Selasa, 29 Jun 2010

Tiba masanya penggunaan teknologi ?


Bukan atas dasar aku menyokong England, maka aku sengaja menyuarakan pandangan ini , bukan.  Malah aku tumpang 'gembira' dengan kekalahan England yang sepatutnya tidak layak untuk disenaraikan dalam kelompok 16 terakhir dengan persembahan yang sebegitu menghambarkan di peringkat kumpulan. Batch England yang kononnya era generasi emas ini penuh dengan Overpaid, overhype, overrated ,lagak primadona , aku harap England belajar atas kesilapan ini dan berani berubah. Tidak perlu jauh, lihat perubahan dan keberanian Jerman, nyata membuahkan hasil. Kejayaan takkan hadir tanpa risiko.

Cukup berleter tentang England, semua sedia maklum akan silap mata atau kesilapan mata linesman yang gagal mengesahkan bola telah 2 kaki melebihi garisan gol sedang satu dunia dapat melihat di kaca tv dan skrin2 besar replay yang jelas menunjukkan bola telah pun masuk. Jadi, apa yang terjadi, kecoh di sana sini, alasan demi alasan didengarkan.Ini bukan soal kalau gol itu dikira ia boleh mengubah perlawanan, tidak, kerana siapa tahu, mungkin Jerman akan terus mengganas, atau mereka mengalami keruntuhan moral, apa2 boleh berlaku. Tapi demi keadilan, gol tetap gol dan perlu dikiran. Kita tidak boleh menafikan hak yang berhak. Tak cukup dengan itu awal paginya pula Carlos Tevez yang jelas berada dalam kedudukan offside menjaringkan gol dan malang buat Mexico ia dikira walaupun mereka membuat bantahan keras terhadap linesman. Tegang urat berlaku antara para pemain dan match officials, skrin besar jelas menunjukkan replay Tevez berada dalam posisi offside dan dia sendiri selepas perlawanan mengakui dan menyesal tidak dapat melakukan apa2. Bukan salah dia pun. Ini adalah kesilapan manusia.Human error. Tapi kesilapan inilah yang sebenarnya boleh dibendung dengan adanya penggunaan teknologi. Alasan human error adalah sebahagian daripada game bola sepak itu sendiri adalah suatu yang tidak masuk akal!

Wenger telah beberapa kali berada dalam kem yang menyokong penggunaan teknologi tetapi si dinosaur Sleep Better masih tidur sahaja membuncitkan perutnya. Ia adalah kemaluan kepada FIFA ketika sukan lain dah berlumba2 dalam penggunaan teknolgi moden demi kemajuan sukan. Kenapa mereka mahukan kesilapan manusia terus menjadi 'seni' dalam bola sepak? Ini kerana dengan adanya kesilapan manusia2 seperti ini yang boleh diperngaruhi dan boleh dibeli dapat melindungi permainan/sukan ini dari bebas  match fix scandal. Bayangkan jika semuanya tulen,telus,jelas terang dan nyata maka tidak boleh sebarang manipulasi berlaku dan 'mereka2' ini tidak boleh lagi cari makan mengatur perlawanan.Oleh itu kuranglah kantong mereka. Itu adalah pendapat sesetengah pihak, aku tiada bukti kukuh dalam menyokong tuduhan tersebut tapi ada logiknya.  Yang terbaru selepas perlawanan Argentina Mexico, ada cadangan untuk FIFA mengharamkan replay di stadium kerana takut2 akan mempengaruhi keputusan pengadil.Oh, nampaknya daripada terus dengan cita2 mereka yang ingin menzahirkan ketelusan mereka kali ini lebih bertindak dengan menyorok kebenaran?!  Sia-sialah kempen 'Respet', fair play, dan bermacam2 kempen memartabatkan bola sepak yang dicanang2.

Diasak dengan serangan bertalu2, akhirnya Blatter terpaksa menerima cabaran dan menurunkan egonya.Meminta maaf pada England dan Mexico, selain daripada berjanji akan membawa usul untuk membuka kembali file penggunaan teknologi dalam mesyuarat FIFA Julai nanti. Tapi malangnya, hanya untuk teknologi garisan gol, tanpa melibatkan sebarang kes yang dialami Mexico iaitu video replay. Ermm.. mari kita tunggu dan lihat, sekurangnya2 ada tindakan awal untuk melakukan perubahan.Sebaik2nya, yang sepertimana kita sedia maklum, Presiden FIFA adalah objek pertama yang perlu diubah.

Ini melibatkan keadilan, perkara ini boleh berlaku pada mana2 pasukan, tidak terkecuali Arsenal mungkin bila2 sahaja boleh menjadi mangsa. Ubah sebelum Parah!


Ahad, 27 Jun 2010

Nasib Dudu


Ada ura2 mengatakan Eduardo hanya menghitung hari2 terakhir di Arsenal. Gosip melanda bahawa Wenger telah memberitahu kepada Eduardo, pemain Crotia ini tidak mempunyai tempat dalam plan Arsenal musim hadapan. Kalau benar berita ini, maka ia adalah suatu berita sedih bukan sahaja buat Eduardo tapi juga Arsenal dan para peminat.Ini kerana Eduardo adalah seorang pemain yang menjanjikan prospek begitu menarik dan semakin disayangi sehinggalah berlaku tragedi malang di St Andrews 2 tahun lalu. Kini walaupun talah pulih tapi dia tidak kelihatan seperti pemain yang sebelumnya, masih dibayangi ketakutan dan off form. Ditambah lagi dengan kedatangan Chamakh, apakah hala tuju Eduardo dengan mungkin Vela pula akan diberi peluang lebih masa. Bilakah sumpahan jersey no 9 ini akan berakhir. Aku sangkakan the real Arsenal Number 9, telah hadir ketika Eduardo muncul dengan rekod jaringannya, tapi aku masih belum berhenti berharap. Selagi belum ada kepastian, anggap saja ia adalah cakap2 media mencari sensasi ketika Piala Dunia. Untuk menyedapkan hati, pikirkanlah, bila masa Wenger ada masa nak berhubungan dengan Eduardo sedangkan dia sibuk menjadi pengulas stesen TV di Afrika, lagi pulak dengarnya Blackberry Wenger siap tertinggal-salah satu punca mengapa signing Laurent Koscielny tergendala. Dan kita tak boleh mengharapkan RVP fit sepenuhnya sepanjang musim, jadi Eduardo masih mampu memberi option selain dari Bendi.. Sedang menanti kedatangan pemain baru, tapi janganlah pula ada yang keluar dahulu~


Sabtu, 26 Jun 2010

Piala Dunia sebenar bermula

The real World Cup start this week
Itulah kata2 daripada Le prof yang kini berada di Afrika Selatan. Ade benar jugak setelah melihat pelbagai fenomena menarik berlaku di match terakhir persaingan peringkat kumpulan dengan pelbagai keputusan kejutan . Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia 2 finalist untuk edisi sebelum ini masing2 terkandas di peringkat kumpulan. Pasukan dari benua Amerika, Amerika latin dan Concacaf mendominasi edisi kali ini dengan Uruguay Mexico berjaya menyelinap melalui kumpulan A. Argentina, Brazil, Paraguay, Chile menunjukkan taring, manakala USA di sebalik persembahan bertenaga hadir di saat2 akhir.Wakil Asia berjaya mengajar teknik2 menggunakan Jabulani apabila hanya Korea Selatan dan Jepun sahaja mampu menjaringkan gol dari direct free kick. Kedua2 pasukan melayakkan diri ke pusingan kedua dengan Jepun mempamerkan persembahan lebih kemas.Aussie pasti menyesal atas persembahan malang ketika bertemu Jerman, dek kerana dibelasah, mereka hanya ditinggalkan Ghana oleh jaringan gol. Ironinya, Ghana hanya satu2nya wakil benua Afrika yang layak ke pusingan kedua di benua mereka sendiri . Walau bagaimanapun, Afrika Selatan boleh meninggalkan Piala Dunia dengan kebanggaan kerana setakat ini penganjuran berjalan dengan lancar manakala di padang , mereka mengajar pasukan Perancis erti bersatu. Pasukan Eropah nampak benar2 struggle, mungkin faktor geografi atau fitness, akibat persaingan musim domestik yang padat dan panjang.

Paling mengecewakan adalah France yang dengarnya terpaksa pulang dengan flight kelas ekonomi sebagai 'ganjaran'.Afrika Selatan hampir melaukkan mereka tapi terpaksa akur dengan kemenangan tipis.Jika tidak pastinya Raymond Domenech bukan sahaja dibenci di Perancis malah mungkin di Mexico, ini kerana pasukan Carlos Vela yang tumpas kepada Mexico hanya terselamat melaui perbezaan jaringan.Maradona mengutip mata demi mata menamatkan kerjaya indah Otto Rehhagel  biarpun Messi belum menemui sentuhan jaringan. Korea Selatan berpaut sebelum berjaya mengutip satu mata bersama Nigeria. Mexico vs Argentina menjanjikan pertemuan yang menarik selain ia merupakan ulangan kepada 2nd round 4 tahun lepas di mana gol extravaganza dari Maxi Rodriguez ketika extra time menghantar Mexico bungkus. Uruguay vs Korea Selatan, adakah wakil Asia ini mampu membuat kejutan?

England dan German menggunakan tali hayat terakhir untuk layak dan dipaksa bertemu dalam pusingan kedua selepas USA menempah tiket lewat , tiba2 menjadi juara kumpulan. England biarpun nampak lebih tersusun tapi sebenarnya beraksi di bawah tekanan yang cukup tinggi ketika bertemu Slovenia. Mereka kelihatan bermain bukan untuk menang tapi lebih kepada takut kalah. Masih ada fear factor yang menjadi mental block. Gol Defoe menyelamatkan maruah pasukan Three Lions manakala Rooney yang kelihatan seperti ogre tumpul dikeluarkan oleh Don Capello.Nice move Fab. Ini bukan masanya England tambah masalah kepada masalah yang dah sedia ada semata2 nak tengok sorang player primadona panas baran meletup tak pasal2 diperintah keluar padang. Kalau la apa2 terjadi hari tu, pasti lebih ramai Pavlos Joseph akan dilahirkan.Mesut Ozil antara bintang muda menyinar pastinya berada dalam radar mana2 jurulatih kelab Eropah selepas sekali lagi menghasilkan sentuhan emas ketika bertemu Ghana. England vs Jerman. Epic. Dengan persembahan England yang hambar manakala Jerman mula memperagakan corak universal selepas penerimaan migrasi berbanding old style football mereka yang membosankan suatu ketika dulu, agak sukar untuk menjangkakan keputusan kerana dalam match2 besar seperti ini, siapa yang buat silap sikit pastinya terhukum. USA akan bertemu Ghana yang nampak tumpul hanya hidup bersandarkan penalti daripada mat Gyan.

Juara bertahan Italy tersungkur di tangan Slovakia, 2nd half match tersebut hidup berpesta jaringan. Ketika keputusan semasa mereka hanya memerlukan keputusan seri berjaringan banyak, mereka gagal mengulangi pencapaian 4 tahun lepas. Apa masalahnya, terlalu ramai kuda tua? Masih ada lagi muka2 lama yang telah pun berpuas hati merasai zaman kemuncak, pasukan Italy seperti Perancis pulang tanpa sebarang kemenangan.Marcelo Lippi tunduk ke tanah mengakui segala kesilapanya "Sebelum ini pun aku tak mengimpikan akan menang Piala Dunia buat kali kedua, tapi aku tak menyangka kita akan terkeluar dengan cara sebegini.Maafkan aku, nampaknya aku bawak pasukan yang benar2 tak bersedia.Psikologi adalah masalah utama".Sebagai penyandang juara, pergi ke Piala Dunia tanpa winning mentaliti adalah satu masalah.Salahkan psikologi pemain,sedangkan Lippi sendiri juga tidak yakin akan pasukan pilihannya. Apakah relevan memilih pemain seperti Cannavaro yang telah lapuk ditelan zaman.Cannavaro pernah menjadi seorang pemain yang hebat dan dihormati, world cup winner, pemain terbaik Dunia tapi kini zamannya telah berlalu. Prestasinya bersama Juventus musim ini juga tidak membanggakan. Dia seorang legend tapi malang buat Cannavaro untuk meggantung boot dalam keadaan semacam ini. Mungkin Dubai merupakan tempat sesuai untuk mengambil angin dan bermain tanpa tekanan musim hadapan. Di Serie A masih ramai lagi pemain2 muda berbakat yang tidak diberi peluang. Jika berhasrat menjulang Piala Dunia kelima mereka di masa hadapan, Italy perlu seberani Jerman dalam mempertengahkan lagi bakat2 muda.

Walaupun tidak menjaringkan gol, Merek Hamsik banyak mengkucarkacirkan Italy sehingga kedudukan akhir kumpulan pun, Italy terbenam di bawah New Zealand. Pencapaian yang boleh dibanggakan sebenarnya oleh wakil Ocenia ini terutama berada dalam group bersama Italy dan Paraguay. Sama seperti Swiss 4 tahun lalu, mereka tersungkur tanpa pernah merasa kekalahan.


Brazil dan Portugal masing2 layak setelah memilih jalan selamat dalam satu match yang tak mencapai standard seperti yang diwarwarkan. Kalau persembahan 1st half kedua2 mereka lebih berhati2 mengelak sebarang kesilapan, 2nd half pula perlawanan semakin bercelaru.Kemenangan Ivory Coast hanya sekadar saguh hati, tiada lagi gelagat Eboue selepas ini,Tahniah pada pasukan Korea Utara kerana berjaya mengelak kekalahan lebih besar. Fabregas dan Spain mara selepas menewaskan pasukan yang agak bagus Chile. Aku suka melihat corak Chile walaupun hanya bermain dengan 10 orang masih bernafsu untuk mengasak.Alexis Sanchez pastinya membuka mata kelab2 Eropah dengan persembahan yang boleh tahan.Pengadil terlalu pemurah pada malam tersebut dengan tak semena2 melayangkan kad merah yang agak keterlaluan pada Estrada.Cuma apa yang berlaku di saat2 terakhir di mana kedua2 pasukan nampak berpuas hati dengan result dan menyimpan bola adalah suatu yang tidak mahu ditonton dalam bola sepak sebenarnya. Siwitzerland perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengambil kesempatan atas keputusan match yang satu lagi. Selepas menumbangkan pasukan pilihan, Swiss agak tumpul dan kehilangan idea dalam 2 match selepas itu, lawan chile mungkin akibat red card tetapi ketika bertemu Honduras, mengharapkan sentuhan veteran Hakan Yakin baru nak yakin menunjukkan masalah sebenar mereka. Amerika Selatan bertemu sesama sendiri begitu juga pasukan dari Eropah. Portugal vs Spain adlah suatu perlawanan yang pastinya tak rugi ditonton ini begitu juga Samba Chile vs Brazil. Aku mengharapkan yang lebih menarik daripada 16 pasukan yang masih berjuang keranpesaingan kalah mati adalah berbeza dengan peringkat kumpulan jadi peluh pastinya lebih mencurah2 dan emosi lebih terserlah. Selamat maju jaya..


Selasa, 22 Jun 2010

Afrika makin terik

Semakin rancak semakin menarik.Banyak lagi drama, tidak kurang juga makin ramai 'Rivaldo' ketika Piala Dunia kini menghampiri pusingan terakhir peringkat kumpulan.  Antara cerita2 panas ialah kegagalan England mengutip mata penuh walaupun sebelum ini begitu overkonfiden, kini nasib mereka masih belum diketahui.Sebelum bercakap tentang 'group of death' yang dikatakan EASY  oleh tabloid2 yang berlagak , (E)ngland (A)lgeria (S)lovenia (Y)ank kita sentuh dulu nasib yang bagai telur di hujung tanduk, pasukan Perancis.

Ape suda jadi dengan kem ini kerana sejak awal lagi, 'Everybody Love Hate Raymond' tapi pihak FFF masih beriya2 mengekalkannya. Kini dengan kes Anelka dihantar pulang akibat carut maki hamun terhadap Domenech, pemain2 France pulak cari pasal buat mogok tak nak turun training. Tak terkejut, kerana siapakah kepala yang menghasut kalau bukan kapten pilihan papa Dom, Patrice Evra.Orang yang sama menggelarkan Asenal cry baby, tapi kini dah terbukti siapa yang berperangai kebudak-budakan sebenarnya. Itulah sebab Gallas boikot pihak media kerana kurang senang dengan perlantikan si katik seekor ini. Pergaduhan tuduh menuduh serkap jarang dengan salah seorang staf jurulatih tentang siapa yang membocorkan drama bilik persalinan mereka juga sangat memalukan.Papa Dom terpaksa jadi orang tengah dalam keadaan yang jelas menampakkan dia sudah hilang plot. Blanc sedang menanti kerusi panas, layak atau tidak layak France ke pusingan seterusnya, dunia tak akan melupai betapa carca marbanya pasukan yang tak bersatu ini. Mungkin Wenger sudah awal2 sound kepada Diaby, Sagna dan Clichy agar tidak ambil pot , kecuali Gallas yang sudah di luar kawalan Wenger. Henry juga pasti tertanya2 kenapa dia boleh disatukan bersama2 'budak2' ini. Mungkin ada hikmahnya Nasri tidak terpilih kerana siapa tahu, darah muda Nasri mungkin boleh diekploitasi oleh Papa Dom bagi mengalih pandangan menutup kepincangan yang dihadapi berpunca dari dirinya.France kini terpaksa bersaing dengan tuan rumah, Afrika Selatan sedang mereka bermatian antara mereka, keputusan seri sudah cukup bagi Uruguay dan Mexico untuk layak bersama2.

Argentina terus menunjukkan persembahan bertenaga mengguli group B .Bila sesuatu itu berlaku seperti yang dijangka maka ia tak akan menjadi cerita maka Argentina dan Maradona bukan topik utama. Tapi yang menjadi cerita adalah email layang dan ugutan bunuh bertali arus yang diterima oleh Sani Keita akibat red card yang tidak perlu ketika sedang syok leading Greece.Berikutan kad merah tersebut, Nigeria beraksi 10 dan akhirnya tumpas kepada Greece.Ia mengingatkan kembali kepada mendiang Andres Escobar, pemain Colombia yang ditembak mati setelah kesilapan menjaringkan gol sendiri ketika bertermu tuan rumah USA pada tahun 1994. Namun yang membanggakan daripada Sani yang bukan pemilik bas ekspress Sani adalah kepercayaannya kepada qada dan qadar.

"They were sent to my email but I'm not disturbed about that because as a Muslim, only God decides who lives and who dies.Everything on this Earth is in God's hands, whether it is your life or whatever and unless God allows it, no-one has the power to kill me. Only God knows what will happen tomorrow. He holds our destiny. That is what my religion teaches me."

Inilah semangat yang dimahukan, semangat yang dituntut.Tidak mengasingkan ibadah dalam kehidupan, sentiasa percaya akan kekuasaanNya. Walaupun dunia bola sepak juga ramai dikelilingi orang2 Muslim tapi berapa ramai yang mempraktikkannya dan tidak hanyut. Aku kerdil dalam membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam tapi harapan umumku agar lebih ramai pemain yang ikhlas dan tidak leka di sebalik segala kemewahan yang dipinjamkan.

EASY group alih2 menjadi goup of death dengan kesemua pasukan masih berpeluang mencilok tiket ke pusingan seterusnya. USA back from the death bangkit dari ketinggalan 2 bijik untuk mencurik satu mata  , yang mungkin boleh jadi 3 kalau gol ketiga mereka tidak dibatalkan secara kontroversi.Tidak mencapai standard, England  memilih jalan sukar. Memang mudah untuk mengambinghitamkan Heskey tetapi tiada gunanya.Heskey seperti yang kita ketahui memang kalau sudah tahap itu, tahap tu la jugak, mana mampu mencipta magik  kerana hari2 mudanya telah berlalu walaupun dia tiada hari muda akibat muka yang sentiasa kelihatan tua dari dulu lagi. Yang harus menjadi bahan kritikan adalah primadona2 mereka yang rasakan diri mereka untouchable seperti Terry Gerrard Lampard dan Rooney. Untuk Rooney memerli dengan nada yang agak sinis kepada para penyokong yang boo adalah suatu reaksi yang tidak profesional.Peminat sanggup berkorban besar ke Afrika bukan untuk melihat persembahan sampah daripada diva2 ini.Tindakan Rooney mempersoalkan kesetiaan penyokong jugak adalah tidak wajar kerana lebih eloknya dia cermin diri dahulu sedangkan 'setia' tidak pernah ada dalam kamus drinya ketika sanggup menduakan(menduabelaskan-hanya dia yang tahu) aweknya demi seorang nenek tua.

Tidak hairanlah mengapa  seorang penyokong mengamuk melulu ke bilik persalinan namun berjaya ditenangkan duta kem England Beckham.Bagaimanakah tahap keselamatan dan insiden ini boleh terjadi, adakah senang2 boleh meloloskan diri ke bilik persalinan atau memang sengaja ada komplot untuk melepaskan penyokong tersebut agar menjadi cerita. Itu tidak penting, apa ang penting ialah melihat Don Capello menjadi lebih mafia dalam selectionnya. Gugurkan mereka yang tidak perform, jangan ada status anak emas atau pilih kasih lagi.Ingatkan sesudah kegagalan melayakkan diri ke Euro 08 mereka telah sedar tapi nampaknya masih belum bangkit dari lamunan.Mungkin kegagalan melayakkan diri ke pusingan kedua mampu mebuatkan mereka sedar dir. Ada eloknya Walcott tidak disenaraikan di saat2 berkecamuk seperti ini kerana jika tidak pastinya kecaman di bahu tak terlarat ditanggung dan akan menjejaskan persiapan kempen Arsenal musim hadapan.

Baru sahaja spekulasi bola tersebut direka khas untuk Jerman alih2 Jerman kalah kepada Serbia. Masih ada yang tidak puas hati, dikatakan mereka bola tersebut mempunyai chip untuk mengesan kepala Klose, jadi apabila Klose diperintah keluar padang, permainan Jerman dikatakan mula mengarut akibat target tiada dalam radar si Jabulani. Hahah, macam2. World Cup semakin menarik dengan kekalahan2 pasukan elite di persaingan peringkat kumpulan.Dengan keputusan2 di luar jangkaan,mungkin kita dapat melihat pertembungan pasukan2 besar ini lebih awal di saingan pusingan kedua.Jerman elak untuk bertenmu England, England elak untuk bertemu Jerman , kedua2 mereka target untuk menjadi juara kumpulan masing2 agar tidak bertembung tapi realitinya mungkin kedua2 mereka takkan bertembung tapi hanya sekadar menjadi naib juara kumpulan atau, kedua2nya baka menghadapi kejutan tersungkur di peringkat kumpulan.Macam2 boleh terjadi , dan wakil Asia Wannabe, Aussie juga masih lagi dalam persaingan menunjukkan betapa bola ini tidak berbucu.

Kebanyakan wakil Eropah struggle, mungkin bak kata Grame Souness, punca geografi altitud yang menyebabkan pemain kurang biasa dengan tekanan.Nampaknya wakil Eropah, hanya Belanda yang belum mencipta blunder, menang kedua2 match setakat ini.Walaupun mendapat gol2 mudah tapi mereka mempamerkan persembahan kemas dan berdisplin. RVP sekali lagi mencipta assist  tapi mereka seharusnya berterimakasih kepada penjaga gol Jepun yang pemurah, seorang lagi mangsa Jabulani.Dalam satu lagi persaingan, 2 muka Arsenal bertemu antara satu sama lain tapi akhirnya Song yang menutup muka, malu tersingkir di benua sendiri.Bendi menjadi pemain pertama Arsenal yang menjaringkan gol untuk edisi piala dunia ini.Song terpaksa pulang awal, Wenger tersenyum girang did alam hati.Walaupun dalm hatinya ada taman, tapi masih ada bibit2 kebimbangan akan kecergasan mereka yang masih tinggal berjuang terutama, RVP dan Bendi.

Penyandang juara dunia sekali lagi gagal merakamkan kemenangan apabila hanya mampu seri dengan All White.Aku menunggu2 agar ada lah persembahan Haka jika New Zealand mampu membuat kejutan tapi sayangnya De Rossi berjaya menjadi anak wayang menjatuhkan diri dalam sentuhan yang minima. Italy tidak diletakkan harapan tingi untuk mengekalkan kejuaraan yang dimiliki tapi sebagai penyandang juara, mereka perlu menunjukkan persembahan yang lebih bermaruah.Paraguay kini memasukai era generasi emas, pasukan terbaik yang pernah dimiliki kata Santa Cruz.Ada benarnya, bukan kata2 kosong setelah persembahan cemerlang pada pusingan kelayakan malah mampu menewaskan Brazil, di Afrika mereka mengikat Italy dan langsung tidak memberi nafas kepada Slovakia.Kalau ianya berterusan aku menjangkakan mereka mampu melangkah ke suku akhir.

What goes around comes around.8 tahun yang lepas negara mereka mempopularkannya melalui Rivaldo.Kini Brazil terpaksa menerima tanpa banyak komen apbila Kaka dibuang padang. Bukan hanya pemain Ivory Coast tersebut saja yang berlebih2 tapi , semain ramai 'Rivaldo' kelihatan dalam kempen kali ini sampai ada antaranya berlakon dengan cukup foul seperti pemain Swiss semalam-nasib baik lakonannya gagal memperngaruhi pengadil mengeluarkan pemain Chile.Terkena tempat lain, muka yang ditutupnya, pengadil sepatutnya perlu lebih bijak dalam menilai situasi dan itulah sebabnya penggunaan teknologi dapat membantu tapi sayangnya..sperti biasa Sepp Blatter, sleep better.Walaupun begitu, insiden Kaka tidak menutup cerita corak permaianan yang lebih menarik oleh Brazil pada perlawanan kedua mereka.Gol Fabiano cukup class tapi malangnya menggunakan bantuan tangan, suatu lagi insiden yang pengadil terlepas pandang. Portugal memusnahkan saki baki harapan Korea Utara dengan membelasah mereka 7-0. Bagai diberi harapan ketika hanya tewas 1-2 kepada Brazil, korea Utara bermain dengan berhati2 pada separuh masa pertama dan taktik mereka seperti menjadi.Tpi ebrapa lama anda boleh bertahan dengan corak negatif tanpa pelan B.Korea Sealatan pastinya tersenyum sinis kerana mereka bukan berseorangan dalam dibelasah pasukan Amerika Latin. Kesemua wakil Asia kecuali Jepun telah dibelasah.Jepun dan KOrea selatan masih berpeluang sementara Aussie hanya nyawa2 ikan untuk ke pusingan seterusnya.

Rekod 5 game Piala Dunia tanpa bolos Switzerland akhirnya lebur malam tadi di tangan Chile.Untuk rekod, 4 tahun lalu di Jerman Swiss hanyalah satu2nya pasukan yang tidak bolos dalam sebarang perlawanan tetapi tmpas di pusingan kedua hanya melalui sepakan penalti. Gandingan CB pada masa itu adlah Jozan dan Sanderos! Dan ketika bertemu Chile, Sanderos tidak diturunkan akibat kecederaan.Kini Chile menjadi pilihan untuk melangkah ke pusingan seterusnya tapi harus bertemu Spain dalam perlawanan terakhir nanti. Spain yang kembali ke landasan hasil kemenagan 2 bijik gol Villa perlu menang kerana jika seri, Swiss yang seakan2 mampu menewaskan Honduras akan meninggalkan mereka.Fabregas akhirnya dimasukkan sebagai pemain gantian itupun sesudah Spain selesa mendahului 2 gol. Makin lama tempohnya di bangku simpanan, mungkin lebih lama masa yang terluang untuk berfikir akan masa depannya di Arsenal.

Persaingan merebut tempat semakin sampai ke kemuncak.Aksi semakin panas dan keputusan ada beberapa yang menarik perhatian. Di kem Arsenal, segalanya tenang tanpa berita baru kecuali Wenger yang bersuara tentang muka baru yang bakal dibawa masuk.Salah seorang daripadanya akan dibawa ke Emirates sebelum tirai Piala Dunia dilabuhkan dan Wenger memberi hint newcomer tersebut adalah dari posisi pertahanan.GK? CB? RB? LB? Watak yang seakan pasti nampak seperti Laurent Koscielny tapi aku mengharapkan lebih kejutan dari Wenger. Jangan betulkan termometer anda, kerana suhu sememangnya semakin panas, teruskan demam piala dunia..


Jumaat, 18 Jun 2010

Masih demam tapi tanpa antibiotik..


Piala Dunia di Afrika sedang berlangsung, dah masuk round kedua grouping pun. Tapi Belum ada lagi yang betul2 boleh membuatkan adrenalin aku ternaik. Dengan persembahan hambar berterusan dari pasukan Perancis , pasukan yang paling ramai diwakili pemain Arsenal. Malam tadi mereka kalah lagi,kepada pasukan Carlos Vela Mexico. Malangnya Vela terpaksa dikeluarkan tak sampai half time akibat kecederaan. Baru dicanang2 Wenger supaya menikmati world cup yang baik alih2, injured balik. Harapan France masih ada tapi sangat tipis. Entah mengapa Domenech masih dikekalkan untuk pusingan akhir kali ini. Argentina kelihatan amat mantap dari segi serangan dengan kemenangan kedua berturut2.Maradona bawak 6 striker! Nampaknya dah ternampak hasilnya dengan malam tadi membelasah Korea 4-1 yang sepatutnya boleh jadi 2-2. Walaupun hebat di bahagian serangan dengan pilihan Messi Tevez Higuain Milito Aguero Palermo , kesilapan budak sekolah masih dilakukan oleh pertahanan mereka.Ditambah lagi dengan Samuel yang diusung keluar, Jangan harap jalan mudah bagi Argentina kerana pertahanan mereka akan menajdi duri dalam daging  seperti pada musim kelayakan.

Malam ini England akan meneruskan cabaran. Tanpa pemain Arsenal untuk edisi kali ini tapi mereka mewarisi masalah Arsenal untuk musim ini, isu penjaga gol.  Itulah sebabnya Arsenal tidak perlu dikaitkan dengan Robert Green yang tidak banyak bezanya dengan apa yang kita ada sekarang.Aku tertarik dengan keeper Nigeria berikutan persembahan bertemu argentina dan malam tadi cuma sekali lagi, Jabulani menemui mangsanya. Tengah2 aku memuji si Enyeama ni, tibe2 boleh pulak dia termuntah bola.Patutla Almunia baru2 ini dengan slumbernya melaungkan keyakinan tak bimbang apa pun dengan gosip2 bakal penjaga gol baru yang melanda.Wenger jugak berkata keghairahan pemain dalam kejohanan yang sebulan berbeza dengan perjuangan semusim jadi adalah lebih baik jika Wenger memberi tumpuan pada nama2 yang sudah betul2 dikenalpasti.Mesut Ozil? Bercakap tentang Jabulani dan mangsanya, Jerman tidak ada masalah ketika memulakan kempen.Dengan Si Klose yang dah veteran pun masih mampu mencemar imej seorag lagi penjaga gol dalam radar Arsenal, Mark Schwarzer. 4 bijik Jerman bagi, ketika team lain nak score sebijik pun susah. Maka dengan itu timbul spekulasi bola ini telah direka Adidas khas untuk negara mereka , Jerman. Hanya sekadar spekulasi, nak menidakkan pun tak boleh jugak sebab dunia ni memang ada tangan2 ghaib yang control, jadi tak pelik kalau benar tapi aku berfikiran positif dengan semangat kesukanan, itu hanya sembang2 lawak.

Pemain Arsenal yang nampak menyerlah bagi aku setakat ini hanyalah Van Persie bersama orennya.Walaupun tak menjaringkan gol, tapi sumbangan dalam match daripada the flying dutchmen ini amat penting dan bermakna.Di sebelah pihak pula, Bendi menjadi kambing hitam negaranya apabila terpaksa diturunkan dalam keadaan yang belum 100% fit.Eboue terpaksa berpuas hati skadar berkongi 1 mata ketika masuk class dive bersama2 dengan scubadiver.Kita sering memuji Alex Song, Alex Song adalah pemain paling meningkat bagi Arsenal tapi nampaknya sekali lagi dilepas pandang oleh Paul Le Guen jurulatih cameroon yang meninggalkannya di bangku simpanan.Memang benar apa yang ada di kornea mata Wenger tidak dapat dinikmati oleh orang lain.Sudahlah tumpas dengan Jepun pulak tu.Brazil tanpa Samba jugak hambar ditonton. Aku memang kurang berkenan sedikit dengan corak yang dipraktikkan Dunga. Adalah lebih sebati jika corak serangan pantas dan samba labamba di gabungkan menambah seni dan seri permainan yang diwariskan nenek moyang mereka. Nasib baik  Gilberto Silva masih berperisai, buat aku merindukan kelibat legend Arsenal seorang ini.

Ketika kejohanan2 besar seperti Piala Dunia ini aku memang sukakan upset, kerana upset yang terjadilah boleh mamainkan emosi maka barulah suasana itu terasa.Kejutan yang dijangkakan tidak berlaku memaksa aku tungu samapi match terakhir round 1. aku tidak memasukkan keputusan seri Italy  sebagai kejutan kerana ia sememangnya dah dijangka akibat kuda2 tua meraka. Tapi untuk juara Eropah baru dan antara pasukan yang menjadi pilihan tumpas kepada Sanderos dan rakan2, ia boleh lah dikira.No offense kepada penyokong2 pasukan Spain, tapi aku agak gembira melihat kekalahan mereka.Ini kerana pasukan mereka yang rata2 dimonopoli campuran Barca dan Real Madrid, maka ia mungkin balasan atas sifat berlagak mereka terutama pemain2 Barcelona dalam kes Fabregas.Puas ati melihat muka2 hampa Xavi dan Puyol yang tak henti2 menjadi mulut becok Barcelona.Ketika pasukan Spain yang kelihatan mati akal, Fabregas langsung tak diturunkan atas alasan fitness.Hanya di bangku simpanan, nasibnya tak ubah seperti Song. Ini mungkin satu petunjuk berguna bagi Fabregas.Dunia di luar sana tak semstinya indah seperti dijanjikan. Kekalahan Spain membuatkan persaingan lebih menarik dengan match Spain vs  Chile yang lebih menyerlah daripada Argentina ketika pusingan kelayakan  menjadi match mesti tonton.

Ada suara2 kebimbangan akan kjohanan yang dilangsungkan di Benua Afrika dari segi keselamatan dan sambutan tapi setakat ini ia berjalan dengan lancar , memuaskan.Cuma yang menjadi 'gangguan' adalah 'kemerduan' vuvuzela. Hon2 yang ditiup tak putus2 dalam setiap match dari sepak mula hinggalah sampai tamat perlawanan kadang2 sampai ketahap yang menjengkelkan. Ada yang kata macam bunyi lalat hurung pun ada.Tapi apapun, kita baru sahaja permulaan, belum cukup panas lagi, masih ada lagi banyak aksi menarik yang dijanjikan.Banyak lagi cerita bakal disembang banyak lagi kejutan boleh berlaku. Afrika adalah benua yang istimewa.Mungkin Wenger boleh membawa pulang 1 2 'hadiah2 istimewa' ketika pulang nanti..  4 minggu selepas itu, tiada cara lebih baik untuk memulakan kempen selain memulaknnya dengan kemenangan di Anfield!! Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 15 Jun 2010

Away kit 2010/2011

Kembali ke warna tradisi kuning. Design simple tapi smart yang direka Nike untuk Arsenal musim ini  mengingatkan kembali nostalgia double winning team 1970/71 di zaman Frank McLintock cuma yang membezakan adalah warna biru pada lengan dan kolar yang digantikan. Walaupun aku lebih prefer jika warna kuning-biru dikekalkan, tapi ia tetap sedap mata memandang. Jadi apa pendapat anda?


Jumaat, 11 Jun 2010

Demam...

Dan siapa pemain Arsenal yang diberi penghormatan untuk bermain dalam perlawanan pembukaan malam ini? Carlos Vela untuk Mexico....


Mari BerJabulani!!



Sempena Demam Piala Dunia yang akan bermula malam ini marilah kita menggatal-gatal melayan Stadium Astro Fantasy Football. Anda semua dijemput untuk memeriahkan Liga ARSENALAYSIAJABULANI. <<<< Klik di sini


Kod: 6491-1041 

Selamat berhibur!


Khamis, 10 Jun 2010

'Sanderos'kan pada kenangan ...


Ketika demam Piala Dunia kian melanda, Wenger dalam diam tak diam memasang mata, menjeling2 kalau ada pemain yang berkenan di hatai. Dalam diam, mulut yang terkunci tiba2 bersuara, Wenger telah menyuarakan hasratnya tentang apa yang akan dilakukan summer ini selain daripada menjadi pundit Piala Dunia di EuroSport.-Mencari pemain baru dan keutamaannya adalah bahagian pertahanan.Pendedahan itu disuarakan pada hari yang sama sebaik sahaja secara rasmi Philippe Sanderos memilih Fulham sebagai destenasi barunya setelah 7 tahun bergelumang dengan naik turun di Arsenal. Pemain yang aku selalu gelar badut itu tidak menyambung kontrak setelah 2 musim dipinjamkan ke AC Milan dan Everton. Aksinya yang terakhir adalah ketika bertemu Liverpool dalam Carling Cup, ironi kepada popular breakdownnya sewaktu bertemu Liverpool di Anfield dalam Champions League 07/08. Seringkali dianggap sebagai 'lauk' Drogba, Sanderos awalnya menunjukkan dia mempunyai bakat yang cukup baik untuk menjadi seorang pertahanan yang  baik tapi tidak cukup baik di Arsenal ketika anda memerlukan kekuatan mental yang tinggi untuk menyerap tekanan, suatu yang dilihat kurang pada pemain Swiss ini.Dengan Gallas dan Silvestre yang jugak kontrak bakal berakhir begitu jugak Campebell yang seakan pasti memilih Celtic setelah Neil Lennon secara rasmi menjadi pengurus kelab yang membunuh jiwa dalaman Eduardo itu, tidak peliklah ketika mendengar Wenger ingin benar2 menguatkan barisan pertahanan terlebih dahulu.Terima kasih  Sanderos, selamat berduet bersama Hangeland.

Mael, Jozan, Bartley, Nordtveit, itu sahaja nama yang tinggal di posisi CB jika kesemua yang di atas memilih untuk tidak bersama Arsenal lagi. Jadi adalah gila untuk Le Prof tidak mencari 'pengalaman' bagi memberi barisan muda mempelari daripada senior mereka. Dia kata jika dia ingin menambah pada skuad yang sedia ada, dia hanya akan menambah yang berpengalaman dan lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang ini, ini kerana Arsenal sudah erlalu ramai pemain muda.Kata2 ini diungkapkan ketika di akhir2 musim lalu ketika keadaan tidak memihak kepada Arsenal sebgagai pemujuk dan pancing penyokong, oleh itu aku harap Wenger masih ingat akan janjinya. Gosip yang sedang hangat sekarang ini ialah bagaimana Wenger sanggup membuat tawaran hampir 3 kali bagi mendapatkan pemain Lorient , Laurent Koscielny.-nak sebut macam mana pun aku tak tau eja pun copy paste jek.Jadi aku gelarkan dia Encik Kos sahaja. Kos?Nama yang kurang popular bebrnading nama2 CB besar yang lain kerana secara jujur aku tidak pernah menyaksikan dia beraksi di Ligue 1. Maka kita lihat kos yang hampir ke 10M itu dilihat terlalu mahal untuk Kos.Adakah kos ini benar2 berbaloi untuk pemain yang masih berlum terbukti di peringkat tertinggi dan fizikal BPL? Nampaknya  persoalan ini kembali berulang setelah kita mempersoalkan perkara yang sama pada Verminaor dahulu. Selagi belum sah atau berada di DotCom, aku belum berhasrat untuk komen lebih tetapi aku percayakan Wenger kerana dia pastinya nampak satu benda yang ada pada targetnya.

Wenger sekurangnya2 perlu menambah 2 pemain pada bahagian CB. Dan bila cakap pasal sistem pertahananan ia termasuk sekali penjaga gol.Media telah mengambil peluang dengan sarkas2 daripada 2 org penjaga gol kita untuk mengkenen2kan nama2 penjaga gol untuk beraksi bersama Arsenal musim depan.Terbaru Schwarzer dari Fulham.. Gosip menspekulasikan pemain Australia berumur 37 tahun itu adalah ready made untuk 1 2 musim sebelum kepercayaan diletakkan semula kepada Szczesny dan Vito. DM mungkin juga dalam radar, pendek kata kita perlu kembali ke old days di mana defends kita adalah tembok kebal, jarang bolos maka 'one nil to the arsenal'  kerap kali kedengaran. Dengan rumors2 sampingan seperti ini, paling tidak pun dapat release tension daripada cerita misteri Fabregas yang tak ketemu jalan pulang ke kampung..


Ahad, 6 Jun 2010

Pemegang armband dan Mr Arsenal, di mana sinkronasinya..

Seseorang pemain itu boleh diklafikasikan sebagai Mr Arsenal jika darah dan jiwanya semerah gooner dan perasaan cinta dan sayang pada Arsenal FC tidak terbelah bahagi. Tapi kini di Arsenal, kita terasa akan krehilangan lagenda itu setelah 8 tahun berlalu, namun belum ada pengganti yang benar2 sesuai dan layak menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Tony Adams setelah 19 tahun bertarung dengan jersey kebanggaan merah putih. Bukan tiada, bukan bermakna aku menghentam generasi pemain pada ketika ini tidak menyintai kelab tapi apa yang kurang adalah ciri2 kesetiaan seperti abang Tony dan batch2 terdahulu serta kurang menjiwai nilai Arsenal.

Mungkin kerana aku hidup di zaman Abang Tony dan aku tidak beberapa mengetahui para kapten sebelumnya ketika Tony diberi tanggungjawab menjadi pemimpin 5 tahun selepas menyertai Arsenal, seawal 1988 hinggalah ke penghujung karienya dia memimpin Arsenal, bersara pada 2002. Pat Rice juga perah menjadi kapten Arsenal selama 4 musim. Tapi impak Abang Tony sebagai lambang ikon Arsenal sukar untuk dicari ganti. 19 tahun bukan tempoh yang sekejap, seperti Maldini di Milan dan Del Piero di Juventus, Abang Tony menjadi kebanggan Arsenal.  hanya beberapa pemain sahaja yang layak mendapat testimoni dan berada lebih sedekad bersama Arsenal antaranya seperti Bob Wilson, Pat Rice Samy Nelson, pejuang zaman seangkatan Tony, Paul Merson, Lee Dixon , Winterburn, Marti Keown, Steve Bould, David Seaman , Ray Parlour, Dennis Bergkamp. Mereka inilah gooner2 sejati di mana semangat seperti mereka ini sukar dicari dalam dunia bola sepak modern  yang penuh cabaran dengan banyak dipengerahui faktor luaran. Faktor kelab asal lah, faktor DNA lah, faktor godaan lah, faktor cuaca, faktor cara hidup, faktor homesick, faktor mata duitan dan jugak faktor kelabu asap- yang kita tak tahu apa faktornye alih2 tinggalkan Arsenal sebab dilepaskan management ataupun ada cerita sebaliknya. Iya, bukan semua akan berjaya di Arsenal , tetapi sesetengah daripada generasi sekarang ini seperti menginggalkan Arsenal dengan keadaan yang tidak sepatutnya.

Apa yang sebenarnya aku nak kuiskan di sini sebenarnya tentang isu kapten kerana untuk jika fokus pada keseluruhan pemain, terlalu besar skopnya. Jadi bukan bermaknalah pemain yang main bawah tempoh sedekad itu tak mengGunners, tak layak dihargai, bukan. Ada antara mereka yang telah pergi tapi masih sayang akan kelab ini, menceritakan yang elok2 belaka sahaja. Cuma aku nak jelaskan di sini mengapa tanggungjawab sebagai kapten di Arsenal itu penting dan perlu dijiwai dalam dan luar padang lebih2 lagi ketika kita sedang memasuki frasa baru dalam pembinaan sejarah yang lebih gemilang. Oleh itu, kita perlukan seorang leader yang betul2 faham akan tanggungjawab ini. Point aku ialah, kenapa karektar seperti Abang Tony tidak dapat dilahirkan lagi?



Selepas Abang Tony menggantung boot nya, telah muncul seorang pemimpin berdarah Senegal-France yang 
mula menunjukkan bibit2 kepimpinan semulajdainya. Arsenal dan masa depan yang dijanjikan tampak seakan2 begitu cerah di bawah kepimpinan Paddy Vieira. Memimpin antara barisan terhbat yang pernah diperoleh Arsenal, The Invincible pada 03/04 dan 2 FA cup di bawah kepimpinannya. Tapi sayang, Belum sempat kita merasai sepenuhnya kepimpinan melalui teladan daripada Vieira, dia memutuskan, sepakan penalti kemenangan FA Cup 2005 adalah sepakan terakhirnya dalam jersey Arsenal.Ketika itu, masa depan Arsenal telah dirangka, dalam 2 musim lagi pada ketika itu, Arsenal akan berpindah ke 'rumah' baru dan perpindahan tanpa  nahkoda adalah suatu yang sukar dibayangkan. Arsene Wenger tidak menekan panic button, dia mempunyai pilihan yang obvious.

Siapa lagi kalau bukan Titi. Antara star terhabat yang pernah Arsenal miliki, pemegang rekod penjaring terbanyak, Thierry Henry menjadi pilihan Wenger untuk memimpin barisan Arsenal pada musim terakhir di Highbury.Bukan seorang pemain yang vokal, tapi statusnya sebagai seorang pemain  bintang dan berada di galaksi lain dan tidak sama par dengan rakan2 yang lain membuatkan Henry adalah pilihan paling menyerlah.Henry menutup buku highbury dengan persembahan paling berinspirasi dengan hat-trick di Highbury. Melangkah sebagai pemimpin pertama di gelanggang Emirates, Henry cuba memberi inspirasi namun musim terakhirnya di Arsenal bukanlah seperti old days yang diharapkan.Ketika musim yang dilanda pelbagai kecederaan, Henry mula nampak bahawa pasukan pada ketika itu tidak mampu untuk bersaing tanpanya, atau begitu mengharapkannya adalah frasa ayat yang lebih sesuai.Dia tidak mahu perkara seperti itu, dia mahu memimpin namun tanggungjawab haruslah dikongsi bersama oleh itu jawapan yang lebih baik baginya adalah meninggalkan Arsenal dan menyertai? Siapa lagi kalau bukan si berlagak Barcelona. Walaupun luahan cinta dan tangisan perpisahan, dia tetap pergi meninggalkan Arsenal demi mengejar cita2 peribadi yang dirasakan tidak termampu dicapai dengan batch Arsenal projek baru Wenger ini.Nampaknya 'rasuah' armband daripada Wenger gagal memujuk Henry .Pencarian pengganti Mr/ Arsenal diteruskan.


Meninggalkan Arsenal supaya berdikari, maka berdikarilah Arsenal dan usaha sendiri itu ada bunga2 untuk berhasil buat sementara sebelum faktor pengalaman memakan diri di penghujung musim 07/08.Dan antara titik tolak yang menjadi tumpuan adalah tragedi di St Andrews melihatkan bagaimana seorang kapten yang sepatutnya sentiasa bersama, meyakinkan pasukan, memberi semangat akhirnya collapse. Wajah sebenar Gallas telah terdedah pada petang itu, ketidak tenangan dan gagal mengawal tekanan perasaan telah dimanupulasikan media sedasyat2 nya maka bermula pada ketika itu, perang dingin dalaman bilik persalinan. Si polan tak puas hati dengan si polan, si polan tak bertegur sapa, si polan duduk sorang2 dalam bas.Lama kelamaan sampai waktunya, Arsene Wenger tidak boleh tahan lagi dengan situasi seperti ini mengambil langkah berani, memecat Gallas. Gallas menerima dengan tenang dan penuh profesional.Persembahan2 nya selepas itu nampak lebih meyakinkan dan seperti seorang yang kehilangan beban, dia membiarkan aksinya sahaja yang bercakap berbanding sebelum ini di mana mulutnya tak henti sembang lebat.Gallas seorang yang profesional tapi lama kelamaan aku perhatikan profesionalnya hanya setakat untuk diri sendiri, bukan untuk pasukan.Gallas hanya bermain untuk diri sendiri, bermain menghormati kontrak sedia ada, membuat kerja dia sahaja dan lantak peduli la dengan orang lain.Itu adalah perangai Gallas di mata aku. Pendedahan2 pemain lain tentang sikap bersendirian Gallas dan lagak egonya memungkinkan pendapat, ada benarnya Wenger mengambil tindakan drastik seawal yang mungkin sebelum keadaan bertambah parah. Kontraknya telah tamat, aku tidak nampak dia akan sambung dengan keadaan seperti ini.


Pemecatan Gallas di tengah musim 08/09 memberi teka teki baru.Spekulasi  bertiup kencang tentang siapa bakal menggalas cabaran baru.Nama2 yang diprtimbangkan adalah Kolo Toure, RVP dan Fabregas. Wenger pastinya tahu akan 'sparing' antara Toure dan Gallas jadi buat apa dia hendak mengeruhkan keadaan.Memilih RVP yang pada ketika itu tenggelam timbul kemunculuan akibat kecederaan pastinya menyukarkan pelan. Jadi Wenger akhirnya dapat menunaikan hajatnya selama ini.Dengan projek baru belia, Wenger merasakan kumpulan generasi ini perlu dibimbing oleh pembimbing rakan sebaya. Bersesuaian dengan nadi utama, dan starting eleven yang confirm week in week out, Wenger memilih Fabregas sebagai paksi dan anak muda ini menerima tanggungjawab tersebut dengan cukup baik.Walaupun kurang bersuara, tapi dalam beberapa perlawanan dia memberi inspirasi pada rakan sepasukan dengan persembahan terbaik. Musim 09/10 adalah musim penuh pertamanya sebagai seorang kapten dan tanggungjawab itu tidak dirasakan sebagi beban yang memberi kesan pada persembahannya apabila dia menjadi penjaring dan assist terbanyak Arsenal.Cuma yang menjadi masalah ketika ini ialah kita semua tahu Fabregas satu hari akan pulang ke kampungnya, Wenger jugak tahu akan perkara ini tetapi tidak menyangka ia akan berlaku dalam masa terdekat.Jika benar spekulasi yang melanda ketika ini, sekali lagi 'rasuah' armband daripada Wenger kepada Fabregas tidak berhasil. Tapi mengapa Fabregas harus lompat kapal meninggalkan rakan2 seperjuangan yang lain ketika waktu2 sukar begini? Sebagai seorang ketua dia harus bangkit mempertahankan prinsip perjuangan dan kelab,bukannya berdiam diri membiarkan Barcelona terus mengorat dengan menjengkelkan. Bukankah dia masih terlalu muda dan banyak lagi masa untuknya, boleh menyumbang idea dan pemikiran kreatifnya untuk Arsenal.Jika kapten kita yang dipilih, mempunyai ciri2 Mr Arsenal pasti konflik ini tidak akan berlaku.


Mungkin kerana Kapten2 yang dipilih tidak daripada kalangan Englishmen tapi di Arsenal , kita sudah sedia maklum, selepas era Abang Tony,  berapa la sangat Englishmen yang kita ada.Oleh itu, foreigner yang dipilih, maka mereka ini kurang menjiwai sepenuhnya dan tidak dapat mentransformasikan perasaan cinta itu kepada setia.Atau mungkin jugak silap Wenger dalam memilih orang yang dipercayai. Pada ketika Henry meninggalkan Arsenal, Wenger telah memberi tamparan hebat kepada Gilberto Silva apabila mengetepikannya sebaliknya memilih newcomer Gallas. Aku rasa Gilberto merupakan antara cool headed dan boleh memimpin dengan tenang tapi tegas. Kelab jiwa luka seperti Gilberto dan juga Kolo Toure yang terlepas pandang oleh Wenger terus beraksi dengan profesional.Mungkin ada kemungkinan akibat dari snub dari Wenger ini, mereka rasa kurang dihargai tidak menyambung kontrak dan meminta untuk dilepaskan.


Dan point ini adalah sekadar jenaka tak berasas.Adakah terdapat sumpahan pada armband Arsenal. Ini kerana setiap kali ia disarungkan, individu tersebut pasti tidak kekal lama di Arsenal. Jadi mungkin Wenger sudah sedia maklum lalu membiarkan Almunia memakai sesuka hati armband tersebut sebagai vice kapten kedua dengan harapan segala sumpahan berhasil terhadap Almunia dan bakal meninggalkan kelab. Ahh, secara seriusnya, Almunia sepatutnya tidak layak langsung memakai lilitan kapten kerana ia sungguh memalukan buat Arsenal dan mencemarkan armband itu sendiri. Kalau keadaan teruk ini berterusan, kita hanya menunggu masa yang tak lama sahaja untuk menyaksikan pemain seperti Diaby mahupun DenyBoy menyarung armband.Ditambah pula Wenger pernah bercakap, jawatan kapten bukanlah penting sangat kerana semua pemain adalah pemimpin dalam jiwa masing2. Statement itu merisaukan , itulah sebabnya entah siapa2 pun boleh jadi kapten asalkan ada senioriti, itulah sebabnya kita pernah melihat Silvester jugak pernah dapat litlitan armband dan berlagak seperti Napoleon Bonaparte !

Maka dengan itu, pencarian Mr Arsenal yang sebenar masih diteruskan. Sebelum Cesc fabregas dilantik menjadi kapten instinct aku kuat mengatakan RVP adalah yang paling layak.Ini kerana perasaan cintanya kepada Arsenal yang nampak tidak seperti dibuat2.Dia juga mempunyai perasaan hormat yang tinggi terhadap Wenger yang telah mengubah hidupnya daripada kutu jalanan kepada individu bekerjaya dan berkeluarga bahagia.Pendapat ini diperkuatkan lagi apabila dia sanggup menolak tawaran 4 kelab besar yang datang dengan menandatangani kontrak lanjutan jangka masa panjang di Arsenal. Musim demi musim RVP semakin matang, cuma masalah kecederaan yang menjadi stumbling block kepada kerjaya yang lebih bersinar. Dalam setiap interviewnya, RVP menjawab dengan penuh kejantanan dan tidak putus2 melaungkan keyakinannya terhadap masa depan Arsenal. Aku dapat merasakan dia begitu mengidolakan DB10 dan berhasrat megikut jejak langkah perjalanan carieer  lagenda Arsenal itu. RVP adalah The Flying Dutchman kita sekarang ini.Dan jika dia menghabiskan kerjayanya bersama2 Arsenal, dia membuktikan bahawa di adalah darah daging sebenar kelab yang dicintai..Cesc Fabregas tidak akan kekal lama di Arsenal kerana lambat laun dia akan menyarung jersi biru merah, Arsenal sebenarnya memerlukan ikon untuk menjadi inspirasi dan RVP tidak perlu menyarung armband di tangan untuk membuktikan kesetiaannya, hanya perlu berjuang di atas padang tanpa menghiraukan apa2 faktor luaran lain dan fokus 200% kepada Arsenal.Arsenal memerlukan seeorang leader yang lebih daripada sekadar memimpin, Arsenal memerlukan ketua keluarga..



Khamis, 3 Jun 2010

Bravo Arsenal!



Tahniah kepada pihak Arsenal kerana buat julung kalinya bersuara dengan penuh kejantanan.Selain menolak tawaran Barca Arsenal menuntut supaya kelab Spain itu lebih beretika dalam menunaikan janji mereka menghormati pendirian dan hak Arsenal.

"To be clear, we will not make any kind of counterproposal or enter into any discussion. Barcelona have publicly stated that they will respect our position and we expect that they will keep their word."

Kita lihat apa akan jadi selepas ini.Cerita ini pasti akan berterusan dan akan bersambung selepas world cup.


Rabu, 2 Jun 2010

Mengapa penyisihan Theo baik untuk Arsenal?

Berikut adalah senarai pemain2 Arsenal yang telah disahkan akan terbang ke Afrika mewakili pasukan negara masing2. Dan senarai itu mungkin akan bertambah selepas France dan Spain masing2 akan menyenaraikan senarai akhir mereka.

Nicklas Bendtner Denmark
Emmanuel Eboue Ivory Coast
Alex Song Cameroon
Robin Van Persie Netherlands
Carlos Vela Mexico      

Jadi di mana Theo Walcott? England untuk kali ini tidak diwakili oleh seorang pun pemain dari Arsenal. Adakah itu memeranjatkan.Tidak juga. Setelah hanya 15 starting dan aksi hambar sepanjang bersama Arsenal musim ini, ia gagal memuaskan hati Capello walaupun Walcott antara nama penting sepanjang pusingan kelayakan terutama hat-trick membenam pasukan Eduardo, Crotia. Namun setakat satu match, Capello yang dikenali dengan ketegasan, tak termakan malah mementingkan konsistensi. Sesudah penat mem'backing' diri dengan laungan keyakinan ditambah belajar crossing dengan Beckham la, dan mengatakan dirinya sememangnya layak menempah tiket untuk aksi di Afrika nanti, sesungguhnya ia sudah terlambat.Sebagai seorang penyokong Arsenal dan England, aku mengakui adalah tidak adil untuk menyenaraikan Walcott yang tidak mempunyai musim yang membanggakan.Jika dulu di era Goran, dia mencuri perhatian dengan kejutan disenaraikan ke Piala Dunia 2006 biarpun tanpa sebarang aksi, nyata nasib tidak semestinya selalu baik, pisang tak berbuah 2 kali. Oleh itu kita berharap agar Walcott mengambilnya dari sudut yang positif agar depat lebih muhasabah diri dan tidak terlalu overconfident di masa depan.

Jadi bagaimana situasi ini mampu membantu Arsenal?

-Walcott dapat berehat summer ini.tidak perlu berlari2 di bawah panas terik dari hujung penjuru padang ke penjuru padang bertentangan semata-mata melihat bola terkeluar hingga ke ad-board.

-Ini juga bermakna bebas dari risiko kecederaan yang lebih tinggi.Kecederaan adalah vendetta utama Arsenal jadi perkara terakhir yang ingin dilihat adalah kehilangan 1st team player dalam membina pra-musim bila tiba bulan Ogos nanti.

-Walcott bakal berapi.Kecewa mestilah kecewa tapi pastinya Walcott terasa tercabar dan musim depan jika dia mengambil dari sudut yang positif, pastinya dia akan berusaha bersungguh2 bagi membuktikan kesilapan Don Capello dalam menggugurkannya.

-Walcott sekurang2nya kecewa awal2 lagi dan ada masa lebih panjang ,mampu untuk recover mental daripada kecewa melihat diri sendiri atau rakan2 gagal dalam sepakan penalti penentuan.Bagai nasib yang sudah tertulis buat England.

-Kaki lebih laju dari otak. Walcott sempat untuk mempertajamkan skill kemahiran otak dalam mampu membuat decision2 yang tepat selepas ini harapnya.Analisis, tuisyen dan latihan latih tubi diperlukan, hanya dengan masa yang terluang perkara ini dapat dijalankan.

-Dapat menemani rakan2 lain lepak di Restoran mamak menonton Zakumi menyepak terajang Jabulani bersama2 kelab2 jiwa luka yang lain, kesepian seperti Arshavin, Eduardo, Rosicky,Campbell dan Nasri.

-Menghantar mesej di luar sana agar tidak mengambil mudah.Tiada tempa automatik dalam kesebelasan utama.

Jangan bimbang Walcott.Hang masih muda, masih ada masa depan lagi di peringkat antarabangsa selagi hang bersungguh2.Tunjukkan bahawa larian2 hang selama ini takkan sia2,dan tak terkejar dek orang lain.Kami mahukan lebih lagi daripadamu!





Berita baiknya adalah Rambo 16 telah pun menandatangani kontrak lanjutan baru dengan ramalan kontrak jangka panjang.Aku tak kesah dah jangka panjang ke pendek ke kini umpama tiada makna kerana2 ia bila2 sahaja boleh dilanggari. Yang penting Semangat Rambo!