Sabtu, 1 Mac 2014

Pre Match : Stoke membuka cabaran bulan Mac


Kemenangan meyakinkan ke atas Sunderland 4-1 adalah permulaan baik untuk membina semula momentum dalam liga. Dengan rasa hormat, game Sunderland tersebut memang macam latihan petang2 terutama di 1st half.Pikiran lawan berterbangan melayang ke Wembley untuk game final esok, jadi tak sukar tugas kita hari itu. Giroud yang baru kembali dari 'rehat' menjelmakan sekelumit player yang ada dalam dirinya seperti di awal musim. Kelihatan lebih, segar, lebih sedar dan bersemangat, Giroud menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin, menghasilkan 2 gol.Gol pertama melalui gerakan pasukan yang menarik dengan Wilshere mastermind. Mungkin kalau dalam mode Giroud yang tak fokus, gol kedua hadiah dari back pass player Sunderland belum tentu masuk. Gol ketiga cukup class daripada classical player, the little Mozart. Rosicky memang terkenal dengan acceleration ,mobility, dan kemampuan mencari ruang2 yang seni. Dan gol menentang Sunderland itu hari merupakan salah satu masterpiece yang merumuskan kemampuan loyal servant itu Dengan bantuan rakan2 sepasukan yang dah masak dan paham dengan gerakan sesama mereka.The Arsenal way. Gol tersebut tak lain tak bukan sah2 akan dapat goal of the month dan boleh bersaing dengan gol Wilshere menentang Norwich sama2 berada di atas sana untuk goal of the year. Gol keempat daripada Koscielny sebagai bonus untuk dirinya sendiri yang baru mendapat gol peribadi di laman sendiri , kali terakhir, 2 tahun yang lalu. Ini peluang baik bagai Koscielny yang cukup cemerlang musim ini merapatkan lagi hubungan dengan fan kerana dia complaint, tak ada chant atau lagu untuk dirinya kedengaran. Takpe boss, tak score, clean sheet pun dah ok dan lebih dihargai! Masalahnya ending malam tu kita still bolos jugak. akibat sedikit kelekaan yang lambat close down,Szczesny ditewaskan dari rembatan jarak jauh, suatu yang Arsenal perlu fikirkan walaupun dalam keadaan yang selesa. Petang match day tu jugak ada big occasion di mana pelancaran tugu penghargaan buat lagenda Dennis Bergkamp. Bergkamp yang muncul di padang menghargai para Gooners ketika half time , sempat jugak bertemu dengan Ozil .Ozil langsung tidak diturunkan dengan alasan kecederaan , direhatkan terus dari bangku simpanan. Namun untuk game malam ini menentang Stoke, dia telah available harap dah muhasabah diri, segar-bugar, melupkan kemalangan dan kelesuan lalu untuk bangkit membantu Arsenal dalam baki kempen musim ini yang semakin mencabar.Kalau Giroud boleh, Ozil lagi mampu! Ozil dan Bergkamp saling dikaitkan dengan kedua2nya dikatakan mega signing yang membentuk evolusi di kelab.2 era berbeza, bila dketemukan, ia pastinya suatu yang istimewa.


Bulan Februari taklah seteruk yang disangka tapi tak mencapai target yang diidamkan. Kita melepaskan kedudukan pendahulu liga, di belasah Liverpool, gagal menang ke atas United, dan tak bernasib baik menentang Bayern. Namun ada sedikit yang boleh diceriakn, kita masih dalam saingan FA Cup dan berpeluang cerah dalam 2 kejuaraan dan mampu cipta kejutan dalam UCL lagi walaupun result sebegitu. Saingan bulan Mac ni boleh gua katakan paling sukar. Bermula dengan Stoke away malam ni, quarter FA bertemu Everton, Bayern away, Spurs away, Chelsea away, kemudian City di laman sendiri. Pergh.MEmang cilako siapa yang keluarkan jadual liga. 3 cabaran kejuaraan di saat2 genting. Itulah penting kita adakan permulaan baik di Britannia malam ini.

Zaman Pulis dulu, Stoke terkenal dengan physical game. Macam main ragbi pun ada, sepak bola tinggi jauh2 kemudian kejar.Itulah sampai adanya tragedi Rambo patah kaki. Pulis dah tiada. Mark Hughes punya style masih lebih kurang sama cuma tambah variasi dengan lebih prefer main bola atas tanah.Cuma mungkin player yang dipunyai Hughes tak berkemampuan untuk memenuhi corak taktikalnya kerana ketika ini Stoke City kelihatan struggle, 3 mata dari zon penyingkiran dan jarang sekali dapat clean sheet.Dari 10 game terakhir baru menang sekali sahaja. Disiplin rekod mereka jugak boleh tahan perangai, 360 kali bagi fouls, 58 kad kuning 3 kad merah. Situasi ini membolehkan game ini ditanda sebagai game mampu menang dan Arsenal tak boleh melepaskan peluang atau drop points bodoh2 lagi jika berhasrat terus menekan Chlesea, City mahupun Liverpool. Dirty jobs, sinonim dengan corak Stoke maka sesuai jugak dikaitkan dengan orang yang paling layak dalam kem Arsenal, Flamini. Malah ada yang membayangkan kunci game malam ini tertumpu kepada Charlie Adams vs Flamini. Itupun kalau player France ni main,sebab lawan Sunderland itu hari Arteta tak payah buat kerja keras sangat tenang sahaja.Jika tak main di depan back 4 pun, mungkin Flamini boleh dimasukkan ke dalam back 4 di posisi LB. Monreal dan Gibbs masih lagi dilanda kecederaan dan belum pasti diturunkan. Mael telah kembali full training tapi untuk meletakkan Kapten Arsenal yang dah lama tak main dalam competitive match mungkin sedikit gamble. Lain2 kecederaan tak ada.Ozil bakal kembali .Ini bermakna automatiknya Podolski akan kembali ke bench macam biasa, suatu yang pasti membuatkan dia terfikir option summer nanti, ada ura2 dia akan pulang ke negara asalnya Jerman kerana kesukaran mendapat tempat di Arsenal. Jadi macam gua cakap di awal tadi, harapnya Ozil malam ini beraksi superb dan membuktikan segala harsh criticism terhadapnya hanya untuk sementara.

-----------------Szczesny-----------------
Sagna------Per---------Kos-------Flamini
-------------Arteta----Wilshere----------
-----Rosciky------Ozil-------Cazorla-----
----------------Giroud--------------------

Tak boleh lagi drop points! Tunjukkan kita lebih memerlukan kemenangan ini.

Astro 11pm. Stoke City 0 Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!






0 ulasan: