Sabtu, 20 Disember 2014

Thierry Henry (1994-2014)


Setelah 20 tahun berjuang memerah keringat di atas padang, Thierry Daniel Henry memilih untuk meletakkan noktah  dalam apa yang boleh dikatakan sebagai kerjaya yang cukup gemilang dan penuh warna warni. Namakan piala2 kejohanan  utama dalam dunia bola sepak, boleh kata hampir semua big prize telah dimenanginya, satu rekod yang bukan senang nak dicapai oleh seorang player profesional di zaman modern football ini.Piala Dunia, Euro, Liga juara2, Super Cup, kelab dunia,liga Perancis,Liga Spanyol, Liga Inggeris serta FA Cup, ksemuanya pernah dijulang. Perjalanan kerjayanya bermula di Monaco, kemudian zaman 'gelap' di Juventus,, dia kemudian bangkit di Arsenal dan mencipta legasi di sini, tidak lagi melihat ke belakang selepas itu, berhijrah ke Barcelona satu keputusan yang begitu sukar dibuat mengundang air mata dan kemudian menjadi sebahagian daripada sejarah evolusi bola sepak Amerika. Itulah Thierry Henry, begitu jauh merantau , beberapa pit stop tapi akan sentiasa dikenang sebagai lagenda di Arsenal.


Dibawa masuk oleh Arsene Wenger ke Arsenal dari Monaco dengan yuran perpindahan dianggarkan sebanyak 11 juta, kita masih mampu melihat dan mengingati bagaimana Henry ditransformasi dengan padu dari seorang winger kepada penjaring gol terkemuka. Beraksi 377 penampilan dalam jersi Arsenal . Dengan Rekod 228 gol di Arsenal sebagai penjaring gol terbanyak kelab setakat ini, Henry meninggalkan satu rekod yang memaksa kerja keras atau memberi inspirasi buat pemain2 sedia ada untuk mematahkannya. Bukan calang2 individu boleh lakukan perkara hebat macam itu. Professionalisme di atas dan di luar padang jugak menjadi kunci kejayaan serta sikap down to earth, humble yang dimiliki menjadi punca mengapa dia masih dihormati dan disegani oleh rakan dan lawan hingga ke hari ini. Hari di mana rekod Henry itu mampu dipecahkan gua secara peribadi yakin zaman itu, Arsenal akan kembali ke era kebangkitan dan  kejayaan kerana hanya pemain2 berstatus istimewa dan terpilih sahaja mampu melakukannya demi kelab tercinta.

Henry memilih untuk menggantung bootnya tapi tidak sepenuhnya meninggalkan sukan yang dicintainya itu kerana dia masih ingin berbakti dengan alternatif lain iaitu berkongsi dan menyumbangkan pendapatnya melalu analisis dari kaca mata dan pengalamannya sebagai seorang pemain bola professional , sebagai pundit di station TV Sky Sports.



Dia mungkin tidak lagi menyepak bola secara competitive week  in week out, namun gua secara peribadi amat rasa beruntung dan bertuah kerana dapat hidup menyaksikan kelibat, kebolehan dan skillnya di era kegemilangan Arsenal. Siapa yang boleh melupakan volleynya di Old Trafford,larian dan gol solonya menentang Liverpool,Spuds dan paling superb di celah2 Galacticos Bernebau, comeback menggilanya menentang Leeds, goal2 supebnya lawan Sparta Prague, Charlton, hattricknya di San Siro, kegolojohannya meratah Spuds dan rekod tak pernah kalah pada Spuds sepanjang kerjayanya dan banyak lagi kenangan2 indah , magis dan mendadakkan adrenalin, meremangkan bulu roma dan  kadangkala mampu melinangkan air mata. Merci Thierry Henry, kebiasaannya memang mereka akan berkata bersoraklah untuk lambang yang berada di hadapan jersi, bukan nama dan nombor di belakang tapi untuk kes lejen seorang ni boleh bagi pengecualian. Tahniah, terima kasih dan kredit buat ahli sukan yang cukup komited, jujur dan profesional. Semoga suatu hari nanti dia akan dapat berbakti kembali dalam role yang berbeza ke pangkuan asalanya, Home of Football , di mana Henry di'Besarkan'.

Agi idup agi mengGunners!!!!!



Post-Newcastle dan undian Champions League



Minggu sudah Tenang2 sahaja kita mengalahkan Newcastle, Santi Cazorla2 bijik , Giroud 2 bijik, Alexis Sanchez assist 2 bijik dan jugak persembahan cemerlang dan mengujakan dari bek kanan Bellerin ketika Debucy rileks tanpa banyak dicabar rakan2 lama main CB pertama kali dalam competitive match. CUma kita masih lagi bolos dari set piece, saka yang begitu kuat ditinggalkan entah berapa generasi walaupun steve Bould dah dalam skuad bagi tunjuk ajar,masih lagi perkara ini berlarutan menjadi barah. Selainnya, semuanya ok,3 mata lagi bagi memastikan kita tidak tertinggal jauh dari kelompok atasan. Southampton yang kelihatan dalam form merudum boleh dikejar begitu jugak west ham di tangga keempat, hanya menunggu masa untuk dipintas. Esok kita akan bertemu Liverpool, itu yang perlu diberi perhatian kerana status 'big game' nya setiap kali Arsenal bertandang ke Anfield. Masih segar lagi dalam ingatan kita dimalukan musim lepas. Mungkin kita masih dihantui banyak kecederaan sekarang tapi melihat pada form tuan rumah, kita mampu membawa pulang sesuatu.


Undian Champions league jugak membuatkan comeback Anderlecth di Emirates itu satu blessing in disguise apabila kita sebagai naib juara kumpulan diundi bertemu dengan pasukan yang 50-50 chance jika bertemu kita, bukanlah nak merendahkan martabat Monaco dengan izin, tapi bertemu bekas kelab yang pernah dilatih Arsene Wenger itu suatu relief di atas kertas terutama buat fan2 Arsenal yang telah merasai ditendang keluar oleh pasukan2 gergasi seperti Barca Milan dan Bayern sejak 2010 sama ada di last 16 atau suku akhir. Bukan lah gua kata kita kompom menang lawan Monaco,finalis 03/04 ni dah dihidupkan semula dengan suntikan kewangan yang dasyat maka mereka mampu bersaing di peringkat tertinggi. Rileks saja mereka jual James Rodriguez, bagi loan Falcao, tapi mereka masih punyai skuad yang mantap untuk muncul juara kumpulan. Ini jugak bukan pertemuan pertama, perlu diingat baru2 ini di Emirates Cup kita tewas kepada Monaco dengan satu 0 hasil jaringan Falcao. Tapi sekurang2nya  ada sesuatu yang istimewa dan sentimental buat Arsene Wenger dalam melayan malam2 Eropah yang indah...





Sabtu, 13 Disember 2014

Pre Match : Arsenal vs Newcastle


Mereka baru sahaja 'membantu' Arsenal. Membantutkan segala usaha poyo Mourinho untuk mencipta atau menyaingi pasukan terhebat dalam sejarah BPL,, The Invincibles 2004. 10 years and still counting, masih tak ada mana2 pasukan yang mampu mencabar kehebatan dan rekod cemerlang lejen2 Arsenal itu. Newcastle baru2 ini menamatkan rekod tanpa kalah Chelsea yang bermula garang dalam saingan liga, mengundang  perbandingan dari pundit2 dan pemerhati dengan skuad dibina Arsene Wenger 10 tahun lalu. Jauh panggang dari api, baru berapa game, dengan Alan Pardew pun Mourinho tak boleh makan. Kah kah kah. Pardew pada gua memang celaka sedikit, tapi boleh gua katakan dia antara bernasib baik , atau mungkin antara manager english yang ok di luar sana dari segi kerja dan rekod . Beberapa kali under pressure, kena maki satu stadium, fan hilang sabar, rileks sahaja dia buat muka stone dan kembali buktikan kritikan mampu betukar jadi pujian. Muka jugak tebal, kutuk Wenger beli player France, musim2 lepas, Newcastle paling ramai player France dalam satu team, formula yang membawa mereka hampir bersaing dengan Arsenal merebut champions league spot tapi lepas jual Cabaye Januari season lepas, zaman kedurjanaan mula kelihatan. Sehinggalah awal musim di mana mereka bergelut mencari form, 3 mata saja dari 6 game.Memang sadis. Tapi entah macam mana punya luck si Pardew ni, boleh plak start menang 7 game berturut2 dalam semua kejohanan.On the way tu bukan calang2 team mereka kalahkan, Man City, Liverpool , Spuds dan terbaru jadi mangsa form mereka adalah Chelsea. Kini  mereka dah sama level dengan Arsenal dari segi kutipan mata di tangga ke 7 ,Arsenal di tangga ke 6.Ini membuatkan perlawanan malam ini sangat menarik ketika Arsenal menghadapi setback di Britannia setelah rekod cemerlang 3 clean sheet.


Masalah utama kita adalah di bahagian pertahanan. Chambers yang dapat red card itu hari digantung, Monreal masih belum pulih, Koscielny entah bila boleh bermain dikhabarkan kecederaannya bakal beranjangan dan Arsenal terpaksa buat sesuatu Januari nanti jika masih mengharapkan sesuatau dari musim ini. Sehinggakan Wenger terpaksa memanggil semula Coquelin dari pinjaman Charlton. Gua syak dia bakal digandingkan dengan BFG bahagian CB. Tahap desperate dah ni.Salah siapa? ? Semua orang tahu puncanya kecuali dia. Apa yang positifnya adalah kepulangan Debuchy di bahagian RB yang pastinya tak sabar2 menetang bekas kelabnya membuktikan dia memilih kelab yang betul. Selain ketiadaan pemain yang sedia tiada seperti Ozil,Wilshere,Ospina,Arteta,Theo, Rosicky, kita jugak bakal kehilangan khidmat talisman kita musim lepas yang baru saja on form lawan Galtasaray tapi harmstring pulak. Kehilangan stamina Rambo pastinya satu sentapan, kerana kita dah lack creativity Ozil, Wilshere dan Rosicky. Nampaknya terpaksa mengharapakan Chambo terus memacu dan mengharapakan form Santi Cazorla di bahagian tengah. Poldi mungkin oleh bagi Welbeck rehat lagi. Main man Alexis Sanchez akan menjadi ancaman buat pertahanan Newcastle.

--------------------Szczesny------------------
Debuchy--------BFG----Coquelin-----Gibbs
--------------------Flamini--------------------
----------Chambo-----------Santi-------------
--Alexis----------Giroud--------Poldi---------

Tengok balik line up atas nampak macam rongak semacam tapi itulah yang available ketika ini. Newcasle jugak ada masalah penggantungan, Sissoko dan Taylor bakal terlepas game malam ini. Namun harus berwaspada dengan penyerang Senegeal mereka Papiss Cisse yang dah score 7 dari 10 shot on target.Coloccini dan Janmaat dijangka avalable untuk mereka. Newcastle hanya menang sekali bertemu Arsenal dalam  14 pertemuan liga terakhir dengan kalah berturut2 dalam 5 pertemuan terakhir itu.Jadi rekod kita baik. Walaupun mereka sedang on form, tapi mereka atas kertas takdelah hebat sangat. Macam The Invincibles, suatu tamadun yang hebat pasti ada pengakhirannya ,jadi apalah sangat sekadar rekod Newcastle itu yang kelihatan seakan apsti berakhir malam ini.COYG!!!

12.00 am Arsenal 2 Newcastle 1

Agi idup agi mengGunners!!


Malam Gala Eropah yang berSaray-seri


Selepas stunner 4 bijik di Istanbul dengan apa yang boleh dikatakan sebagai santapan Turkish Delight, kita menyambung tugasan bertemu dengan pasukan yang baru mencanak naik formnya Newcastle United malam ini.Harap2 kejayaan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menundukkkan Galatasaray 4-1 menjadi tonik kepada kedajalan yang berlaku di Stoke. Wenger merehatkan hampir sebahagian besar player utamanya terutama di bahagian serangan dan memberi kepercayaan pada Podolski, Sanogo serta Campbell dan pemain Jerman itu tidak mengecewakan terutama dalam memberi konfiden awal, merembat padu dari sudut sukar, gol yang jarang2 dapat dilihat di kalangan pemain Arsenal. Kaki kirinya memang superb.Ini pastinya memberi tekanan kepada Wenger dalam proses pemilihan kerana selama ini Poldi umpama tidak diendah walau asyik dilabel best finisher dalam current skuad, yang peliknya tak pakai.Alasan Wenger sungguh tak munasabah, dia baru kembali dari World Cup, sedangkan BFG malah Ozil lebih kerap membuat penampilan di Brazil dari Podolski. Gua syak taktikal atau effort menjadi faktor, ataupun Wenger kurang gemar dengan raja selfie di Arsenal. Dia hanya baru buat 6 penampilan liga, semuanya hanya cameo sub beberapa minit. Tapi tak keterlaluan gua boleh kata dalam Champions league, dia single handedly bagi 6 mata pada Arsenal, gol last minit lawan Anderlecth dan 2 gol lawan galatasaray penamat dan pembuka. Gua mengharapkan dengan persembahan yang ditunjukkan, Wenger membuka mata at least memberi peluang sama rata seperti mana dia sabar dengan sanogo dan Giroud pada awal penampilan mereka yang jugak lambat panas.Dan Wenger menjanjikan peluang dalam pre match PC, membayangkan Poldi mungkin boleh start malam ini menentang Newcastle.



Seorang lagi yang reborn semuala malam itu adalah Aaron Ramsey. Kepersisan dan ketenangan Gol pertamanya itu standard , sekelumit dari apa yang dilakukan musim lepas tapi apa yang heboh diperkatkan adalah gol keduanya. Tengok reaksi Sanogo yang umpama tak percaya pun dah boleh tahu betapa cantik dan cemerlangnya teknik rembatan tersebut dan antara contender goal of the season musim ini dalam Champions League.Lupakan bola mati Sneijder kerana itu biasa tapi untuk merembat volley bola yang sedang datang dari arah berlawanan dengan jarak sebegitu di celah2 pemain, ia memerlukan teknik yang tepat dan atau mungkin sedikit tuah. Kredit pada Rambo yang gemar menjaringkan gol di Turki, rekod yang cukup baik.Tapi sayang, Rambo terpaksa dikeluarkan 2nd half akiat harmstring, diakatakan kurang serius dan masih mampu beraksi malam ini tetapi mungkin juga terpaksa akur, kita tak mahu lagi mengambil risiko. Malam itu jugak peluang bagi beberapa player muda Seperti Zelalem yang menggantikan Rambo serta Maitland-Niles yang menggatnikan Flamini, walaupun gua secara peribadi mengharapakan suatu yang lebih dari Joel Campbell tapi tak kesampaian. Tapi jangan dilupa kejutan dan berita paling positif malam tu jugak adalah kepulangan Mat Debuchy tepat pada masanya! Welcome back Debuchy!!! Dengan Koscielny terus injured, Monreal belum pulih, Bellerin terpaksa main bek kiri, akhirnya bek kanan diisi oleh natural defender Debuchy yang membuat penampilan pertama sejak 3 bulan. Beraksi hampir 80 minit , nampak ok, mungkin akan diserapkan terus dalam aksi special menentang bekas kelabnya Newcastle malam ini, pasti suatu yang istimewa secara peribadi buat Debucy dan masa paling sesuai untuk kemabli ke aksi liga. Dengan kemenangan ke atas Glatasaray, kita sekadar mampu berpuas hati di tempat kedua di belakang Dortmund, yang pastinya result Anderlecth di home bakal menghantui apabila melihat kepada siapa yang bakal kita ketemui dalam round of 16.Undian akan dibuat Isnin ini. Antara bakal2 calon adalah Real Madrid, Atletico Madrid,Barca,Bayern, Porto, Monaco. Tak banyak option sebenarnya lambat laun pun akan bertemu pasukan2 standard ini kalau nak progress.Jadi sama ada ia balik awal atau tambah konfiden.Itulah jugak erti Champions League, bertemu pasukan2 elite, satu excitement buat penyokong di Malaysia bangun pagi buta.


Agi idup agi mengGunners!!



Ahad, 7 Disember 2014

Kita jadi Stoke belasahan


Malam semalam persembahan Arsenal sekali lagi mengundang kemarahan dan segalanya dikumpul dan ditujukan pada sebatang tubuh kurus kedut, Arsene Wenger. Hadir ke Stoke dengan dah boleh jangka jenis game fizikal yang dihadapi tapi jika tak aware dari minit pertama, memang hancur, dan daripada line up semalam, nampak benar tiada preparation.Pergi mati dengan fighting spirit, hampir kejar balik , red kad chambers,kerana segala itu tak patut berlaku pada awalnya. Ketinggalan 3 gol di Britannia ketika separuh masa adalah umpama menggal kubur sendiri tanpa bantuan Tok Adi, Yang bangang tetap bangang, tiada alasan. Kita boleh jadi punch line buat peserta2 raja lawak yang tercari2 punch line di pentas , dan membuka perbualan di kenduri kendara sesama stranger , itulah Arsenal ketika ini.



Permulaan yang slow dan shambolic defending membuatkan game kita bertambah sukar.Entah mengapa kalau Koscielny tak cukup fit untuk main atau start, jadi kenapa bazirkan satu slot bench untuknya? Atau ini yang Wenger dan Bould nak tunjuk sebenarnya ," Hangpa semua nak tau sangat awat selama ini aku pi letak 2nd choice LB main dengan BFG,, haaa ini jawab dia bia letak 2nd choice RB main CB, free header terlepas, red card siap " Tapi sebab dia bajet lawan Stoke, pasukan purata ketinggian paling tinggi dlm BPL, jadi Wenger guna logik laa konon untuk tandingi ketinggian, dia letak kapten tinggi lampai lampi ganding dengan budak bawah umur, diapit belah kiri oleh budak bawah umur, mempertahankan gawang yang masih dara dalam 3 perlawanan,keeper jugak bawah umur, di depan back 4 dijaga oleh hulubalang hang kebun ketika kita mendambakan sosok Tuah dan Jebat. "Cangkul pun cangkul lah" kata Flamini.



2nd half baru kita nak gamble, masukkan danny, Bellerin jadi mangsa dikeluarkan.Adalah sedikit perubahan, kita lebih berupaya membuka ruang dengan larian2 Danny menarik perthanan lawan. Sanchez punya satu peluang keemasan setelah menewaskan 2 defender dan melepasi keeper, tiang pulak jadi peghalang. Memang nampak sangat bukan hari Arsenal. Gua pada masa ini dah sumpah seranah maki agar Flamini dan Rambo dikeluarkan, bagi perubahan taktikal sedikit. Tapi rupa2nya Wenger ada jawapan selamatkan diri, Flamini dapatkan penalti untuk Cazorla skor, dan Rambo plak skor  3 minit lepas tu. Selebihnya hampa selepas ref bangang yang melayangkan kad kuning kedua ketika chambers hanya melakukan sentuhan minima,biasa la body contact dalam bola sepak.Kalau jenis itu pun tak boleh elok main catur. Foul pun boleh dipertikai inikan pula kad kuning yang diberi,Kacau sungguh. Momentum kita mati dan harapan untuk mendapat mata di situ terkubur.

Baru nak start bina balik, dah tersentak, roboh balik. Jauh lagi perjalanan kita. Tapi kalau selalu tak berhati2 macam ni, memang akan selalu berhenti, lambat sampainya.Yang ni gua tak nampak biar lambat asal selamat.Yang ni kalau lambat, selamat tinggal. Selasa ni ada game tak bermakna melainkan Anderlecht buat kejutan kalahkan Dortmund. Peluang muhasabah diri..untuk kali keberapa..gua sudah hilang kira..Ayuh bangkit.Kritikan air liur kita jangan sampai basahkan sumbu meriam.

Agi idup agi mengGunners!!!!


Sabtu, 6 Disember 2014

Sorotan Arsenal.


Selepas bahana kekalahan kepada United, muka Wenger terpapar di setiap tabloid,akhbar dan jugak poster ala zaman cowboy most wanted man, ramai yang sudah hilang sabar mahu melihat orang tua itu segera dinyahkan dalam suasana kehangatan yang penuh emosi ketika itu.Tapi Arsenal fan memang unik, selepas itu, 3 game, 3 menang dan kita kembali memaafkan wenger dalam erti kata , redha sedikit, bagi peluang tapi tsunami amuk itu akan melanda kembali sebaik Arsenal terkandas nanti, itu sudah terjamin akan terjadi, dan ia adalah roller coaster, umpama kitaran roda di Arsenal. Bukanlah gua tak mahu turut serta dalam menghentam keromo Wenger pada malam itu kerana apa yang dilakukan memang tak dapat dibela pun terutama tindakannya ketika summer yang tak settle masalah pertahanan depan mata, cuma gua agak lesu ketika itu,mngkin sudah lali, dan mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja, biar kritikan itu bukan sahaja datang dari fan sendiri malah fan rival sendiri yang entah begitu sibuk hendak melihat apa yang dikatakan 'era baru' di Arsenal, tak sabar sungguh mereka. Lepas United bernasib baik, gua ulangi disini BERNASIB BAIK memang sungguh BERNASIB BAIK malam itu -dan bukan atas faktor player yang diturunkan kerana kita jugak ada banyak kecedeaan, malah Szczesny terpaksa keluar time game, Jack wilshere plak injred dah kacau plan sub kita, jadi apa yang bernasib baikknya adalah Arsenal mendominasi tapi dominasi sahaja hingga basi tak dapat buat apa2, peluang gagal disudahkan dan United shot on goal satu  tapi gol 2 bijik, itu sudah cukup menceritakan segalanya.1st time tewas dalam liga di laman sendiri dalam 15 bulan sejak kalah pada oppening season lawan Aston Villa. Dan yang pecah rekodnya adalah Manchester United, bertambah berbululah kita sebagai penyokong Arsenal. Tapi bukan hujung dunia, masih ada sinar di hujung terowong.


Arsenal meneruskan kempen bertemu Dortmund dalam game yang hanya nak satu mata sahaja untuk layak ke last 16. Welbeck injured, Giroud tak daftar untuk group stage ni, jadi gua bajet Podolski  dapatlaa chance ni.Tengok sahaja line up, gua kritik Sanogo. Tak sampai 2 minit dia skor.Kah3. Sekali lagi Wenger terselamat, gamblenya menjadi. Yang gua nampak lambaian Poldi dari bench semakin  melambai2 Januari nanti.Dortmund malam tu serba tak kena. Klopp terbawak form dalam Bundesliga ke Europe.Keeper kita rileks saja Martinez, Dortmund tak mencabar. Alexis Sanchez muncul sekali lagi skor dalam big game, ketika orang kata dia AWOL dalam big game lawan United ,Chelsea, tapi perlu diingat dia dah skor lawan City Dortmund, dan ketika kita memerlukannya at least ada jugak occassion yang dia hadir walau tidak dapat semua.Malah golnya pagi tu cukup sempoi.Bertuah lah main dengan Arsenal dapat main Champions league tengah minggu,skor gol cantik2, bijak pilihan Alexis.nak champ group nampak sukar tapi bukan mustahil tapi dapat tewaskan Dormund ni pun pada ketika baru kalah dengan united dan swansea dan diayamkan anderlecth dah cukup bersyukur. Martinez clean sheet lagi. Game ni umpama bina balik momentum, tanam kepercayaan kalangan player.


Game lawan WBA.Away game yang agak sukar kerana jadual yang pack tapi kita mampu bawak 3 mata yan berharga hasil jaringan Danny Welbeck. Malam tu tengok Danny berkombinasi dengan Giroud. Siapa kata 2 target man ni tak dapat beraksi bersama, Danny diletakkan di wide position dengan Giroud lebih central tapi mereka salingbergilir2 mengambil posisi dalam kawasan bahaya terutama dalam gol yang dihasilkan kerja keras Santi Cazorla. Oh ya ini assist ketiga Santi berturut2 setelah dua assist nya bertemu Dortmund. Santi cukup od form dalam membantu rakan2 bua gol biarpun masih belum memecahkan kebuntuan depan gol berbulan2 dalam saingan liga, Ketiadaan Ozil, Jack dan ke'hilangan' Rambo, Santi mengambil kesempatan ini untuk step up dengan sebaiknya. Ga jugak harap lepas ni Thomas rozza diberi peluang yang sama, kerana akhir tahun lepas dia memang meletop, tapi dek kerana Wenger perfer player favorite, Thomas dibekukan.Gua rasa Rambo perlu direhatkan sekejap bagi peluang muhasabah diri, bagi pleuang pada Rozza dan Santi, orang2 lama ni tunjuk kreativiti seni. Martinez clean sheet lagi. Game ni jugak kita resilient dengan adanya kembali Koscielny memantapkan back 4 yang nampak tunggang langgang ketika ramai player out of position.


Game terbaru, tengah minggu lalu, kita tewaskan Soton dengan last minit gol dari siapa lagi kalau bukan Alexis Sanchez! Martinez sekali lagi clean sheet.Game yang open, kta boleh kalah, Southamton boleh menang atau pulang dengan satu mata tapi desire dan determination yang disajikan Alexis meletakkan satu danda aras bagi rakan2 sperjuangan di Arsenal.. Alexis antara foreigner dan new signing yang settle down paling cepat dalam sejarah BPL Arsenal lebih cepat dari lejen Henry dan Bergkamp. Wenger menyokong statement tersebut dengan memberi andaian kehidupan Geoekonomi Sanchez di zman mudanya ang bermain bol di jalanan menjadi pemangkin untuk dia mempunyai karektar yang tak kenal erti putus asa dan sentiasa berusaha keras.


Sebut pasal Henry tadi, Legend Arsenal tersebut dah umumkan bahawa dia kaan meninggalkan NYRB di penghujung musim MLS dan telahpun beraksi dalam game terakhirnya bersama kelab Amerika itu. Ke mana hala tujunya selepas ini masih belum terjawab tapi yang pasti tempatnya di Arsenal memang sudah pasti suatu hari nanti tapi role apa masih misteri. Wenger berkata at least France hutang satu game respect untuk Henry atas segala jasanya terutama setelah insiden 'hand'ballnye dalam kelyakan piala dunia bertemu Ireland. Kemanakah destinasinya, Asia? adakah ke India sperti Boby? atau terus ambil lesen kejurulatihan. Ke manapun Henry, dia adalah wira, a living legend. Cepat2lah return ke home of fottball, Arsenal.

Pada ketika artikel ini ditulis sebentar lagi kick off lawan Stoke. Kita harus teruskan form baik ini.Terus bina momentum agar tidak terlalu jauh dengan saingan peringkat atas liga.Keupayaan menundukkan Southampton memtong jurang kepada 3 mata, dengan United dan Soton saling bertemu, kita harus mengambil kesempatan ini untuk tidak drop points yang tidak perlu lagi. Jarak dengan Chelsea memang nampak jauh tapi kayuhlah pelahan2, potong satu demi satu, daki dan terus mendaki.

Agi idup agi mengGynners!!