Ahad, 6 April 2014

Bergelut untuk dapat title pencabar, tempat UCL belum boleh dikira selamat!


Mudah sahaja nasib berubah. Semalam villain , esoknya hero. Macam nasib Arsenal, sekejap di atas, lama di bawah.  Mathieu Flamini menjaringkan sebijik gol setiap satu dalam perlawanan menentang Swansea dan Mancester City. Kedua2 jaringannya itu memberi significant impak terhadap journey Arsenal musim ini terutama masuk fasa2 akhir ni. Last minit golnya pada game Swansea memang pedih dan sukar untuk diterima bagai satu tamparan ke muka setelah ditumbuk bertubi2 oleh Chelsea dan pegawai perlawanan. Match berikutnya menentang City gol penyamaannya telah menaikkan semangat dan memberi sekelumit harapan secara matematiknya kita belum terkeluar dari saingan walaupun jauh sekali untuk menggapai impian.Bukan salah Flamini secara individu, satu team patut dipersalahkan. Buat masa ini 1 mata boleh dikatakan sebagai saguh-hati agar mengelak diri dari bau2 Everton yang semakin nak melekat pada kita.


 Apa yang nak dihebohkan Wenger sangat  pasal 2nd half display lawan city pun gua tak paham. Ya memang kita tunjukkan lebih fight, dan kita bernasib baik kerana City pilih untuk sit back lepas dah dapat lead daripada mereka terus mengasak.Mereka juga manusia, fatigue ketika bertemu United match sebelum tu sedikit sebanyak memberi kita nafas, kerana kita juga seperti mereka bertemu Swansea di tengah minggu cuma bezanya kita tak perlu travel ke mana2. Apa yang boleh disimpulkan squad kita tak cukup bagus untuk challenge bila mana tiada pemain2 utama. Nampak flat, tiada cipta gerakan dan tak mencabar. Tiada variasi satu pattern saja, menyebabkan Giroud terus nampak macam badut  buat lawak bodoh solo atas sana. Kita tak mengganggugugat gawang Joe Hart pun. Dalam match yang orang kata, kita power time 2nd half, kita masih hanya mampu dapat 9 shots, berbanding City 15 , 3 on target, mereka 4. Jadi bagaimana Wenger kata ia persembahan berkaretar sedang kita tahu ia hanyalah excuse demi excuse. Lame. Same old same old, Wenger tahu tapi tak mahu bertindak.Itulah padah dan harga yang terpaksa dibayar akibat ketidak efisyennya terutama bulan Januari. Gua tak mahu pergi dan meroyan lebih detail memandangkan Kallstrom pun baru buat cameo, ok tapi sedikit lembap. Tak terkejut dengan umurnya. Tapi apakah masih ada api yang boleh menyalakan bara motivasi para pemain dalam diri Wenger, masihkah ada aura itu ?. Dia perlu membuat keputusan yang bukan sahaja besar, malah sangat penting bukan sahaja bagi dirinya tapi apa yang lebih penting adalah masa depan kelab Arsenal.Sama ada dia akan sign kontrak lanjutan atau tidak, kita hanya akan dapat tahu di hujung musim gua jangkakan selepas segalanya berubah secara dramatik dalam 2 3 bulan.Kita mungkin dilihat kurang bernasib baik akibat hilangnya Rambo,Theo, Wilshere, Ozil tapi setiap musim ceritanya sama, tiada lagi alasan sepatutnya.


Dan pastinya dia bakal malu besar jika projek belianya yang selama ini dijadikan falsafah kelihatan gagal(gagal dalam term mendapat piala) manakala individu seperti Brendan Rodgers kelihatan mampu memintas pencapaiannya dengan ideologi yang sama.Lihat di mana Liverpool berada sekarang ini,bukan nak puji Liverpol atau Rodgers, tak hadap pun, tapi point utama gua nak kasi tau kalau, gua ulangi kalau, Liverpool menang liga tahun ini, orang yang akan kena gelak besar pastinya Wenger. Mereka mempunyai Coutinho, Flanagan, Sterling Sturridge, Henderson, Sakho sebagai player2 muda yang entah ape2 nama tak ada pun, tatkala squad player kita dibarisi pemain2 hampir pencen.Maknanya di sini jika Rodgers berjaya membawa kejayaan pada Liverpool, falsafah yang selama ini dibawa wenger berhasil di tangan orang lain ketika nasibnya sendiri saban hari makin dipersoalkan. Dan gua kata di sini, ini peluang terbaik bagi Liverpool untuk menang liga selepas kita mengecewakan mereka melalui jaringan Michael Thomas lebih dua dekad dulu. Kalau tak menang tahun ni tak tahulah, mungkin tak ada peluang keemasan yang lebih layak atau ditakdirkan mereka memang dah tak mampu menang liga dah selepas ini.Wenger spot on dalam niat membeli Suarez tapi satu pound lebih untuk release trigger clause? apa agaknya yang dipikir orang tua itu.Kah3, barang yang lepas jangan dikenang. Cuma kegagalan dan kedegilan dia bertindak secara sepatutnya yang membuatkan kita gigit jari. Buat masa ini, gua lebih duka dan kecewa akibat kegagalan mengutip mata penuh ke atas pasukan2 seperti Stoke dan Swansea yang memang killer blow. Sepatutnya team2 mid table dan bawahan ni lah yang patutnya ditarget kemenangan manakala dengan rival memang mau menang tapi seboleh2nya jangan sesekali tewas, jauh sekali tewas besar dibogelkan. Pencapaian kita ke atas top 6 memang hampeh season ni kecuali ke atas Spuds kita mampu lakukan treble. Dalam period dan schedule yang sukar itu gua secara peribadi  expect kita sukar malah perlu berusaha lebih berserta tuah istimewa untuk menang ke atas Chelsea dan City dengan skuad yang sedia ada, secara matematiknya jika kita tak buat silap2 bodoh dalam match2 winnable kita sebenarnya masih dalam saingan , terimalah realiti kita belum cukup bagus tanpa core2 player. FA Cup semi final kini dalam kalendar pasti menjadi tumpuan kerana dilihat peluang paling terbaik untuk mengakhiri kemarau piala 9 tahun.

Fokus.Semangat! Malam ni nak bertemu dengan pasukan yang kita tundukkan di suku akhir FA cup, pesaing kita yang utama buat masa ini dalam liga, Everton FC. Ini game yang tak boleh kalah. Everton mempunyai baki satu perlawanan lebih dan jika kita tewas, nasib kita bukan lagi ditentukan oleh tangan sendiri kerana terpaksa mengharapkan ehsan pasukan2 lain.Malah jika kita tewas juga, kita kembali menjadi rival kepada Spuds dan juga United.Downfall yang dasyat teruk dari title contender ke mid table team dalam satu musim. Jadi tunjukkan effort atas padang, siapa yang lebih memerlukan kemenangan ini. Ada rumors kata Wenger bakal diganti Martinez jika dia memilih untuk tidak melanjutkan kontrak, ah ketepikan semua itu dulu! Abang Bully lepas game lawan Chelsea kata mungkin tidak layak Champions League adalah perkara yang paling elok untuk menyedarkan Arsenal sekarang ini tapi hati2 atas apa yang dihajatkan, kita mungkin juga boleh menyesal. Kelab seperti Arsenal yang mempunyai prasarana hebat , stadium besar yang canggih berkelas dunia masih memerlukan malam2 Eropah yang indah. Malah ada antara mereka yang mempertikaikan kita masuk UCL pun bukan buat apa, jadi apa point at the 1st place mereka amek tau pasal bola dan sokong mana2 team jika tidak yakin pada usaha? Ini kejohanan, cup, Champions League, penuh dengan kepelikan dan keajaiban, apa2 boleh berlaku dan jika kita tak buat hal di group stage, mungkin lain ceritanya kini. Itulah yang Everton jugak beriya2 nak cuba join kejohanan elite setelah mereka terselemat dari dinafikan hak selepas final Istanbul menyaksikan jiran mereka muncul juara walau dapat kedudukan kelima manakala mreka keempat, namun pada waktu itu mereka masih diberi peluang kelayakan,tapi bawah Moyes mereka gagal melepasinya. Dan kini kita perlu berhati2, Spuds menduduki tempat keempat pada tahun Chelsea yang terkeluar dari top four bawah di Matteo muncul juara UCL dan merampas tempat Spuds. Pada ketika ini, Chelsea dan United masih berpeluang mara, maka untuk selamat, kita perlu sasarkan kelayakan automatik yakni di tempat pertama hingga ketiga. Untuk merealisasikan impian itu Everton perlu ditundukkan malam ini.


Sesuatu yang perlu diambil perhatian, game yang Arsenal main jam 8.30 waktu malaysia selalunya membawa bahana kepada Arsenal, seperti contoh vs Liverpool, Chelsea, City player kita umpama tak bangun tidur lagi.Sudahlah digegarkan gawang beberapa kali tapi masih tak sedar2. Lagi2 away game di Goodison Park. 2 pertemuan di Emirates, kedua2 team nampak seimbang walaupun score untuk pertemuan FA Cup agak tinggi jurang. 4-1, tapi 2 jaringan dalam last2 minit tak menunjukkan sangat realiti game yang ketat sebenarnya. Everton dalam form terbaik, menang lima kali berturut2.Kita pulak dalam keadaan terumbang ambing tapi ada berita baik! Rambo akhirnya disahkan available dan mampu beraksi setelah kali terakhir dikeluarkan menentang West Ham pada akhir disember tahun lepas. Waktu kita tengah masyuk, rambo tengah sedap  dan antara nama2 awal untuk dicalonkan PFA player of the year namun hajat tak kesampaian.  Kini misi berpasukan lebih penting, kita memerlukan stamina dan ketajaman Rambo untuk kembali dari keadaan atau form yang dia tinggalkan .Sementara menunggu Ozil, Wilshere, Diaby, Theo kehadiran Rambo ini satu moral boost bagi rotation setelah bahagian tengah kita musim ini kelihatan agak tempang even Cazorla di bawah standard. Bahagian defend, kita kehilangan Gibbs dan Koscielny walaubagaimanapun Monreal telah kembali, dan Mael bakal meneruskan aksi baiknya sewaktu menentang City.

-------------------------Szczesny----------------------
Sagna--------------Per------------Mael---------Monreal
------------------------Flamini--------------------------
---------Santi--------Arteta-----Rosicky----------Podolski
-----------------------Sanogo----------------------------

Dengan kemenangan pasukan2 terdekat ketika ini, kemenangan adalah wajib dan amat dialu2kan. Gua mungkin sedikit kritikal terhadap skuad kali ini tapi gua tak kisah dibuktikan silap malah gua berbesar hati untuk mereka berjuang bermatian dan menunjukkan yang sebaliknya.Jangan risau, bila tiba bola di atas padang, sokongan gua tetap padu 100% di belakang manager dan player dan gua yakin gua tidak keseorangan, anda semua juga adalah gooner yang setia!

Astro 8:30PM Arsenal 2 Everton 1

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: