Isnin, 7 April 2014

Post Match : Tiket ke Eropah makin terkoyak

Jika anda mengikuti post2 masa lampau, gua cakap, lepas hard schedules yang terakhir away lawan Everton , baru kita boleh declare apa cerita dengan kita punya title shot, dan berakhirnya game malam tadi dengan kekalahan 0-3, secara rasmi kita dah boleh bye2 pada liga musim ini walaupun beberapa match lepas pun dah memang nampak unconvincing dan tak ada chance nak menang pun.Macam gua cakap sebelum ni, kita concede cabaran title di Stoke dan selepas itu kebodohan berlaku di Swansea. Namun ada malapetaka yang lebih besar, kita bukan sahaja terpaksa melupakan pada league title yang kita usahakan secara baik di permulaan season , namun segala usaha penat lelah yang dibina bakal terkubur begitu sahaja ketika tempat kita dalam top four kini bukan lagi di tangan sendiri. Tiada kata yang dapat menggambarkan situasi ini, kemaluan yang besar!


Satu lagi kekalahan dalam game yang start awal. Gua perbetulkan fakta yang gua agak tersilap sedikit. 4 game Away kita start jam 745(malaysia) 12:45 UK, 3 daripadanya kita dijadikan lauk kenduri diratah suka hati,City,Liverpool Chelsea . kita hanya menang menentang Fulham. Kemudian game away yang start 8.30, walaupun menang di Newcastle tapi kita cukup struggle dan yang terbaru malam tadi kita dibogelkan lagi oleh team yang tak pernah tewaskan kita dalam 15 percubaan terakhir, bermakna dalam 7 musim jugaklah. Malah kali terakhir kita bolos 3 bijik pada Everton adalah pada 1991, Jadi apa lagi rekod yang mau pecah lepas ni? semakin lama semakin banyak rekod yang dimusnahkan.Apakah masih player2 ni tak segar atau tak sedar lagi dari lamunan tido bilamana main bola waktu2 gitu? Dimalukan oleh nama2 besar dan gah itu satu cerita tapi kalau dah player macam Naismith, McCarthy, Barkley,Barry,Mirralas boleh outplayed kita, buat kita kelihatan seperti pasukan amatur, itu memang dah tahap yang tak dapat dimaafkan. Ada 10 jasad kosong tanpa jiwa beraksi di atas padang dalam jersi merah putih, tak mengambil peduli, tak memberi najis pun pada lambang meriam yang tersemat di dada. Memberi peluang demi peluang kepada primadona model rambut yang lebih  banyak catwalk dari berlari adalah cukup menyedihkan. Arteta?! apa lagi yang dioffer, persembahannya semakin merudum dimamah usia. Gua tak paham kenapa bekas2 penyokongnya boo kaw2 kerana dia cukup 'membantu' penguasaan Everton di atas padang, tambah lagi dengan menghadiahkan gol.just wow! Roberto Martinez pulak ada trio loanee yang bersahaja tapi berguna. Lukaku, Barry, Deulofeu, kita ada siapa, player pinjaman kita Kim Kallstrom, bersyukurlah!


Defensively mereka,Everton, spot on. Kita lebih mengejar bayang. Rosicky AWOL, santi cazorla entah apa2 positioningnya, malas close down menyebabkan gol pertama. Kapten Mael boleh pulak biar bola dia berapa inci sahaja melintasi kaki, memang pemalas!Itulah bila hilangnya enjin2 muda yang mengalami kecederaan berpanjangan, old guards ni mungkin bolehlah diharapkan untuk backup dari bench atau start sekali dua  tapi untuk harapakan mereka konsisten main beberapa game tanpa rotasi, inilah jadinya, semua nampak pancit tak bermaya.Malah takde idea, blur.Gol Lukaku tu mengajar kita dua perkara, pertama, itulah bagusnya kalau ada finisher yang boleh cipta peluang sendiri dan rajin cari ruang dan kedua, itulah jadi bila 2 badut backup diletakkan dalam satu side yang sama, monreal dan verminator tak berfungsi langsung di sebelah kiri ,tak berani nak tackle aatu block lukaku,dibiarkan masa dan peluang. Ditambah lagi Podolski yang kurang sikit dalam bab2 tracking back dan close down ni, memang belah kiri menjadi lubuk.Tapi malam tadi sebelah kanan menjadi sasaran strategi Martinez, ketidakupayaan Sagna bertahan sering dieksploitasi, tanpa sokongan bahagian midfield Sagna pun hanyut.

Arteta tak payah cakaplah, setakat passing sideways, dia dah berubah jadi Denilson. Kerja nak mengular saja, kalau tak passing kiri kanan, passing belakang, bosan sedikit argue dengan reff. Tertekan sedikit, score own goal. Enough! Cubaan2 kita yang diingat hanya dari Podolski, dan Flamini.Kalau dalam ramai2 so called creative midfielder tu nama Flamini yang dapat try, bermakna memang tak berfungsilah jentera fwd kita malam tu. Sanogo masuk pun tetap no goal. Cuma bila Rambo dan Chambo masuk, baru nampak sedikit flow perubahan.  Harapnya tiada lagi setback buat Aarom Ramsey, khidmatnya benar2 diperlukan untuk baki musim ini sambil kita berharap pemain2 seperti Wilshere, Ozil, Koscielny dapat referesh sumber2 yang sedia ada. Walau Diaby sekalipun kalau nak bagi bantuan, silalah, kerana kita sekarang ini kelihatan kering kontang.


Kita kini menjadi bahan jenaka, dari title contender ke saingan merebut tempat ke Eropah, malah tempat  ke Europa League pun tak selamat ketika ini. Everton di belakang dengan satu mata, ada baki satu game kurang. Jika Spuds menang malam ni, 5 mata sahaja jadi pemisah. Kita dengan United hanya dibezakan 7 mata dengan baki game mereka adalah winnable. Dalam situasi di mana konfiden level kita tengah down sekarang ini, jangan kata baki 5 game kita, bertemu pasukan Championship dalam Semi FA Cup pun belum tentu yakin. Melihat rancangan2 bola dan berita2 sukan menyiarkan analisis perbandingan schedule2 terakhir antara title contender, City, Liverpool dan Chelsea, kita nampaknya sekali lagi terpaksa gigit jari sekadar jadi penonton seperti biasa. Habis baki musim ini, sementara player pergi berjimba di world cup, banyak tugasan besar menanti. Selain management , scout, medical team pun perlu transformasi.Saban musim player2 kita punya injury pelik2 dan berpanjangan.Pasti ada sesuatu yang tak kena, ditambah lagi dakwaan Wenger yang mengatakan player2 kita ambil ubat sembarangan sendiri tanpa kawalan untuk cepat pulih, bagaimana itu boleh dibiarkan berlaku, tiada prosedur? tiada SOP? Paling kurang perlu ada penegasan dan tindakan diambil jika insiden2 seperti itu terjadi.Memang benar sukar untuk mengawal kehidupan peribadi player tapi paling kurang bagitau mereka apa akibat dan kesan yang berlaku, bagi penerangan secukupnya, buat rules, jika kantoi langgar, denda! Sadis.

Gua membebel banyak sebab gua sayang kelab ini. Gua jugak sayangkan journey yang kita lalui musim ini tapi macam posting pertama blog ni, ia tetap semakin hampir, semakin jauh..same old same old Arsenal. Mungkin kita perlukan new era. Subjektif bunyinya. Ada banyak maksud di situ,dan ada banyak cara untuk merealisasikannya terpulang kepada apa yang anda pikirkan. Era baru, luas skopnya mungkin perkara paling positif sekali dalam temanya adalah kita start new era dengan kejayaan mengakhiri kemarau piala 9 musim. Dan FA Cup adalah peluang ini, jangan persia2kan peluang Sabtu ini walau Wigan merupakan giant killer, kita sekurangnya bernasib baik ketika ini kerana apa yang pasti lepas persembahan sebulan dua ni kita bukan lagi berstatus giant dalam situasi macam gini.Letakkan kita setaraf dengan lawan, respect mereka dan rasa jejakan bumi  yang dipijak. Barulah kita sedar kaki berada atas padang yang sama, kita memerlukan nafsu dan semangat untuk membuktikan perbedaannya. Ayuh tunjukkan persembahan berjiwa.Lakukan demi kelab, lakukan demi penyokong. COYG!! Wembley, kami datang!!

Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: