Robin Van Persie telah berjaya membawa nama Arsenal di saingan kemuncak final Piala Dunia 2010.Walaupun tak score ketika semi bertemu Urugay awal pagi tadi, tapi sumbangan dan corak permaianan yang berpasukan dan tidak tamak sepanjang kejohanan menjadi tunjang kekuatan watak RVP.RVP hanya berjaya menemui sentuhan jaringan ketika bertemu pasukan Alex Song, Cameroon di peringkat kumpulan. Mungkin pentas final nanti menjadi miliknya siapa tahu. Kemunculan RVP sebagai wakil Arsenal di saingan peringkat tertinggi dunia bukan kali pertama malah sudah 2 edisi berturut-turut, kalau nak dikira sekali dengan bakal pemain sejurus selepas Piala Dunia sudah 4 edisi berturut2 sejak tahun 1998.
1998-Emmanuel Petit, Patrick Vieira
2002-Menyertai Arsenal sejurus edisi tersebut, Gilberto Silva dari Atletico Mineiro - belum dikira, Lehman menyusul semusim selepas itu dari Dortmund.
2006- Henry, Gallas seperti Gilberto join Arsenal selepas final.
2010- RVP , Fabregas??
Aku sukakan gaya dan corak teknikal permainan Spain sebenarnya, dan melihat final Piala Dunia dengan pemenang baru adalah satu prospek yang menarik tapi setiap kali memikirkan Spain , aku tidak boleh lari dari membayangkan wajah2 pemain Barca yang gua sudah hilang rasa kerhomatan terhadap sesetengah mereka, aku nak muntah. Pique si mulut becok tidak pernah berhenti bercakap, terbaru tentang kononnya Arsenal pastinya 'kepanasan' ketika Piala Dunia berlangsung kerana Cesc dikelilingi pemain2 Barca di kem Espana yang tidak putus2 mencairkannya dengan janji2 manis saban hari.Dengan penuh respect kepada penyokong Spanyol, aku meminta maaf terlebih dahulu kerana aku lebih rela melihat muka2 'kepanasan' pemain2 Barca di kem Espana apabila melihat hajat mereka dihampakan Germany mahupun Belanda nanti, dan lebih manis jika perasaan kecewa kebanyakan mereka itu akan effect kepada kelab dan saingan domestik mereka, baru puas hati den..kerja takde kerja lain asyik nak mentapping player orang jek kerjenye. Sedangkan, Pep Guardiola pun duduk senyap2 "itu bukan kerja saya, saya taknak campur" ini player dgn politikus pulak terhegeh2 macam penageh.Terima kasih lah kepada Vicente del Bosque manager Spain yang jugak bekas manager Real Madrid kerana mungkin sebab masih ada DNA Real Madrid maka dia rasa terpanggil untuk 'mensabotaj' usaha rival mereka.Meletakkan Fabregas di bangku simpanan adalah petunjuk dari Nostradamus tentang senario sama yang bakal berlaku jika Fabregas memilih untuk pulang ke kampung halaman lebih awal sebelum muncul anak bulan.
Kepada yang masih berjuang, semoga maju jaya dan balik tanpa sebarang kecederaan dgn mood sebagai juara.Yang dah balik awal kita harapkan agar lekas2 mengatasi kekecewaan dan menyiapkan diri join rakan2 yang tertinggal- dah mula jalani latihan pun.
1 ulasan:
barca ke real madrid ke..sama je suke kidnap pemain org..tp pastu at the same time dh ada byk star player..player yg dirampok tu bukannye berguna lg..hampes..
apa2 pon aku mmg nk jerman titik spain yg bongkak ni..huhu
well done rvp n fren!! go team oranje!!
Catat Ulasan