Sabtu, 22 Februari 2014

Pre Match : Arsenal vs Sunderland


Malam ni ada occasion istimewa. Tugu lagenda Arsenal DB10 akan dirasmikan bakal mengikut jejak langkah Chapman, Adams dan Henry.. Dennis Bergkamp sendiri berbesar hati akan hadir ke Emirates malam ini menjelang game menentang Sunderland dan akan menemui para Gooners ketika half time. Jadi kalau dah ada acara istimewa, tentunya result tak boleh kasi spoil. Arsenal menuntut respond positif .Kita bertuah kerana sekali lagi dpat beraksi di Emirates stadium, buat kali keempat berturut2. Kita memerlukan sokongan fan untuk menyemarakkan lagi keyakinan dan semangat pasukan ketika ini yang sedang berdukacita dengan kekalahan tempoh hari. Tapi mereka ini cukup profesional untuk ubah fokus. Eropah cerita Eropah, ini cerita title race, kejuaraaan yang masih lagi dalam radar dengan ketinggalan satu mata di belakang Chelsea yang akan turun awal malam ini.


Berdepan si kucing hitam bukan tugas mudah lagi2 mereka tengah di cloud 9 selepas baru tukar manager. Gustavo Poyet bekerja dengan baik setakat ini.Kalau dikira  kedudukan sejak Poyet ambil alih dari Di Canio, Sunderland kini patut di tangga ketujuh. Walaupun kini terperosok di tangga ketiga dari bawah, mereka sebenarnya dalam proses pendakian. Berbanding Arsenal, dalam 6 game terakhir mereka lagi padu,menang 4, dan percaya atau tidak Arsenal baru menang 2 game dari last 6. Menghormati Sunderland, tapi Arsenal tak boleh drop points lagi dalam game2 mampu menang sebegini. Kerana kita akan bertemu Stoke sebelum FA cup suku akhir dan 2nd leg Bayern. Kita memerlukan momentum untuk marathon ini.

Tak ada player yang yang pulang dari injury buat Arsenal kecuali Arteta yang kembali dari penggantungan Eropah. Gibbs memang out. Wenger membayangkan untuk merehatkan Ozil yang sangat memerlukan sedikit ruang untuk muhasabah diri dan refresh diri. Giroud mungkin akan kembali mengambil alih dari Sanogo, peluang kepada Podolski mungkin. Barisan serangan perlu bekerja kereas bagi merobek gawang dari bekas penjaga gol Arsenal Don Vito Mannone. Wenger rated tinggi keeper yang berbakat besar tapi tak mahu jadi penghalang kerjaya dilepaskannya.  Mengambil peluang mengisi slot kecederaan Keiren Westwood, Mannone tak lagi menoleh ke belakang. Hero Capital one cup di Old Trafford. Satu lagi peluang untuk Arsenal ambil kesempatan adalah mereka ni adalah wira2 Wembley bagi Sunderland, final league cup minggu depan mesti duk berada dalam pikiran player masing2 takut nak injured atau buat foul takut terlepas aksi, jadi Arsenal kene capitalize kan peluang ini.

---------------Szczesny----------------
Sagna-----Per----------Kos---Monreal
--------------Arteta--Wilshere----------
---------Santi----Podolski---Rosicky---
----------------Giroud------------------

Dennis Bergkamp usha dari jauh.Mereka, player2 ini pasti ta knak menghampakan hari yang dikenang buat legend.Nanti mahu kene sekolah kat dressing room lepas game.

Astro 11pm Arsenal 4 Sunderland 0

Agi idup agi mengGunners!!



Arsenal 0 Bayern Munich 2 : Ditawan tapi melawan!


Rileks brader ..brader rileks..! Yup, kekalahan 0-2 di laman sendiri kepada Bayern agak mengecewakan,bukan sebab result itu sendiri tapi cara kita tewas itu yang lebih dikesali. Banyak drama, bnyak perkara yang dipersoalkan dan jugak banyak keritikan yang dianggap agak terlampau dilemparkan tanpa mengkaji dulu fakta berkaitan. Ia umpama the writing is on the wall, bila mana Ozil gagal menyudahkan sepakan penalti, Gibbs injured dan kemudian kad merah Szczesny, 10 orang pemain vs pasukan terbaik dunia is too much  dah boleh kacau flow game.


Malam itu atmosphere di Emirates cukup padu! gua yang duduk depan tv pun dah terasa superbnya melihat fan bersemangat angkat red and white flash card bagi mengingatkan Bayern di mana mereka berada dan jangan dok cari pasal.Line up juga spot on! Pasti ramai yang terperanjat beruk dengan kejutan Yaya Sanogo sekali lagi start lead the line mengetepikan Giroud di bangku simpanan. Wenger bagi alasan ikut form, tapi tak boleh nak sorok dan ramai yang percaya bahawa ini semua disebabkan akibat kes peribadi yang melanda Giroud. Dan jika Wenger memberi 'hukuman' pada anak angkat kesayangannya itu, tabik spring gua ucapkan pada Wenger kerana berani gamble dan menunjukkan ketegasan, star ke tak star ke kalau dah buat hal tak jaga disiplin, lu tetap kena, paling power bila kena time2 game besar macam gini, memang kasi ajar Giroud cukup2, jangan nak took everything for granted sangat.Macam lawan Liverpol, malam tu ,Sanogo tak menghampakan malah nyaris bukak jaringan. Cuma 2 game besar dia main, pastinya agak penat lagi2 lepas kita caution tak boleh nak tukar sub suka hati lepas Szczesny red kad dan Gibbs injured. 20 minit pertama segalanya Arsenal walaupun Kroos cuba replay gol season lepas awal2 minit permainan tapi Szczesny tangkas menepis. Itu sajelah ancaman Bayern yang boleh diingati pun. Mandzukic yang heboh media kata Arsenal nak pancing pun bukan buat apa sangat malam tu. Patutlah Guardioala awal2 sambar Lewondowski.Tap tak buat apa pun dah 18 biji gol dia saja musim ni, cuma malam tu Koscielny -BFG kebal, at least 1st half.


