Memaparkan catatan dengan label World Cup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label World Cup. Papar semua catatan

Isnin, 12 Julai 2010

Cesc julang Piala Dunia


Dan sebab itulah mereka benar2 mahukan budak ini, dan berani mencabuli privacy Arsenal dan claim DNA budak ini sedarah dengan mereka. 'Budak simpanan' inilah yang masuk tatkala mereka bermain dengan penuh penguasaan bola tanpa end product-sama seperti hari2 Arsenal.Ya selepas, bergelar, Juara Eropah kini ke Juara Dunia, Fabregas yang jarang mendapat peluang sepanjang kejohanan di Afrika ini muncul dari bangku simpanan mengubah rentak permaianan Spanyol ,terlepas satu peluang keemasan, namun 1 assist yang cukup baik untuk Iniesta(calon pemain terbaik dunia?) menjaringkan satu2 nya gol yang memisahkan kedegilan Belanda.Kehadirannya menggantikan Xabi Alonso memberi suntikan yang lebih direct dengan larian2, pengawalan dan pembawaan bola merentasi pemain2 lawan suatu yang kurang dimiliki oleh dinamika Alonso.Tahniah diucapkan kepada Fabregas dan Barca B Spain, biarpun Howard Webb agak 'pemurah' dalam mendermakan kad pada malam ini-14 kuning 1 merah, apekejadah! itu jek sumbangan dari England?!.

Aku bersimpati terhadap RVP yang sedikit tenggelam sepanjang kejohanan.Impiannya untuk beposing sepertimana poster Maradona 1986 di pintu biliknya tertangguh, jika Robben( yang patut belajar teamwork dan tahu bila masa harus pass, bila masa boleh solo) mampu menyudahkan peluang berharga mungkin lain ceritanya tapi adat perlawanan ada menang dan kalah. Juga hari yang sedih untuk mengantung boot bagi seorang lagi bekas pemain Arsenal, Giovani Van Bronckhorst,katpen Benlanda. Dikelilinya ramai pemain Barca dalam sambutan kemenangannya, Cesc didekati oleh Tarzan dan Pique yang menunjuk2 medal membawa erti "sertai kami,anda boleh menang banyak lagi" dengan harapan Cesc akan menjawab "Saya mesti pilih!". Tapi itu bukan kesnya kerana bercakap dalam satu rancangan Stesen TV Perancis, Wenger memberitahu "Gua dah jumpa dengan Rosell, gua cakap 'lu boleh blah, cesc bukan untuk dijual!'".Suatu yang pasti menggembirakan hati para penyokong Arsenal.Sementara itu, Fabregas nilai sentimental terhadap Van Persie,
But my first thing was to go to Robin. I had to go to Robin, that was the first thing that I did, instead of celebrating, I went to Robin.I think he deserved it as well, you know, it is really hard for him. He was injured for a long time, he had his moment there. Of course, if it was not us he was playing against, I would have been on his side and I was really sad for him because he deserved it as well.He told me to enjoy the moment, but I think and I really hope that he has his moment at some time and that he also wins the World Cup.He is a great guy and a great leader and he has been really unlucky with injuries and I really hope that he can have his moment next year and hopefully he can win something.He (Wenger sms) also congratulated me.





Sekali lagi, tahniah kepada kapten Arsenal.Semoga kejayaan bermakna di peringkat antarabangsa boleh mejadi suntikan untuk Cesc kekal di Arsenal dan mentransformasikan kegemilangan itu di peringkat kelab terus bersama Arsenal. Di pihak RVP pula, harapan agar dia boleh melupakan kekecewaan dan berusaha lagi sebaik mungkin ,meletakkan semua cerita yang berlalu di beakang dan memberi keutamaan kepada Arsenal, peluang untuk menebus kehampaan. Ia lebih bermakna jika kedua2 mereka dapat bergandingan memimpin generasi Arsenal di bawah rejim Wenger, melakarkan musim yng menarik buat Arsenal.


Ahad, 11 Julai 2010

MIlik siapakah..?


 Belanda vs Spanyol
2:30 AM
Adakah Kapten Fabregas sekadar duduk termenung di bangku simpanan melihat rakan sepasukannya yang juga timbalannya di Arsenal RVP merasai nikmat pertarungan di pentas tertinggi bola sepak dunia?
Sama2 kita mengharapkan Perlawanan akhir yang menarik dan selamat maju jaya kepada kedua2 wakil kita.Ops, jaga2, Howard Webb adalah referee final ini..



Rabu, 7 Julai 2010

Arsenal di Final Piala Dunia


Robin Van Persie telah berjaya membawa nama Arsenal di saingan kemuncak final Piala Dunia 2010.Walaupun tak score ketika semi bertemu Urugay awal pagi tadi, tapi sumbangan dan corak permaianan yang berpasukan dan tidak tamak sepanjang kejohanan menjadi tunjang kekuatan watak RVP.RVP hanya berjaya menemui sentuhan jaringan ketika bertemu pasukan Alex Song, Cameroon di peringkat kumpulan. Mungkin pentas final nanti menjadi miliknya siapa tahu. Kemunculan RVP sebagai wakil Arsenal di saingan peringkat tertinggi dunia bukan kali pertama malah sudah 2 edisi berturut-turut, kalau nak dikira sekali dengan bakal pemain sejurus selepas Piala Dunia sudah 4 edisi berturut2 sejak tahun 1998.

1998-Emmanuel Petit, Patrick Vieira
2002-Menyertai Arsenal sejurus edisi tersebut, Gilberto Silva dari Atletico Mineiro - belum dikira, Lehman menyusul semusim selepas itu dari Dortmund.
2006- Henry, Gallas seperti Gilberto join Arsenal selepas final.
2010- RVP , Fabregas??



Aku sukakan gaya dan corak teknikal permainan Spain sebenarnya, dan melihat final Piala Dunia dengan pemenang baru adalah satu prospek yang menarik tapi setiap kali memikirkan Spain , aku tidak boleh lari dari membayangkan wajah2 pemain Barca yang gua sudah hilang rasa kerhomatan terhadap sesetengah mereka, aku nak muntah. Pique si mulut becok tidak pernah berhenti bercakap, terbaru tentang kononnya Arsenal pastinya 'kepanasan' ketika Piala Dunia berlangsung kerana Cesc dikelilingi pemain2 Barca di kem Espana yang tidak putus2 mencairkannya dengan janji2 manis saban hari.Dengan penuh respect kepada penyokong Spanyol, aku meminta maaf terlebih dahulu kerana aku lebih rela melihat muka2 'kepanasan' pemain2 Barca di kem Espana apabila melihat hajat mereka dihampakan Germany mahupun Belanda nanti, dan lebih manis jika perasaan kecewa kebanyakan mereka itu akan effect kepada kelab dan saingan domestik mereka, baru puas hati den..kerja takde kerja lain asyik nak mentapping player orang jek kerjenye. Sedangkan, Pep Guardiola pun duduk senyap2 "itu bukan kerja saya, saya taknak campur" ini player dgn politikus pulak terhegeh2 macam penageh.Terima kasih lah kepada Vicente del Bosque manager Spain yang jugak bekas manager Real Madrid kerana mungkin sebab masih ada DNA Real Madrid maka dia rasa terpanggil untuk  'mensabotaj' usaha rival mereka.Meletakkan Fabregas di bangku simpanan adalah petunjuk dari Nostradamus tentang senario sama yang bakal berlaku jika Fabregas memilih untuk pulang ke kampung halaman lebih awal sebelum muncul anak bulan.


Kepada yang masih berjuang, semoga maju jaya dan balik tanpa sebarang kecederaan dgn mood sebagai juara.Yang dah balik awal kita harapkan agar lekas2 mengatasi kekecewaan dan menyiapkan diri join rakan2 yang tertinggal- dah mula jalani latihan pun.


Selasa, 6 Julai 2010

2010/2011 begins....


Assalamualikum dan salam sejahtera fellow gunners..harap smua sehat2 blaka di musim world cup yang indah dan macam2 kisah yang kita smua dgr dari South Africa...pertamanya..Jogo nak meminta maaf pada fellow gunners dan saudara GNR sbb lame sangat tak menjenguk blog ni..bukan nye dah g sokong club lain...cuma tak de access internet nak tulis post..ape pun..tahniah kpada smua gunners sbb nampak tak putus2 kat shoutbox setia kat blog ni..time kasih di ucapkan dari Jogho..

Ok..hari ni 6 july 2010..pasukan kesayangan kita sudah mula mengorak langkah untuk pembukaan season baru yang mencabar..Suka hati Jogho bila bukan Arsenal.com...ada terpampang gambar player2 kesanyangan kita dah mula pre season training...walaupon muka masing2 ketat kena wat fitness training di bawah arahan fitness coach kita Tony Colbert...ada jugak yang masih boleh tersenyum..mungkin dah lama berehat..rindukan training bola agak nye..

Dalam Arsenal.com...tak smua player 1st team kita bersama untuk menjalani latihan pre season kali ni..maklum la..semua yang tak berada di traininig ground skarang sama ada bercuti dan masih berada di SA..tinggal dua lagi player kita yang ada di SA..captain dan vice captain..Cesc dan Van Persie..masing mengahuring detik2 cemas semi final WC dan prediction..kemungkinan besar kedua2 gunners ini akan bertemu di final..kembali kita ke camp pre season training...selain dari player2 reserve, ada jugak player 1st team kita yang mula untuk menaikan tahap kecergasan..seperti Samir Nasri, Vermaelen, Theo Walcott, Chamakh dna lain2 lagi..ada jugak kelibat young gunn kita...dan selain dari tu..ada rumour pasal bakal player baru kita Laurent Koscielny pun training sama2..tak tau la betul ke tak..tak de gambar..tapi sumber ni realible dan dipercayai ramai..hehe..kalau betul bagus la..Jogho welcome siapa jua yang datang untuk bersama sama kluarga Gunners kita ni..tak kira la star ke..rising star ke..tak star ke..tak glemer langsung ke..haha..

