Rileks brader ..brader rileks..! Yup, kekalahan 0-2 di laman sendiri kepada Bayern agak mengecewakan,bukan sebab result itu sendiri tapi cara kita tewas itu yang lebih dikesali. Banyak drama, bnyak perkara yang dipersoalkan dan jugak banyak keritikan yang dianggap agak terlampau dilemparkan tanpa mengkaji dulu fakta berkaitan. Ia umpama the writing is on the wall, bila mana Ozil gagal menyudahkan sepakan penalti, Gibbs injured dan kemudian kad merah Szczesny, 10 orang pemain vs pasukan terbaik dunia is too much dah boleh kacau flow game.
Malam itu atmosphere di Emirates cukup padu! gua yang duduk depan tv pun dah terasa superbnya melihat fan bersemangat angkat red and white flash card bagi mengingatkan Bayern di mana mereka berada dan jangan dok cari pasal.Line up juga spot on! Pasti ramai yang terperanjat beruk dengan kejutan Yaya Sanogo sekali lagi start lead the line mengetepikan Giroud di bangku simpanan. Wenger bagi alasan ikut form, tapi tak boleh nak sorok dan ramai yang percaya bahawa ini semua disebabkan akibat kes peribadi yang melanda Giroud. Dan jika Wenger memberi 'hukuman' pada anak angkat kesayangannya itu, tabik spring gua ucapkan pada Wenger kerana berani gamble dan menunjukkan ketegasan, star ke tak star ke kalau dah buat hal tak jaga disiplin, lu tetap kena, paling power bila kena time2 game besar macam gini, memang kasi ajar Giroud cukup2, jangan nak took everything for granted sangat.Macam lawan Liverpol, malam tu ,Sanogo tak menghampakan malah nyaris bukak jaringan. Cuma 2 game besar dia main, pastinya agak penat lagi2 lepas kita caution tak boleh nak tukar sub suka hati lepas Szczesny red kad dan Gibbs injured. 20 minit pertama segalanya Arsenal walaupun Kroos cuba replay gol season lepas awal2 minit permainan tapi Szczesny tangkas menepis. Itu sajelah ancaman Bayern yang boleh diingati pun. Mandzukic yang heboh media kata Arsenal nak pancing pun bukan buat apa sangat malam tu. Patutlah Guardioala awal2 sambar Lewondowski.Tap tak buat apa pun dah 18 biji gol dia saja musim ni, cuma malam tu Koscielny -BFG kebal, at least 1st half.
Ok kemudian, timbullah insiden penalti apabila Boateng diayamkan Ozil,terjerat perangkap bagi foul. Ozil yang mendaptkan penalti, maka sebab dia pengambil ketiga belakang Arteta dan Giroud, menjadi tanggungjawab dia untuk ambil. Damn! lemau tak masuk. Maka dengan itu seluruh dunialah mengkritik menghentam mengherdik, membahan mencaci kaw2 macamlah dia baru membunuh seseorang. Ya dia membunuh jiwa fan2 Arsenal yang mengharap pada ketika itu tapi cuba bagi satu nama player yang pernah ambil penalti konsisten tapi tak pernah missed. Player2 terbaik dunia pun jumpa hari malang. Kemudian argue dia dah 3 kali berturut2 ambil penalti diperingkat kelab dan tak masuk, lately Marsseile, sebelum tu dengan bremen 2009. Tapi nak kondem dia berlebihan pun tak ada guna, dia cuma jalankan tugas dalam order list. Wenger tak prefer style dia amek penalti gitu, dia lagi prefer yang lari sepenuh tenaga dan smash ke top corner ke, tapi dikatakan balik , ikut style masing2 la.Terpulang pada player. Jadi sepatutnya Wenger la yang ubah sikit senario untuk game ni memandangkan keeper lawan si annoying Neuer( bunyi nama pun dah sama) merupakan kawan si Ozil ni dari kecik dan sekali dalam team kebangsaan jadi dah tentu masak dengan style si Ozil ni, patut decide penalty taker lain.Perkara yang sepatutnya avoidable kalau Wenger pikir mendalam tentang aspek itu tapi dah jadi nak buat lagu mana. Terima saje lah bukan hari Ozil, bukan hari Arsenal. Ditambah dengan kecederaan Gibbs secara tiba2 , menyaksikan satu sub dah rugi kat situ, Monreal terpaksa dibawa masuk. Ini menambah konfiden Bayern terutama Robben untuk mengasak dari belah kanan.
7 minit lagi nak half time tapi Arsenal tak boleh nak bendung kepintaran Kroos ni yang hantar bola cantik dalam kotak penalti menjangkaui defend Arsenal, Robben yang menyelinap masuk tahu dia hanya berhadapan dengan keeper jadi target dia mesti at least sentuh bola dan selebihnya dia faham2 sendiri apa dia nak buat. Szczesny masuk perangkap pulak kali ini. Memang hampeh,touch si Robben tu memang jauh dan kalau ikutkan pun sukar lah nak dikejar balik untuk dikatakan goal scoring opportunity. Tapi sebab memang sah2 ada contact, maka penalti lah jawabnya. Yang gua bengkek rule FIFA ni pun satu. Szczesny ni memanglah last man sebab dia keeper, jadi dia kena merah atas dasar last man foul atau halang pelung gol? Belum tentu Robben boleh kejar bola lepas 1st touch yang buruk tu.Apa beza dengan Ozil yang dah perdaya Boateng dia mesti nak shoot tapi Boateng sadung kaki, tu takde pulak dikira menghalang gol opportunity?! Penalti memang patut tapi at least yellow untuk keeper sudah. Kalau macam tu gua rasa ramai dah keeper BPL yang kena red kad sebab kefahaman pengadil ke atas rule tak standard. hah, maka FIFA better revise balik elok2 supaya tak berlaku kekeliruan begitu. Masa tu dah nampak macam tragedi final 2006 kembali berulang apbila Lehman mencipta sejarah menjadi orang pertama dibuang padang dalam final. Kali ni Santi Cazorla yang mengalami nasib Pires menjadi mangsa pertukaran. Santi sendiri kelihatan sangat sedih sampai menangis beb bila dia meninggalkan padang. No wonder lah Bobby sampai tersentap dan meninggalkan kita musim berikutnya tu. Szczesny dalam perjalanan keluar sempat meminta maaf dan memberi sepatah dua kata pada Fabianski.Selain tu dia sempat 'menganjing' official dengan apa yang dikatakan offensive gesture sebelum menuju ke terowong.Gua pasti kalau perkara ni masuk dalam match report, Szczesny tak boleh terlepas sebab rakaman dah ada.
Alih2 penalti Alaba pun bukan masuk pun, dek kerana takut sangat dengan Fabianski , teringat Sturridge kena ikat tali kasut, tiang yang disasarkannya. Jadi dramatiknya peluang penalti untuk setiap pasukan tak masuk.Bukan nasib Ozil saja tak baik malam tu. Point gua di sini, bagi gua , bukan Ozil tak masuk penalti menjadi turning point walaupun diakui kalau penalti Ozil masuk mungkin lain ceritanya. Tapi ternyata game changer adalah apabila kita dipaksa bermain dengan 10 vs 11. Memang betul2 kacau game, memang bunuh selera bagi yang neutral. Lepas tu sampai lah wisel penamat segalanya one way traffic. Gua tengok Guardiola pun tak semangat dan tak dapat feel kemenangan tu. Dan pada gua Wenger buat keputusan yang salah dalam menukar sub untuk memasukkan Fabianski, jika gua, Cazorla kekal, Ozil direhatkan. Ozil diakui Wenger memang kelihatan masih frust menonggeng lepas gagal score, pikiran dia pun nampak benar terganggu,beberapa kali dilihat menggeleng2 kepala walau dah 20 minit lepas insiden, fokus terjejas tapi Wenger bagi alasan taktikal untuk masih mahu mengekalkan pemain termahal atas padang.Alasannya hanya dia yang boleh bukak game, bawak bola ke depan, di sebalik tu gua paham wenger cuma nak bagi peluang untuk restore konfiden. Tapi tak menjadi malah terlalu besar tanggungjawab untuk dipikul. Sehingga dia menjadi sasaran kritikan, ditambah lagi penalti yang gagal disempurnakan, price tag nya secara tiba2 menjadi persoalan. Semua harus sedar Ozil merupakan player yang ketiga di atas padang malam itu paling banyak ground covered yakni melakukan larian, jadi bagaimana komitemennya sanggup dipersoalkan. Malas? tak bersemangat antara tuduhan dilemparkan, dah memang tuhan lahirkan mukanya sebegitu nak komplen apa lagi.Mata besarnya memang nampak kuyu tapi tak bererti dia tido. Ia hanyalah hari di mana segalanya tidak kena untuk satu team, jadi mudah sangatlah nak blame seseorang untuk dijadikan kambing hitam. Keluarnya Cambo, menyukarkan lagi Arsenal yang hilang pace dan kreativiti lepas keluarnya Cazorla. Ini bermakna tak ada peluang untuk Podolski Giroud masuk ubah dimensi kerana faktor semasa.Wenger pun tak sangka kita pakai 2 sub terlalu awal. Option tak ada, hanya mengharapkan Sanogo dan Ozil bergandingan mencipta magik, terlalu tinggi untuk digapai harapan itu.
Media jugak mensasarkan lensa ke arah pertelingkahan antara Flamini dan Ozil di hujung2 perlawanan dengan kedua2 saling 'bertukar pandangan'. Gua paham kedua karektar ini ada jiwa dengan Flamni agak terlebih adrenalinnya kadang2 tapi itu yang kita perlukan dalam pasukan.Tak ada hal pun, kerana Flamini sendiri mengakui perkara itu biasa dan mereka berdua merupakan rakan baik dalam dan luar padang.22 faham kerja masing2, dua2 kecewa dengan prestasi di office.Untuk kedua2 gol gua boleh katakan Flamini terlibat dan ada saham besar. 1st gol dia meninggalkan Kroos yang di marknya terlebih dahulu untuk masuk kedalam kotak penalti mengganggu wilshere yang dah mark player, salah paham antara dia dan Jack membiarkan Kroos tak dikawal melepaskan rembatan cantik lagi padu menewaskan Fabianski. Jadi jugak dia buat ulangan sem lepas. Gol kedua pulak, Flamini yang kelihatan mengarahkan rakan2 lain jaga line defend asyik memerhaitkan bola di kaki Lahm tapi tak aware akan positioning Muller yang free di belakangnya. Dia mungkin mengharapkan Sagna close down aau cover bahagian kanan tapi kita baru sahaja kena counter leas freekick yang kita dapat entah apa dibazirkan peluang, Koscielny masih di atas , Sagna baru nak berlari balik, kamikaze. Tapi itulah walau positioning Flamini sekalipun, macam gua kata tadi,ia tetap berbalik kembali pada faktor kita main 10 orang maka disiplin carca marba. 2nd gol memang betul2 bagi blow terutama gol last2 minit, menyentap semangat dan keyakinan kita. Bolos 1 gol away dengan 10 pemain berdepan juara bertahan difikirkan dah cukup ok untuk di bawa ke Munich, tapi 2 gol?, sama2 kita mengharapkan satu lagi kejaiban.Mungkin jika Bayern mengalami nasib yang sama seperti kita alami malam tersebut, siapa tahu? Langit tak selalunya cerah, dan Jerman tak ada istilah pakai langit lain, langit yang sama. Fan malam tu cukup berdiri di belakang pemain, mereka faham, mereka sedar kita mungkin tak setanding Bayern Munich atas kertas tapi bila 11 vs 11 kita menunjukkan kekuatan dan kemampuan serta keberanian untuk bersaing malah hampir mendahului dan menggeletarkan kesebelasan terbaik Eropah mahupun dunia. Begitu jugak dengan ketika 10 pemain, mereka yang tinggal menunjukkan fighting spirit yang kental kerana tanpa kekuatan mental ,malapetaka yang lebih besar boleh berlaku.Di sini gua bagi kredit pada semua pemain yang berjuang.
Masih ada 2nd leg di Allianz Arena, positifnya kita bermain tanpa tekanan kerana kita bukan sahaja underdog, tapi underdog yang telah ditanam hidup2. Buktikan sesuatu sebab kita belum rebah sepenuhnya, selagi masih bernyawa kita akan melawan tetap lawan. Di sinilah kita dapat bermain dalam style kita ketika orang tak bagi harapan, kita suka buat kejutan.Masih ingat Munich 12/13, jika kita mampu menang 2-0 mengapa tidak ia diulang kembali?!Ya sudah tentu Bayern akan bermatian lebih berhati2 setelah apa yang melanda mereka musim lepas tapi kita tak ada apa yang hendak ditakutkan lagi, nothing to lose. Bayern akan bermain dalam tekanan kerana sebarang kesilapan yang mengundang gol pertama buat kita, mereka akan cuak setiap minit berikutnya.Dengarnya memang sedap , harapnya skrip begitu untuk melengkapkan lagi perjalanan malam2 Eropah yang indah...
Sunderland menjadi mangsa kebangkitan Arsenal malam ini.
Agi idup agi mengGunners!
0 ulasan:
Catat Ulasan