Sabtu, 12 April 2014

Wembley, kami datang!


Wenger merupakan individu paling tertekan sekarang , Melihat kerutan di wajahnya menngambarkan seribu kerisauan dan jugak mungkin kekesalan tentang nasib yang melanda terutama dalam liga.Tak perlu mungkin gua olahkan di sini mengapa kerana semua telah sedia maklum. Dan kini dia ada peluang untuk tebus maruah, FA Cup. Menang FA Cup dan tempat keempat, itu satu pencapaian daripada musim2 sebelumnya kalau dikira pada jumlah piala, tapi secara realitinya kita masih di takuk lama atau mungkin jika tak ada perubahan progresif, semakin fade away dan mudah ditenggelamkan terutama dalam game2 besar. Lagi pun ini musim terakhir dalam kontraknya, sama ada dia masih bernafsu mahu sign atau tidak itu kontrak lanjutan masih menjadi teka teki dan terpulang pada dirinya. Gua berkongsi pendapat dengan Ray Parlour, Arsenal takkan sack Wenger, ia berada di tangan wenger sama ada dia tak sign atau letak jawatan, itu sahaja cara Arsenal dan Wenger boleh berpisah secara terhormat. Jika Arsenal berjaya muncul sebagai juara, -dengan rasa hormat pada Hull,Wigan, dan Sheffield United- iaitu Arsenal wajib menang sebagai pasukan pilihan sekarang di mata umum, dan memperoleh tempat ke UCL tahun depan, mungkin hubungan antara fan akan 'ok' sedikit la berbanding jika kita gagal dalam kempen FA cup dan hanya mampu ke tempat keempat, menang FA cup gagal tempat ke UCL, atau gagal kedua2nya sekali yang akan membawa kepada demonstrasi jalanan.haha. Pairing oprion pertama sahaja yang membuatkan gua rasa dia berani nak sign kontrak lanjutan, selain dari itu adlaah suicide.  Wenger tahu, dia mesti menang, apa2 pun lawannya, dia wajib menang. Mungkin orang dah lupa bahawa lawannya Wigan adalah juara bertahan, menewaskan City dalam perjalanan ke Wembley tapi orang tak peduli itu semua, atas kertas Arsenal berstatus pasukan BPL manakala Wigan hanyalah dari championship, itu yang lebih mereka ini pandang walhal cerita atas padang berbeza.Jadi nak tutup persepsi orang memang payah, itulah yang Wenger risaukan, ini bukan lagi zaman2 dulu di mana dia rasa dia boleh syok sendiri dengan eksperimen dan projeknya, ini masa menilai prestasi, dan bila mana prestasi kita tak lagi meningkat sudah perlu rasanya dia perlu nilai jugak persepsi demi kebaikan bersama.

Itu yang nmembuatkan game malam ni satu beban buat Wenger khususnya. Bagi palayer ini masanya nak balas budi dan hargai sokongan fan yang telah lama tahan malu dan cela berbakul2 tapi masih setia di belakang kelab. Dan perjalanan kita ke separuh akhir ni nampak macam sudah tertulis untuk kita dengan lawan2 yang penuh berliku tapi kesemuanya bermain di gelanggang sendiri memberi sedikit manfaat kepada kita.Kecuali Coventry, team lain seperti Spuds, Everton, Liverpool merupakan top 6 yang konsisten dalam liga jadi takkan kita mahu biarkan perjalanan yang sukar tapi cemerlang itu berakhir hanya di sini. Paling koman kena dua kali main di Wembley baru puas hati. Uwe Rosler pengganti pemenang medal musim lalu Roberto Martinez pasti mahu mencipta sejarah membawa Wigan sekali lagi ke final 2 musim berturut2. Dan dia pastinya belajar sekali lagi taktikal Martinez atau dari team2 besar yang lain bagaimana caranya memerangkap corak Arsenal sepertimana dia buat ketika menewaskan bekas pasukan yang pernah diwakilinya sebagai pemain, Manchester City.Bagi Wigan tak ada apa yang perlu ditakutkan,tak ada tekanan, ini sudah satu achievement berada di Wembley sekali lagi. Rosler jugak dalam usaha membawa Wigan kembali ke BPL dengan cuba secure tempat ke play-off.

Wenger memberitahu FA cup masih satu lagi piala yang diimpikan.Walaupun dah menang 4 daripada 5 final, dia masih bernafsu untuk memburu gelaran kelima, sama sepertimana kegilaannya terhadap menonton saingan itu di kaca tv zaman budak2 .Berbeza dengan barisan pemain sedia ada , mereka belum menang apa2, hanya Flamini sahaja yang berjaya merangkul medal piala yang sama 9 tahun lalu.Kesemua yang lain claim masa signing interview, mereka masuk Arsenal untuk menang piala,maka tunggu apa lagi? Ini lah peluangnya. Jangan lagi main serupa lawan Everton dulu, bukan saja piala tak dapat, silap2 pula dapat maki  atau penampor boye. Untuk perbaiki persembahan daripada game2 di mana Arsenal mudah terdedah pada bahaya, apa yang perlu dilakukan adalah solidkan defending. jangan bagi masa dan ruang kepada lawan.Cepat close down dan track back. Fight for the ball, fight for your teammates! Cup game , semuanya sama rata, pasukan mana yang lebih menunjukkan desire akan pulang bergaya.

Jadi kita malam ni tanpa kelibat Flamini yang digantung perlawanan. Gua kalau boleh takmau libatkan Arteta lagi bagi dia refresh dulu daru kehambaran silam tapi dengan ketiadaan Flamini, kita mungkin tak ada option. Cuma perlu diingat kita ada jadual yang padat , seminggu tiga game, West Ham selasa depan, kemudian hujung minggu depan Hull , maka tak ada player yang mampu main straight 3 game. Sebab itulah perlunya squad yang besar, ditambah lagi kecederaan core player, arsenal terpaksa bayar dengan harga yang tinggi. Jadi tak  terkejut kalau Kim Kallstrom yang baru buat satu kemunculan ketika bertemu Swansea mungkin diberi peluang start malam ni, bersama2 Rambo.Rambo baru dapat 25 minit tapi dah tunjuk sedikit sentuhan bagi mengubah game, kita memerlukan Rambo di awal musim yang dulu di mana tak ada apa yang menghentikannya merobek gawang lawan. Rosiscky sah out. Chambo yang dibekukan semenjak errornya menentang Chelsea namun menonjol sedikit ketika kehambaran rakan lain bertemu Everton mungkin diberikan peluang tapi bergantung pada sejauh mana kecergasannya . Bahagian bawah, koscielny masih out, cuma kalau nak turunkan Mael, mintak jauh pairing sebelah kiri Mael dan Monreal kerana ia umpama mengundang malapetaka. Gibbs sama seperti Chambo, perlu melalui ujian akhir. Atas, cukuplah wahai Olivier Giroud, life stylenya dan kisah peribadi ternyata memberi impak ke atas padang terutama 2nd half liga. Daripada bagi jersey pada penumpang, gua bagi kepercayaaan pada Sanogo walaupun belum menemui jaringan.Agaknya  kalau bagi Bendi pun mungkin lebih berfungsi daripada Giroud pada ketika ini.Namun dalam kes2 sebegini, gua suka dan rela dibuktikan silap!

-----------------------Fabianski---------------------
Sagna---------Per----------Mael---------Gibbs
-----------------Rambo------Kallstrom-------------
-------Gnabry-----------Santi-------Podolski-----
---------------------Sanogo------------------------
“The FA Cup is also an opportunity to regenerate the team.We have produced remarkable games against Tottenham, Everton, Liverpool in this competition and we want to continue on that run.What is important is that we just go out on the day and be faithful to the performances we have put in this FA Cup until now. We have gone through very difficult opponents, so this is one more to add to that list.”
Astro 12:07am Arsenal 2 Wigan 0.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: