Dek kerana hari yang sugul, dan arsenal yang mengecewakan, maksud aku benar2 mengecewakan sampai antara kite ade yang pasrah dan berserah tentang nasib arsenal selepas ni,Ape kate kite merehatkan minda dan berfantasi sekurang2kurangnya dapat kluar dari alam sebenar wenger yang telah sesat dalam duina ciptaannya sendiri... Sudahlah bercerita tentang mengapa, kenapa dan salah siapa arsenal jadi begini.. dah beratus2 kali, beribu2 point dah tapi the old same story.In arsene we trust..yeah yeah.. sure..melabur unit teras lagi berpaedah.Juga tak de gunenye bercerita tentang status kapten selepas ini hinggalah ade ape2 kenyataan rasmi dari Arsenal sendiri.Namun name2 seperti Fabregas, Clichy,Toure Almunia(mintak jauh) mejadi calon2.. Secara periadi aku nakkan seorang yang paling loyal dari dulu lagi.....
Yeah Gunnersaurus..hahaha kate nak berfantasi!
Seperti yang kite sedie maklum kecuali wenger yang takdapat maklumat nih sebab tak de access broadband di rumah mahupun cc berdekatan, Arsenal dipenuhi dengan budak2 so kalau dah pi'il budak2 tu memang akan tak lari dari jiwa budak2 yang mule nak tumbuh ekor.Tak seimbang bilangan player senior dgn mude,kalau ade sistem mentor mentee pun bayangkanlah Gallas Almunia dengan Silvestre, berape org sorang kene jage.hahah.Yang budak2 ni plak tak makan saman, nak buat2 otai, tapi sebenarnye penakut..main dengan takde hati, senang kene buli, senang kene gertak, kene herdik siket dah gentar, kene cuit siket dah jatuh,kene maki sket dah nangis mengadu pade atuknye wenger..Kamon wenger, ko manjekanla sgt2 budak2 ni dengan limpahan kemasyhuran dan kewangan yang kelak bakal membunuh karieer mereka sendiri.Mereka bagus, berbakat cume perlukan bimbingan org2 yang pernah ade dalam nbisnes nih, pernah rase jadi champ, pernah tau camne nak main cara kasar kalau tak dapat care elok.ITukah Arsenal dulu, tapi kini smua team EPL dah tak sabar2 nak datang ke Arsenal ataupun lawan Arsenal sebab sesiapa sahaja, mereka semua percaye mereka akan dapat point dari match arsenal tanpa sedikit pun rase respect dan gentar.Jika sebelum masuk padang arsenal telah tewas secara psikologi,punahlah..mase depan amatlah bahaya buat team arsenal yang ade sekarang nih.
Tengok, aku dah mule terbuai2 emosi dan perasaan mengungkit perkara yang sama berulang kali.OK2..teruskan dengan fantasi tadi, adekah Wenger akan melakukan panick buy January, cucuk duit di atm , pergi ke kelab2 besar , ketuk pintu , tabur duit cash, "aku nak beli player ko" ade x? tak mungkin..Kalo wenger taknak aku nak.Sape yang aku rase mampu kembalikan winning mentaliti , yang dah pernah ade segala rase pengalaman pahit manis ergelar pemain, pastilah aku membawa pulang 2 org lagenda arsenal kembali ke Emirates.Dengan harga yang murah dan perasan sukarela masing2, aku mempersembahkan Henry dan Viera kembali ke Arsenal.
Tidak susah, kedua2nya pernah berhasrat untuk kembali ke arsenal menamakan karier jadi inilah masenye, mase yang paling sesuai dan waa abayangkanlah comeback 2 org nih di waktu2 macam nih.Pergh!!
Tak payah jadi 1st eleven pun, hanye skuad player.Yang mampu membimbing dan meneraju pemain2 mude ni terutama dari luar padang.Secara psikologinya mane yang memberi semangat dan keyakinan, di saat game yang mencemaskan, anda sanggup melihat hoyte, Song, Bendi Denilson menuggu di bangku simpanan atau player2 kuda tua seperti Henry dan Viera berapi2 nak dilepaskan?Mudah bukan pilihannye.Ditambah pulda dengan fakta Henry kurang gembira dengan role nya di Barcelona di bawah pep guardiola manakala Viera bukanlah popular di mata Jose Mourinho.Hanya untuk jangka masa pendek, sementara kite kemaskan ape2 yang dah berserabut lintang pukang nih.
Dengan tu barulah Gallas(jika ada lagi) rase ade geng.Barulah die bangun2 dari tidur, celik mata dah tak berfikir lagi .."Ape kejadahnye aku buat hari ni kat kelab nih dikelilingi remaja-remaja nih" Tak cukup ganas? ok kite tambahkan sedikit perisa, err atau perisai..kereta kebal.Memandangkan Gallas dah terang2 menyatakan desirenya hendak pulang ke France suatu hari nanti menamatkan kariernye dengan kelab sana, tak menjadi masalahlah kalau kite nak cube gunekan Gallas sebagai umpan pancing untuk mendapatkan Lorik Cana dari Marseille. Nah! Nasri musti antara yang gembira, Cana nie adelah antara player2 yang keras,ganas tak kenal respect, tak makan dek saman.Itulah yang arsenal kurang sekarang nih.Jadi swap kan saje, Gallas+beberapa cash dan dapatkan Cana.Tak cukup lagi? takpe..
Oleh kerana Walcott injured, Wenger tak perlulah rase menyesal sebab tak dapat sign David Beckham yang dah pun dipinjam ke AC Milan.Malah lambakan player tengah di Milan dengan Kaka,Flamini,Pirlo Seedorf, Ambrosini, Ronaldinho lagi.Ini sebenarnya positif, inilah masenye Wenger nak mencuba bermain dengan api, Letakkan tawaran dan hambat Mad Dog Gennaro Gattuso ke Emirates.Defend kite kan macam caca marba, dengan 2 orang player gile bagi cover dan perlindungan memudahkan tugas Fabregas menjalankan kerja2nya tanpa perlu selalu sgt menoleh ke belakang tengok insiden2 badut yang berlaku.Itu yang kite kurang sebenarnya, yang selebihnya, attacking boleh handle dengan balik bile Kiki dan Dudu pulang.Itulah keseimbangan yang perlu dicari,luar, bawah, atas ..Engine di tengah2 mestilah berfungsi.
Fantasia Februari 2009:
----------------------Fabianski-------------------
Sagna---------Toure----Silvestre-------Clichy
------------------Gattuso-----Cana-----------------
---------Rosicky------Fabregas-------Nasri--------
--------------------RVP/Dudu/Ade---------------------
Sub :
-Almunia(terpaksa,xde duit lebih)
-VIERA
-HENRY
-Vela
-Denilson
-Ramsey
-Eboue
-Wilshere
-Song
-Diaby
-Johan
Dll.... Bendi mane? abih korang ingat mane aku dapat duit beli Gattuso tu..hahahaha..
Dengan skuad ni, lepas Februari 2009 sekurang2nya ade lah honour yang boleh dicapai,kalau terlambat nak cabar liga, FA Cup la paling koman pun.Jangan siapa2 kejutkan aku dari lamunan nie, biarlah aku menghayati detik2 indah ini seketika.Tapi kalau aku terjaga sekalipun, tak terkejut kalau ape yang aku fantasikan mampu menjadi realiti, bagaimana? Hanya FM tahu jawapannya.
P/S: Amaran !Football Manager@FM addict boleh memudaratkan diri..