Ahad, 27 April 2008

LUKA Modric berdarah lagi..

Kali ini, giliran luca modric disapu depan mata oleh jiran tetangga yang busuk hati Spurs.Setelah link dengan Arsenal,Chelsea dan Newcastle, aleh2 die masuk spurs dengan transfer fee sbnyk 15.8M ?? Gilo.Aku sebenanye tak suke sgt bile player2 ni di overated, harge terlalu tinggi walaupun bukti kemampuan die kat EPL tak tentu lg.Alang-alang nak beli player yang tak de name tapi star sebenarnye, biarle harge berpatutan.Contohnye Eduardo.Jadi dengan ni aku rase lagi bnyk nama besar yang dikaitkan lagi jauh la player tu & takkan join Arsenal.Positifnya modric tak masuk arsenal maknanye, ade player lain yang akan menjadi teka teki dan Modric kulihat takkan dapat bnyk membantu kelab perasan hebat yang tak sedar2 diri tu,Champions League pun tak lepas nak qualify.Buat Modric, jangan buktikan yang aku salah.

Roberto Mancini kali ini memutar belit media dengan menafikan bahawa die ingin memancing Hleb ke Inter Milan setelah Wenger mengugut akan membuat laporan kepada FIFA.Kes Flamini masih lagi senyap, x tau hala tuju tapi jika Flamini hendak kekal..Wenger menegaskan bahawa Flamini perlulah berkorban sedikit(dari segi gaji kut).

Isu siapa yang akan menjadi kapten musim depan masih belum reda lagi.Setelah Gallas menyalahkan pihak2 media British bahawa tragedi di Birmingham bukanlah punca utama kemerosotan Arsenal, Kolo Toure pulak melobi dengan menyatakan sayangnya pada kelab, nak abiskan karier di Arsenal dan bangga jika dipilih menjadi kapten musim hadapan berdasarkan senioriti.

Berita buruk lagi dah nak2 abis season pun, adui... kecederaan Bacary sagna masih belum pulih dan terpaksa melupakan saki baki perlawanan.Untuk ulasan Pre-match perlawanan menentang Derby Country aku akan postkan sok.Calo dulu..


0 ulasan: