Jumaat, 11 Julai 2014

Selamat Datang Alexis Sanchez!

Salam Ramadhan, masih terasa demam kehangatan Piala Dunia atau sudah semakin pulih ketika kejohanan itu hampir melabuhkan tirai dengan masih tinggal 3 lagi player Arsenal trio Jerman berjuang di final. Bukan itu pokok yang ingin disembangkan kerana gua lebih berminat untuk meraikan pengesahan Alexis Sanchez selaku 1st major signing kita. Padu! Welcome to the home of football.


Pemain Chile ini telah disambar dari Barcelona yang tengah kemaruk nak beli gigitan Suarez dan no disrespect to Barcelona suarez mahupun Liverpool, gua yakin pemenang dari deal ini adalah Arsenal.Dengan harga yang berpatutan dianggarkan 32M, Arsenal bak kata Wenger telah berjaya mendapat seorang fantastic player, top class,world class, top quality forward yang sudah pasti memberi variasi kepada bahagian serangan Arsenal.Boleh beroperasi di bahagian wide, sayap mahupun di atas, pemain yang kelihatan sentiasa memberikan kudrat lebih 100% di atas padang ini pada usia dan form yang terbaik untuk membantu Arsenal kasi gegar BPL. World cup baru ini score dua bijik assist sebijik hanya tewas melalui sepakan penalti kepada Brazil pada pusingan kedua di mana Sanchez sendiri tak bernasib baik tapi bukan bermakna dia tak cukup bagus, contribution nya lebih dari itu. Selama 3 musim dengan kelab Catalan dari 88 penampilan score hampir separuh, 39, good goal ratio. Itupun asyik terpaksa jadi feeder pada Messi belum jadi main man, di mana pergerakannya dalam sistem Barcelona terbatas kerana jarang boleh tunjukkan teknik dan bakat sebenar take on defender ketika oppo sering kali main deep dan counter. Ruang dan masa on the ball agak limited. Di BPL mungin dia boleh mengangkat Arsenal ke satu tahap yang lebih tinggi dengan berkoleberasi bersama pemain2 sedia ada , tak sabar gua nak tengok aksinya bersama Ozil, Rambo, Walcott, Cazorla, Rosicky, Wilshere.Memang janji padu!



'I’m so happy to be joining Arsenal, a club which has a great manager, a fantastic squad of players, huge support around the world and a great stadium in London,'
'I’m looking forward to meeting my new team-mates and to be playing for Arsenal in the Premier League and Champions League.
'I will give my best to Arsenal and want to make all the supporters happy.' Alexis Sanchez

 “Alexis will add power, creativity and much quality to our squad and we are all looking forward to him joining up with us in a few weeks. He has consistently produced top-quality performances at the highest level for a number of seasons now and we are all excited to see him integrate into the Arsenal squad. I’m sure all Arsenal supporters will join me in welcoming Alexis to our club.”- Arsene Wenger



Dengan Arsenal baru sahaja melancarkan secara rasmi kit baru untuk musim ini, design dari penaja baru, PUMA,3 sekaligus, difahamkan Sanchez akan menyarung no 17 dan membuat penampilan pertama dalam Emirates Cup pra musim nanti. Pasal jersi musim ni gua puas hati dan tertarik kerana ia mengekalkan element tradisi dengan ciptaan berteknologi. Dengan pengekalan warna tradisi yang dipakai sejak 30 an,jersi home gaya macam 03/04 punya manakala away memang ambil khas kuning dan blue navvy sempena sejarah2 pentingArsenal dengan warna tersebut. Biru tu bakal dibuat pakai untuk away cup competition. Pada fan tegar Arsenal, bersamalah menabung. 3 helai ni! Cukup dulu buat masa ini, yang pasti ini bukan 1st dan last signing, masih ramai yang menunggu line, yang dah kompom bak kata Lee Dixon dari mulut Wenger, RB Debuchy dari Newcastle. Kita masih memerlukan DM, keeper, striker ataupun CB bergantung pada siapa yang pergi dan siapa pulak yang stay.Apapun, #Sanchzsigns merupakan ini satu kemenangan moral dan pembakar semangat serta hadiah buat para Gooners dari Arsenal sebelum kick off musim!

Agi idup agi mengGunners!


3 ulasan:

Sofea berkata...

permulaan yang baik.. duit banyak.. boleh lah berbelanja.

aitor berkata...

ada pun update terbaru..hehe

ILOVEUMURNI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.