Selasa, 18 Mac 2014

Hat trick NLD dan siap boleh buat selfie bukti Spuds masih belum, atau selamanya takkan berubah.


Utara London tetap merah. Hat trick terus tahun ni ke atas jiran paling busuk. Sambutan dengan away fan di akhir sebaik wisel penamat memang kasi adrenalin naik memuncak2! Tiada kata dapat menggambarkan perasaan lebih2 lagi kemenangan away di tempat lawan ke atas local rival, memang suatu yang sangat indah. Lebih indah dari malam2 Eropah yang indah, sayangnya suatu yang perlu ditangguhkan buat sementara waktu. Tapi apa mungkin result di Allianz Arena sekali lagi menjadi pemangkin kepada anjakan paradigma untuk akhir musim ini seperti yang berlaku musim lepas. Gua berhajat mencoret sedikit tentang keputusan seri 1-1 yang menyebabkan kita terkeluar dari saingan akibat nasib kurang memihak di 1st leg. Tapi adalah bukan masa yang sesuai untuk mengimbau kembali kesedihan ketika kita sedang keraian jadi gua biarkan ia menjadi sejarah. Cukuplah gua bagi kredit kepada gol Podolski yang superb dan aksi bersemangat melawan yang ditunjukkan. Kita boleh cuba lagi untuk musim akan datang, Mungkin ada hikmah, musim ini kita tumpu pada dua kejuaraan yang masih lagi dalam radar genggaman.FA cup kita di semi, Liga kita masih bernyawa!


Kemenangan malam tadi amat ditagih lagi2 selepas Chelsea terkandas, Liverpool terus membina momentum mengambil kesempatan ke atas United. Tak kisahlah gaya macam manapun orang nak kata Spuds kerja kuat, tapi lihat bagaimana satu team kita bekerja keras mengekalkan clean sheet, kita punya resilience wajar dipuji, disiplin memang up cuma sekali sekala Szczesny hampir menghampakan kita, nasib baik ada persembahan MOTM Koscielny, yang cukup padu bergandingan dengan Mertesacker yang melontarkan segalanya clear, tanduk, terbang, melayang semua BFG kita buat malam tu semata2 nak melayan on form Adebayor.Mereka2 ini selayaknya wajar diberi kredit walaupun nampak kita kurang mencipta gerakan tapi ternyata corak kita dipengaruhi oleh gol awal seawal minit pertama oleh The little Mozart. Gol yang bakal masuk hall of fame dalam list NLD.Superb, cantik, magnificent .Cara bola tu gegar jaring dari sudut tersebut memang tak pernah buat gua bosan tengok ulang tayang! Sublime finish mengingatkan gua pada persembahannya di World Cup 2006 sewaktu Arsenal baru sign Rosicky dari Dortmund. Czech lawan USA kalau tak silap, 2 gol dari Rozza masa tu memberi gua keexcitedan yang terlampau kerana pada ketika itu dia masih belum menyarung jersi Arsenal cuma kontrak telah ditandatangani.Start situ no doubt, Arsenal dah sign seorang artist seniman di tengah padang tapi kecederaan dan team form mengganggu kerjayanya di Arsenal. Musim lepas adalah zaman kebangkitan semula Rosicky dan dia tak toleh ke belakang, menjadi member squad yang cukup vital dan reliable .Hadiahnya, lanjutan kontrak. Dan spuds paling tak suka bila setiap kali melihat namanya dalam senarai pasukan.



Kita sangat2 memerlukan kemenangan ini lebih dari Spuds yang boleh gua katakan agak sukar untuk memintas ketika ini dengan 9 mata di belakang lebih 1 perlawanan. Apapun kita bakal menghadapi game2 sukar, Bermula dengan Chelsea Sabtu ini, diikuti Swansea, Manchester City kemudian Everton dan semi final FA bertemu Wigan. Gua dapat rasa side effect kekalahan kepada Stoke masih ada dan menghantui para pemain, drop point lagi dalam derby sepenting ini adalah satu hentaman ke atas moral. Lebih2 lagi dengan kehilangan pemain2 utama, Seperti Ozil,Jack,Theo dan Rambo yang entah bila nak kembali. Itulah pasal kita boleh lihat betapa reliefnya wajah setiap player jurulatih dan pengurusan dan betapa enjoynya fan setelah 3 mata penuh berjaya dibawa pulang. Postifnya Januari loan signing,Kim Kalstrom kita akhirnya dah mula berlatih bersama pasukan. Tepat pada masanya bilamana kita memerlukan extra body mengharungi jadual yang cukup padat. 9 game lagi untuk menamatkan liga musim ini, bak kata pengulas semalam lepas kemenangan ke atas Spuds persoalannya bukan lagi mampukah Arsenal layak ke UCL, tapi setinggi mana mereka mampu tamatkan musim ini dengan saingan dari Chelsea, City malah Liverpool. Game bertemu Chelsea kita ada moral boost dan kelebihan apabila Mourinho,Willian dan Ramires masing2 bakal menonton game dari stand akibat penggantungan jadi inilah masanya untuk kita calarkan  rekod cemerlang Mourinho yang tak pernah tewas di gelanggan sendiri sejak mengemudi Chelsea.Brint it on!! COYG!

Agi idup agi mengGunnres!!


0 ulasan: