Gua baru habis layan UCL Draw. Nervous game pagi tadi masih tak hilang. Against all odds, kita berjaya melangkah ke peringkat kumpulan UCL 17 tahun berturut2, satu rekod yang membanggakan dari sudut konsistensi kita yang sering menjadi pencabar, dan memberi signal kita masih lagi relevan dan mampu menarik nama2 besar ke kelab. Baru sudah game lawan Everton yang jugak boleh sakit jantung menontonnya, semangat juang untuk tidak mengaku kalah terus ditunjukkan, hari tu kita kejar 2 bijik gol di minit2 akhir, hari ini kita bertahan hingga titisan peluh terakhir. Kredit buat Jack N Co..Dia Santi,Chambo, Alexis selain gol pertamanya dalam jersi Arsenal tidak pernah kenal erti lelah sentiasa cuba melibatkan diri dalam game terutama dari segi bertahan sebagai satu unit lagi2 lepas tinggal 10 orang. Seperti kes Rambo 1st leg,keputusan 2nd yellow yang agak mampu dipertikaikan oleh Debuchy. Chambers yang baru masuk padang pun terus dilayang kad kuning menampakkan kemaruknya kuasa pengadil. Besiktas yang beraksi cukup berdisiplin dan ketat mungkin boleh kata juga mereka pun berhak dapat penalti kononnya tapi kali ini Slaven Bilic, seperti telah serik, tidak lagi bercakap banyak dari stand nun di atas sana, hanya mampu mengakui kweibawaan Arsenal dalam menyudahkan peluang terhidang.
2 persembahan yang berbeza sebenarnya dengan Everton Sabtu lalu. 1st half kita adalah antara yang terburuk yang dah lama kita tak saksikan sejak kita collapse di venue yang sama musim sudah 3-0. Jadi ketika mereka dah lead 2-0 otak dah terbayang2 trauma merseyside satu lagi. Ketiadaan Gibbs dan Arteta,selection yang mencurigakan dengan Ozil dan Mertesacker terpaksa terus start game, Alexis isolated di atas leading front line,Ozil membazir di flank, back 4 yang 1st time berkombinasi debuchy-chambers-BFG-Monreal kemudian taktikal boleh dipertikai, Jack main belakang striker, semuanya macam tak menjadi. 2nd half ketika kita harus lebih dominasi kita memerlukan susuk tubuh target man jadi Giroud menggantikan Alexis.Penggantian tersebut dibayar dengan gol penyamaan last2 minit lepas Rambo yang sunyi sepi tapi macam biasa ada dalam kotak penalti waktu perlu , score gol yang memberi harapan. Giroud membayar dengan gol penyamaan tapi Arsenal terpaksa membayar harga lagi tinggi apabila Giroud disahkan akan terlepas aksi sehingga awal tahun hadapan akibat keretakan tulang tibia.
Jadi satu kampung, satu media sosial, internet, satu dunia kecoh sapa la boleh ganti si Giroud ni. Wenger rileks dan tenang, macam biasa setakat ni kita tak hampir beli sesiapa. Alexis diletakkan sebagai striker malam tadi tapi jarang dapat bola awalnya, bekerje keras turun ke deep position untuk kutip bola sendiri. Ozil sekali lagi dibazirkan di bahagian flank ,sayap kiri tak efektif dan mengundang kritikan. Gua pun macam wenger tak bimbang sangat kerana gua yakin Ozil mampu lebih dari itu cuma tak tahulah maslah pancit atau kurang motivasi dan hunger lepas dah menang world cup. Gua cuma risau kalau dia asyik dipaksa bermain luar posisi lama2 jadi Arshavin 2.Tapi time Alexis orang marah pulak buat apa Wenger taruk dekat central striker walhal lebih efektif di flank, Wenger balas dia beli Alexis bukan nak main kat sayap api memang nak kasi jadi penyerang. Bagi gua Alexis memang elok main central position cuma sebagai no 9 , backup kepada seorang lagi main striker target man kerana larian2 off the ball Alexis antara yang terbaik mampu stretch pihak lawan bukak ruang. Itulah harga 35M , terbayar dengan finishing yang tenang, terus cash in balik dengan duit layak UCL.
Namun lepas 5 game ni memang nampak dah area mana yang perlu diperbaiki, DM dan finishing.CB memang kita perlu tapi sebagai bekap, Chambers dah jalankan tanggungjawab baik setakat ini. Jadi untuk pilihan keempat adalah lebih baik kita cari utility player yang boleh cover posisi back 4. Bahagian DM memang perlu ada fizikal di situ, mengharapkan Flamini dan Arteta sepanjang musim adalah suicide.Kita nampak mudah dibuli.Walaupun oppositon jarang boleh cretae chances tapi keterbukaan dan ruang serta masa yang diberikan tanpa closing down dari jeneral midfield akan mengundang padah. Kita memerlukan leader di situ. Bukan disrespect pada Arteta tapi kita bukan sahaja perlukan vocal leader tapi mereka yang mampu memimpin melalui teladan.Sesorang yang boleh diharap dan dipandang jika berlaku sial dalam padang. Bahagian Forward, sebelum Giroud injured, gua dah macam pasrahlah memang Wenger takkan beli punya striker baru, mesti percaya dia pada Sanogo, Campbell melebihi kepercayaannnya kepada bini. Alexis lagi, bagi alasan Theo bakal kembali lagi, siap boleh plan Arsenal tanpa Podolski yang rumors mengatakan dia hampir mencari kelab baru, padahal best finisher dalam current team sekarang ni! Jadi bila berlaku setack ni, Podolski pun dinafikan pindah(padahal tak dapat main pun pagi tadi), Alexis diwar2kan sebagai target man utama . Nak sedapkan hati, gua rasa ini nak elak kela lain nampak kita desperate sangat nak beli striker nanti mulalah ambil kesempatan harga melambung. Itulah Arsenal suka buat transfer senyap2. Tup2 dah beli. Tup2 tibe2 Zigic la, Welbeck la , Remy la, tang Cavani, Falcao sedap laa sikit bunyinya.kah3. Wenger pun dah nafikan semua nama tersebut dalam PC buat masa ni cuma time soalan diajukan nama Falcao lambat siket jawab sambil senyuman. Jadi memang gila untuk teruskan musim tanpa target man yang boleh hold bola kat atas, yang boleh link up play baik punya dengan bahagian midfield, selain dari apa yang kita ada sekarang. Biar ambil risiko harga daripada risiko kejap lagi seorang2 pulak injured.Bulan januri 2015, kiralah dah berapa game nak sampai ke sana, berapa point kita cagarkan kalau kita tak ambil peluang sekarang ini.Jadi Wenger, think wisely.
Berbalik pada draw tadi, kita sekali lagi akan kembali ke Dortmund, lepas tu melayan semangat kelab Turkey yang hampir memalukan kita cuma kali ini Glatasaray, kemudian juara Belgium, Anderlecht. Tough Group D ni.Saingan terbuka, siapa buat silap paling minima dia boleh mara. Sebelum berhenti rehat sempena Internationaleleh,-di mana Chambers dah dicall up oleh Roy- Ada satu game yang perlu difokuskan iaitu bertemu Leicester City.Away pulak tu, mereka mesti tengah syok tengok Arsenal dah letih bertarung nyawa semata2 nak elak dari dimalukan.2 hari untuk refresh balik, player2 ni pro, bagi Ozil dan BFG ujian ni adalah baik untuk fitness mereka yang agak terkebelakang dalam jadual berbanding player2 lain.Rambo jugak akan kembali sesudah gigit2 jari saja pagi tadi tak dapat main. Arteta dan Gibbs dijangka lepas internationaleleh. Ada lagi masa 4 hari untuk Arsenal memperkuatkan skuad melalui pasaran, gunakan peluang ini Wenger, jangan menyesal di kemudian hari, tiada lagi alasan bagimu kerana umum sedia maklum, skuad yang ada sekarang ini hanya 2 3 player short dari bara juara!
Agi idup agi mengGunners!!
Jumaat, 29 Ogos 2014
17 tahun UCL berturut2, ngko ade?
1:44 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan