Salam sejahtera dan selamat datang ke padang penyokong kelab bola sepak Arsenal. Sebenarnya aku merupakan salah seorang penyokong the Gunners sejak kecik lagi.Masih ku ingat kenangan dulu mase aku mule-mule berjinak sokong arsenal tahun 1995..Mase tu aku terpengaruh dengan player lagenda macam Ian Wright dan David Seaman.Tapi aku start jatuh cinta kat Arsenal season berikutnya 97/98 di mana masa tu limpahan player terkenal macam Overmars, Petit, Anelka DB10 ngan Tony Adams.Tahun tu jugak menang Double.Waa seronot2!! Lepas 3 tahun asyik dapat no 2, 01/02 sekali lagi double!! mase tu player memang superB la .. generasi Pires, Ljungberg, Wiltord, Henry, Viera, Parlour, ashley cole(sekarang tali barut).Season yang tak boleh lupe punye.. season 03/04 The INVISIBLE. Arsenal buat rekod dalam era Premier League sebagai team rekod tanpa kalah dalam 49 perlawanan sekaligus champs season tu.Dengan tambahan player seperti Lehman, Reyes , Campbell, aku rase team nie memang boleh pergi jauh. . dan akan menjadi dominasi besar Europe. Kalau dilihat memang sudah menjadi style Wenger mengubah team dari satu generasi ke satu generasi, di mana transasi dalam pasukan berlaku tapi masih berpegang dan mengekalkan adat resam iaitu adat Arsenal.Adat yang dimaksudkan ialah tempo dan corak permainan cantik yang ditunjukkan, "the Arsenal-way" atau "wenger-balll". Kadangkala ada juga yang membandingkan Arsenal dengan Brazil di era 80-an.Adakah ini yang dimaksudkan Joga bognito? Apa2 lah yang penting aku seringkali terhibur dengan skill, posession dan beautiful game yang dicorakkan oleh The Professor.
Tapi di mana silapnya selepas kali terakhir Arsenal merasai nikmat mengucup dan menjulang piala(FA Cup 04/05), Hari- hari Arsenal tampak makin kembali ke belakang.Tidaklah jauh ke belakang, tetapi masih di belakang yang kadang2 membuatkan aku bengang kenapa boleh jadi sampai macam nie sekali.Sehingga ke saat ini sudah 3 sesason tanpa piala, tempoh yang amat merisaukan bagi kelab besar dan disebut antara top 10 kelab terkaya di dunia.Bagaimana Arsenal boleh berada di belakang Ghelsea(kelab yang baru lahir hasil persetubuhan haram roman dan mourinho) adalah suatu yang menjengkelkan.Memang tidak dinafikan Arsenal kaya dengan bakat- bakat baru dan menjadi tarikan pemain-pemain muda untuk meluaskan pengalaman dalam dunia bola sepak.Nama-nama seperti Anelka, Henry, Viera,Reyes, Bentley,Fabregas,Flamini, Clichy, RVP, Walcott dan ramai lagi pernah dan telah menjadi harapan di zaman remaja bersama Arsenal.Tetapi bakat tanpa pengalaman tidak cukup sebenarnya untuk memenangi sesuatu kejuaraan. Wenger telah menzahirkan kegagalan teorinya apabila menegakkan polisi menggunakan pemain2 muda.A massive clearout yang dilakukan setelah musim 04/05 dilihat sebagai langkah perlahan Wenger cube menukarkan generasi pemain-pemainnya. Pemain-pemain seperti Viera, Parlour, Pires, Reyes, Lauren Campbell, Ljungberg, Kanu, Keown, Henry digantikan secara tersusun dengan nama-nama seperti Fabregas, Flamini, Clichy, Hleb, Rosicky, Adebayor.Yang tinggal hanyalah cebisan pengalaman Toure , Gilberto dan Pak Lehman. Ditambah pula dengan sedikit pengalaman juara yang dimiliki oleh Gallas bersama dengan Chelsea walhal Gallas bukanlah option utama Wenger tetapi kehadirannya dilihat sebagai jambatan untuk membuang Cole durjana.Buahnya telah menampakkan hasil tapi tak cukup masak.Kami penyokong arsenal dah tenat menanggung kelaparan.
SEMAKIN HAMPIR SEMAKIN JAUH... Itulah yang boleh aku ungkapkan untuk Arsenal buat masa ni.Kita makin hampir 14 minit untuk menjulang piala Eropah 05/06, tapi Bacelona berjaya menafikannya.Kita semakin hampir membuktikan yang budak2 mentah belasan tahun boleh kalahkan team mata duitan yang ditunjangi star2, tetapi sekali lagi sanderos bukanlah lawan Drogba di Carling Cup 06/07.Season ni, season pertama tanpa King Henry.. kita berjaya buktikan pada separuh masa pertama season bahawa media dan pundit2 bola sepak termasuk shebby singh luar sana salah sama sekali apabila mereka katakan yang Arsenal mungkin akan menjadi kelab pertengahan dan tidak mampu bersaing dalam top 4.Peluru meriam begitu pantas menemui sasaran tanpa menoleh ke belakang tetapi di bulan Februari , Tiba-tiba sahaja bencana dan nasib buruk mula menyelebungi Arsenal. Aku memang tak boleh terima kekalahan memalukan 5-1 di jiran Spurs(carling cup semi). FA cup,4-0 dibelasah Manchester United??Ape kejadahnya itu semua?! "FA Cup bukanlah priority kami" kate Wenger. Priority kepala otak dia kalo ko tak boleh sediakan skuad yang cukup untuk bersaing untuk semua piala.Encik Wenger,ini Arsenal,kelab besar.Jangan buat alasan! Tetapi turning point untuk season ni adalah di St Andrews,Birmingham.Tragedi yang menimpa Eduardo mengubah segalanya.Aku memang rated highly player No 9 ni.Jika diingat mengenai sumpahan jersey no 9 yang kebanyakan membawa malang seperti anelka, Jeffers, Reyes dan Baptista..Eduardo tampak sebagai penawar. Tapi orang yang bangang macam Mat Taylor jek yang menyatakan ketidak sengajaan tackle tu.Ko utang aku satu Mat,aku harap kelab ko relegate season nie.
Kemenangan Champions League ke atas AC Milan 2-0 di San Siro tak membawa apa-apa erti season nie setelah kite dirompak oleh pengadil peringkat suku akhir.Babel jatuh cam nangka busuk,penalti.Hleb ditarik, bukan penalti.Lawak betul.At least tunjukkanlah keadilan siket... Tetapi semua tu boleh dielakkan jika Wenger bubuh player berpengalaman.Pengalaman takkan menyebabkan ko membiarkan team lawan bersemangat dan bawak bola sampai masuk kotak penalti lepas team ko baru jek score gol yang lg 7 minit ko dah nak layak ke semi. Tetapi pengalaman jugak kadangkala tak menjamin kemenangan . Buktinya, Gallas dengan sengalnya menghadiahkan sepakan penalti yang dirasakan tidak perlu kepada United dalam pertemuan hidup mati Arsenal season ni minggu lepas.Kekalahan ahad lalu dikatakan Wenger sebagai trauma paling teruk sepanjang kariernye selama 12 tahun.Elok lah tu, sedar jugak ko.Aku harap Wenger cepat2 sedar dan bangkit.Banyak faktor yang boleh diterjemahkan untuk menilai mengapa nasib Arsenal season nie antaranya, tragedi Eduardo, ref's decision,penalti last minit standrews, kedegilan Wenger memperamaikan skuad mase January Transfer window, injury crisis(RoSICKy,Van persie, Eduardo..kebetulan semua kaki kiri) dan meletakkan player di posisi yang salah, cube2..seperti Diaby yang diajak2 bermain wide position. Banyak gak player yang off form dan aku naik meluat dan harap wenger ambil tindakan seperti pelakon primadona Eboue, Gilberto, Almunia,Adebayor (lepas potong rambut).Gandingan CB Gallas-Toure, xboley pakai.Kasi tukar. Gallas nampaknya sukar menggallas cabaran sebagai kapten dan akan dipertimbangkan oleh Wenger sama ada dikekalkan atau sebaliknya season depan.Bagus,langkah bijak.Dan setiap kali tiba sahaja bulan April, selama 3 tahun berturut-turut kita sudah membincangkan soal "next season" tatkala kelab-kelab lain(ManU, Chelsea,Liverpool) sedang berhempas pulas meneruskan perjuangan.Ini adalah suatu fenomena sedih kerana sepatutnya kita masih terlibat dalam race2 tersebut.Harap ini adalah season terakhir Arsenal tanpa sebarang trofi kejuaraan.Desas-desus perpindahan pemain telah bermula dan aku akan 'update'kan berita-berita terkini tentang player2 yang dikaitkan dengan Arsenal.Jadi, dengan adanya padang ini , aku harap ia dapat menjadi medan untuk aku berkongsi cetusan pendapat,luahan rasa dan informasi dengan rakan-rakan Gunners Malaysia yang lain khususnya berkaitan kelab arsenal yang kita sanjungi.Harapanku agar "next season" (walaupun aku muak dengar perkataan "next season") Arsenal, semakin hampir, semakin dekat......
1 ulasan:
kekalahan the gunners kpd chelsea semalam adalah malam yang serba tidak menjadi kepada squad wenger. mungkinkah ini adalah petanda awal arsenal akan berundur lebih awal dalam perebutan takhta epl musim ini.???
Catat Ulasan