Jumaat, 29 Ogos 2014

17 tahun UCL berturut2, ngko ade?

Gua baru habis layan UCL Draw. Nervous game pagi tadi masih tak hilang. Against all odds, kita berjaya melangkah ke peringkat kumpulan UCL 17 tahun berturut2, satu rekod yang membanggakan dari sudut konsistensi kita yang sering menjadi pencabar, dan memberi signal kita masih lagi relevan dan mampu menarik nama2 besar ke kelab. Baru sudah game lawan Everton yang jugak boleh sakit jantung menontonnya, semangat juang untuk tidak mengaku kalah terus ditunjukkan, hari tu kita kejar 2 bijik gol di minit2 akhir, hari ini kita bertahan hingga titisan peluh terakhir. Kredit buat Jack N Co..Dia Santi,Chambo, Alexis selain gol pertamanya dalam jersi Arsenal tidak pernah kenal erti lelah sentiasa cuba melibatkan diri dalam game terutama dari segi bertahan sebagai satu unit lagi2 lepas tinggal 10 orang. Seperti kes Rambo 1st leg,keputusan 2nd yellow yang agak mampu dipertikaikan oleh Debuchy. Chambers yang baru masuk padang pun terus dilayang kad kuning menampakkan kemaruknya kuasa pengadil. Besiktas yang beraksi cukup berdisiplin dan ketat mungkin boleh kata juga mereka pun berhak dapat penalti kononnya tapi kali ini Slaven Bilic, seperti telah serik, tidak lagi bercakap banyak dari stand nun di atas sana, hanya mampu mengakui kweibawaan Arsenal dalam menyudahkan peluang terhidang.

2 persembahan yang berbeza sebenarnya dengan Everton Sabtu lalu. 1st half kita adalah antara yang terburuk yang dah lama kita tak saksikan sejak kita collapse di venue yang sama musim sudah 3-0. Jadi ketika mereka dah lead 2-0 otak dah terbayang2 trauma merseyside satu lagi. Ketiadaan Gibbs dan Arteta,selection yang mencurigakan dengan Ozil dan Mertesacker terpaksa terus start game, Alexis isolated di atas leading front line,Ozil membazir di flank, back 4 yang 1st time berkombinasi debuchy-chambers-BFG-Monreal kemudian taktikal boleh dipertikai, Jack main belakang striker, semuanya macam tak menjadi. 2nd half ketika kita harus lebih dominasi kita memerlukan susuk tubuh target man jadi Giroud menggantikan Alexis.Penggantian tersebut dibayar dengan gol penyamaan last2 minit lepas Rambo yang sunyi sepi tapi macam biasa ada dalam kotak penalti waktu perlu , score gol yang memberi harapan. Giroud membayar dengan gol penyamaan tapi Arsenal terpaksa membayar harga lagi tinggi apabila Giroud disahkan akan terlepas aksi sehingga awal tahun hadapan akibat keretakan tulang tibia.




Jadi satu kampung, satu media sosial, internet, satu dunia kecoh sapa la boleh ganti si Giroud ni. Wenger rileks dan tenang, macam biasa setakat ni kita tak hampir beli sesiapa. Alexis diletakkan sebagai striker malam tadi tapi jarang dapat bola awalnya, bekerje keras turun ke deep position untuk kutip bola sendiri. Ozil sekali lagi dibazirkan di bahagian flank ,sayap kiri tak efektif dan mengundang kritikan. Gua pun macam wenger tak bimbang sangat kerana gua yakin Ozil mampu lebih dari itu cuma tak tahulah maslah pancit atau kurang motivasi dan hunger lepas dah menang world cup. Gua cuma risau kalau dia asyik dipaksa bermain luar posisi lama2 jadi Arshavin 2.Tapi time Alexis orang marah pulak buat apa Wenger taruk dekat central striker walhal lebih efektif di flank, Wenger balas dia beli Alexis bukan nak main kat sayap api memang nak kasi jadi penyerang. Bagi gua Alexis memang elok main central position cuma sebagai no 9 , backup kepada seorang lagi main striker target man kerana larian2 off the ball Alexis antara yang terbaik mampu stretch pihak lawan bukak ruang. Itulah harga 35M , terbayar dengan finishing yang tenang, terus cash in balik dengan duit layak UCL.

Namun lepas 5 game ni memang nampak dah area mana yang perlu diperbaiki, DM dan finishing.CB memang kita perlu tapi sebagai bekap, Chambers dah jalankan tanggungjawab baik setakat ini. Jadi untuk pilihan keempat adalah lebih baik kita cari utility player yang boleh cover posisi back 4. Bahagian DM memang perlu ada fizikal di situ, mengharapkan Flamini dan Arteta sepanjang musim adalah suicide.Kita nampak mudah dibuli.Walaupun oppositon jarang boleh cretae chances tapi keterbukaan dan ruang serta masa yang diberikan tanpa closing down dari jeneral midfield akan mengundang padah. Kita memerlukan leader di situ. Bukan disrespect pada Arteta tapi kita bukan sahaja perlukan vocal leader tapi mereka yang mampu memimpin melalui teladan.Sesorang yang boleh diharap dan dipandang jika berlaku sial dalam padang. Bahagian Forward, sebelum Giroud injured, gua dah macam pasrahlah memang Wenger takkan beli punya striker baru, mesti percaya dia pada Sanogo, Campbell melebihi kepercayaannnya kepada bini. Alexis lagi, bagi alasan Theo bakal kembali lagi, siap boleh plan Arsenal tanpa Podolski yang rumors mengatakan dia hampir mencari kelab baru, padahal best finisher dalam current team sekarang ni! Jadi bila berlaku setack ni, Podolski pun dinafikan pindah(padahal tak dapat main pun pagi tadi), Alexis diwar2kan sebagai target man utama . Nak sedapkan hati, gua rasa ini nak elak kela lain nampak kita desperate sangat nak beli striker nanti mulalah ambil kesempatan harga melambung. Itulah Arsenal suka buat transfer senyap2. Tup2 dah beli. Tup2 tibe2 Zigic la, Welbeck la , Remy la, tang Cavani, Falcao sedap laa sikit bunyinya.kah3. Wenger pun dah nafikan semua nama tersebut dalam PC buat masa ni cuma time soalan diajukan nama Falcao lambat siket jawab sambil senyuman. Jadi memang gila untuk teruskan musim tanpa target man yang boleh hold bola kat atas, yang boleh link up play baik punya dengan bahagian midfield, selain dari apa yang kita ada sekarang. Biar ambil risiko harga daripada risiko kejap lagi seorang2 pulak injured.Bulan januri 2015, kiralah dah berapa game nak sampai ke sana, berapa point kita cagarkan kalau kita tak ambil peluang sekarang ini.Jadi Wenger, think wisely.

Berbalik pada draw tadi, kita sekali lagi akan kembali ke Dortmund, lepas tu melayan semangat kelab Turkey yang hampir memalukan kita cuma kali ini Glatasaray, kemudian juara Belgium, Anderlecht. Tough Group D ni.Saingan terbuka, siapa buat silap paling minima dia boleh mara. Sebelum berhenti rehat sempena Internationaleleh,-di mana Chambers dah dicall up oleh Roy- Ada satu game yang perlu difokuskan iaitu bertemu Leicester City.Away pulak tu, mereka mesti tengah syok tengok Arsenal dah letih bertarung nyawa semata2 nak elak dari dimalukan.2 hari untuk refresh balik, player2  ni pro, bagi Ozil dan BFG ujian ni adalah baik untuk fitness mereka yang agak terkebelakang dalam jadual berbanding player2 lain.Rambo jugak akan kembali sesudah gigit2 jari saja pagi tadi tak dapat main. Arteta dan Gibbs dijangka lepas internationaleleh. Ada lagi masa 4 hari untuk Arsenal memperkuatkan skuad melalui pasaran, gunakan peluang ini Wenger, jangan menyesal di kemudian hari, tiada lagi alasan bagimu kerana umum sedia maklum, skuad yang ada sekarang ini hanya 2 3 player short dari bara juara!

Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 23 Ogos 2014

Pre Match :Arsenal vs Everton.

Arsenal perlu bangkit dari persembahan flat dan hambar ketika kebuntuan jaringan di Turkey. Kalau tak silap gua 1st time Wenger gagal menang game kelayakan dan Besiktas hampir muncul pemenang tapi bak kata Wenger kita pun tak bernasib baik untuk menang.Ayat selamat , standard . Yang penting 2nd leg nanti tak boleh main2, apa2 boleh jadi jangan sampai kita bolos away goal untuk Besiktas. Tapi gua percaya dengan kehadiran 3 juara dunia(suka gua guna frasa ni) BFG, Ozil dan Podolski  terutama game penting away malam ni, kita ada banyak option.

Seperkara lagi yang membimbangkan dari game Besiktas selain dari 2nd yellow Rambo adalah kehilangan Arteta 2 3 minggu ankle injury. Hilang player digantung peringkat eropah, liga boleh main lagi tapi kalau hilang player sebab cedera memang parah siket. Bukanlah gua kata Arteta ni sukar diganti, untuk short term kita masih ada lagi Flamini, Chambers boleh uji posisi asal dia walau risiko nak try dia di situ, chambo boleh berganding dengan Jack, cuma gua menekankan kekurangan depth terutama natural DM yang telah lama kita tagih. Transfer window dah semakin tiba ke penhujung, bayangan sebenar belum muncul,harap ada kejutan dan hadiah dari Wenger. Gibbs lagi seorang, injured memanjang, nak mengharapkan Monreal rasanya tak cukup kerana dia umpama liabiliti kadang2 jika terlalu dibebankan tanggungjawab tapi game lawan Besiktas offensive dia ok.



Everton bukan calang2 pasukan, sering konsisten flirting dengan tempat ke eropah, Everton ada base player yang kukuh untuk memberi cabaran dan biasanya akan jadi team pengacau. Roberto Martinez dah buat kerja baik sekali musim lepas. Kita siap kena tibai 3-0, game yang menamatkan cabaran liga kita salah satu game yang Wenger rasa dah patut jual Verminator kut. Tapi kita pun sempat belasah depa dalam FA Cup, makanya result boleh pi mana2 saja. Cuma dengan adanya signing baru kita mungkin cerita berubah sedikit. Everton pun boleh tahan pecah rekod, dah masuk geng2 pasukan boleh belanja sampai 30M untuk seorang player, sesuatu yang harus diberi perhatian.Lukaku yang dipinjam telah berjaya menjadi hak milik kekal.MAlam ini mereka cuma tak ada bintang muda England Barkley, yang lain dijangka available.

-----------------------Szczesny--------------------
Debuchy---------BFG-----------Kos------Monreal
---------------Chambers------Wilshere--------------
-----------Santi-----Rambo-------Ozil-------------
-----------------------Alexis------------------------


12:30AM Everton 1 Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!!



Selasa, 19 Ogos 2014

Kelayakan UCL : Besiktas VS Arsenal

Arsenal kembali  ke Turkey sekali lagi (musim lepas Fernebahce), bagi melalui pusingan kelayakan UCL 1st leg bertemu Besiktas. Dengan kemenangan Piala Sumbangsih dan jugak terselamat dari pembaziran mata bertemu Crystal Palace, mood dan konfiden level mesti tengah high .




Besiktas pula last sekali bertemu Arsenal adalah sedekad lalu kalau tak silap. Kali ini anak buah Steven Bilic, ex west ham dan pengurus Crotia ni membuktikan kemampuan dengan menundukkan pasukan dari Belanda Feyenoord di pusingan kelayakan sebelumnya. Ex Chelsea yang pernah dikaitkan dengan Arsenal Demba Ba siap hat-trick lagi mankala seorang lagi player yang susah nak eja Oghuzan Ozyakup ni tak asing lagi di kalangan skuad belia Arsenal yang berhijrah ke sana pada 2012, dilepaskan oleh Arsenal demi masa depan kerjayanya. Turkey dan Besiktas masih lagi dalam mood berkadbung setelah baru kehilangan bekas presiden, Suleyman Seba jadi mereka akan pakai serba hitam manakala Arsenal dengan tradisi merah putih.

Desas desus mengatakan Mertesacker terpaksa beraksi awal dari jadual tidak akan berlaku apabila Koscielny disahkan fit. Hanya Gibbs dan Sanogo tidak bersama pasukan,Ini bermakna Monreal akan mengambil alih tugas dalam 2 3 minggu selepas player England tersebut kene masalah hamstring.Sanogo jugak hamstring tapi Campbell ikut ke Turkey. Flamini yang demam juga ada bersama siap teman Wenger di PC jadi gua rasa ada chance dia main memandangkan jadual kita padat lepas ni away ke Everton. Dapat 2 3 away gol settle down sikit ok la, janji jangan bolos.

-------------------------Szczesny----------------------
Debuchy----------Chambers------Kos---------Monreal
----------------------Arteta----Flamini----------------
--------Alexis--------------Rambo----------Rosicky------
-----------------------Giroud----------------------------


Dan sejauh mana kita punya target ni dalam UCL? kata Wenger, game by game, yang penting layak dulu.16 tahun berturut2 layak kee group stage, bila agaknya nak menang piala telinga besar ini, bersabar dan berusahalah. Dengan adanya nama2 big signing ala Sanchez dan Ozil ni mungkin akan mengankat kita ke tahap yang lebih tinggi ,mendekati podium mungkin.Sekarang yang penting, menang game by game, lepas group stage dan baru boleh tengok peluang di kalah mati.

2:45AM Besiktas 0 Arsenal 3

Agi idup agi mengGunners!!



POst Match : Arsenal menyelamatkan 3 mata



2 gol di minit2 terakhir setiap separuh masa menyelematkan Arsenal dan memberi 3 mata penuh. Macam biasa Arsenal ditinggalkan dengan satu jaringan oleh new signing crystal palace, Hangeland dan seperti biasa ia tidak lain tidak bukan sekali lagi untuk keberapa kalinya daripada set pieces. Tapi CB kita Koscielny yang buat kerja ketika barisan hadapan ditunjangi SaNoGoal gagal berfungsi. Hampir same old same old Arsenal dengan penguasaan bola, tapi kurang create clear cut chances malah penyudah hambar. Namun Arsenal diberi peluang , Rambo hadir bagai hero di saat2 akhir untuk mencuri tumpuan walaupun agak senyap dari biasa sepanjang game. Banyak lagi kerja, banyak lagi tugas yang perlu dilakukan untuk Arsenal membuktikan keseriusan sebagai title contenders tapi gua syak dengan kembalinya player2 Jerman dan beberapa new signing sebelum transfer window ditutup, kita mungin akan lebih bersedia. Kredit juga pada Crystal Palace yang penuh disiplin tak nampak macam anak ayam hilang ibu walaupun baru hilang Pulis, player dia pun tak peduli manager jenis apa duk tinggal team terkontang kanting, maknanya team sedia ada sekarang ini membuktikan bahawa mereka jugak ada harga dan boleh main bola takdelah bangsat sangat.Adakah kad merah di saat2 akhir membantu, mungkin ya mungkin tidak, tapi apapun kemenangan yang cukup penting sebelum ke Turkey dan penambah konfiden di awal musim. COYG!!




Sabtu, 16 Ogos 2014

Pre Match : Arsenal vs Crystal Palace. BPL 14/15 Kini bermula!!!



Permulaan yang baik dan meyakinkan di Wembley Ahad lalu tapi medan sebenar adalah malam ini , perlawanan pembuka liga menentang Crystal Palace,yang juga sebuah London Derby.Menyentuh sedikit game community shield minggu lepas, memang syok dan menaikkan moral konfiden bila lagi sekali naik podium dan menjulang piala kedua hanya dalam tempoh 85 hari, lebih2 lagi ke atas rival liga dan 'pencuri' player2 ni. Walaupun mereka boleh bagi alasan tak fit, kita pun apa kurangnya, dengan player2 juara dunia baru sahaaj join training awal minggu ini. Oh ya dan Arsene Wenger telah secara rasminya melantik Arteta sebagai kapten Arsenal musim ini setelah Verminator berhijrah ke Barcelona. Saban tahun kapten meninggalkan pasukan, kali terakhir kita ada betul2 ori neutral kapten adalah dalam Tony Adams, siapa agaknya Mr Arsenal seterusnya? Tapi khabar pemilihan kapten ini mendatangkan sedikit kegelisahan di kalangan sebahagian fan kerana adakah ini membayangkan tidak akan ada seorang neutral DM atau holding midfielder yang lebih bagus dari apa yang kita ada sekarang ini bakal masuk? Adakah ini bermakna Arteta akan start semua game jika fit kerana rata2 lebih memilih BFG atau Rambo selaku calon kapten pilihan ketika ini yang sah2 ada dalam starting line up. Tapi pada gua perkara itu bukan jadi hal besar pun, Mael kapten dari bench rilek jek, siap tak melatah, pro dan matang, bila dia rasa kena move on dia pun sedar. Jadi pada umur 32 watak Arteta ni pun diysaki tak lama dalam jersi Arsenal, ia sebagai langkah wenger menjaga keharmonian dressing room, sebagai antara player senior dalam BPL yang masak dengan dunia kancah BPL, Arteta dilihat pilihan selamat Wenger. Tapi gua secara peribadi berharap kita dapat player holding midfielder ala Gilberto dulu, baru secure siket back4 dengan masalah utama kita sekarang ni pun track back kurang efficient dari wide player, perlindungan di bahagian bawah terutama time counter memang dirasakan perlu.

Ok berbalik pada game malam ini, agak mengejutkan jugak sebab tibe2 dikejutkan dengan berita Tony Pulis memblahkan diri dari Crystal Palace dalam tempoh 48 jam nak sepak mula musim baru. Pulis manager of the year musim lepas setelah menyelamatkan Crystal Palace dari relegation, ketika dia amek alih kelab tersebut, Palace baru dapat 4 mata bawah Holloway. Dulu tony dikenali di Stoke, dengan taktik ala ragbinya.Time Rambo patah kaki dialah yang defend Shawcross. Sebab dia meninggalkan Palace difahamkan gaduh dengan  chairman, biasalah kalau bukan pasal transfer pasal apa lagi time2 gini.Ok abaikan Pulis dia tak ada dalam ini cerita. Sekarang buat sementara waktu, Palace akan dikendalikan oleh Dave Kemp. Kemp akan membimbing Palace ke jalan kehancuran di Emirates stadium malam ini.

Bagi Arsenal pulak, segalanya tampak positif sekarang ini, dengan kembalinya juara2 dunia dalam kem pasukan, transfer yang memuaskan setakat ini, dan baru menang piala pembuka musim ke atas Samir Nasri, mood berada dalam tahap terbaik untuk kick off musim 14/15.Agak berbeza gila dengan keadaan musim lepas di mana konfiden level drop gila2, signing yang diharapa2 tak kunjung tiba tiba2 tewas pada Villa di perlawanan pembuka. Kini riak wajah Wenger tenang , lagi2 tiada lagi jaket nike yang susah nak zip, bertambah tenang lah dia harapnya.

Game lawan Palace ni harus dilayan dengan penuh pro tak mengira status lawan walaupun mereka ada Chamakh. Ini kerana lepas tu  mind set player harus bertukar fokus ke kelayakan UCL satu game terpenting setakat ini, perlawanan menentang Besiktas itu mengapit satu game away yang cukup mencabar, dulu kita tewas 3-0 di tangan anak buah Roberto Martinez jadi semua game tu kita harap menang, bagi mengukir permulaan kempen yang meyakinkan.  Arsenal turun tanpa kelibat player seperti Ospina, Theo, Ryo dan jugak Gnabry.Player2 Jerman hanya akan di consider untuk game menentang Everton paling awal. Bagi Palace pula mereka kehilangan khidmat Delanye, Mariappa, Thomas dan Williams.Tak banyak mungkin perubhan dari line up cuma dijangka Giroud akan dapat starting lineup dengan in bakal menjadikan penampilan ke 100 nya. Koscielny yang dikeluarkan half time lawan City dijangka deiberi lampu hijau untuk game malam ini.

----------------------Szczesny-------------------
Debuchy----------Chambers----Kos-------Gibbs
------------------Arteta----Wilshere--------------
-------Sanchez---------Rambo------Cazorla------
--------------------Giroud------------------------


12.30am. Arsenal 3 Crystal Palace 0

Agi idup agi mengGunners!!!



Sekitar Juara Piala Sumbangsih 2014!













Ahad, 10 Ogos 2014

Piala Sumbangsih 2014 : Arsenal vs Manchester City

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin kerana telah hampir sebulan menyepi. Tempoh yang lama dan panjang ini sepanjang Piala Dunia dan jugak pra musim, kita dikejutkan juga dengan tragedi yang menyayat hati seperti MH17 yang ditemba kjatuh serta bedilan2 tanpa heti di bumi Gaza. Doakan keselamatan dan kekuatan bagi mereka di sana.


Sebelum memulakan bicara, tahniah diucapkan kepada 3 pemain Jerman Arsenal yang masih syok bercuti dalam mood kemenangan mariakan kejayaan merangkul PIala Dunia, Ozil, Mertesacker dan Podolski. Mereka bertiga hanya akan kembali menjalani latihan Isnin ini, esok bermakna mungkin tak sempat untuk perlawanan pertama liga menentang Crystal Palace. Season opener kita, malam ini, Piala Sumbangsih kita kembali semula ke Wembley bagi menentang juara liga musim lalu, Manchester City. Gua akan ulas lebih lanjut preview game malam ini tapi sebelum itu sejauh manakah kita telah bersedia untuk musim ini? Bagaimana dengan keadaan fizikal dan bentuk skuad, taktikal, kuantiti dan kualiti, adakah sudah benar2 mantap? Dan ketika pra musim juga pintu perpindahan telah terbuka maknanya tumpuan utama terutama bagi fan ialah siapa player yang dibawa masuk dan jugak siapa pula yang terpaksa pergi meninggalkan kita.

Transfer

Ketika artikel ini ditulis, semua umum sudah sedia maklum, Arsenal berjaya mengikat 4 pemain dengan marquee signing kita Alexis dari Barcelona(35M), kemudian diikuti Right back Mathieu Debuchy(12M) dari Newcastle, Penjaga gol Colombia dari Nice, David Ospina(3M), dan player England berpotensi besar, Calum Chambers(16M) yang versatile dari Southampton boleh bermain di CB, RB dan bahagian tengah.Kesemua ini dianggarkan berjumlah lbih kurang 66M. Manakala pemain2 utama yang berhijrah pula seperti Fabianski ke Swansea(free), Sagna ke City(free),Vela (beli jual balik 8.8M?) Jenkinson(loan) ke West Ham, Paek Chu Young Bendi dilepaskan. Thomas Eisfeld ke Fulham(400,00) adalah suatu yang mengejutkan sebenarnya kerana pemain muda itu dilihat ada potensi dan disebut2 tapi dengan bakatnya yang ada sekarang, dia memang memerlukan banyak game2 competitive untuk pengalamannya, suatu yang tak dapat dijanjikan oleh Arsenal dengan lambakan midfield sedia ada.  Dan malam tadi, secara sah, seorang lagi bekas Kapten Arsenal, Thomas Vermaelen aka Mael aka Verminator telah dijual ke Barcelona dengan harga 15M. Suatu deal yang rasanya win2 bagi kedua2 belah kelab dengan Mael memasuki tahun terakhir kontraknya, Arsenal dapat untukng lebih sedikit berbanding harga ketika beli dari Ajax. Pemergian Mael seakan pasti ketika dia yang sepatutnya merupakan pilihan utama, semenjak 2 musim lepas mula bergelut dengan kecederaan dan sukar mendapatkan kembali tempat dalam kesebelasan utama di mana Wenger telah memberi kepercayaan pada gandingan MerteCielny. Mael bukan pemain pertama dan mungkin yang terakhri lepas dapat armband berapa sizen dijual, tapi kali ini bukan lagi sebab cash in nak bayar hutan atau apa tapi bagi bresikap adil dan terbuka pada request pemain itu sendiri yang merasakan pada usianya memerlukan sebanyak game yang mungkin.


Nampaknya Wenger akan kembali ke pasaran, kerana sebelum ini dia ada mengatakan kalau Mael keluar dia mungkin memerlukan satu atau dua pemain sebagai backup.Djourou dah sah secara permanent ke Hamburg jadi meninggalkan BFG, Koscielny atau mungkin Chambers selaku CB. Dengan musim yang panjang dan jadual game yang padat, Eropah lagi, adalah gila untuk main satu musim dengan jumlah CB yang kita ada sekarang. Satu lagi posisi yang ditagih adalah Defensive Midfielder. Sejak dari dulu lagi kita memerlukan seorang holding midfileder dalam pasukan, last sekali kita ada natural player macam gitu gua rasa adalah Gilberto, kemudian Song baru  nak up tibe2 memblahkan diri ke Barcelona jugak. Sekarang ini role itu dipegang oleh Arteta yang beraksi deep musim lepas, tapi dengan penuh respect, tak cukup bagus. Kini Wenger membayangkan pula nak letak Wilshere pulak.Masalah kecederaan dan fizikal yang agak kecil untuk tugas2 kotor tersebut agak membataskan di mata penyokong2 yang apstinya mahukan seorang yang tegap, cekap ,'ganas' dan 'bijak' dalam posisi tersebut. Wenger telah ruled out Sami Khedira.Gua rasa kita pun tak perlu bayar mahal2 untuk membayar lebih sekadar dapat playerbox to box  yang kita dah ada dalm acuan Arteta+Flamini, yang penting sekarang natural DM. Ada beberapa rumors tapi belum ada asas yang kukuh. Apa yang pasti transfer activity kita summer ni belum selesai, tapi kalau boleh takmolah tunggu sampai deadline day signings.Bahagian atas? Bila Arsenal sign Sanchez, mengenali Wenger gua nampak yang dia dah tak akan tambah striker lagi kerana baginya versatility Sanchez boleh dimanipulasikan dalam pelbagai formasi, ditambah dengan adanya Sanogo dan Joel Campbell yang memikat di Piala Dunia, Wenger akan terus mempertaruhkan Giroud serta disupport oleh Sanchez dan Walcott.Sayang sebenarnya kerana kita 2 atau 3 pemain short untuk jadi team yang hampir perfect, tapi itulah, sabor je la.

Pra Musim

Keputusan2 pra musim pula turun naik, kurang memberangsangkan tapi bukanlah result itu yang utama ,kerana nak tengok siapa yang dah betul2 fit dan siapa player2 dari skuad simpanan yang dah bersedia untuk diserap ke skuad utama, itu definasi pra musim bagi Wenger selain marketing dalam tour. Arsenal ke USA tahun ini lawan team legend Henry, New York Red Bulls itupun kalah 0-1. Sebelum tu lawan Boreham Wood menang 2-0.Kempen PIala Dunia bermakna pra musim tahun ini dipendekkan. Terus ke Emirates Cup, game pertama Arsenal menang besar dan nampak promising ke atas Benfica, 5-1, Sanogo score 4 bijik, Campbell sebijik, ini yang buat Wenger pikir takpayah beli striker lagi mungkin. Alexis buat debutnya yang pertama dalam jersey Arsenal dapat la beberapa belas minit. 2nd game, lemau, nampak sangat tak fit terutama Giroud yang terang2 Wenger akui masih belum bersedia dan tak cergas. Alexis dapat start begitu jugak Chambers  yang start di CB dan Debuchy di RB. Arsenal tewas 0-1 ke Monaco sekaligus memberi laluan kepada Valencia merangkul piala Emirates edisi kali ini. Wenger membayangkan kesebelasan yang hampir sama menentang Monaco akan digunakan bagi community shield malam ini menentang City.

Apa yang menarik, dapat melihat bakat muda seperti RB Hector Bellerin yang mempunyai potensi keupayaan overlapping mungkin lebih dari Jenkinson. Dengan Chambers digunapakai dibahagian CB dalam kedua2 game, gua rasa Bellerin pasti akan mendapat peluang dalam musim ini sebagai memberi nafas kepada Debuchy. Wenger pulak membayangkan Chambers selaku DM suatu hari nanti, tak tahulah sama ada benar atau hanya mahu menyiram air ketika gossip hangat Arsenal memburu DM, taktik taknak bagi harga target naik. Melihat kualiti Chambers, pada umurnya, dia kelihatan tenang dan matang berhadapan situasi terutama under pressure, dengan bantuan pemain2 senior seperti juara dunia BFG, Koscielny dan Debuchy, Chambers kini berada di destinasi yang tepat dalam perjalanan kerjayanya. Alexis, apa yang bintang Chile itu mampu sumbangkan? Boleh bermain di mana2 bahagian forward, dengan keupayaan mencipta malah menghasilkan jaringan, ia diharap mampu menjadi signing hebat yang berbaloi. Beraksi di wide, Alexis kelihaan agak limited  masa dan ruang kerana berhadapan oppoenent yang close down di bahagian bek. Ini belum lagi lawan team BPL, masih perlu menyesuaikan diri dengna tempo dan fizikal bola sepak Inggeris tapi gua rasa dia tiada masalah dari segi masa kerana dia akan membiasakan diri game by game. Cuma ketika menentang monaco dia nampak lebih mengancam apabila beraksi switch through the middle.Ditanya tentang formasi Wenger sebelum ini berkata kehadiran Alexis membolehkan Arsenal bertukar ke 4-4-2 atau apa jua formasi lain yang dirasa sesuai dengan atau tanpa Giroud. Gua membayangkan gandingan Theo dan Alexis, ia pasti akan memberikan khabar kurang enak bagi pihak lawan. Kesimpulannya tentang pra musim, dengan result seperti ini, ternyata kita belum bersedia sepenuhnya dan game malam ini membayangkan kita sukar mencapai 100% fit bagi semua pemain. Apa yang penting keserasian, dan taktikal kerana seperti kita City juga pasti belum mendapat tahap terbaik. Siapa paling minima buat kesillapan malam ini, dialah yang selamat.

Piala Sumbangsih 2014/2015


Kali terakhir kita beraksi dalam perlawanan pembuka tirai seperti ini adalah pada 2005. Tentunya hanya Flamini masih ingat apabila dia diberi peluang start malam itu tapi seperti biasa badi Drogba memang celaka. Disebabkan kepadatan aksi piala dunia dan pemain2 hanya ada beberapa tempoh masa sahaja di peringkat kelab,game malam ini masih boleh diibaratkan pra musim tapi bagi pemain, ini peluang untuk meraih konfiden serta piala awal musim. Bagi manager, ia akan memberi kelebihan psikologi kerana perang dingin yang kelihatan tercetus ketika ini antara Wenger dan Pellegrini. Wenger hanya menjawab soalan yang diajukan tetapi jawapannya terlalu pedas untuk diterima City. Isu2 tentang jaringan kelab yang dibina oleh taukey kelab dalam memanipulasi perpindahan pemain dalam isu Lampard, FFP ke ata s City dan jugak cara Sagna blah yang dikatakan tapped up oleh City  ternyata tidak disenangi Pellegrini. 'Mind your own business' gitulah lebih kurang ayat counternya pada Arsenal. Tapi kalau dah kayo dengan cara macam gitu memang tak dapatlah nak elak tuduhan2 macam tu, hadap sajalah tapi perlu ingat bukan semua boleh dibeli.Nak beli setakat Adebayor dengan Nasri overvalued tu boleh lah.kah kah kah.

Macam dah cakap tadi City, macam Arsenal akan kekurangan player2 utama akibat world cup dan jugak kecederaan. Paling kurang 8 disahkan tak akan beraksi. Aguero, Zabaleta, Demichelis,Fernandinho, Kompany, Sagna, Lampard dan Negredo.Bagaimanapun dua signing mereka mungkin boleh terlibat, goalkeeper Willy Caballero dan Fernando. Kita punya signing setakat ini semua available kecuali Ospina yang ada thigh injury. Ketiga-tiga juara dunia takkan beraksi malam ini. Gua tak rasa Giroud dah fit untuk beraksi kerana teruk dikondem Wenger hari tu, jadi gua membayangkan Sanogo akan lead the line diapit oleh Alexis dan Cazorla.

-----------------------Szczesny---------------------
Debuchy---------Chambers----Koscielny-----Gibbs
--------------------Arteta-----Wilshere--------------
-------------------------Rambo---------------------
---------Alexis----------Sanogo------------Santi-----

Game malam ni bukan sekadar kepingan pinggan yang bersinar tapi sebagai melawan rival pencabar liga, ini menghantar mesej yang jelas bahwa kita kali ini masih serius mencabar kerana 7 point musim lalu bukanlah satu gap yang jauh,hanya disebabkan beberapa kenaifan kita terpaksa gigit jari di hujungnya. Kita taelah kembali, dan kita akan kembali lebih mengancam, dalam dan luar padang! Kemenangan malam ini bakl memberi semangat positif dan kelebihan moral dalam perlawanan pembuka liga London Derby menentang Palace, dan selepas itu perlu bertandang ke Turkey bertemu Besiktas dalam kelayakan Liga Juara-juara. Oleh sebab itu, kita harus berikan yang terbaik dan janji pemain, game malam ini akan dianggap penting, harapnya gambaran tersebut dapat ditransformkan atas padang Wembley  bermula jam 10PM ini. COYG!!

Agi idup agi mengGunners!

Arsenal 2 - Manchester City -1