Walaupun malam di mana Arsenal mampu mara ke Wembley, namun harapan doa dan perasaan gua tak pernah luntur dari memikirkan tentang tanda tanya yang menyelubungi kehilangan pesawat Boeing 777 Penerbangan MSH370 . Gua berharap selaku hamba2 kerdil di muka bumi yang tidak mengetahui perkara2 di luar kemampuan kita sebagai manusia biasa, marilah kita sama2 istiqamah berdoa kepadaNya walau berbeza kelab bola, politik, asal, bangsa dan budaya. Walau berbeza agama sekalipun , di sinilah humanisasi kita diuji sebenarnya kerana setiap hamba yan ada di muka bumi ini telah diberikan tujuan hidup masing2 dan sedar tak sedar kita saling berhubung antara satu sama lain dalam erti kata lain kita bersaudara maka kita perlu sama2 jangan berhenti berharap bagi terus memastikan saudara2 kita mampu ditemui kembali dengan berita yang menggembirakan, pastinya berita ini lebih gembira dan berharga dari berita Arsenal memenangi sebuah piala.Insha Allah..keep the faith!
Perihal atas padang. Gua tak sempat nak update mengenai kegoblokan minggu lepas di mana kita dikejutkan oleh Stoke. Penalti yang clumsy dari Koscielny, sebenarnya bukan defend yang membuatkan kita drop 3 mata, tapi attacking yang lesu tak bermaya walhal baru tibai Sunderland dengan penuh bergaya. Game di mana lawan Stoke patut ada fighter2 macam Flamini untuk buat kerja2 kotor alang2 pasukan ala ragbi itu boleh tahan kurang ajar dengan Giroud di pijak berulang kali tanpa hukuman.Kebelagakan N-Zonzi yang ternyata cukup angkuh dan sombong memperlekehkan Arsenal dengan taktik keras mereka, tunggu masa je nak repeat balik di Britannia nia.Game tu lack of pace, jadi gua tak paham kenapa Chambo lambat dimasukkan. OZil masuk lewat gua boleh terima sebab mmg dah plan nak rehat tapi itulah benda dah jadi. Kita sekarang ketinggalan dengan Chelsea makin jarak, City ada baki lebih 2 game, Liverpool dah pintas, kalau perkara ini konsisten malap, kita mungkin akan lihat balik kedudukan perjuangan kita sama seperti akhir musim lalu merebut tempat keempat dengan jiran busuk Spuds.
Internationaleleh tengah minggu jugak tak membantu. Lebih menyakitkan hati bagai ada saja perkara2 malang menimpa dan mangsanya sentiasa Arsenal dan friendly match yang meaningless. Kali ini giliran Jack dihimpit kecederaan berpanjangan. Macam mana dah injured tapi still masih mahu main lagi atas padang, punya laa bersemangat dan berjiwa budak ni.Macam Fabregas masa sarung jersi Arsenal dulu patah kaki pun sanggup stay lawan Barca. Jack mengalami sedikit keretakan, paling kejap makan 6 minggu jugak nak pulih. 6 minggu tu memang boleh lupakanlah period2 genting time jadual tengah padat dan akan kembali ke membantu dalam baki kempen.Get well soon Wilshere!
Ada jugak berita gembira di mana Rozza dan BFG sign kontrak lanjutan. Rosicky antara pemain paling senior di samping Sagna,Theo dan Diaby dah masuk musim ke lapan bersama Arsenal masih lagi berjiwa besar untuk meneruskan kerjaya di Arsenal yang baginya tempat paling sesuai buat dirinya. Inilah yang dinamakan loyalti, walau tak menang apa pun lagi, bersabar dan pandai mengenang jasa kelab yang menjaganya sewaktu dia menjalani rehab hampir semusim, lebih lama dari Eduardo. bagi BFG yang antara 5 last minit signing bersama2 Arteta, kini dah establish sebagai pilihan utama CB tak kira sama ada bergandingan dengan Kos atau Mael. Dulu dia mungkin nampak lembap tapi kemampuannya membaca game dan positioning awarenessnya yang makin matang membantunya menjadi natural leader di atas padang.Arsenal berbesar hati mengumumkan mereka berdua komited pada kelab.Sagna bila lagi?
Dan melihat Sagna beraksi menentang Everton dalam suku akhir semalam, jika dia tak sign kontrak , kita mungkin rugi.Satu lagi assist dari dirinya. Defending pun superb kecuali terperangkap dek counter attack, apa yang penting pengalaman beliau sebagai orang lama di Arsenal, sama dengan Rosicky. Ok game semalam di first half kita seperti tak dapat rentak diingini ini kerana Sanogo kurang dilibatkan atau dia sendiri jarang melibatkan diri.1st half game seimbang dengan Everton jugak boleh main bola.Melihat chances 1st half, kita mungkin bernasib baik.Kalau tak kerana player Everton slip kita mungkin sukar mematahkan disiplin back4 Everton. Tapi tak boleh nafikan finishing Ozil yang ternyata tajam dari sudut tersebut lebih2 lagi 2 player cuba block. Kemudian kena counter, positioning Flamini boleh dipersoalkan kerana back off dari target nya. Lukaku mudah menyempurnakan dengan tap in.2nd half adalah sambungan dari mana kita berhenti dengan kedua2 pasukan dilihat berhati2. Sampailah Chambo dapat penalti. Arteta yang memang dah lama geram dengan mark clattenburg sebab asyik dikasari tapi tak dilayani, memastikan penalti kedua yang terpaksa di retake masuk. Bukan calang2 orang boleh sepak masuk penalti 2 kali dalam masa yang singkat, memerlukan fokus. Gol terhadap kelab lamanya menjadi turning point game.Lepas tu segalanya tentang Arsenal.Giroud masuk, tambah lagi dua bijik.gol keempat class, assist juga dari Ozil. Que sera sera... what ever will be will be...we're going to Wembley....Que sera sera...!!
Dan baru sebentar tadi dah disahkan, di separuh akhir nanti Arsenal bakal dipertemukan dengan sama ada Mancheser City/Wigan dengan perlawanan tersebut sedang berlangsung sekarang ini. Pada ketika ini tak kira dah status team yang bakal ditemui.Apa2 sahaja boleh berlaku. Kita mungkin dilihat bernasib baik dalam road to Wembley di mana semua FA Cup game kita di laman sendiri tapi lawan2nya boleh tahan,antaranya Spurs, Liverpool, Everton dan kali ini City atau juara bertahan Wigan. Wigan tengah lead sekarang 2-0..(anda tahu apa yang gua maksudkan) Satu lagi separuh akhir menemukan Hull dan Sheffield United. Dalam masa yang sama di liga, Chelsea menjarakkan kedudukan dengan membelasah pasukan yang sentiasa jadi lauk, Spuds. Saingan semakin mencabar.
Sebelum menghidu bau2 Wembley, ingatlah perjuangan di Allianz Arena. Kita masih punya harapan. Jangan berhenti berharap. At least tunjukkan semangat melawan untuk menjaga maruah. Buktikan kemenangan musim lalu bukan sekadar nasib, jika kita mampu jadikan nya sebagai turning point untuk akhir musim lalu, mengapa tidak kita ulangi dengan skrip yang sama? Bring it on Bayern! COYG!!
Agi idup agi mengGunners!!!
#PrayForMH370
0 ulasan:
Catat Ulasan