Arsenal membelasah Derby Country 6-2 di Pride Park awal pagi tadi.Terima kasih kepada hat-trick Adebayor, dan masing-masing satu gol oleh Van Persie, Bendtner dan Walcott. Menariknya, semua striker Arsenal berjaya menjaringkan gol.Tapi sepatutnya, jumlah gol boleh jadi lebih banyak kalau semua peluang x disia2kan.1st eleven yang telah aku postkan mase pre-match 99% tepat kecuali Bendtner starting menggantikan Adebayor. Derby bukanlah lawan yang setaraf dan merupakan pasukan paling teruk dalam sejarah EPL, tetapi 2 gol yang dijaringkan membolosi gol Fabianski menunjukkan kelemahan ketara Arsenal dalam defending set-pieces dan kelekaan di mana pemain2 hilang fokus sehinggaa Earnshaw menjaringkan gol ke-2.Fabianski agak ok untuk debutnye tapi perlukan lebih bnyk peluang pengalaman. Namun 20 minit pertama aku nampak macam bukan team Arsenal tapi macam KL Plus pulak aku tengok care diorang main.Derby lagi banyak menyerang.Lepas dapat gol first baru la nampak Arsenalnya sampai lah ke-2nd half yang menjadi hak milik mutlak.Van Persie digantikan oleh Adebayor kerana kecederaan dan mungkin terlepas 2 perlawanan penamat musim ini.Inilah peluang untuk Walcott lebih menyinar..
Fabregas masih belum mahu menyerah kalah.Ade peluang untuk menang liga?? "Probable, no. Possible, yes but we will need a miracle" Secara matematiknya ade tu memang ade, Arsenal menang baki 2 perlawanan manakala ManU dan Chelsea hanya mampu mengutip maximum 1 mate jek dr 2 perlawanan iaitu seri sekali dan kalah sekali; atau kalah 22. Boleh berlaku?? hahaha..bak kate Hasbullah Awang badan saya bulat..eh bola itu bulat.. heheh
0 ulasan:
Catat Ulasan