Ahad, 10 Ogos 2014

Piala Sumbangsih 2014 : Arsenal vs Manchester City

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin kerana telah hampir sebulan menyepi. Tempoh yang lama dan panjang ini sepanjang Piala Dunia dan jugak pra musim, kita dikejutkan juga dengan tragedi yang menyayat hati seperti MH17 yang ditemba kjatuh serta bedilan2 tanpa heti di bumi Gaza. Doakan keselamatan dan kekuatan bagi mereka di sana.


Sebelum memulakan bicara, tahniah diucapkan kepada 3 pemain Jerman Arsenal yang masih syok bercuti dalam mood kemenangan mariakan kejayaan merangkul PIala Dunia, Ozil, Mertesacker dan Podolski. Mereka bertiga hanya akan kembali menjalani latihan Isnin ini, esok bermakna mungkin tak sempat untuk perlawanan pertama liga menentang Crystal Palace. Season opener kita, malam ini, Piala Sumbangsih kita kembali semula ke Wembley bagi menentang juara liga musim lalu, Manchester City. Gua akan ulas lebih lanjut preview game malam ini tapi sebelum itu sejauh manakah kita telah bersedia untuk musim ini? Bagaimana dengan keadaan fizikal dan bentuk skuad, taktikal, kuantiti dan kualiti, adakah sudah benar2 mantap? Dan ketika pra musim juga pintu perpindahan telah terbuka maknanya tumpuan utama terutama bagi fan ialah siapa player yang dibawa masuk dan jugak siapa pula yang terpaksa pergi meninggalkan kita.

Transfer

Ketika artikel ini ditulis, semua umum sudah sedia maklum, Arsenal berjaya mengikat 4 pemain dengan marquee signing kita Alexis dari Barcelona(35M), kemudian diikuti Right back Mathieu Debuchy(12M) dari Newcastle, Penjaga gol Colombia dari Nice, David Ospina(3M), dan player England berpotensi besar, Calum Chambers(16M) yang versatile dari Southampton boleh bermain di CB, RB dan bahagian tengah.Kesemua ini dianggarkan berjumlah lbih kurang 66M. Manakala pemain2 utama yang berhijrah pula seperti Fabianski ke Swansea(free), Sagna ke City(free),Vela (beli jual balik 8.8M?) Jenkinson(loan) ke West Ham, Paek Chu Young Bendi dilepaskan. Thomas Eisfeld ke Fulham(400,00) adalah suatu yang mengejutkan sebenarnya kerana pemain muda itu dilihat ada potensi dan disebut2 tapi dengan bakatnya yang ada sekarang, dia memang memerlukan banyak game2 competitive untuk pengalamannya, suatu yang tak dapat dijanjikan oleh Arsenal dengan lambakan midfield sedia ada.  Dan malam tadi, secara sah, seorang lagi bekas Kapten Arsenal, Thomas Vermaelen aka Mael aka Verminator telah dijual ke Barcelona dengan harga 15M. Suatu deal yang rasanya win2 bagi kedua2 belah kelab dengan Mael memasuki tahun terakhir kontraknya, Arsenal dapat untukng lebih sedikit berbanding harga ketika beli dari Ajax. Pemergian Mael seakan pasti ketika dia yang sepatutnya merupakan pilihan utama, semenjak 2 musim lepas mula bergelut dengan kecederaan dan sukar mendapatkan kembali tempat dalam kesebelasan utama di mana Wenger telah memberi kepercayaan pada gandingan MerteCielny. Mael bukan pemain pertama dan mungkin yang terakhri lepas dapat armband berapa sizen dijual, tapi kali ini bukan lagi sebab cash in nak bayar hutan atau apa tapi bagi bresikap adil dan terbuka pada request pemain itu sendiri yang merasakan pada usianya memerlukan sebanyak game yang mungkin.


Nampaknya Wenger akan kembali ke pasaran, kerana sebelum ini dia ada mengatakan kalau Mael keluar dia mungkin memerlukan satu atau dua pemain sebagai backup.Djourou dah sah secara permanent ke Hamburg jadi meninggalkan BFG, Koscielny atau mungkin Chambers selaku CB. Dengan musim yang panjang dan jadual game yang padat, Eropah lagi, adalah gila untuk main satu musim dengan jumlah CB yang kita ada sekarang. Satu lagi posisi yang ditagih adalah Defensive Midfielder. Sejak dari dulu lagi kita memerlukan seorang holding midfileder dalam pasukan, last sekali kita ada natural player macam gitu gua rasa adalah Gilberto, kemudian Song baru  nak up tibe2 memblahkan diri ke Barcelona jugak. Sekarang ini role itu dipegang oleh Arteta yang beraksi deep musim lepas, tapi dengan penuh respect, tak cukup bagus. Kini Wenger membayangkan pula nak letak Wilshere pulak.Masalah kecederaan dan fizikal yang agak kecil untuk tugas2 kotor tersebut agak membataskan di mata penyokong2 yang apstinya mahukan seorang yang tegap, cekap ,'ganas' dan 'bijak' dalam posisi tersebut. Wenger telah ruled out Sami Khedira.Gua rasa kita pun tak perlu bayar mahal2 untuk membayar lebih sekadar dapat playerbox to box  yang kita dah ada dalm acuan Arteta+Flamini, yang penting sekarang natural DM. Ada beberapa rumors tapi belum ada asas yang kukuh. Apa yang pasti transfer activity kita summer ni belum selesai, tapi kalau boleh takmolah tunggu sampai deadline day signings.Bahagian atas? Bila Arsenal sign Sanchez, mengenali Wenger gua nampak yang dia dah tak akan tambah striker lagi kerana baginya versatility Sanchez boleh dimanipulasikan dalam pelbagai formasi, ditambah dengan adanya Sanogo dan Joel Campbell yang memikat di Piala Dunia, Wenger akan terus mempertaruhkan Giroud serta disupport oleh Sanchez dan Walcott.Sayang sebenarnya kerana kita 2 atau 3 pemain short untuk jadi team yang hampir perfect, tapi itulah, sabor je la.

Pra Musim

Keputusan2 pra musim pula turun naik, kurang memberangsangkan tapi bukanlah result itu yang utama ,kerana nak tengok siapa yang dah betul2 fit dan siapa player2 dari skuad simpanan yang dah bersedia untuk diserap ke skuad utama, itu definasi pra musim bagi Wenger selain marketing dalam tour. Arsenal ke USA tahun ini lawan team legend Henry, New York Red Bulls itupun kalah 0-1. Sebelum tu lawan Boreham Wood menang 2-0.Kempen PIala Dunia bermakna pra musim tahun ini dipendekkan. Terus ke Emirates Cup, game pertama Arsenal menang besar dan nampak promising ke atas Benfica, 5-1, Sanogo score 4 bijik, Campbell sebijik, ini yang buat Wenger pikir takpayah beli striker lagi mungkin. Alexis buat debutnya yang pertama dalam jersey Arsenal dapat la beberapa belas minit. 2nd game, lemau, nampak sangat tak fit terutama Giroud yang terang2 Wenger akui masih belum bersedia dan tak cergas. Alexis dapat start begitu jugak Chambers  yang start di CB dan Debuchy di RB. Arsenal tewas 0-1 ke Monaco sekaligus memberi laluan kepada Valencia merangkul piala Emirates edisi kali ini. Wenger membayangkan kesebelasan yang hampir sama menentang Monaco akan digunakan bagi community shield malam ini menentang City.

Apa yang menarik, dapat melihat bakat muda seperti RB Hector Bellerin yang mempunyai potensi keupayaan overlapping mungkin lebih dari Jenkinson. Dengan Chambers digunapakai dibahagian CB dalam kedua2 game, gua rasa Bellerin pasti akan mendapat peluang dalam musim ini sebagai memberi nafas kepada Debuchy. Wenger pulak membayangkan Chambers selaku DM suatu hari nanti, tak tahulah sama ada benar atau hanya mahu menyiram air ketika gossip hangat Arsenal memburu DM, taktik taknak bagi harga target naik. Melihat kualiti Chambers, pada umurnya, dia kelihatan tenang dan matang berhadapan situasi terutama under pressure, dengan bantuan pemain2 senior seperti juara dunia BFG, Koscielny dan Debuchy, Chambers kini berada di destinasi yang tepat dalam perjalanan kerjayanya. Alexis, apa yang bintang Chile itu mampu sumbangkan? Boleh bermain di mana2 bahagian forward, dengan keupayaan mencipta malah menghasilkan jaringan, ia diharap mampu menjadi signing hebat yang berbaloi. Beraksi di wide, Alexis kelihaan agak limited  masa dan ruang kerana berhadapan oppoenent yang close down di bahagian bek. Ini belum lagi lawan team BPL, masih perlu menyesuaikan diri dengna tempo dan fizikal bola sepak Inggeris tapi gua rasa dia tiada masalah dari segi masa kerana dia akan membiasakan diri game by game. Cuma ketika menentang monaco dia nampak lebih mengancam apabila beraksi switch through the middle.Ditanya tentang formasi Wenger sebelum ini berkata kehadiran Alexis membolehkan Arsenal bertukar ke 4-4-2 atau apa jua formasi lain yang dirasa sesuai dengan atau tanpa Giroud. Gua membayangkan gandingan Theo dan Alexis, ia pasti akan memberikan khabar kurang enak bagi pihak lawan. Kesimpulannya tentang pra musim, dengan result seperti ini, ternyata kita belum bersedia sepenuhnya dan game malam ini membayangkan kita sukar mencapai 100% fit bagi semua pemain. Apa yang penting keserasian, dan taktikal kerana seperti kita City juga pasti belum mendapat tahap terbaik. Siapa paling minima buat kesillapan malam ini, dialah yang selamat.

Piala Sumbangsih 2014/2015


Kali terakhir kita beraksi dalam perlawanan pembuka tirai seperti ini adalah pada 2005. Tentunya hanya Flamini masih ingat apabila dia diberi peluang start malam itu tapi seperti biasa badi Drogba memang celaka. Disebabkan kepadatan aksi piala dunia dan pemain2 hanya ada beberapa tempoh masa sahaja di peringkat kelab,game malam ini masih boleh diibaratkan pra musim tapi bagi pemain, ini peluang untuk meraih konfiden serta piala awal musim. Bagi manager, ia akan memberi kelebihan psikologi kerana perang dingin yang kelihatan tercetus ketika ini antara Wenger dan Pellegrini. Wenger hanya menjawab soalan yang diajukan tetapi jawapannya terlalu pedas untuk diterima City. Isu2 tentang jaringan kelab yang dibina oleh taukey kelab dalam memanipulasi perpindahan pemain dalam isu Lampard, FFP ke ata s City dan jugak cara Sagna blah yang dikatakan tapped up oleh City  ternyata tidak disenangi Pellegrini. 'Mind your own business' gitulah lebih kurang ayat counternya pada Arsenal. Tapi kalau dah kayo dengan cara macam gitu memang tak dapatlah nak elak tuduhan2 macam tu, hadap sajalah tapi perlu ingat bukan semua boleh dibeli.Nak beli setakat Adebayor dengan Nasri overvalued tu boleh lah.kah kah kah.

Macam dah cakap tadi City, macam Arsenal akan kekurangan player2 utama akibat world cup dan jugak kecederaan. Paling kurang 8 disahkan tak akan beraksi. Aguero, Zabaleta, Demichelis,Fernandinho, Kompany, Sagna, Lampard dan Negredo.Bagaimanapun dua signing mereka mungkin boleh terlibat, goalkeeper Willy Caballero dan Fernando. Kita punya signing setakat ini semua available kecuali Ospina yang ada thigh injury. Ketiga-tiga juara dunia takkan beraksi malam ini. Gua tak rasa Giroud dah fit untuk beraksi kerana teruk dikondem Wenger hari tu, jadi gua membayangkan Sanogo akan lead the line diapit oleh Alexis dan Cazorla.

-----------------------Szczesny---------------------
Debuchy---------Chambers----Koscielny-----Gibbs
--------------------Arteta-----Wilshere--------------
-------------------------Rambo---------------------
---------Alexis----------Sanogo------------Santi-----

Game malam ni bukan sekadar kepingan pinggan yang bersinar tapi sebagai melawan rival pencabar liga, ini menghantar mesej yang jelas bahwa kita kali ini masih serius mencabar kerana 7 point musim lalu bukanlah satu gap yang jauh,hanya disebabkan beberapa kenaifan kita terpaksa gigit jari di hujungnya. Kita taelah kembali, dan kita akan kembali lebih mengancam, dalam dan luar padang! Kemenangan malam ini bakl memberi semangat positif dan kelebihan moral dalam perlawanan pembuka liga London Derby menentang Palace, dan selepas itu perlu bertandang ke Turkey bertemu Besiktas dalam kelayakan Liga Juara-juara. Oleh sebab itu, kita harus berikan yang terbaik dan janji pemain, game malam ini akan dianggap penting, harapnya gambaran tersebut dapat ditransformkan atas padang Wembley  bermula jam 10PM ini. COYG!!

Agi idup agi mengGunners!

Arsenal 2 - Manchester City -1





0 ulasan: