Selasa, 25 November 2008

Pre Match : Fab vs Dynamo

LIVE <-live




Ini bukanlah perhitungan antara pencuci pembersih terbaik.Daia!Lupekan yang lain. Ini adalah pertarungan antara era baru arsenal di bawah pimpinan Fabtastic vs Dynamo Kyiv di bawah pengurusan Yuri Semin.Arsenal bakal turun dalam situasi yang agak sukar selepas 2 minggu yang penuh porak peranda tapi dengan semangat dan corak yang baru kerana ape, kerana inilah kali pertama Fabregas akan memakai arm band dan biarkan die menikmati terus tangungjawab tu , dimulakan atau dipersaksikan dengan display yang mantap malam nih menjadi bukti Arsenal is still in this bisnezz!!

Di Uzbek dulu, Arsenal hanya mampu seri 1-1, terima kasih kepada jaringan kelakar William Gallas.Huh, ironi bukan, kini William Gallas masih tetap diperlukan oleh Arsenal walaupun dengan peranan yang berbeza tapi tidak berkurang.Berita terbaru yang diterima, Gallas telah komited pada Arsenal dan mengakui luahan rasanya menjadi bahan permainan media.Agentnya juga menambah Gallas telah bersedia berkhidmat(lagu polis sedia berkhidmat) dan belum memikirkan untuk meninggalkan kelab buat masa terdekat.Aku percaya Gallas cukup profesional untuk meletakkan semua masalah dan perasaan tak puas hati dendam kesumat kalau ade, di luar padang dengan memberi persembahan sepenuh hati di samping membimbing rakan2 junior.Lilitan tangan bukanlah segalanya, ia hanyalah satu bentuk simbol atau lambang hormat tapi kepimpinan itu sebenarnya dikongsi bersama kerana jika masing2 player memimpin diri sendiri barulah mereka mampu memimpin dan dipimpin orang lain.Bak kate wenger kesemua player mempunyai leadership tersendiri, jadi Gallas janganlah merajuk sperti di Brummie lagi, di saat2 defend kite yang kritikal, pengalaman Dan peranan Gallas amatlah diperlukan.Harap koleberasi Fabregas Dan Gallas mampu membawa Arsenal ke suatu tahap yang lebih gempaq!

Lebih2 lagi arasenal turun malam nie dengan penuh tempang.Kiki dan Dudu seperti biasa tiada.Toure, Sagna, Walcott, Adebayor, Eboue jugak MC.Berita terbaru mengatakan Arsenal bakal turun tanpa Samir Nasri dan Diaby.. jadi mungkin kite dapat saksikan starting 11 seperti berikut:

-------------------Almunia-----------------
Johan-------Silvestre------Gallas------Clichy
Ramsey------Denilson-------Fabregas-----Merida
-------------RVP---------Bendi(mintak jauh, aku nak VELA)----

Jadi Merida dijangka akan mendapat debut champions league nye malam nih, antara player yag turut disamakan potensinya dengan Cesc Fabregas juga mengikut jejak dari Catalan.Pemain Kyiv yang patut diberi perhatian tak lain tak bukan ialah Ismael Bangoura, player yang score penalti dalam match pertama.Walaupun dikritik oleh fan sendiri kerana sifatnya seperti seorang yang agak pemalas tapi di depan gol, pun malas gak kut.hahaha.. Ok, mengapa perlu menang?


Arsenal perlu dapatkan 3 mata dan boleh la berehat2 sikit lepas nih.Selain mengesahkan tempat ke last 16, Ini juga merupakan morale boost bagi skuad dan boleh menggentarkan mereka yang bermimpi ke emirates untuk at least dapat satu mata pun.Kunci jam anda, kerana rugi jika anda kata anda mengaku bahawa anda fan sejati Arsenal tapi anda tiada secara langsung di saat2 Fabregas mengetuai perjalanan keluar dari terowong pemain.Tak kire anda di stadium dan di depan kaca tv, Fab dan rakan2 memrlukan sokongan anda.

330 am .Asto Star Sport 813. Arsenal 4 - Kyiv 1.


0 ulasan: