat dalam race2 tersebut.Harap ini adalah season terakhir Arsenal tanpa sebarang trofi kejuaraan.Desas-desus perpindahan pemain telah bermula dan aku akan 'update'kan berita-berita terkini tentang player2 yang dikaitkan dengan Arsenal.Jadi, dengan adanya padang ini , aku harap ia dapat menjadi medan untuk aku berkongsi cetusan pendapat,luahan rasa dan informasi dengan rakan-rakan Gunners Malaysia yang lain khususnya berkaitan kelab arsenal yang kita sanjungi.Harapanku agar "next season" (walaupun aku muak dengar perkataan "next season") Arsenal, semakin hampir, semakin dekat......