Dalam Arsenal.com juga ada gambar2 Marouane Chamakh...bintang baru kita ni muka bersungguh2 bersama sama Nasri training fitness..slain dari tu..player2 kita yang beraksi di WC akan pulang lewat sedikit untuk bersama..

seterus nye..Jogho nak sentuh sikit ape yang terjadi kat club skarang ni dan kat player2 kita..pertama..signing baru..sedia maklum..kita dah sign 2 orang player sbnar nye..dan seorang lagi bakal..90% jadi deal ni dgr khabar..first..Chamakh..dah start training pon..free sign ni harap2 dapat mengegar BPL musim depan..tak gegar pun..10-15 gol jadi la..tu harapan Jogho pada mamat Chamakh ni..seorang lagi signing baru(tak brape nak baru) Samuel Galindo..tapi..si Samuel ni tak dpt nak main lagi..beliau akan di loan kan ke celta dengar khabar nye sbb tak dpt permit lagi untuk main di england..so dia akan di loankan ke celta slama 2-3 musim..dan beliau dah sign contract selama 4 tahun..Jogho cakap signing yang tak brape baru ni sbb..dia sebenar nye dah start trainig dengan Arsenal dari bulan January lagi..cuma tak boleh nak ksign contract lagi masa tu..so sign la 2 3 ari lpas..dan bakal player kita yang baru Laurent Koscielny akan di umumkan sama ada akhir minggu ni..atau lpas AW balik dari SA..di fagamkan..nilai perpindahan 10 juta...harap2 mamat ni akan menjadi pelengkap team kita..

kita pindah ke rumour plak..ramai sangat yang di link kan dengan Gunners..labih2 lagi..goalkeeper dan center half..mmg tu yang kita cari..sedia maklum..nama2 yang di link kan ada lah.Schwatzer(GK), Eduardo(GK Portugal), Rafik Halliche(CB Algeria) dan nama besar sket..Per Mertesacker (CB Germany)...tni lah nama2 terbaru yang di kaitkan dengan arsenal..tapi Eduardo di khabarkan dah pun ke Genoa untuk medical checkup..so keeper tgal si mamat Schwatzer ni sorang je la..pasal Joe Cole plak..Jogho tak rasa kita akan sign beliau..sbb macam tak masuk akal sket..tapi ada kemungkinan la..cuma Jogho rasa..si Harry Redknapp ni yang duk kejar2 sangat si Joe Cole ni..macam2 cerita dia wat..kejap si Joe ni dah sign kat MU..pas tu dah sign ngan kita..pas tu dia nak sangat2 si Joe ni..pas tu ari ni plak...si Roy Hodgson plak nak beliau..haha..kalau kita msuk list pun Jogho rasa..last skali kot ada kemungkinan nak sign..lagi pun..kita tak perlukan attacking player skarang ni..fous kita pada defending player..

satu lagi berita kurang enak hari ni..si Bendi...injured pulak mamat ni..groin kate nye..dah operate..tapi tak baik2...sakit2 beliau kata..nak kena scan..minggu dpan balik arsenal n suh si Lewin scan...lagi2 player inhured yang Jogho tau..Cesc pun ada sket kecederaan..bahu dia tak brape nak ok..tapi dia ckp boleh nak main..cuma kena inject pain killer..ikut dia lah..jangan makin teruk dah la..lagi2..RVP fit untuk game malam ni..ada sket cedera lpas game jumpa brazil..Si Johan..tak tau cerita..dah lama injured..masih injured ke..dah baik ke..tak dengar khabar berita..harap2 dah ok la..

Selain tu..Gallas..Silvestre..dah 99% out dari keluarga kita...cuma tgal Campbell yang masih ada harapan nak sign contract..tu pon macam tak je..beriya2 nak ke Celtic..siap ada rumors akan jadi kapten Celtic..kalau belia g pun..semoga berbahagia di scotland..Gallas ni satu hal lagi..kate nak ke Juve..tapi dgr2 kabar..dia rijek plak contract dari Juve..kate nye..2 juta setahun tak cukup gaji..dia nak kurang2 4 juta..haha..ikut ko la gallas...sorang lagi ex player kita..fran merida..dia wat kenyataan..dia unhappy kat Arsenal..sbb..tak dpt main 1st team..kurang kesabaran dia ni..tapi Jogho rasa..langkah dia ke Atletico MAdrid tepat..sbb..bg Jogho..dia tak de la berpotensi mane..cuma..kalau masuk 1st team pon..bench je kot..tak pun super sub..

kita terus ke topis seterus nye..2 benda jadi kat club kita baru2 ni..ni tak bersangkut sangat dengan 1st team kita...pertama..stadium kita Emirates Stadium skali lagi nak upgrade..bukan upgrade seat..cuma hospitality nye..menambah restaurant mewah..sports bar..pas tu ada lagi la..lupe dah..haha..investmen yang bagus..dan ada ura2 pihak Arsenal nak bid champions league final akan dibawak ke Emirates..tak tau la musim mana..tapi kita tgu la..ni smua kempen nak memajukan dan menaikkan nama Emirates Stadium sbgai satu stadium atau facility sukan yang terbaik di dunia...nama kempen pun agak extreme..hehe..ARSENALISATION...tu dia..haha..

satu lagi..berita yang Jogho tak tau buruk ke baik..reserve team kita takkan lagi mebnambil bahagian ubntuk reserve team league untuk musim dpan..kate nye nak fokus youth under 18 dan nak bagi peluang player reserve boleh masuk register untuk BPL..maklum la..musim dpan ni..peraturan baru...club kena register 25 player untuk main BPL..termasuk sekurang2 nye 8 orang home-grown player..sedikit info..home-grown player bukan nye player tu orang england..tapi trainng selama 3 tahun seblum umur 21 di bawah club england dan wales..so..Cecs,Denilson, Song,Ramsey..di kira player home-grown..jadi tak de masalah sangat isu ni..

last skali..kita sama2 saksikan magic RVP malam ni..RVP ni feberet player Jogho sbnar nye..haha..sama2 kita saksikan dan menunggu aksi permulaan liga di Anfield..nak sangat dengar comentator masamatvh tu ckp "Andrey Arshavin at Anfield Again"...Come On Gunners..Peace

PS:home ngan away kit sangat masyuk..huhu


Sabtu, 26 Jun 2010

Piala Dunia sebenar bermula

The real World Cup start this week
Itulah kata2 daripada Le prof yang kini berada di Afrika Selatan. Ade benar jugak setelah melihat pelbagai fenomena menarik berlaku di match terakhir persaingan peringkat kumpulan dengan pelbagai keputusan kejutan . Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia 2 finalist untuk edisi sebelum ini masing2 terkandas di peringkat kumpulan. Pasukan dari benua Amerika, Amerika latin dan Concacaf mendominasi edisi kali ini dengan Uruguay Mexico berjaya menyelinap melalui kumpulan A. Argentina, Brazil, Paraguay, Chile menunjukkan taring, manakala USA di sebalik persembahan bertenaga hadir di saat2 akhir.Wakil Asia berjaya mengajar teknik2 menggunakan Jabulani apabila hanya Korea Selatan dan Jepun sahaja mampu menjaringkan gol dari direct free kick. Kedua2 pasukan melayakkan diri ke pusingan kedua dengan Jepun mempamerkan persembahan lebih kemas.Aussie pasti menyesal atas persembahan malang ketika bertemu Jerman, dek kerana dibelasah, mereka hanya ditinggalkan Ghana oleh jaringan gol. Ironinya, Ghana hanya satu2nya wakil benua Afrika yang layak ke pusingan kedua di benua mereka sendiri . Walau bagaimanapun, Afrika Selatan boleh meninggalkan Piala Dunia dengan kebanggaan kerana setakat ini penganjuran berjalan dengan lancar manakala di padang , mereka mengajar pasukan Perancis erti bersatu. Pasukan Eropah nampak benar2 struggle, mungkin faktor geografi atau fitness, akibat persaingan musim domestik yang padat dan panjang.

Paling mengecewakan adalah France yang dengarnya terpaksa pulang dengan flight kelas ekonomi sebagai 'ganjaran'.Afrika Selatan hampir melaukkan mereka tapi terpaksa akur dengan kemenangan tipis.Jika tidak pastinya Raymond Domenech bukan sahaja dibenci di Perancis malah mungkin di Mexico, ini kerana pasukan Carlos Vela yang tumpas kepada Mexico hanya terselamat melaui perbezaan jaringan.Maradona mengutip mata demi mata menamatkan kerjaya indah Otto Rehhagel  biarpun Messi belum menemui sentuhan jaringan. Korea Selatan berpaut sebelum berjaya mengutip satu mata bersama Nigeria. Mexico vs Argentina menjanjikan pertemuan yang menarik selain ia merupakan ulangan kepada 2nd round 4 tahun lepas di mana gol extravaganza dari Maxi Rodriguez ketika extra time menghantar Mexico bungkus. Uruguay vs Korea Selatan, adakah wakil Asia ini mampu membuat kejutan?

England dan German menggunakan tali hayat terakhir untuk layak dan dipaksa bertemu dalam pusingan kedua selepas USA menempah tiket lewat , tiba2 menjadi juara kumpulan. England biarpun nampak lebih tersusun tapi sebenarnya beraksi di bawah tekanan yang cukup tinggi ketika bertemu Slovenia. Mereka kelihatan bermain bukan untuk menang tapi lebih kepada takut kalah. Masih ada fear factor yang menjadi mental block. Gol Defoe menyelamatkan maruah pasukan Three Lions manakala Rooney yang kelihatan seperti ogre tumpul dikeluarkan oleh Don Capello.Nice move Fab. Ini bukan masanya England tambah masalah kepada masalah yang dah sedia ada semata2 nak tengok sorang player primadona panas baran meletup tak pasal2 diperintah keluar padang. Kalau la apa2 terjadi hari tu, pasti lebih ramai Pavlos Joseph akan dilahirkan.Mesut Ozil antara bintang muda menyinar pastinya berada dalam radar mana2 jurulatih kelab Eropah selepas sekali lagi menghasilkan sentuhan emas ketika bertemu Ghana. England vs Jerman. Epic. Dengan persembahan England yang hambar manakala Jerman mula memperagakan corak universal selepas penerimaan migrasi berbanding old style football mereka yang membosankan suatu ketika dulu, agak sukar untuk menjangkakan keputusan kerana dalam match2 besar seperti ini, siapa yang buat silap sikit pastinya terhukum. USA akan bertemu Ghana yang nampak tumpul hanya hidup bersandarkan penalti daripada mat Gyan.

Juara bertahan Italy tersungkur di tangan Slovakia, 2nd half match tersebut hidup berpesta jaringan. Ketika keputusan semasa mereka hanya memerlukan keputusan seri berjaringan banyak, mereka gagal mengulangi pencapaian 4 tahun lepas. Apa masalahnya, terlalu ramai kuda tua? Masih ada lagi muka2 lama yang telah pun berpuas hati merasai zaman kemuncak, pasukan Italy seperti Perancis pulang tanpa sebarang kemenangan.Marcelo Lippi tunduk ke tanah mengakui segala kesilapanya "Sebelum ini pun aku tak mengimpikan akan menang Piala Dunia buat kali kedua, tapi aku tak menyangka kita akan terkeluar dengan cara sebegini.Maafkan aku, nampaknya aku bawak pasukan yang benar2 tak bersedia.Psikologi adalah masalah utama".Sebagai penyandang juara, pergi ke Piala Dunia tanpa winning mentaliti adalah satu masalah.Salahkan psikologi pemain,sedangkan Lippi sendiri juga tidak yakin akan pasukan pilihannya. Apakah relevan memilih pemain seperti Cannavaro yang telah lapuk ditelan zaman.Cannavaro pernah menjadi seorang pemain yang hebat dan dihormati, world cup winner, pemain terbaik Dunia tapi kini zamannya telah berlalu. Prestasinya bersama Juventus musim ini juga tidak membanggakan. Dia seorang legend tapi malang buat Cannavaro untuk meggantung boot dalam keadaan semacam ini. Mungkin Dubai merupakan tempat sesuai untuk mengambil angin dan bermain tanpa tekanan musim hadapan. Di Serie A masih ramai lagi pemain2 muda berbakat yang tidak diberi peluang. Jika berhasrat menjulang Piala Dunia kelima mereka di masa hadapan, Italy perlu seberani Jerman dalam mempertengahkan lagi bakat2 muda.

Walaupun tidak menjaringkan gol, Merek Hamsik banyak mengkucarkacirkan Italy sehingga kedudukan akhir kumpulan pun, Italy terbenam di bawah New Zealand. Pencapaian yang boleh dibanggakan sebenarnya oleh wakil Ocenia ini terutama berada dalam group bersama Italy dan Paraguay. Sama seperti Swiss 4 tahun lalu, mereka tersungkur tanpa pernah merasa kekalahan.


Brazil dan Portugal masing2 layak setelah memilih jalan selamat dalam satu match yang tak mencapai standard seperti yang diwarwarkan. Kalau persembahan 1st half kedua2 mereka lebih berhati2 mengelak sebarang kesilapan, 2nd half pula perlawanan semakin bercelaru.Kemenangan Ivory Coast hanya sekadar saguh hati, tiada lagi gelagat Eboue selepas ini,Tahniah pada pasukan Korea Utara kerana berjaya mengelak kekalahan lebih besar. Fabregas dan Spain mara selepas menewaskan pasukan yang agak bagus Chile. Aku suka melihat corak Chile walaupun hanya bermain dengan 10 orang masih bernafsu untuk mengasak.Alexis Sanchez pastinya membuka mata kelab2 Eropah dengan persembahan yang boleh tahan.Pengadil terlalu pemurah pada malam tersebut dengan tak semena2 melayangkan kad merah yang agak keterlaluan pada Estrada.Cuma apa yang berlaku di saat2 terakhir di mana kedua2 pasukan nampak berpuas hati dengan result dan menyimpan bola adalah suatu yang tidak mahu ditonton dalam bola sepak sebenarnya. Siwitzerland perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengambil kesempatan atas keputusan match yang satu lagi. Selepas menumbangkan pasukan pilihan, Swiss agak tumpul dan kehilangan idea dalam 2 match selepas itu, lawan chile mungkin akibat red card tetapi ketika bertemu Honduras, mengharapkan sentuhan veteran Hakan Yakin baru nak yakin menunjukkan masalah sebenar mereka. Amerika Selatan bertemu sesama sendiri begitu juga pasukan dari Eropah. Portugal vs Spain adlah suatu perlawanan yang pastinya tak rugi ditonton ini begitu juga Samba Chile vs Brazil. Aku mengharapkan yang lebih menarik daripada 16 pasukan yang masih berjuang keranpesaingan kalah mati adalah berbeza dengan peringkat kumpulan jadi peluh pastinya lebih mencurah2 dan emosi lebih terserlah. Selamat maju jaya..


Selasa, 22 Jun 2010

Afrika makin terik

Semakin rancak semakin menarik.Banyak lagi drama, tidak kurang juga makin ramai 'Rivaldo' ketika Piala Dunia kini menghampiri pusingan terakhir peringkat kumpulan.  Antara cerita2 panas ialah kegagalan England mengutip mata penuh walaupun sebelum ini begitu overkonfiden, kini nasib mereka masih belum diketahui.Sebelum bercakap tentang 'group of death' yang dikatakan EASY  oleh tabloid2 yang berlagak , (E)ngland (A)lgeria (S)lovenia (Y)ank kita sentuh dulu nasib yang bagai telur di hujung tanduk, pasukan Perancis.

Ape suda jadi dengan kem ini kerana sejak awal lagi, 'Everybody Love Hate Raymond' tapi pihak FFF masih beriya2 mengekalkannya. Kini dengan kes Anelka dihantar pulang akibat carut maki hamun terhadap Domenech, pemain2 France pulak cari pasal buat mogok tak nak turun training. Tak terkejut, kerana siapakah kepala yang menghasut kalau bukan kapten pilihan papa Dom, Patrice Evra.Orang yang sama menggelarkan Asenal cry baby, tapi kini dah terbukti siapa yang berperangai kebudak-budakan sebenarnya. Itulah sebab Gallas boikot pihak media kerana kurang senang dengan perlantikan si katik seekor ini. Pergaduhan tuduh menuduh serkap jarang dengan salah seorang staf jurulatih tentang siapa yang membocorkan drama bilik persalinan mereka juga sangat memalukan.Papa Dom terpaksa jadi orang tengah dalam keadaan yang jelas menampakkan dia sudah hilang plot. Blanc sedang menanti kerusi panas, layak atau tidak layak France ke pusingan seterusnya, dunia tak akan melupai betapa carca marbanya pasukan yang tak bersatu ini. Mungkin Wenger sudah awal2 sound kepada Diaby, Sagna dan Clichy agar tidak ambil pot , kecuali Gallas yang sudah di luar kawalan Wenger. Henry juga pasti tertanya2 kenapa dia boleh disatukan bersama2 'budak2' ini. Mungkin ada hikmahnya Nasri tidak terpilih kerana siapa tahu, darah muda Nasri mungkin boleh diekploitasi oleh Papa Dom bagi mengalih pandangan menutup kepincangan yang dihadapi berpunca dari dirinya.France kini terpaksa bersaing dengan tuan rumah, Afrika Selatan sedang mereka bermatian antara mereka, keputusan seri sudah cukup bagi Uruguay dan Mexico untuk layak bersama2.

Argentina terus menunjukkan persembahan bertenaga mengguli group B .Bila sesuatu itu berlaku seperti yang dijangka maka ia tak akan menjadi cerita maka Argentina dan Maradona bukan topik utama. Tapi yang menjadi cerita adalah email layang dan ugutan bunuh bertali arus yang diterima oleh Sani Keita akibat red card yang tidak perlu ketika sedang syok leading Greece.Berikutan kad merah tersebut, Nigeria beraksi 10 dan akhirnya tumpas kepada Greece.Ia mengingatkan kembali kepada mendiang Andres Escobar, pemain Colombia yang ditembak mati setelah kesilapan menjaringkan gol sendiri ketika bertermu tuan rumah USA pada tahun 1994. Namun yang membanggakan daripada Sani yang bukan pemilik bas ekspress Sani adalah kepercayaannya kepada qada dan qadar.

"They were sent to my email but I'm not disturbed about that because as a Muslim, only God decides who lives and who dies.Everything on this Earth is in God's hands, whether it is your life or whatever and unless God allows it, no-one has the power to kill me. Only God knows what will happen tomorrow. He holds our destiny. That is what my religion teaches me."

Inilah semangat yang dimahukan, semangat yang dituntut.Tidak mengasingkan ibadah dalam kehidupan, sentiasa percaya akan kekuasaanNya. Walaupun dunia bola sepak juga ramai dikelilingi orang2 Muslim tapi berapa ramai yang mempraktikkannya dan tidak hanyut. Aku kerdil dalam membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam tapi harapan umumku agar lebih ramai pemain yang ikhlas dan tidak leka di sebalik segala kemewahan yang dipinjamkan.

EASY group alih2 menjadi goup of death dengan kesemua pasukan masih berpeluang mencilok tiket ke pusingan seterusnya. USA back from the death bangkit dari ketinggalan 2 bijik untuk mencurik satu mata  , yang mungkin boleh jadi 3 kalau gol ketiga mereka tidak dibatalkan secara kontroversi.Tidak mencapai standard, England  memilih jalan sukar. Memang mudah untuk mengambinghitamkan Heskey tetapi tiada gunanya.Heskey seperti yang kita ketahui memang kalau sudah tahap itu, tahap tu la jugak, mana mampu mencipta magik  kerana hari2 mudanya telah berlalu walaupun dia tiada hari muda akibat muka yang sentiasa kelihatan tua dari dulu lagi. Yang harus menjadi bahan kritikan adalah primadona2 mereka yang rasakan diri mereka untouchable seperti Terry Gerrard Lampard dan Rooney. Untuk Rooney memerli dengan nada yang agak sinis kepada para penyokong yang boo adalah suatu reaksi yang tidak profesional.Peminat sanggup berkorban besar ke Afrika bukan untuk melihat persembahan sampah daripada diva2 ini.Tindakan Rooney mempersoalkan kesetiaan penyokong jugak adalah tidak wajar kerana lebih eloknya dia cermin diri dahulu sedangkan 'setia' tidak pernah ada dalam kamus drinya ketika sanggup menduakan(menduabelaskan-hanya dia yang tahu) aweknya demi seorang nenek tua.

Tidak hairanlah mengapa  seorang penyokong mengamuk melulu ke bilik persalinan namun berjaya ditenangkan duta kem England Beckham.Bagaimanakah tahap keselamatan dan insiden ini boleh terjadi, adakah senang2 boleh meloloskan diri ke bilik persalinan atau memang sengaja ada komplot untuk melepaskan penyokong tersebut agar menjadi cerita. Itu tidak penting, apa ang penting ialah melihat Don Capello menjadi lebih mafia dalam selectionnya. Gugurkan mereka yang tidak perform, jangan ada status anak emas atau pilih kasih lagi.Ingatkan sesudah kegagalan melayakkan diri ke Euro 08 mereka telah sedar tapi nampaknya masih belum bangkit dari lamunan.Mungkin kegagalan melayakkan diri ke pusingan kedua mampu mebuatkan mereka sedar dir. Ada eloknya Walcott tidak disenaraikan di saat2 berkecamuk seperti ini kerana jika tidak pastinya kecaman di bahu tak terlarat ditanggung dan akan menjejaskan persiapan kempen Arsenal musim hadapan.

Baru sahaja spekulasi bola tersebut direka khas untuk Jerman alih2 Jerman kalah kepada Serbia. Masih ada yang tidak puas hati, dikatakan mereka bola tersebut mempunyai chip untuk mengesan kepala Klose, jadi apabila Klose diperintah keluar padang, permainan Jerman dikatakan mula mengarut akibat target tiada dalam radar si Jabulani. Hahah, macam2. World Cup semakin menarik dengan kekalahan2 pasukan elite di persaingan peringkat kumpulan.Dengan keputusan2 di luar jangkaan,mungkin kita dapat melihat pertembungan pasukan2 besar ini lebih awal di saingan pusingan kedua.Jerman elak untuk bertenmu England, England elak untuk bertemu Jerman , kedua2 mereka target untuk menjadi juara kumpulan masing2 agar tidak bertembung tapi realitinya mungkin kedua2 mereka takkan bertembung tapi hanya sekadar menjadi naib juara kumpulan atau, kedua2nya baka menghadapi kejutan tersungkur di peringkat kumpulan.Macam2 boleh terjadi , dan wakil Asia Wannabe, Aussie juga masih lagi dalam persaingan menunjukkan betapa bola ini tidak berbucu.

Kebanyakan wakil Eropah struggle, mungkin bak kata Grame Souness, punca geografi altitud yang menyebabkan pemain kurang biasa dengan tekanan.Nampaknya wakil Eropah, hanya Belanda yang belum mencipta blunder, menang kedua2 match setakat ini.Walaupun mendapat gol2 mudah tapi mereka mempamerkan persembahan kemas dan berdisplin. RVP sekali lagi mencipta assist  tapi mereka seharusnya berterimakasih kepada penjaga gol Jepun yang pemurah, seorang lagi mangsa Jabulani.Dalam satu lagi persaingan, 2 muka Arsenal bertemu antara satu sama lain tapi akhirnya Song yang menutup muka, malu tersingkir di benua sendiri.Bendi menjadi pemain pertama Arsenal yang menjaringkan gol untuk edisi piala dunia ini.Song terpaksa pulang awal, Wenger tersenyum girang did alam hati.Walaupun dalm hatinya ada taman, tapi masih ada bibit2 kebimbangan akan kecergasan mereka yang masih tinggal berjuang terutama, RVP dan Bendi.

Penyandang juara dunia sekali lagi gagal merakamkan kemenangan apabila hanya mampu seri dengan All White.Aku menunggu2 agar ada lah persembahan Haka jika New Zealand mampu membuat kejutan tapi sayangnya De Rossi berjaya menjadi anak wayang menjatuhkan diri dalam sentuhan yang minima. Italy tidak diletakkan harapan tingi untuk mengekalkan kejuaraan yang dimiliki tapi sebagai penyandang juara, mereka perlu menunjukkan persembahan yang lebih bermaruah.Paraguay kini memasukai era generasi emas, pasukan terbaik yang pernah dimiliki kata Santa Cruz.Ada benarnya, bukan kata2 kosong setelah persembahan cemerlang pada pusingan kelayakan malah mampu menewaskan Brazil, di Afrika mereka mengikat Italy dan langsung tidak memberi nafas kepada Slovakia.Kalau ianya berterusan aku menjangkakan mereka mampu melangkah ke suku akhir.

What goes around comes around.8 tahun yang lepas negara mereka mempopularkannya melalui Rivaldo.Kini Brazil terpaksa menerima tanpa banyak komen apbila Kaka dibuang padang. Bukan hanya pemain Ivory Coast tersebut saja yang berlebih2 tapi , semain ramai 'Rivaldo' kelihatan dalam kempen kali ini sampai ada antaranya berlakon dengan cukup foul seperti pemain Swiss semalam-nasib baik lakonannya gagal memperngaruhi pengadil mengeluarkan pemain Chile.Terkena tempat lain, muka yang ditutupnya, pengadil sepatutnya perlu lebih bijak dalam menilai situasi dan itulah sebabnya penggunaan teknologi dapat membantu tapi sayangnya..sperti biasa Sepp Blatter, sleep better.Walaupun begitu, insiden Kaka tidak menutup cerita corak permaianan yang lebih menarik oleh Brazil pada perlawanan kedua mereka.Gol Fabiano cukup class tapi malangnya menggunakan bantuan tangan, suatu lagi insiden yang pengadil terlepas pandang. Portugal memusnahkan saki baki harapan Korea Utara dengan membelasah mereka 7-0. Bagai diberi harapan ketika hanya tewas 1-2 kepada Brazil, korea Utara bermain dengan berhati2 pada separuh masa pertama dan taktik mereka seperti menjadi.Tpi ebrapa lama anda boleh bertahan dengan corak negatif tanpa pelan B.Korea Sealatan pastinya tersenyum sinis kerana mereka bukan berseorangan dalam dibelasah pasukan Amerika Latin. Kesemua wakil Asia kecuali Jepun telah dibelasah.Jepun dan KOrea selatan masih berpeluang sementara Aussie hanya nyawa2 ikan untuk ke pusingan seterusnya.

Rekod 5 game Piala Dunia tanpa bolos Switzerland akhirnya lebur malam tadi di tangan Chile.Untuk rekod, 4 tahun lalu di Jerman Swiss hanyalah satu2nya pasukan yang tidak bolos dalam sebarang perlawanan tetapi tmpas di pusingan kedua hanya melalui sepakan penalti. Gandingan CB pada masa itu adlah Jozan dan Sanderos! Dan ketika bertemu Chile, Sanderos tidak diturunkan akibat kecederaan.Kini Chile menjadi pilihan untuk melangkah ke pusingan seterusnya tapi harus bertemu Spain dalam perlawanan terakhir nanti. Spain yang kembali ke landasan hasil kemenagan 2 bijik gol Villa perlu menang kerana jika seri, Swiss yang seakan2 mampu menewaskan Honduras akan meninggalkan mereka.Fabregas akhirnya dimasukkan sebagai pemain gantian itupun sesudah Spain selesa mendahului 2 gol. Makin lama tempohnya di bangku simpanan, mungkin lebih lama masa yang terluang untuk berfikir akan masa depannya di Arsenal.

Persaingan merebut tempat semakin sampai ke kemuncak.Aksi semakin panas dan keputusan ada beberapa yang menarik perhatian. Di kem Arsenal, segalanya tenang tanpa berita baru kecuali Wenger yang bersuara tentang muka baru yang bakal dibawa masuk.Salah seorang daripadanya akan dibawa ke Emirates sebelum tirai Piala Dunia dilabuhkan dan Wenger memberi hint newcomer tersebut adalah dari posisi pertahanan.GK? CB? RB? LB? Watak yang seakan pasti nampak seperti Laurent Koscielny tapi aku mengharapkan lebih kejutan dari Wenger. Jangan betulkan termometer anda, kerana suhu sememangnya semakin panas, teruskan demam piala dunia..


Jumaat, 11 Jun 2010

Demam...

Dan siapa pemain Arsenal yang diberi penghormatan untuk bermain dalam perlawanan pembukaan malam ini? Carlos Vela untuk Mexico....