 Ok kemudian, timbullah insiden penalti apabila Boateng diayamkan Ozil,terjerat perangkap bagi foul. Ozil yang mendaptkan penalti, maka sebab dia pengambil ketiga belakang Arteta dan Giroud, menjadi tanggungjawab dia untuk ambil. Damn! lemau tak masuk. Maka dengan itu seluruh dunialah mengkritik menghentam mengherdik, membahan mencaci kaw2 macamlah dia baru membunuh seseorang. Ya dia membunuh jiwa fan2 Arsenal yang mengharap pada ketika itu tapi cuba bagi satu nama player yang pernah ambil penalti konsisten tapi tak pernah missed. Player2 terbaik dunia pun jumpa hari malang. Kemudian argue dia dah 3 kali berturut2 ambil penalti diperingkat kelab dan tak masuk, lately Marsseile, sebelum tu dengan bremen 2009. Tapi nak kondem dia berlebihan pun tak ada guna, dia cuma jalankan tugas dalam order list. Wenger tak prefer style dia amek penalti gitu, dia lagi prefer yang lari sepenuh tenaga dan smash ke top corner ke, tapi dikatakan balik , ikut style masing2 la.Terpulang pada player. Jadi sepatutnya Wenger la yang ubah sikit senario untuk game ni memandangkan keeper lawan si annoying Neuer( bunyi nama pun dah sama) merupakan kawan si Ozil ni dari kecik dan sekali dalam team kebangsaan jadi dah tentu masak dengan style si Ozil ni, patut decide penalty  taker lain.Perkara yang sepatutnya avoidable kalau Wenger pikir mendalam tentang aspek itu tapi dah jadi nak buat lagu mana. Terima saje lah bukan hari Ozil, bukan hari Arsenal. Ditambah dengan kecederaan Gibbs secara tiba2 , menyaksikan satu sub dah rugi kat situ, Monreal terpaksa dibawa masuk. Ini menambah konfiden Bayern terutama  Robben untuk mengasak dari belah kanan.


7 minit lagi nak half time tapi Arsenal tak boleh nak bendung kepintaran Kroos ni yang hantar bola cantik dalam kotak penalti menjangkaui defend Arsenal, Robben yang menyelinap masuk tahu dia hanya berhadapan dengan keeper jadi target dia mesti at least sentuh bola dan selebihnya dia faham2 sendiri apa dia nak buat. Szczesny masuk perangkap pulak kali ini. Memang hampeh,touch si Robben tu memang jauh dan kalau ikutkan pun sukar lah nak dikejar balik untuk dikatakan goal scoring opportunity. Tapi sebab memang sah2 ada contact, maka penalti lah jawabnya. Yang gua bengkek rule FIFA ni pun satu. Szczesny ni memanglah last man sebab dia keeper, jadi dia kena merah atas dasar last man foul atau halang pelung gol? Belum tentu Robben boleh kejar bola lepas 1st touch yang buruk tu.Apa beza dengan Ozil yang dah perdaya Boateng dia mesti nak shoot tapi Boateng sadung kaki, tu takde pulak dikira menghalang gol opportunity?! Penalti memang patut tapi at least yellow untuk keeper sudah. Kalau macam tu gua rasa ramai dah keeper BPL yang kena red kad sebab kefahaman pengadil ke atas rule tak standard. hah, maka FIFA better revise balik elok2 supaya tak berlaku kekeliruan begitu. Masa tu dah nampak macam tragedi final 2006 kembali berulang apbila Lehman mencipta sejarah menjadi orang pertama dibuang padang dalam final. Kali ni Santi Cazorla yang mengalami nasib Pires menjadi mangsa pertukaran. Santi sendiri kelihatan sangat sedih sampai menangis beb bila dia meninggalkan padang. No wonder lah Bobby sampai tersentap dan meninggalkan kita musim berikutnya tu. Szczesny dalam perjalanan keluar sempat meminta maaf dan memberi sepatah dua kata pada Fabianski.Selain tu dia sempat 'menganjing' official dengan apa yang dikatakan offensive gesture sebelum menuju ke terowong.Gua pasti kalau perkara ni masuk dalam match report, Szczesny tak boleh terlepas sebab rakaman dah ada.

Alih2 penalti Alaba pun bukan masuk pun, dek kerana takut sangat dengan Fabianski , teringat Sturridge kena ikat tali kasut, tiang yang disasarkannya. Jadi dramatiknya peluang  penalti untuk setiap pasukan tak masuk.Bukan nasib Ozil saja tak baik malam tu. Point gua di sini, bagi gua , bukan Ozil tak masuk penalti menjadi turning point walaupun diakui kalau penalti Ozil masuk mungkin lain ceritanya. Tapi ternyata game changer adalah apabila kita dipaksa bermain dengan 10 vs 11. Memang betul2 kacau game, memang bunuh selera bagi yang neutral. Lepas tu sampai lah wisel penamat segalanya one way traffic. Gua tengok Guardiola pun tak semangat dan tak dapat feel kemenangan tu. Dan pada gua Wenger buat keputusan yang salah dalam menukar sub untuk memasukkan Fabianski, jika gua, Cazorla kekal, Ozil direhatkan. Ozil diakui Wenger memang kelihatan masih frust menonggeng lepas gagal score, pikiran dia pun nampak benar terganggu,beberapa kali dilihat menggeleng2 kepala walau dah 20 minit lepas insiden, fokus terjejas tapi Wenger bagi alasan taktikal untuk masih mahu mengekalkan pemain termahal atas padang.Alasannya hanya dia yang boleh bukak game, bawak bola ke depan, di sebalik tu gua paham wenger cuma nak bagi peluang untuk restore konfiden. Tapi tak menjadi malah terlalu besar tanggungjawab untuk dipikul. Sehingga dia menjadi sasaran kritikan, ditambah lagi penalti yang gagal disempurnakan, price tag nya secara tiba2 menjadi persoalan. Semua harus sedar Ozil merupakan player yang ketiga di atas padang malam itu paling banyak ground covered yakni melakukan larian, jadi bagaimana komitemennya sanggup dipersoalkan. Malas? tak bersemangat antara tuduhan dilemparkan, dah memang tuhan lahirkan mukanya sebegitu nak komplen apa lagi.Mata besarnya memang nampak kuyu tapi tak bererti dia tido. Ia hanyalah hari di mana segalanya tidak kena untuk satu team, jadi mudah sangatlah nak blame seseorang untuk dijadikan kambing hitam. Keluarnya Cambo, menyukarkan lagi Arsenal yang hilang pace dan kreativiti lepas keluarnya Cazorla. Ini bermakna tak ada peluang untuk Podolski Giroud masuk ubah dimensi kerana faktor semasa.Wenger pun tak sangka kita pakai 2 sub terlalu awal. Option tak ada, hanya mengharapkan Sanogo dan Ozil bergandingan mencipta magik, terlalu tinggi untuk digapai harapan itu.



Media jugak mensasarkan lensa ke arah pertelingkahan antara Flamini dan Ozil di hujung2 perlawanan dengan kedua2 saling 'bertukar pandangan'. Gua paham kedua karektar ini ada jiwa dengan Flamni agak terlebih adrenalinnya kadang2 tapi itu yang kita perlukan dalam pasukan.Tak ada hal pun, kerana Flamini sendiri mengakui perkara itu biasa dan mereka berdua merupakan rakan baik dalam dan luar padang.22 faham kerja masing2, dua2 kecewa dengan prestasi di office.Untuk kedua2 gol gua boleh katakan Flamini terlibat dan ada saham besar. 1st gol dia meninggalkan Kroos yang di marknya terlebih dahulu untuk masuk kedalam kotak penalti mengganggu wilshere yang dah mark player, salah paham antara dia dan Jack membiarkan Kroos tak dikawal melepaskan rembatan cantik lagi padu menewaskan Fabianski. Jadi jugak dia buat ulangan sem lepas. Gol kedua pulak, Flamini yang kelihatan mengarahkan rakan2 lain jaga line defend asyik memerhaitkan bola di kaki Lahm tapi tak aware akan positioning Muller yang free di belakangnya. Dia mungkin mengharapkan Sagna close down aau cover bahagian kanan tapi kita baru sahaja kena counter leas freekick yang kita dapat entah apa dibazirkan peluang, Koscielny masih di atas , Sagna baru nak berlari balik, kamikaze. Tapi itulah walau positioning Flamini sekalipun, macam gua kata tadi,ia tetap berbalik kembali pada faktor kita main 10 orang maka disiplin carca marba. 2nd gol memang betul2 bagi blow terutama gol last2 minit, menyentap semangat dan keyakinan kita. Bolos 1 gol away dengan 10 pemain berdepan juara bertahan difikirkan dah cukup ok untuk di bawa ke Munich, tapi 2 gol?, sama2 kita mengharapkan satu lagi kejaiban.Mungkin jika Bayern mengalami nasib yang sama seperti kita alami malam tersebut, siapa tahu? Langit tak selalunya cerah, dan Jerman tak ada istilah pakai langit lain, langit yang sama. Fan malam tu cukup berdiri di belakang pemain, mereka faham, mereka sedar kita mungkin tak setanding Bayern Munich atas kertas tapi bila 11 vs 11 kita menunjukkan kekuatan dan kemampuan serta keberanian untuk bersaing malah hampir mendahului dan menggeletarkan kesebelasan terbaik Eropah mahupun dunia. Begitu jugak dengan ketika 10 pemain, mereka yang tinggal menunjukkan fighting spirit yang kental kerana tanpa kekuatan mental ,malapetaka yang lebih besar boleh berlaku.Di sini gua bagi kredit pada semua pemain yang berjuang.

Masih ada 2nd leg di Allianz Arena, positifnya kita bermain tanpa tekanan kerana kita bukan sahaja underdog, tapi underdog yang telah ditanam hidup2. Buktikan sesuatu sebab kita belum rebah sepenuhnya, selagi masih bernyawa kita akan melawan tetap lawan. Di sinilah kita dapat bermain dalam style kita ketika orang tak bagi harapan, kita suka buat kejutan.Masih ingat Munich 12/13, jika kita mampu menang 2-0 mengapa tidak ia diulang kembali?!Ya sudah tentu Bayern akan bermatian lebih berhati2 setelah apa yang melanda mereka musim lepas tapi kita tak ada apa yang hendak ditakutkan lagi, nothing to lose. Bayern akan bermain dalam tekanan kerana sebarang kesilapan yang mengundang gol pertama buat kita, mereka akan cuak setiap minit berikutnya.Dengarnya memang sedap , harapnya skrip begitu untuk melengkapkan lagi perjalanan malam2 Eropah yang indah...

Sunderland  menjadi mangsa kebangkitan Arsenal malam ini.

Agi idup agi mengGunners!








Rabu, 19 Februari 2014

Malam Eropah : Arsenal vs Bayern Munich



Malam2 Eropah yang indah kini kembali!! Menentang juara bertahan dalam upacara repeat bagi membalas dendam  musim lepas. Mimpi ngeri tahun lepas boleh dikatakan satu bencana dalam mood yang serba tak kena. Ini bukan Wenger vs Guardiola, ini kisah 22 orang pejuang atas padang berebut sebiji bola.Kali ini kita mengharapkan jalan cerita yang lebih menarik buat Arsenal dengan endingnya di Allianz Arena kita mendongak ke langit sebagai status bakal juara!-Mungkin bunyi agak premature tapi optimistik. Lebih2 lagi kita bermain tanpa sebarang tekanan sebagai pasukan underdog. Nothing to lose , jadi gua expect kita all out lagi pula di laman sendiri. Hadiahkan pada penyokong. Kekalkan rekod pertahanan yang baik, yakni kekentalan hanya bolos sebijik dalam beberapa game di Emirates itupun dari penalti. Mengelakkan away goal adalah penting.Sangat penting kerana perkara itu telah menghukum kita musim lepas, taknak ia berlaku sekali lagi. Kita tahu Bayern sebuah pasukan yang mantap dari segenap segi. Hormat tapi jangan takut. Tak sempat gua  nak ulas banyak2, layan promo kat atas ni dah ternaik mencanak2 adrenalin. Gua tak sabar!

-----------------Szczesny-----------------
Sagna--------BGF-----Kos--------Gibbs
-------------Flamini---Wilshere----------
--------Cazorla----Ozil-----Poldi----------
----------------Giroud--------------------

Agi idup agi mengGunnrs!!

Astro 345AM Arsenal 2 Bayern 0


Selasa, 18 Februari 2014

Tarik nafas di Liga, hayat FA Cup segar bernyawa.

Kita menuntut respond selepas disembelih di Anfield tapi tindak balas yang ditunjukkan ketika pertemuan menentang United bukan seperti yang diharapakan. Pada awalnya, dengan suasana kehangatan perlawanan, perasaan geram, sakit hati dan bengang melihat pemain seakan2 masih bermain dengan fear factor, tapi lama kelamaan bila 2 3 hari cool, pikir2 balik ada mungkin rasionalnya dapat 1 mata daripada tangan kosong. Anda pun boleh kata mungkin gua bercakap begini lepas kita baru sahaja dapat balas dendam dengan Liverpool,entah, gua tidak dapat nafikan perkara itu, mungkin jugak. Kerana gua jugak manusia fan biasa yang mudah dibuai emosi maka jika mood kemenangan elok la angingnya begitulah sebaliknya tapi yang pasti untuk tidak tewas ketika bertemu United, telah restore konfiden terutama backline kita. Dan kekonfidenan itulah yang membantu kita untuk kembalikan momentum dalam game semalam. Iyalah, bayangkan kita ni baru kembali boleh bawak kereta dari suatu eksiden ngeri , kita pasti masih trauma lagi bawak pun berhati2, , pakai tali pinggang keledar,cek cermin sisi betulkan cermin pandang belakang sebelum gerak, -yang last sekali kita buat masa nak lulus ujian JPJ- jarang sekalilah kita nak bawak terus2 laju gila kembali melainkan dalam jiwa ni ada jiwa rempit racer, macam itulah yang gua nampak Arsenal masa lawan United.


Terlalu berhati2 sampai RVP pun hampir hukum kita berkali2 tapi Szczesny datang menyelamatkan keadaan. Perihal berkenaan kita tak ada jiwa rempit, mungkin itu suatu yang dikesali untuk bahagian upfront kerana kita tak berani bermatian disebabkan masih takut dihukum lawan. Kita hanya come close melalui tandukan daripada defender Koscielny yang diselamatkan di far post oleh Valencia, dan satu lagi melalui rembatan mid, Cazorla diselamatkan oleh De Gea. Malam tersebut gua cukup vokal terhadap persembahan hambar dari Giroud namun masih tetap diberi kepercayaan walaupun berdepan apa yang dikatakan 'krisis' peribadi. Gua tak pasti sama ada anda bersetuju atau tidak tapi pada gua, adalah selayakanya peluang itu dikongsi sama rata, jangan nak bagi sangat peluang pada satu pihak sampai menutup terus peluang player2 yang ada. Apa kurangnya Podolski? Hah tengok!Malam tadi dia score apa? Gua tau jawapan Wenger "hah tengok, siapa concede penalti?" Mungkin..gua kata mungkin..pada dia Podolski ni kurang sikit defensive side dalam gamenya. Untuk malam game menentang united, defensive side, kita ok.Rekod tak bolos di gelanggang sendiri dikekalkan. Alah itu pun disebabkan sikap United yang hadir dengan taktik tak nak bagi Arsenal main , mematahkan gerakan, dan counter.Pendek kata malam tu 2 2 team main untuk tidak mahu kalah , lebih daripada mahu menang. Tengok Moyes korek2 dari Giggs di sideline tentang tips2 yang masih diingat zaman Fergie pun dah boleh agak.Kita melepaskan peluang untuk memintas Chelsea tapi kita masih mengekalkan diri dalam perlumbaan agar tidak jauh kebelakang, Game City ditunda akibat cuaca, jadi kita masih no 2 .



Sweet revenge semalam dalam FA Cup. Walaupun tak dapat sampai 5 bijik, tapi macam gua kata dulu, kita jadikan Liverpool kelab paling awal bakal tanpa piala pun dah cukup daripada media dok bantai kita, bagilah media2 ni sasaran baru seketika. Gua pun sebut 'bakal' tadi sebab bila dah takde pertandingan lain ni, senang laa Liverpoool nak tumpu pada kejuaraan liga, tak gitu? Kita pulak busy dengan FA Cup, Champions League , liga lagi, media lagi, Mourinho lagi. kah3.Seriously gua tak paham apa yang dia jaki sangat dengan Le Prof.Sengaja la tuh cari publisiti cipta kontroversi mind games ni. Dari dulu perangai tak habis2 jadi media darling.Dah betul ko memang jenis takut gagal, buktinya orang main bola takkan parking bas depan gol kalau takut gagal, sanggup main buruk asalkan dapat piala tak ke takut gagal nama nya tu.Tiba2 cakap Wenger tak respect dia punya past yakni achievement la kononnya jadi dia balas balik dia pun tak nak respect Wenger punya past.Tak ke Badigol So'od tu.Wenger tak hadap pun.  Wenger macam biasa tenang jawab tak nak layan komen2 bodoh yang tak interesting bagi dia, dia lebih interested apa yang berlaku atas padang. Dan pada gua, gua nampak Mourinho ni dah takde 'kawan', kawan2 lain dalam BPL semua junior2, jadi dia takkan 'bertegur sapa' dengan kawan2 sekerjaya yang masih dirasakan adek2 macam gini,bosan, takde standard baginya. jadi dicarinya ikon2 macam Wenger atau Pallegrini untuk hangatkan suasana.bijak2.Sembang pasal dia dah tak sentuh lagi game semalam, ni belum lagi sembang pasal Olivier Jerat percintaan!






Arsene Wenger membuat 7 pertukaran kesebelasan utama berbanding team bertemu United. Hanya pairing CB Kos dan BFG dikekalkan untuk memberi core stability, selain itu Arteta digunapakai habis habisan memandangkan dia bakal terlepas aksi bertemu Bayern akibat penggantungan, manakala bagai tidak boleh terlepas dari team sheet, rekod signing Ozil juga kekal. Flamini kembali dari penggantungan, Jenkinson ambil alih keletihan Sagna, Monreal cuba bersihkan imejnya yang tercalar di Anfield. Chambo main wide begitu jugak dengan Podolski di belah kiri, Sanogo mendapat peluang keemasan 1st startnya dalam jersi Arsenal setelah berhempas pulas melawan kecederaan musim ini, meninggalkan Bendi mengoyak2 tisu mengenang nasib di rumah. Liverpool pulak menurunkan barisan terbaik yang mereka mampu turunkan, desperate. Dan nampaknya kita belajar dari malapetaka di Anfield. Midfield line kita drop lebih deep dengan formasi 4-4-1-1. Kehadiran Flamini bergandingan dengan Arteta membantu rakan2 seperti Chambo dan Podolski alert agar tidak terlalu memberi kan ruang pada bahagian sayap2 Liverpool yang hari itu mudah dirobek pace gandingan 3S Suarez, Sturridge dan Sterling.setiap kali leka, Flamini akan jerit biar mereka berempat sebaris positioning. Kali terakhir gua kondem gandingan Arteta dan jugak Flamini mereka tak boleh bergandingan, itu ketika lawan Sotuhampton , pada ketika itu mungkin kita tak perlu terlalu berhati2 dan kurang adventurous, tapi untuk game yang nak counter pace ni, ini formula terbaik setakat yang kita ada sekarang dengan barisan player yang tinggal. Walupun masih nampak ada banyak lagi lompong dan ruang yang diperbaiki dengan boleh gua katakan, Liverpool boleh lead 2 3 bijik jugak 1st half tu, tapi tak mengapa, mereka dah gagal dan kita keep calm. Awal2 standard la masih teringat dan ternyiang2 lagi trauma, tapi sebaik sahaja Chambo meledak gol pertama, perasaan lega dan relief jelas terpancar terutama melihat tarian Wenger yang berpusing2 ala2 figura dalam music box.Lepas tu Liverpool mula meroyan dah, main tak tentu hala, lagi2 dengan keeper Lukas Fabianski yang fabulous malam tu.


Gol kedua kita hadir tepat pada masanya. Baru start 2nd half, memang sesuai nak patahkan semangat lawan yang baru nak up. Player yang sering dianaktirikan Wenger, Podolski sekali lagi menggegar jaring.Hasil umpanan  baik dari Chambo. Poldi ni dikatakan "one of the best finisher i've ever seen" tapi masih still tidak mendapat tempat dan terlepas pandang , agak pelik jugak ketika statsitk menunjukkan dia player Arsenal yang paling persis ketika ini. Tapi macam aku cakap awal posting tadi, may be sebab kekurangan dari segi defensive side dalam game nya, kurang track back, terleka dan2 pulak tibe2 terbukti bila terconcede penalti. Ahh tapi siapa yang tak menghadapi masalah dengan itu pada awalanya, jika hadir dari luar dengan reputasi central role, tiba di Arsenal kena main wide. Yang penting, peluang secara konsisten harus dibagi secara adil. Dan malam tadi Podolski tunjukkan fight dan kesungguhan untuk membantu pasukan. Jika tercipta peluang depan gol, player yang kita harapkan ada untuk kasi finish pastinya Poldi. Jadi berbalik pada penalti tadi, Gerrard amik menewaskan Fabianski walaupun keeper Polish tu dah study belah mana biasanya Gerrard ni sepak last sekali lawan Fulham hari tu. Lebur rekod .Gol pertama yang Arsenal bolos di Emirates sejak 695 minit. Dah 2-1 mulalah geng2 Liverpool ni pasang angan2 cameback. Startlah kontroversi Howard Webb tak bagi 2nd penalti lepas kelihatan jelas ada contact antara Chambo dan Suarez. Namun dek kerana reputasi Suarez itu sendiri, mungkin Howard Webb membuat keputusan player Uruguay tu yang terlebih sudah over nya. Kalau mahu berlaku adil, sila kondem juga keputusan Webb yang sepatutnya melayangkan 2nd yellow atas late tackle Kapten Liverpool ke atas Chambo. Liverpool cuba berterusan mencari gol dengan harapan at least boleh bawak balik replay kat anfield. Memang tak dapat lah kali ini, Fabianski cukup power! Power tak powernya dia sapbai tak payah suruh pun Sturridge terpaksa sanggup ikatkan tali boot dia.haaa mau taw!


Gua bangga dan respect dengan overall team performance, display yang ditunjukkan oleh rata2 squad player semalam dan paling penting atmosphere dari para penyokong. Terutama persembahan bertenaga dari Chambo,Podolski punya spirit, ketangkasan Fabianski, disiplin midfield serta back 4, dan steady debut dari Sanogo. Selaku player yang baru berumur 21 dan hanya sempat main 60 minit aksi reserve sebelum kembali ke atas padang, cukup untuk impress gua. Walaupun tak score tapi dia punya fight,determination dan kerajinan tu membuatkan gua tertarik dengan budak ni. Ada potensi dan masa depan, kalau lebih konsisten dan tumpukan pada ketajaman, Giroud punya kerusi tu tak lagi selamat.

Kita bakal menjadi tuan rumah kepada Everton dalam suku akhir yang masih belum ditentukan tarikh tepatnya. Berjayalah kita mengelak dari berlakunya boring merseyside derby. FA Cup masih bernyala api perjuangan, Bara UCL kian terasa. Gua yakin lepas membiarkan Bayern merompak kita di laman sendiri musim lalu,selaku pasukan bukan pilihan,Arsenal pasti ada suatu kejutan untuk anak buah Guardiola!

Agi idup agi mengGunners!!



Isnin, 10 Februari 2014

Kita jatuh untuk bangkit


"Satu2nya perkara yang boleh diambil positif dari game tadi adalah , the fan" Arsene Wenger
Fan cukup fantastic, boleh dilihat ketika Arteta menyempurnakan satu2nya gol tunggal melalui penalti walaupun pada masa itu sudah kena 5 bijik gol, away fan masih melompat keriangan ceria bagai tiada apa2 berlaku tapi dalam hati pedihnya siapa yang tahu bukan. Tak tahulah sama ada mereka benar2 gembira atupun sekadar membahan persembahan team sendiri yang ternyata sungguh mengecewakan. Ketika lensa camera menonjolkan Abang Bully,ia boleh dikatakan mencerminkan perasaan kesemua penyokong Arsenal yang pastinya termanggu bagaimana setiap kali tewas dalam big games, mentaliti mudah rapuh dan secara drastik satu team collapse. Benda ini biasanya terjadi dalam 8 -9 tahun kebelakangan ini tapi disangkakan telah mulai hilang, namun jangan percaya selagi kita belum menamatkan kemarau, syndrom mudah jahanam ini masih tersembunyi dan boleh menyerang bila2 masa, selain game bertemu City, Sabtu lepas sekali lagi menjadi saksi bawaha kita belum benar2 sembuh. Dan sekejap sahaja rekod baik mampu dipecahkan. Rekod tanpa kalah partenership 90 minit Koscielny-BFG dari Januari 2012 lebur dengan dramatik.Rekod baik Arsenal di Anfield 7 perlawanan juga ranap sekelip mata.

Szczesny meminta maaf di FB nya kepada penyokong dengan mengatakan ia adalah kemaluan yang dahsyat. Dia bukannya 100% perlu diblame pun ketika semua chances yang Liverpool dapat itu memang sah2 boleh score. Kalau bukan dia dapat save freekick celaka Suarez pastinya kemaluan kita akan lebih besar.Itu pertama kali anda tidak akan bangga. Oh ya, dari 5 bijik gol, Suarez gagal cipta nama satu pun, berjaya jugak taktik 1pound summer Wenger. Jadi kalau bukan Szczesny, penyokong pun dah jalankan tugas, siapa yang harus dipersalahkan?! Mudah untuk menuding jari terutama pada player2 dan Wenger atas selectionnya. Memang benar di saat2 gini lebih baik kita move on dan lupakan tapi biar gua sepintas lalu mengulas lubuk2 malam tersebut. Gol pertama yang mengejutkan kita mungin boleh mempersoalkan kedudukan Skertel yang berada dalam posisi offside, tapi kalau defender kita mark betul2 kita boleh avoid.Gol 1st ni dah ternyata bagi sentapan, dan para Liverpudlian naik sheikh! Tak sempat nak recover, baru nak pasang game balik muncul 2nd gol.Sekali lagi zonal marking kita dihukum.Letak Chambo di posisi far post pun tak dapat nak menghalang Skertel yang sekali lagi langsung tak dijaga dari luar kotak penalti meluru.Patutnya lebih selamat man to man marking, seorang pick up seorang opponent dan jaga betul2.Masalah set pieces menghantui. Start di sini kita dah jadi bahan jenaka. Defending kita sebagai satu unit macam badut.dari atas ke bawah. Mudah buang bola dan terus dihukum oleh counter.


Lubuk malam tu minta maaf cakap tapi memang ternyata dari bahagian Monreal, Ozil kemudian Giroud. Kesemua ni di sub kan sekaligus di 2nd half. Ramai yang mungkin melepaskan geram directly kepada Monreal, kita tahu lawan City pun dia parah tapi dia bukan best at defending, lawan team2 kurang menyengat ni boleh lah dia tebuk dan tak perlu pikirkan sangat bab bertahan, tapi untuk big games mungkin Gibbs lagi sesuai ketika ini. Kita sedia maklum apa yang kita akan dapat jika pakai Monreal. Begitu juga Giroud, apa yang boleh expect kalau dah tengah pun jarang dapat bola, dia tumpang sahajalah kat atas sana, bukan game dia malam tu, nak collect bola dari deep position pun tak nampak inikan pula hold up play kat atas. Paling mengecewakan Ozil kerana kita mengharapkan peranannyalah untuk step up dan bring arsenal into the next level tapi alih2 dia pun jahanam jugak. Sehingga diperbudakkan oleh Flanagan dan Handerson, Ozil di muscled off dengan mudah banyak kali. Senang2 tergolek dok tanpa mahu bingkas bangun untuk track back. Kalau tak berubah, gua sangsi lama kelamaan kita akan lihat kembali seorang lagi Arshavin. Anda paham maksud gua. Dan malam tu tak ada Arshavin untuk nak bantu score 4 bijik seorang diri. Untuk gol ketiga, Ozil ternyata harus dipersalahkan, lihat kedudukan Monreal, ya dia berada di posisi wide membuat larian dengan harapan Ozil dapat meloloskan bola tapi bodoh2 sahaja mudah dirampas handerson yang kemudian meluru dan passing pada Suarez. Suarez cross dan dan defend kita yang terdedah kalut habis barai. Mertesacker langsung tak aware positioningnya di mana ada dua ekor makhluk liverpool bermain cak kun cak belakangnya.Gol keempat jugak sekali lagi daripada kelembikan Ozil passing lemaunya terus menemui Coutinho yang tanpa membuang masa lantas bagi through pass jauh punya dapat kat Sturridge, Koscielny dah tak boleh nak buat apa2 berada di sebelah yang salah, Liverpool memperkotakkatikkan Arsenal.4-0 dalam masa 20 minit. Itu yang anda dapat bila terdapat ramai penumpang dalam team. Apabila bukan semua bagi 100% . Ozil hanya sentuh bola di kawasan sendiri 4 kali berbanding lawannya Countinho 32, nampak? Di mana komitmen?


 Dan ini bukan ditujukan hanya pada Ozil sahaja tapi kesemua player yang menyarung jersi Arsenal. Jack Wilshere start menggantikan Lukas Podolski mungkin satu kejutan kerana dia baru pulih dari kecederaan tapi sekurang2nya aksinya malam tu menunjukkan dia cares, ada perasaan respect pada away fan, ada jiwa. Kita perlukan lebih lagi.Bola sepak adalah permainan satu pasukan di mana pemain saling bergantungan bukan  semata2 atas kapasiti seorang individu.  Setiap pemain harus menanggung responsibility dan jawab dengan superb performance. Jangan biarkan negativity menghantui emosi seterusnya aksi .Environment2 tak sihat ni elok dinyahkan. Ada jugak gossip hebahan mengatakan Per Mertesacekr terlibat dalam bust up dengan team mate(dipercayai Sanogo) semasa latihan sebelum game.Gua pedulik hape, mereka  yang ada atas padang patutnya cukup profesional, itu semua alasan tak munasabah. Gambar Wenger tergolek time balik dari Merseyside lah, Giroud dengan model berskandal dekat hotel malam sebelum game la, ape semua ni? Fokus dan tumpu pada bola cukup! Kalau tak jadi malapetaka bencana ini, berita2 sampah macam ni takkan keluar tapi tak tahulah kalau Metro nak letak muka depan.Penyokong dah cukup terseksa dengan performance yang menjengkelkan tak perlu lagi ditambah derita. Memang benar kita tak expect untuk menang semua game, bukannya kita penyokong jenis glory hunter, tapi sekurang2nya kita mengharapkan semangat dan fighting spirit diberikan 100% atau lebih. Jika tewas, biar kalah asal bermaruah.


Arteta mendedahkan bagaimana begitu garang dan bengis Arsene Wenger dalam bilik persalinan semasa half time. Lega gua mendengarnya, itu normal dan perkara yang sepatutnya terjadi setelah Arteta mengakui persembahan 20 minit pertama macam dilanggar kereta hancur bersepai. Fan marah Wenger, Wenger marah player, player patut marah diri sendiri, bakar semangat dan tunjuk respond atas padang dan fan kembali gembira.Begitu sepatutnya kitarannya.Apa yang menariknya dari sini, tiada tempat, masa dan lawan paling sesuai untuk Arsenal bangkit menunjukkan tindak balas selain dari beraksi di gelanggang sendiri bertemu rival tradisi United awal pagi Khamis ini . Kita baru dilanggar kereta, mereka entah berapa jauh diseret lori sampah dan hanya tuhan yang tahu sampai bila inersia lori tu nak berhenti. Elok sangatlah tu bertemu. Sebelum kick off Sabtu lepas, Kita peroleh 20 mata daripada 24 selepas kekalahan kepada City, mengapa kita tak boleh ulangi unbeaten run cemerlang kita sekali lagi?Bukan sekali kita pernah diuji, bukan selamanya kita dicaci yang pasti kita akan bangkit dari kegoblokan ini ! Cabaran2 lebih getir menanti tak ada sebab untuk kita akhiri kita punya keterujaan sekerat jalan tanpa mengembara hingga check point yang terakhir. Liverpool, lu tunggu hujung minggu ni repeat dalam FA Cup. Kalau diwar2kan sangat oleh para pundit dan haters bahawa ada potensi untuk kedua2 kelab ni berlumba trophyless ,Arsenal akan pastikan Liverpool terlebih dahulu dapat gelaran minggu ni.We will march on! COYG!!

Agi idup agi mengGunners! 




Sabtu, 8 Februari 2014

Santapan Istana sebelum ke Anfield.

Lama tertangguh posting, mungkin sebab 'terkesima' dengan gerakan transfer yang berlaku bulan Januari. Transfer bagi Arsenal hanyalah hari terakhir transfer deadline, tapi kali ini penyokong terpaksalah pasrah tanpa sebarang lagi kejutan sepertimana summer lalu. Yang hanya ada pinjaman seorang player yang cukup legend dalam game Championship Manager suatu ketika dulu ketika zamannya. Gua cuba berfikir dan berfikir akhirnya gua rasa ada jugak la logiknya signing itu kerana ia sekadar menambahkan kuantiti, emergency backup, kualiti? hanya masa akan menentukan. Gua tak nampak pun signing loan baru ni akan terus main straight ke dalam 1st eleven lebih2 lagi kita sign player yang dah memang sedia injured. Kim Kardashian Kalsom( baca kim Kallstrom) sakit belakang sewaktu bermain bola sepak pantai ketika mengikuti pra musim Spartak Moscow, lalu diceritakan kepada para medical Arsenal , medical sampaikan pada Wenger, Wenger kata tiada pilihan selain memberi lampu hijau gamble.Ini kerana dah takde masa nak pikir katanya, tak payah nak merungut nak bagi alasan dah kalau takde masa kenapa tak prepare awal2, jawapan yang ternyata menyakitkan hati dan mempermain2kan intelektual penyokong.Gua pun tak tahu sama ada valid atau tidak Spartak Moscow sanggup membayar gajinya untuk menunggu sementara dia available untuk bermain atau sekadar alasan untuk meredhakan kemarahan fan. Satu lagi kita stuck dengan Bendi sahaja sebagai backup kepada Giroud jika berlaku sebarang kecederaan walaupun dari start musim lagi tahu kita memang short upfront tapi tak ada langsung tindakan susulan, itu yang mengecewakan. Segala apa tindakan yang berlaku, hanya masa yang menentukan hujung May ini sama ada betul2 terkesan atau sekali lagi Wenger selamat. Pada gua kali ini, bukanlah sama ada dia buat menda betul atau salah pun kerana secara peribadi memang terang2 dia buat keputusan yang silap jadi hanya tunggu sama ada dia terpaksa bayar dengan harga yang tinggi ataupun selamat-jika Arsenal mampu habiskan season sekurangnya dengan satu kejuaraan.


 Tamat transfer.Move on dengan player yang sedia ada. Tapi media memang tak pernah berhenti dari sebarang spekulasi.Hari ni transfer deadline esok dah keluar rumors baru. Siap cakap Arsenal desperate nak beli player2 yang out of contract dan boleh sign kuda2 tua ni bila2 masa. Lagi sakit hati bila baca pasal nama2 besar yang dikatikan lagi dengan Arsenal yang daripada dulu lagi duk kait walhal tak de apa2 pubn berlaku. Nasib baiklah player yang sedia ada ni kekal fokus atas padang danjalankan tugas dalam London Derby menewaskan wakil Istana Kristal.Lauk dari istana jadi santapan Arsenal malam tu. Chambo menjadi mastermind aka match winner dengan 2 gol menarik di separuh masa kedua walaupun 1st half kita lambat panas.Itu yang syok nya Arsenal, macam yang gua pernah olah dan ulas sebelum ni, player bergilir2 step up. Kita kehilangan Rambo dan Jack di bahagian tengah tapi kali ini giliran Chambo yang bergandingan dengan Arteta menjadi enjin kepada gerakan2 through the middle. Kemenangan yang meletakkan Arsenal kembali ke puncak liga setelah City ditundukkan oleh kuda kecil Chelsea.Morinho yang mengaku, bukan gua sahaja2 memeprkecilkan. Jangan terpengaruh sangat dengan kata2 nista raja permainan minda ni, itu semua psycho. Yang penting Arsenal jalankan tugas sendiri tanpa perlu peduli result orang lain ketika ini sebab kita tengah berada di driving seat dengan beza hanya dua mata.

Dengan berbekalkan keyakinan dan semangat berada di puncak kita mulakan period yang dikatakan cabaran paling getir phase 1 di mana fictures sukar menanti. Gua bahagiakan kepada 2 fasa di mana phase 1 melibatkan pertemuan straight dengan Liverpool,United,Liverpool,Bayern. 2nd phase pula vs Bayern, Spuds, Chelsea,City, suku akhir UCL(jika lauyak), Everton.  Oleh itu kita sekarang memasuki tahap 1, Anfield menjadi saksi menjadi kayu ukur. Kalau Arsenal boleh pulang dengan 3 mata, pundit2 pasti akan meletakkan kita selaku pasukan pilihan untuk terus konsisten menghadapi phase kedua nanti. Kemenangan di Emirates 2-0 awal musim masih segar di ingatan dengan gol superb dari Rambo namun pemain Wales itu tak dapat lagi beraksi akibat kecederaan. Walaubagaimanapun ada berita baik buat Arsenal apabila Jack Wilshere kembali bagi memperkuatkan bahagian tengah, tapi tak dapat dipastikan sama ada bakal terus start ini kerana form Chambo tengah meletop sekarang ini.Menggugurkan Arteta mungkin langkah yang dilihat drastik disebabkan Flamini yang masih melalui penggantungan, kita memerlukan  keseimbangan dan Arteta adalah option yang terbaik untuk cover di hadapan back 4.


Liverpool berada 8 mata di belakang ketika ini. Terima kasih kepada ex player Arsenal Kolo Toure yang membuat blunder ketika bertemu WBA membiarkan sekadar LIverpool mendapat 1 mata. Mereka sedar hanya kemenangan dapat menyalakan harapan untuk cabaran liga.Jadi gandingan Suarez dan Sturridge yang macam bagus ini harus disekat. Nak sekat depa ni senang saja, lambakkan midfiel dan control bola, jangan bagi peluang pada opposition untuk pegang bola tetrlalu lama, itu taktikal yang kita amalkan di Emirates dan ternyata menjadi. Gerard dalam game tu macam hidup segan mati menyampah.Block sumber dia, memang habislah mati kutu Liverpool ni. Mereka mungkin hebat di Anfield 31 mata daripada 12 game setakat ini. Selagi kita yakin, kita mampu, tak ada pasukan yang kebal pun. Ini baru Liverpool. Musim lepas kita boleh, takkan tak boleh repeat tahun ni.

-----------------------Szczesny---------------------
Sagna--------BFG---------------Kos-------Monreal
-------------------Arteta-----Chambo--------------
-------Rosicky-------Ozil-------------Santi----------
------------------------Giroud------------------------

Kedua2 team tak kalah dalam 6 game terakhir. Liverpool seri 2 kali, Arsenal seri sekali. Gua tak hairan kalau game ni ketat dan mungkin berakhir dengan seri.1 point away mungkin not bad at all kalau ikut taktik Mourinho. Tapi kita Arsenal, mesti mau menang punya!!

Astro 845pm. Liverpool 1 Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 1 Februari 2014

Kallstrom sebagai kalsium Arsenal! Bye2 Frimmy



Arsenal melakukan 1st Januari signing dengan meminjam pemain antarabangsa penuh berpengalman Kim Kallstrom dari Spartak Moscow hingga ke penghujung musim.  Pemain berusia 31 tahun ini telah memperolehi 108 cap antarabangsa, dan jugak 400 lebih penampilan bersama beberapa kelab Eropah dalam 3 negara, Sweden, France dan jugak Russia. Highlight kerjayanya pasti di France bersama pasukan Lyon setelah berpindah dari Rennes, di Lyon dia muncul juara liga , dan piala domestik beberapa kali di samping memantu Lyon mara ke Champions League semi pada 09/10.

Walaupun ia bukan jenis signing yang diharapkan sekali lagi Wenger berjaya prank dengan kejutan kerana tiada siapa menghidu pergerakan ini di las2t minit. Ketidaksanggupan Wenger untuk berbelanja lebih untuk Julian Draxler mungkin lebih costly berbanding harganya kerana summer nanti, lebih banyak pasukan akan datang mengetuk pintu dengna membawa tawaran2 yang lebih lumayan dan menarik, sekali lagi Wengger melepaskan peluang terhidang di depan mata. Walaubagaimanapun, signing Kallstrom ini hanya dilihat sebagai  back up dan emergency call up selepas kita sering dihimpit kecederaan di bahagian tengah dan jugak penggantungan. Satu lagi sebab, Kallstrom dibernakan mewakili Arsenal dalam Champions League walaupun telah bermain dalam  Europa League.

Raya disambut penuh bergaya,
Keluarga Pak Mat dan Puan Kalsom,
Player bukan sebarang player,
Selamat datang Kim Kallstrom!

Zaman muda2 dulu dia memang power, begitu jugak dalam game sehingga dilabel Championship Manager legend.haha sekarang ni may be dah ditelan zaman dan agak slow sikit namun untuk menggilap balik bakat serta sentuhan magik tiada yang lebih pakar, Wenger nampak sesuatu mungkin, at least untuk membantu Arsenal dalam baki kempen musim ini.Gol2 freekick dan gol2 lain memang padu.



Dalam pada itu pemain Ghana, Emmanuel Frimpong, 22 ,  yang suka membahan player terutama ex-player yang blah dari Arsenal tanpa respect, telah pun meninggalkan Arsenal untuk join Barnsley dengan jumlah yuran perpindahan yang tak didedahkan.Terkenal dengan tagline #DENCH nya dan selaku kawan baik kepada Jack Wilshere kerana membesar di Arsenal bersama, dia ala2 pengganti Eboue dalam bilik persalinan dengan telatah dan lawak badutnya. Membuat 16 kemunculan dan menjadi orang penting dalam kejayaan Youth FA Cup 2009.Lepas tu sering dihimpit kecederaan dan loan out sana sini, Wolves, Fulham dan Charlton. .Yang paling gua ingat kad merah menentang Liverpool beberapa musim sudah.Ada potensi tapi kerjayanya bukan di Arsenal walaupun dari segala tindakan dan video yang diupload kita dapat tahu betapa cintanya dia pada kelab sebenarnya. Apapun diucapkan terima kasih dan selamat maju jaya.



p/s : Cuma sehingga Artikel ini ditulis, ini sahaja single signing kita setakat ini.Agak terkilan tiada striker baru paling kurang pun sebagai backup.

Agi idup agi mengGunners!!!!