Bukan atas dasar aku menyokong England, maka aku sengaja menyuarakan pandangan ini , bukan. Malah aku tumpang 'gembira' dengan kekalahan England yang sepatutnya tidak layak untuk disenaraikan dalam kelompok 16 terakhir dengan persembahan yang sebegitu menghambarkan di peringkat kumpulan. Batch England yang kononnya era generasi emas ini penuh dengan Overpaid, overhype, overrated ,lagak primadona , aku harap England belajar atas kesilapan ini dan berani berubah. Tidak perlu jauh, lihat perubahan dan keberanian Jerman, nyata membuahkan hasil. Kejayaan takkan hadir tanpa risiko.
Cukup berleter tentang England, semua sedia maklum akan silap mata atau kesilapan mata linesman yang gagal mengesahkan bola telah 2 kaki melebihi garisan gol sedang satu dunia dapat melihat di kaca tv dan skrin2 besar replay yang jelas menunjukkan bola telah pun masuk. Jadi, apa yang terjadi, kecoh di sana sini, alasan demi alasan didengarkan.Ini bukan soal kalau gol itu dikira ia boleh mengubah perlawanan, tidak, kerana siapa tahu, mungkin Jerman akan terus mengganas, atau mereka mengalami keruntuhan moral, apa2 boleh berlaku. Tapi demi keadilan, gol tetap gol dan perlu dikiran. Kita tidak boleh menafikan hak yang berhak. Tak cukup dengan itu awal paginya pula Carlos Tevez yang jelas berada dalam kedudukan offside menjaringkan gol dan malang buat Mexico ia dikira walaupun mereka membuat bantahan keras terhadap linesman. Tegang urat berlaku antara para pemain dan match officials, skrin besar jelas menunjukkan replay Tevez berada dalam posisi offside dan dia sendiri selepas perlawanan mengakui dan menyesal tidak dapat melakukan apa2. Bukan salah dia pun. Ini adalah kesilapan manusia.Human error. Tapi kesilapan inilah yang sebenarnya boleh dibendung dengan adanya penggunaan teknologi. Alasan human error adalah sebahagian daripada game bola sepak itu sendiri adalah suatu yang tidak masuk akal!
Wenger telah beberapa kali berada dalam kem yang menyokong penggunaan teknologi tetapi si dinosaur Sleep Better masih tidur sahaja membuncitkan perutnya. Ia adalah kemaluan kepada FIFA ketika sukan lain dah berlumba2 dalam penggunaan teknolgi moden demi kemajuan sukan. Kenapa mereka mahukan kesilapan manusia terus menjadi 'seni' dalam bola sepak? Ini kerana dengan adanya kesilapan manusia2 seperti ini yang boleh diperngaruhi dan boleh dibeli dapat melindungi permainan/sukan ini dari bebas match fix scandal. Bayangkan jika semuanya tulen,telus,jelas terang dan nyata maka tidak boleh sebarang manipulasi berlaku dan 'mereka2' ini tidak boleh lagi cari makan mengatur perlawanan.Oleh itu kuranglah kantong mereka. Itu adalah pendapat sesetengah pihak, aku tiada bukti kukuh dalam menyokong tuduhan tersebut tapi ada logiknya. Yang terbaru selepas perlawanan Argentina Mexico, ada cadangan untuk FIFA mengharamkan replay di stadium kerana takut2 akan mempengaruhi keputusan pengadil.Oh, nampaknya daripada terus dengan cita2 mereka yang ingin menzahirkan ketelusan mereka kali ini lebih bertindak dengan menyorok kebenaran?! Sia-sialah kempen 'Respet', fair play, dan bermacam2 kempen memartabatkan bola sepak yang dicanang2.
Diasak dengan serangan bertalu2, akhirnya Blatter terpaksa menerima cabaran dan menurunkan egonya.Meminta maaf pada England dan Mexico, selain daripada berjanji akan membawa usul untuk membuka kembali file penggunaan teknologi dalam mesyuarat FIFA Julai nanti. Tapi malangnya, hanya untuk teknologi garisan gol, tanpa melibatkan sebarang kes yang dialami Mexico iaitu video replay. Ermm.. mari kita tunggu dan lihat, sekurangnya2 ada tindakan awal untuk melakukan perubahan.Sebaik2nya, yang sepertimana kita sedia maklum, Presiden FIFA adalah objek pertama yang perlu diubah.
Ini melibatkan keadilan, perkara ini boleh berlaku pada mana2 pasukan, tidak terkecuali Arsenal mungkin bila2 sahaja boleh menjadi mangsa. Ubah sebelum Parah!
0 ulasan:
Catat Ulasan