Jumaat, 21 November 2008

PANASSSS...3D : Duri Dalam Daging !!!!

Yeah, Sebelum tuh aku amat bersyukur kerana merupakan salah seorang penyokong Arsenal di dunia ni.Mane taknye, Media begitu mengambil berat tentang ape sahaja yang berlaku di atas padang mahupun di luar padang.Arsenal penuh dengan drama bak lagi hebat dari rancangan realiti TV penuh dengan aksi lebih dari filem aksi, penuh dengan misteri lagi hebat dari Puaka niang rapik yang merepek2 penuh dengan emosi lagi hebat dari telenovela mahupun sinitron penuh dengan magic ngalahkan david Blaine.Semuanya lengkap di Arsenal.

Mengapa? musibah..memang musibah, ubah sebelum parah kini arsenal dikatakan sedang dilanda krisis!! Krisis dalaman.Namun pada aku aku tak anggap sebagai krisis sangat sebab standard jek semuanya, tapi cume sekadar org lain tahu atau tak tahu atau buat2 tak tahu.Sememangnya hidup ini tak pernah lekang daripada perasan tak puas hati tak kirelah same ada anda di pejabat, di dalam satu keluarga, organisasi mahupun pasukan cuma perkara ini jarang dibawa secara publicy.Tapi kini Kapten Gallas telah tidak lagi sanggup menahan keperitan dan menanggung kesalahan yang segala2nya diletakkan ke atas bahu beliau umpama kambing hitam.Lantas jalan yang paling mudah ialah mendedahkan ape yang sebenarnya berlaku di dressing room arsenal di sebalik kemnyataan2 typical wenger yang bercakap tentang maturity, leadership dan Unity.Gallas telah mendedahkan segala2nya kepada media France umpama seorang suri rumah yang mengadu nasib masalah rumah tangga kepada jiran sebelahanya bersempadankan pagar dawai.

Ape yang telah diluahkan oleh Gallas? baik, mari kite bincangkan. Pertamanya, Gallas telah membuat dakwaan bahawa pemain2 rakan sepasukannya yang rata2 mude bergetah tak cukup berani lagi untuk mencabar dalam kejuaraan liga.Ini berikutan prestasi terumbang ambing terutama setelah Tragedi Spurs..(satu titik tolak penting yang membawa kepada masalah ni).Galas mengeluarkan kenyataan mencabar yang agak bagus seperti ini :

“We have to understand that to be champions you have to play big matches every weekend and fight.

"We are coming up against teams who are not scared to play football against us, who are not scared to take us on at our place, and this is becoming dangerous for Arsenal.

“We are not brave enough in battle. I think we need to be soldiers. We have to be warriors.

“There are teams who can do it well against us, we have to be able to face up to these attacks.

“That is how they will forge their character and how they’ll get experience.

“Even though they’ve played a certain number of matches, they’re still young and still learning.”


Kedua dan yang paling best ialah Gallas telah mendakwa bahawa keharmonian dressing room telah terganggu dengan sikap seorang pemain yang rata2 tak disenangi oleh rakan2 lain, katekanla ape saja, poyo, berlagak sombong, tali barut mahupun duri dalam daging.Gallas mendedahkan betapa Di waktu Game Spurs ade berlakunya perselisihan paham dalam dressing room sewaktu halftime ketika kedudukan 1-1 sumber2 memberitahu ia melibatkan RVP vs Walcott.(patutla Almunia dan sagna bagi kate 2 pada Walcott korang perasan mase diorang masuk padang 2nd half tuh.) dan Gallas berkata selesaikan masalh nih lepas match! Gallas juga mendedahkan beberapa player datang padanya dan mengadu tak puas ati pade seorang player nih, lalu Gallas sebagai kapten terpaksa la sound player tersebut sebaliknya caci maki yang diterimanya kembali.Gallas menambah bawaha die umpama ditelan mati mak di luah mati bapak kerana selama ni asyik dijadikan kambing hitam dan ingin memberitahu situasi sebenar.Walaupun tidak menyebut nama player tersebut , tapi beliau secara sinisnya memberi hinta bahawa palyer itu 6 tahun lebih muda darinya.Untuk rekod Gallas kini 31 jadi player tu maybe dalam lingkungan umur 25.

“As captain, players come up to you and talk to you about a player, complaining about him.

"And then, during the match, you speak to this player and the player in question insults us.

“There comes a time when we can no longer comprehend how this can happen.

“I am trying to defend myself without giving names. Otherwise I’m taking it all.

“It’s very frustrating. I’m 31, the player is six years younger than me. There are things that can’t be said and can’t be tolerated.”


Yeahhh... mari kite mulakan siasatan. Setelah dikaji hanya ade 4 orang player arsenal yang berumur 25 tahun RVP , Eboue, Sagna, Eduardo. kite mlekan dengan suspek yang pertama

1.RVP.Terlibat dalam game spurs, menjaringkan 2 gol, x nampak seperti orang yang hilang akal dan dibenci kerana sambut gol seperti biasa.(mungkin profesional di atas padang) tapi tak tahulah.Ade kkemungkinan jugak, kerana terkenal dengan sikap panas baran dan arrogant terutama pada team lawan, lihat saja reaksinya ketika bertemu stoke.Mempunyai sejarah hubungan tidak baik dengan rakan senegara terutama Sneijder dan RVN.dikelurkan dan diganti oleh Diaby minit ke 82 mendapat tepukan gemuruh.(saje cite takde kaitan)

2.Eboue.Masuk sebagai Sub menggantikan Theo Walcott minit ke75.Tak banyak yang boleh dibantu.Seorang yang berkarekter gile2 dan kelakar di luar padang, tapat dengan toure dan Adebayor.Gallas pernah menyatakan die jugak rapat dengan Eboue.Anak emas Wenger(pun saje jek)Kemungkinan untuk dibenci, mungkin kerana tariannya..heheh

3.Sagna, baru tibe dari Auxere.Musim keduanya bersama Arsenal.RB terbaik EPL musim lepas tapi musim nih dibayangi banyak kecederaan dan off form yang melampau ketara dengan season lepas yang begitu solid.Kemungkinan menjadi 3D err.. tak pasti, nampak cool dan senyap, berjiwa kental, baru lepas kematian abang pun sanggup main dan score plak tuh lawan chelsea, 1st ever goal.Main 90 minit perlawanan lawan spurs.Adekah beliau player yang dimaksudkan, alasan kerana off form dan baru 2 tahun, mungkin senyap sebab kerek, sape tahu.-just andaian siasatan.

4.Eduardo.Jauh sekali bukan mamat nih.Tak terlibat langsung dalam match tuh.Dah lame tak main, speaking BI pun tak fasih lagi.tapi untuk info saje2,Alasan untuk dibenci, Mark Randall(bace post aku bulan May kut) pernah mendedahkan Dudu seorang yang pemalas ketika training tapi skill memang tiptop jadi peduli ape kalo ko malas asalkan ko score tul tak.

Jadi siapa???? Atau .... Gallas sebenarnya dah hilang ingatan atau nyanyuk.Tersilap kire umur.Macam mane boleh die tau beza umur player2 mase di interview, mungkin die rase die muda lagi 25 tahun ke, jadi mungkin Walcott yang kerek, tapi tak mungkin walaupun Walcott pun ade ego gak tapi takkan lah jauh sangat beza umur kesilapan dari Gallas jadi kite ambil andaian kalau die ter'twist' paling dekat pun setahun jadi siapakah player berumur 24 tahun..Jeng3 taklain dan tak bukan ...Adebayor.

Adebayor adalah suspek alternatif dan mempunyai banyak bahan bukti sokongan untuk disabitkan.Tragedi bertemu Spurs carling cup season lepas, masuk2 padang alih2 hantok kepala Bendi, ingat? Skap besar kepala nya pada negara sendiri Togo, beberapa kali enggan bermain untuk negara kerana mempertikaikan masalah management, pernah menjadi isu hangat arsenal untuk summer lepas, bermain tarik tali dengan Arsenal kejap kate nak stay kejap kate nak pindah ke Milan, Barca..even MAn U pun die pernah kate dlu dapat offer.

Jadi siapa tahu?Tidak kire sesiapapun pada aku bende nie langsung tak membantu tapi aku takkan salahkan Gallas 100% dalam hal ni mendedahkan perkara nih,Memang ade pro dan kontranye kalau didedahkan secara umum.Tapi seelok2nya budak2 muda ni sedar akan kesilapan kerana selama ni pun duk simpan2 citer dalam2 tapi tak setle pun tak membantu jugak.Mungkin ini care alternatif yang lebih sesuai.Mungkin Gallas dah pk masak2 sebelum mendedahkan perkara ni walaupun terpaksa mengorbankan captaincy nya pun.Graham Taylor bekas manager England telah mencabar Wenger supaya melucutkan arm band dari Gallas.Adakah Wenger seberani itu, episod ini belum dan takkan selesai dengan begitu senang, kerana mungkin inilah penyakit berjangkit arsenal dari season2 ke season setelah ramai player2 pindah.Atau sesiapa boleh kaitkan perkara nih menyebabkan Flamini dan Hleb membuat keputusan mudah tinggalkan Arsenal?Hanya kemenangan di atas padang saja dapat membuktikan mereka tak lagi bermasalah dan peminat memafkan skuad nih.Harapannya ialah setiap kali budak2 nie dilabel the bad boys, mereka akan fire up!! dan malang sekali Manchester City kerana terpaksa berdepan Arsenal ketika waktu2 kritikal seperti ni.Agi idup Agi ngelaban!!!!!


0 ulasan: