Sabtu, 22 Februari 2014

Pre Match : Arsenal vs Sunderland


Malam ni ada occasion istimewa. Tugu lagenda Arsenal DB10 akan dirasmikan bakal mengikut jejak langkah Chapman, Adams dan Henry.. Dennis Bergkamp sendiri berbesar hati akan hadir ke Emirates malam ini menjelang game menentang Sunderland dan akan menemui para Gooners ketika half time. Jadi kalau dah ada acara istimewa, tentunya result tak boleh kasi spoil. Arsenal menuntut respond positif .Kita bertuah kerana sekali lagi dpat beraksi di Emirates stadium, buat kali keempat berturut2. Kita memerlukan sokongan fan untuk menyemarakkan lagi keyakinan dan semangat pasukan ketika ini yang sedang berdukacita dengan kekalahan tempoh hari. Tapi mereka ini cukup profesional untuk ubah fokus. Eropah cerita Eropah, ini cerita title race, kejuaraaan yang masih lagi dalam radar dengan ketinggalan satu mata di belakang Chelsea yang akan turun awal malam ini.


Berdepan si kucing hitam bukan tugas mudah lagi2 mereka tengah di cloud 9 selepas baru tukar manager. Gustavo Poyet bekerja dengan baik setakat ini.Kalau dikira  kedudukan sejak Poyet ambil alih dari Di Canio, Sunderland kini patut di tangga ketujuh. Walaupun kini terperosok di tangga ketiga dari bawah, mereka sebenarnya dalam proses pendakian. Berbanding Arsenal, dalam 6 game terakhir mereka lagi padu,menang 4, dan percaya atau tidak Arsenal baru menang 2 game dari last 6. Menghormati Sunderland, tapi Arsenal tak boleh drop points lagi dalam game2 mampu menang sebegini. Kerana kita akan bertemu Stoke sebelum FA cup suku akhir dan 2nd leg Bayern. Kita memerlukan momentum untuk marathon ini.

Tak ada player yang yang pulang dari injury buat Arsenal kecuali Arteta yang kembali dari penggantungan Eropah. Gibbs memang out. Wenger membayangkan untuk merehatkan Ozil yang sangat memerlukan sedikit ruang untuk muhasabah diri dan refresh diri. Giroud mungkin akan kembali mengambil alih dari Sanogo, peluang kepada Podolski mungkin. Barisan serangan perlu bekerja kereas bagi merobek gawang dari bekas penjaga gol Arsenal Don Vito Mannone. Wenger rated tinggi keeper yang berbakat besar tapi tak mahu jadi penghalang kerjaya dilepaskannya.  Mengambil peluang mengisi slot kecederaan Keiren Westwood, Mannone tak lagi menoleh ke belakang. Hero Capital one cup di Old Trafford. Satu lagi peluang untuk Arsenal ambil kesempatan adalah mereka ni adalah wira2 Wembley bagi Sunderland, final league cup minggu depan mesti duk berada dalam pikiran player masing2 takut nak injured atau buat foul takut terlepas aksi, jadi Arsenal kene capitalize kan peluang ini.

---------------Szczesny----------------
Sagna-----Per----------Kos---Monreal
--------------Arteta--Wilshere----------
---------Santi----Podolski---Rosicky---
----------------Giroud------------------

Dennis Bergkamp usha dari jauh.Mereka, player2 ini pasti ta knak menghampakan hari yang dikenang buat legend.Nanti mahu kene sekolah kat dressing room lepas game.

Astro 11pm Arsenal 4 Sunderland 0

Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: