Selasa, 25 Mac 2014

6 Jahanam


Tahniah. Game ke-1000 wenger bersama Arsenal dan dimalukan oleh musuh ketatnya sendiri sekarang ini, si berlagak Jose Mourinho, memanjangkan lagi rekod pertemuan antara mereka kepada 11 tanpa kalah berpihak kepada sang Portugis. Gua memang tak boleh blah dia punya style memang rasa nak bagi penumbuk saje setiap kali lensa memerhatikan riak wajah poyo lagi2 terus blah masuk terowong tak tunggu wisel penamat, salam pun entah ada entah tidak gua malas peduli. Yang gua nak tau ape kejadahnya Arsenal musim ini, 3 big match dah bolos 17 gol.City(6)Liverpool(5)Chelsea(6) . Dan mereka2 ini adalah pesaing liga kit asekarang ini.Macam mana lu mau claim lu pun ada target kat title, at least paling busuk2 cara Mourinho dia target big match asal tak kalah dan konsisten menang ke atas team2 bawah. Dan mereka baru dikejutkan oleh Villa, kita baru menang away ke atas rival jadi patut mood dan fear factornya masih ada tapi ini terbalik, mereka menunjukkan respond sepatutnya manakala kita hanyut macam ini bukan match penting.Biarkan perenggan mula ni gua membebel dulu kerana perasaan sakit hati dan menyampah yang meluap2, kerana apabila kita ditimpa bala, ia menjadi bala bencana yakni jika kita kalah, kita selalunya kalah teruk umpama ada masalah dengan mentaliti pasukan.Dan siapa yang patut dipersalahakn jika tidak manager yang gagal menyuntik emosi dan semangat team, bukan sekali dua tapi dah beberapa kali sejak kali terkahir kita mendakap piala, kita bolos lebih daripada 4 bijik.Dan itu suatu statistik yang membimbangkan. Dan jika ia berulang kembali situasi seperti bolos 2 3 gol awal, keadaan ini bakal menghantui player secara berterusan. Gua bertambah marah lagi bukan apa, dah la time tu ada outstation tempat terpencil dengan coverage macam hampeh, gua terpaksa sanggup cuba sedaya upaya berusaha mencari coverage berbekalkan astro on the go dan bateri yang lemah, samo macam kelemahan Arsenal yang ketara malam tu.

Bila mereka score 2 gol dalam 7 minit pertama dah boleh hidu malapetaka umpama Liverpool bakal terjadi. Tak payah tunggu lama minit ke 16 Andre Marriner entah macam mana bangang boleh tersilap orang sent off Gibbs padahal telah jelas terang dan nyata Chambo yang buat kerja bodoh nak jadi keeper halang bola pakai tangan.Costly foul. Sebelum gua nak maki pengadil elok tanya apa yang Chambo tengah fikir time tu. Tak sampai 20 minit dia buat team main dengan 10 player menyukarkan lagi keadaan dan penalti yang masuk jadikan kedudukan 3-0.Kali terakhir kita overcome ketinggalan 4 gol adalah ketika bertemu Reading. Chelsea bukan Reading. Dia pikir dia boleh jadi hero macam Suarez vs Ghana,yang last minit quarter final piala dunia? salah tetap salah. Dah la Pengadil membuat kesilapan yang dasyat dan bagi effect pada result, keluarnya gibbs nyata meng unsettlekan back4 . Lepas tu segalanya tinggal sejarah. Kallstrom yang ada kat bench  pun tak dapat nak tunjuk skill freekicknya yang kut2 masuk boleh score 7 bijik siapa tahu? Tambah tension Marriner ni dapat lagi peluang mengedali game NEwcastle Everton walau dah buat kesilapan bodoh macam tu, itulah pentingnya video teknologi, depa ni degil tak mau guna.Bukan semua keputusan pun perlu ulang tayang, amek yang ragu2 sudah. Dan seperti dijangka kedua2 Ox dan Gibbs dibenarkan main malam ni bertemu Swansea, bajet nak pujuk la tu padahal the bigger damage already been done.Geram!

Di mana game ini meninggalkan kita sekarang ini. Memang daripada schedule yang padat dengan 2 away London derby agak sukar untuk bajet menang semua tapi taklah kita boleh terima kalah besar sebegini yang ternyata memalukan diri dan memberi kesan pada moral dan keyakinan. Gua katakan lepas game lawan Everton away nanti baru kita boleh tengok peluang realistik kita dan ternyata gua masih belum berganjak dari pendapat itu. Tunggu lepas game di Goodison park.Kerana sebentar lagi City masih perlu bertemu United, Chelsea bila kena nasib buruk boleh tumbang pada team seperti Villa, Liverpool mungkin climax awal siapa tahu, kita tunggu dan lihat.Cima jika, gua kata jika, (JIKA yang besar) kita berupaya mengejutkan  dengan merangkul title liga, ia mesti perkara yang pelik dan akan dipersoalkan oleh para pengkritik, haters dan juga pemerhati tapi bagi gua, konsisten adalah kunci, kalah 2 3 game macam bangang tak bermakna anda bangang selamanya tapi imej dan maruah sudah tercalar itu pasti.

Dan malam ini, awal pagi nanti kita diberikan peluang utnuk bertindak balas bangkit dari kekalahan dan sebagai persiapan sebelum bertemu Man City apabila FA mengupdate jadual menemukan kita dengan Swansea, kerana keterlibatan kita dalam saingan FA Cup. Saingan di gelanggan sendiri menjadi medan untuk menebus maruah dan membalas sokongan fans yang menebalkan muka di Stamford Bridge.Koscielny injured jadi tak dapat turun malam ni.Chambo masih perlu menjalani ujian.Gibbs disahkan boleh bermain terlepas dari hukuman yang tak sepatutnya.

--------------------Szczesny--------------------
Sagna---------BFG--------Mael--------Gibbs
------------------Flamini-----------------------
--------Rosicky----Cazorla----Podolski--------
-------------------Giroud------------------------

Walau apa yang berlaku, tetaplah bersama2 dalam perjalanan roller coaster ini .Jangan pernah berhenti berharap!

"How do you deal with the accident? You repair them, you repair the damage and you go for the next one. The response has always been very strong and I'm convinced it will be again on Tuesday."Wenger

Arsenal 4- Swansea 1

Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: