Selasa, 15 April 2014

Tiket Wembley 2.0 pembakar untuk baki liga


Dalam banyak2 jalan, seperti biasa kita memilih jalan yang sukar untuk menempah tiket ke Wembley, kalau tidak kelab ini bukan namanya Arsenal.Game yang stress, detik yang hampir menentukan masa depan Wenger di Arsenal dengan kepucatan jelas terpancar di kerutan wajahnya yang tak senang duduk, fan arsenal yang majoriti pada malam itu di Wembley seakan tuan rumuh kelihatan sugul dan gelisah, kita 10 minit sahaja lagi dari satu lagi hari yang gelap dalam sejarah Arsenal dan melengkapkan malapetaka season ni yang seakan tertulis harapan palsu. Terutama setelah Mertesacker membuat kesilapan bodoh bad timing tackle di saat yang genting ke atas Mcmanaman maka pengadil tak boleh tidak menghadiahkan sepakan penalti buat Wigan yang kelihatan bakal mengulangi pencapaian musim sudah ataupun berpeluang mengekalkan gelaran juara milik mereka. Gomez menyumbat masuk walau tekaan Fabianski tepat tapi tangan hanya sipi2. Antara tempoh 18 minit tersebut, perasaan gua bercampur baur, maki berbakul2, mempersetankan apa lagi serangan dari media tapi yang lebih utama pada ketika itu membayangkan bagaimana Arsenal nak habiskan saki baki musim ini dengan konfiden jatuh menyembah isi bumi.

 Kegeraman terhadap corak persembahan Arsenal makin membuak2 bila mana kita ada beberapa kali mencipta peluang tapi apakan daya finishing kita diketuai oleh remaja dari France yang masih belum merakamkan sebarang gol. Game2 yang melibatkannya bukan calang2, Bayern, Liverpool dan kini FA cup semi, jadi kita boleh nilai tahap tekanan mental yang dialaminya selagi masih belum dapat score. Gua tak salahkan dia 100% kerana dia masih lagi dalam proses pembelajaran, lagipun dia punya work rate dan usaha untuk mencuba tu nampak cuma penyudah tak ada.Cuma agak terkilan dengan percubaan last minitnya kat Stoke. Dan gua tak perlu ulangi lagi kenapa kita berada di situasi masalah punca utama bila mana kita tak ada option lain di bahagian atas.Ramai jugak yang bising dan mempersalkan selection, tapi kalau turun Giroud dari mula sekalipun belum tentu kita dapat tengok jaringan selagi dia sibuk mendandan kemas style rambut dia sepanjang masa. Rambo dapat start pun dah cukup baik. Ada nampak imbasan2 aksinya sewaktu sebelum cedera tapi passing dan decision making nya belum begitu cepat dan spot on. Chambo adalah ancaman utama kita malam tersebut dengan pace,drive dan powernya, kurang bernasib baik tak dapat menjaringkan gol paling hampir dapat menggegar tiang tapi assist pentingnya membantu kita berada di kedudukan sekarang ini. Layak mendapat MOTM.

2 lagi midfield Spanish malam itu begitu mengecewakan. Santi gua tak paham apa dah jadi, patut lebih melibatkan diri dalam game tapi tak nampak memberi support kepada Rambo. Arteta tak payah cakaplah, gua dah lama perhatiiii jek corak dia sejak kebelakangan ini dan artikel sebelum ni pun dah kondem dia kaw2, tak ada perubahan. Malah asyik buat foul yang tak perlu ketika keadaan yang tak sepatutnya, membahayakan back four. Apa yang positif hanya ketenangan sepakan penalti kedua2 mereka.Oh ya dan Abang Kallstrom, tepat jangkaan gua ketika game, dia hanya akan masuk extra time untuk persediaan ambil sepakan penalti dan ternyata ia satu peminjaman yang berbalas-setakat ini-, 'berbaloi' belum boleh tentukan lagi.Podolski , bukan game dia, sekali lagi Wenger dimalukan apabila diboo ketika melakukan pertukaran dengan Giroud tapi reaksi itu difahami kerana  ketika kita tengah saat2 penting mencari gol, perkara terakhir yang patut dilakukan adalah mengeluarkan finisher yang dikatakan antara terbaik yang dia pernah lihat. Ini satu lagi episod malang dalam diari Wenger apabila diboo setelah pernah mengalami situasi sama bilamana mengeluarkan Chambo dan memasukkan Arshavin dalam pertemuan menentang United beberapa musim lepas. Yang nasib baiknya episod ini tak perlu dijawab panjang.

Defend tak banyak kerja , Wigan tak begitu memberi ancaman kerana corak mereka hanyalah tak nak bagi Arsenal main, disiplin mereka memang tip top.Set piece mereka jugak dalam kawalan kita . Sehinggalah aksi badut mertesacker dan kecederaan Monreal. Gibbs masuk dan memberi pace di sebelah kiri dan nyaris merakamkan gol. BFG membalas kesilapannya dengna muncul penenang jiwa, menjaringkan gol penyamaan yang dinanti2 ketika 8 minit lagi wisel penamat. Memang relief gila baq hang rasa.Sambutan gol penuh emsoi! Adrenalin mencanak2! Kita diberi talihayat baru. Dan selepas itu konfiden di pihak kita. Fabianski yang menjadi duri dalam daging ketika aksi semi di Wembley dulu menentang Chelsea akhirnya telah menebus kesilapan muncul wira dengan save 2 penalti pertama Wigan. 4-2. darah mula mengalir bawah kedutan kulit Wenger, nampak kelegaan bersungguh2. Termasuklah di jiwa para Gooners serata dunia. Peluang masih ada. Ya dalam persaingan kita memerlukan peluang, jangan berhenti berharap. 9 tahun, adakah mampu untuk kita cari endingnya, masih ada harapan. Riak wajah player dan sambutan mereka difahami. Mereka yang terpaksa makan cacian bertubi2 dan mewarisi kemarau piala yang ditinggalkan, berat bebanan mereka apa lagi ketika msuim ini dalam saingan liga mereka pernah menjadi calon pencabar tapi bukan rezeki rupanya.  Dengan musim lepas mereka diperli kerana celebrate mengatasi rival spuds, kini masih ada lagi mulut longkang yang bising, datang dari player yang patutnya sudah paham benar apa erti pertandingan berprestij itu tapi komen dia nyata penuh kaudu. Apekejadahnya tak boleh nak celebrate lepas game stress 120 minit , 10 minit lagi nak terkeluar, 9 tahun dah tak masuk final FA Cup bagi la chance siket, player bukan robot, mereka ada emosi juga untuk diluahkan, tak adalah melampau lari keliling padang macam adebayor pun!Kecoh sangat.Sedangkan Gerrard pun menangis yang belum kompom menang liga tu, respect sket. Main kelab so called besar, latih pasukan kecik2 patutla mentaliti tak sampai class.



Apa yang penting kita dah mara ke final dan akan bertemu Hull City.Jadi tak payah nak buat hal lagi. Ingat Birmingham City, beringatlah ketika menentang Hull nanti. Final 17 May di Wembley dengan pembahagian tiket telah berlaku tapi yang mendukacitakan allocation yang diberi kurang memberangsangkan.Kalau semi hampir 60k fan arsenal, kali ini kedua2 team masing2 hanya diperuntukkan 25 k setiap satu. yang lebih2 kalau tak charity,  kroni le tu..Standard FA kaki makap.


Boleh lupakan seketika FA Cup punya cerita kerana sekurang2nya kita ada simpan satu alternatif ending jika liga tak mencapai jalan cerita yang diingini. Dek kerana ia dalam kawalan Everton, kita tak perlu tertekan sangat main. Menang kesemua game start awal pagi nanti, lepas tu tengok kedudukan akhirnya kita di mana.Itu sahaja task utama yang kita perlu fokus. Pagi nanti bertemu West Ham di Emirates. Gua jangkakan akan rotation kerana banyak player doubtful dan jet lag.  Flamini masih dalam penggantungan, nak tak nak kita terpaksa harapkan Arteta berubah. Kallstrom jugak boleh kita katakan bakal start. Dengan Chambo Rosicky Koscielny semua doubtful.Gibbs bakal ganti Monreal yang kompom out, dead leg. Rambo gua tak pasti Wenger berani ke tak berani nak gamble lepas  berhempas pulas tempoh hari walau baru sahaja baik dari kecederaan. Upfront mungkin Podolsi diberi peluang kerana di sub hari tu, Giroud may be kembali lead the line ataupun satu kejutan Bendi yang kelihatan di latihan, turut sama yang kelihatan adalah Abou Diaby! Tapi masih terlalu awal mungkin.

West Ham berada di tangga ke 11, 7 mata atas zon penyingkiran tapi dengan berbaki satu game lebih, tak ada tekanan buat anak buah Big Sam. Jadi awas dengan taktikal mereka yang main negatif,semata2 mematikan gerakan lawan tanpa tak ada apa yang nak dikejar sangat cuma target tak nak kalah.Itulah yang kita bakal hadapi bila bertemu pasukan mid table di penghujung2 liga.Semua play safe.

-----------------Szczesny-------------------
Carl-----------BFG------Mael-------Gibbs
-------------Arteta----Kallstrom-----------
-------Santi--------Rambo------Podolski--
-------------------Giroud------------------

Ada lagi 5 game. 3 game di gelanggan sendiri ini salah satunya. At least tolonglah hadiahkan kemenangan buat fan tuan rumah terutama dalam game London Derby. Latest London derby berakhir dengan tragedi, last sekali kita merasai kemenangan adalah dalam North London Derby jadi tak ada masa yang paling sesuai lagi untuk startkan balik momentum kemenangan selain dari kemenangan ke atas jiran London pagi ini.

Astro 245am. Arsenal 3 West Ham 0

Agi idup agi mengGunners!!


2 ulasan:

buasirbuaya berkata...

cilake gua ingat kat malaysia je banyak kaki makap kahkah

Gunners & Roses berkata...

budaya makap wujud di mana2 ada makhluk bernama manusia..hehe