Ahad, 20 April 2008

Menang dengan tabiat lama


Abang Gilberto Silva akhirnya menjaringkan gol yang dinanti2kannya.Satu-satunya gol dalam musim yang mengecewakan bagi dirinya.Tapi aku seronok tengok sambutan diorang macam satu family dan boleh lihat kemesraan yang timbul antara pakcik dan anak-anak buah.Nyata dirinya masih dihormati.Satu lagi gol disumbangkan oleh adibahnor@adebayor.2-0 tapi angka itu sebenarnya boleh ditambah jika semua peluang yang dihasilkan diterjemah ke dalam bentuk gol.Arsenal bermain dengan tabiat lama, penguasaan bola, peluang yang banyak tapi tumpul tindakan penyudah.Geram gak bile tengok! Tetapi kemenangan ini sedikit sebanyak menaikkan moral pemain setelah minggu2 yang suram.Peluang untuk mengisi slot automatik CL season depan masih terbuka.Daripada perlawanan tadi dapat dikenalpasti berbeapa perkara :

  1. Eboue nampak lebih ok di bahagian RB
  2. Bendtner kemungkinan besar akan meninggalkan pasukan musim panas ini kerana ternampak jurang hubungan antara rakan sepasukan.Diorang nampak macam tak ngam dengan Bendtner.
  3. Walcott nampak hidup apabila bermain 90 minit dan bakal menjanjikan sesuatu yang menarik untuk masa depan
  4. Hleb? ke mana pikirannya melayang aku tak tahu.. mungkin sibuk berpikir ke mana hala tujunya, milan atau barcelona?Tindakan bodohnya menampar player reading tadi terselamat dari pandangan ref..x perlu.
  5. RVP belum match fit.. kalau diberi beberapa game lagi ,dapatlah diasah ketajaman.
  6. Song bakal beri tekanan kepada sanderos itupun jika si badut tu kekal lagi.
Haha.. aku ingat Eboue sorang jek ade bakat berlakon tapi rupe-rupenye ada lagi player Arsenal yang kecik- cili padi...tgk le video ni.


0 ulasan: