Sabtu, 16 Ogos 2014

Pre Match : Arsenal vs Crystal Palace. BPL 14/15 Kini bermula!!!



Permulaan yang baik dan meyakinkan di Wembley Ahad lalu tapi medan sebenar adalah malam ini , perlawanan pembuka liga menentang Crystal Palace,yang juga sebuah London Derby.Menyentuh sedikit game community shield minggu lepas, memang syok dan menaikkan moral konfiden bila lagi sekali naik podium dan menjulang piala kedua hanya dalam tempoh 85 hari, lebih2 lagi ke atas rival liga dan 'pencuri' player2 ni. Walaupun mereka boleh bagi alasan tak fit, kita pun apa kurangnya, dengan player2 juara dunia baru sahaaj join training awal minggu ini. Oh ya dan Arsene Wenger telah secara rasminya melantik Arteta sebagai kapten Arsenal musim ini setelah Verminator berhijrah ke Barcelona. Saban tahun kapten meninggalkan pasukan, kali terakhir kita ada betul2 ori neutral kapten adalah dalam Tony Adams, siapa agaknya Mr Arsenal seterusnya? Tapi khabar pemilihan kapten ini mendatangkan sedikit kegelisahan di kalangan sebahagian fan kerana adakah ini membayangkan tidak akan ada seorang neutral DM atau holding midfielder yang lebih bagus dari apa yang kita ada sekarang ini bakal masuk? Adakah ini bermakna Arteta akan start semua game jika fit kerana rata2 lebih memilih BFG atau Rambo selaku calon kapten pilihan ketika ini yang sah2 ada dalam starting line up. Tapi pada gua perkara itu bukan jadi hal besar pun, Mael kapten dari bench rilek jek, siap tak melatah, pro dan matang, bila dia rasa kena move on dia pun sedar. Jadi pada umur 32 watak Arteta ni pun diysaki tak lama dalam jersi Arsenal, ia sebagai langkah wenger menjaga keharmonian dressing room, sebagai antara player senior dalam BPL yang masak dengan dunia kancah BPL, Arteta dilihat pilihan selamat Wenger. Tapi gua secara peribadi berharap kita dapat player holding midfielder ala Gilberto dulu, baru secure siket back4 dengan masalah utama kita sekarang ni pun track back kurang efficient dari wide player, perlindungan di bahagian bawah terutama time counter memang dirasakan perlu.

Ok berbalik pada game malam ini, agak mengejutkan jugak sebab tibe2 dikejutkan dengan berita Tony Pulis memblahkan diri dari Crystal Palace dalam tempoh 48 jam nak sepak mula musim baru. Pulis manager of the year musim lepas setelah menyelamatkan Crystal Palace dari relegation, ketika dia amek alih kelab tersebut, Palace baru dapat 4 mata bawah Holloway. Dulu tony dikenali di Stoke, dengan taktik ala ragbinya.Time Rambo patah kaki dialah yang defend Shawcross. Sebab dia meninggalkan Palace difahamkan gaduh dengan  chairman, biasalah kalau bukan pasal transfer pasal apa lagi time2 gini.Ok abaikan Pulis dia tak ada dalam ini cerita. Sekarang buat sementara waktu, Palace akan dikendalikan oleh Dave Kemp. Kemp akan membimbing Palace ke jalan kehancuran di Emirates stadium malam ini.

Bagi Arsenal pulak, segalanya tampak positif sekarang ini, dengan kembalinya juara2 dunia dalam kem pasukan, transfer yang memuaskan setakat ini, dan baru menang piala pembuka musim ke atas Samir Nasri, mood berada dalam tahap terbaik untuk kick off musim 14/15.Agak berbeza gila dengan keadaan musim lepas di mana konfiden level drop gila2, signing yang diharapa2 tak kunjung tiba tiba2 tewas pada Villa di perlawanan pembuka. Kini riak wajah Wenger tenang , lagi2 tiada lagi jaket nike yang susah nak zip, bertambah tenang lah dia harapnya.

Game lawan Palace ni harus dilayan dengan penuh pro tak mengira status lawan walaupun mereka ada Chamakh. Ini kerana lepas tu  mind set player harus bertukar fokus ke kelayakan UCL satu game terpenting setakat ini, perlawanan menentang Besiktas itu mengapit satu game away yang cukup mencabar, dulu kita tewas 3-0 di tangan anak buah Roberto Martinez jadi semua game tu kita harap menang, bagi mengukir permulaan kempen yang meyakinkan.  Arsenal turun tanpa kelibat player seperti Ospina, Theo, Ryo dan jugak Gnabry.Player2 Jerman hanya akan di consider untuk game menentang Everton paling awal. Bagi Palace pula mereka kehilangan khidmat Delanye, Mariappa, Thomas dan Williams.Tak banyak mungkin perubhan dari line up cuma dijangka Giroud akan dapat starting lineup dengan in bakal menjadikan penampilan ke 100 nya. Koscielny yang dikeluarkan half time lawan City dijangka deiberi lampu hijau untuk game malam ini.

----------------------Szczesny-------------------
Debuchy----------Chambers----Kos-------Gibbs
------------------Arteta----Wilshere--------------
-------Sanchez---------Rambo------Cazorla------
--------------------Giroud------------------------


12.30am. Arsenal 3 Crystal Palace 0

Agi idup agi mengGunners!!!



0 ulasan: