Selasa, 25 Mac 2014

6 Jahanam


Tahniah. Game ke-1000 wenger bersama Arsenal dan dimalukan oleh musuh ketatnya sendiri sekarang ini, si berlagak Jose Mourinho, memanjangkan lagi rekod pertemuan antara mereka kepada 11 tanpa kalah berpihak kepada sang Portugis. Gua memang tak boleh blah dia punya style memang rasa nak bagi penumbuk saje setiap kali lensa memerhatikan riak wajah poyo lagi2 terus blah masuk terowong tak tunggu wisel penamat, salam pun entah ada entah tidak gua malas peduli. Yang gua nak tau ape kejadahnya Arsenal musim ini, 3 big match dah bolos 17 gol.City(6)Liverpool(5)Chelsea(6) . Dan mereka2 ini adalah pesaing liga kit asekarang ini.Macam mana lu mau claim lu pun ada target kat title, at least paling busuk2 cara Mourinho dia target big match asal tak kalah dan konsisten menang ke atas team2 bawah. Dan mereka baru dikejutkan oleh Villa, kita baru menang away ke atas rival jadi patut mood dan fear factornya masih ada tapi ini terbalik, mereka menunjukkan respond sepatutnya manakala kita hanyut macam ini bukan match penting.Biarkan perenggan mula ni gua membebel dulu kerana perasaan sakit hati dan menyampah yang meluap2, kerana apabila kita ditimpa bala, ia menjadi bala bencana yakni jika kita kalah, kita selalunya kalah teruk umpama ada masalah dengan mentaliti pasukan.Dan siapa yang patut dipersalahakn jika tidak manager yang gagal menyuntik emosi dan semangat team, bukan sekali dua tapi dah beberapa kali sejak kali terkahir kita mendakap piala, kita bolos lebih daripada 4 bijik.Dan itu suatu statistik yang membimbangkan. Dan jika ia berulang kembali situasi seperti bolos 2 3 gol awal, keadaan ini bakal menghantui player secara berterusan. Gua bertambah marah lagi bukan apa, dah la time tu ada outstation tempat terpencil dengan coverage macam hampeh, gua terpaksa sanggup cuba sedaya upaya berusaha mencari coverage berbekalkan astro on the go dan bateri yang lemah, samo macam kelemahan Arsenal yang ketara malam tu.

Bila mereka score 2 gol dalam 7 minit pertama dah boleh hidu malapetaka umpama Liverpool bakal terjadi. Tak payah tunggu lama minit ke 16 Andre Marriner entah macam mana bangang boleh tersilap orang sent off Gibbs padahal telah jelas terang dan nyata Chambo yang buat kerja bodoh nak jadi keeper halang bola pakai tangan.Costly foul. Sebelum gua nak maki pengadil elok tanya apa yang Chambo tengah fikir time tu. Tak sampai 20 minit dia buat team main dengan 10 player menyukarkan lagi keadaan dan penalti yang masuk jadikan kedudukan 3-0.Kali terakhir kita overcome ketinggalan 4 gol adalah ketika bertemu Reading. Chelsea bukan Reading. Dia pikir dia boleh jadi hero macam Suarez vs Ghana,yang last minit quarter final piala dunia? salah tetap salah. Dah la Pengadil membuat kesilapan yang dasyat dan bagi effect pada result, keluarnya gibbs nyata meng unsettlekan back4 . Lepas tu segalanya tinggal sejarah. Kallstrom yang ada kat bench  pun tak dapat nak tunjuk skill freekicknya yang kut2 masuk boleh score 7 bijik siapa tahu? Tambah tension Marriner ni dapat lagi peluang mengedali game NEwcastle Everton walau dah buat kesilapan bodoh macam tu, itulah pentingnya video teknologi, depa ni degil tak mau guna.Bukan semua keputusan pun perlu ulang tayang, amek yang ragu2 sudah. Dan seperti dijangka kedua2 Ox dan Gibbs dibenarkan main malam ni bertemu Swansea, bajet nak pujuk la tu padahal the bigger damage already been done.Geram!

Di mana game ini meninggalkan kita sekarang ini. Memang daripada schedule yang padat dengan 2 away London derby agak sukar untuk bajet menang semua tapi taklah kita boleh terima kalah besar sebegini yang ternyata memalukan diri dan memberi kesan pada moral dan keyakinan. Gua katakan lepas game lawan Everton away nanti baru kita boleh tengok peluang realistik kita dan ternyata gua masih belum berganjak dari pendapat itu. Tunggu lepas game di Goodison park.Kerana sebentar lagi City masih perlu bertemu United, Chelsea bila kena nasib buruk boleh tumbang pada team seperti Villa, Liverpool mungkin climax awal siapa tahu, kita tunggu dan lihat.Cima jika, gua kata jika, (JIKA yang besar) kita berupaya mengejutkan  dengan merangkul title liga, ia mesti perkara yang pelik dan akan dipersoalkan oleh para pengkritik, haters dan juga pemerhati tapi bagi gua, konsisten adalah kunci, kalah 2 3 game macam bangang tak bermakna anda bangang selamanya tapi imej dan maruah sudah tercalar itu pasti.

Dan malam ini, awal pagi nanti kita diberikan peluang utnuk bertindak balas bangkit dari kekalahan dan sebagai persiapan sebelum bertemu Man City apabila FA mengupdate jadual menemukan kita dengan Swansea, kerana keterlibatan kita dalam saingan FA Cup. Saingan di gelanggan sendiri menjadi medan untuk menebus maruah dan membalas sokongan fans yang menebalkan muka di Stamford Bridge.Koscielny injured jadi tak dapat turun malam ni.Chambo masih perlu menjalani ujian.Gibbs disahkan boleh bermain terlepas dari hukuman yang tak sepatutnya.

--------------------Szczesny--------------------
Sagna---------BFG--------Mael--------Gibbs
------------------Flamini-----------------------
--------Rosicky----Cazorla----Podolski--------
-------------------Giroud------------------------

Walau apa yang berlaku, tetaplah bersama2 dalam perjalanan roller coaster ini .Jangan pernah berhenti berharap!

"How do you deal with the accident? You repair them, you repair the damage and you go for the next one. The response has always been very strong and I'm convinced it will be again on Tuesday."Wenger

Arsenal 4- Swansea 1

Agi idup agi mengGunners!!



Selasa, 18 Mac 2014

Hat trick NLD dan siap boleh buat selfie bukti Spuds masih belum, atau selamanya takkan berubah.


Utara London tetap merah. Hat trick terus tahun ni ke atas jiran paling busuk. Sambutan dengan away fan di akhir sebaik wisel penamat memang kasi adrenalin naik memuncak2! Tiada kata dapat menggambarkan perasaan lebih2 lagi kemenangan away di tempat lawan ke atas local rival, memang suatu yang sangat indah. Lebih indah dari malam2 Eropah yang indah, sayangnya suatu yang perlu ditangguhkan buat sementara waktu. Tapi apa mungkin result di Allianz Arena sekali lagi menjadi pemangkin kepada anjakan paradigma untuk akhir musim ini seperti yang berlaku musim lepas. Gua berhajat mencoret sedikit tentang keputusan seri 1-1 yang menyebabkan kita terkeluar dari saingan akibat nasib kurang memihak di 1st leg. Tapi adalah bukan masa yang sesuai untuk mengimbau kembali kesedihan ketika kita sedang keraian jadi gua biarkan ia menjadi sejarah. Cukuplah gua bagi kredit kepada gol Podolski yang superb dan aksi bersemangat melawan yang ditunjukkan. Kita boleh cuba lagi untuk musim akan datang, Mungkin ada hikmah, musim ini kita tumpu pada dua kejuaraan yang masih lagi dalam radar genggaman.FA cup kita di semi, Liga kita masih bernyawa!


Kemenangan malam tadi amat ditagih lagi2 selepas Chelsea terkandas, Liverpool terus membina momentum mengambil kesempatan ke atas United. Tak kisahlah gaya macam manapun orang nak kata Spuds kerja kuat, tapi lihat bagaimana satu team kita bekerja keras mengekalkan clean sheet, kita punya resilience wajar dipuji, disiplin memang up cuma sekali sekala Szczesny hampir menghampakan kita, nasib baik ada persembahan MOTM Koscielny, yang cukup padu bergandingan dengan Mertesacker yang melontarkan segalanya clear, tanduk, terbang, melayang semua BFG kita buat malam tu semata2 nak melayan on form Adebayor.Mereka2 ini selayaknya wajar diberi kredit walaupun nampak kita kurang mencipta gerakan tapi ternyata corak kita dipengaruhi oleh gol awal seawal minit pertama oleh The little Mozart. Gol yang bakal masuk hall of fame dalam list NLD.Superb, cantik, magnificent .Cara bola tu gegar jaring dari sudut tersebut memang tak pernah buat gua bosan tengok ulang tayang! Sublime finish mengingatkan gua pada persembahannya di World Cup 2006 sewaktu Arsenal baru sign Rosicky dari Dortmund. Czech lawan USA kalau tak silap, 2 gol dari Rozza masa tu memberi gua keexcitedan yang terlampau kerana pada ketika itu dia masih belum menyarung jersi Arsenal cuma kontrak telah ditandatangani.Start situ no doubt, Arsenal dah sign seorang artist seniman di tengah padang tapi kecederaan dan team form mengganggu kerjayanya di Arsenal. Musim lepas adalah zaman kebangkitan semula Rosicky dan dia tak toleh ke belakang, menjadi member squad yang cukup vital dan reliable .Hadiahnya, lanjutan kontrak. Dan spuds paling tak suka bila setiap kali melihat namanya dalam senarai pasukan.



Kita sangat2 memerlukan kemenangan ini lebih dari Spuds yang boleh gua katakan agak sukar untuk memintas ketika ini dengan 9 mata di belakang lebih 1 perlawanan. Apapun kita bakal menghadapi game2 sukar, Bermula dengan Chelsea Sabtu ini, diikuti Swansea, Manchester City kemudian Everton dan semi final FA bertemu Wigan. Gua dapat rasa side effect kekalahan kepada Stoke masih ada dan menghantui para pemain, drop point lagi dalam derby sepenting ini adalah satu hentaman ke atas moral. Lebih2 lagi dengan kehilangan pemain2 utama, Seperti Ozil,Jack,Theo dan Rambo yang entah bila nak kembali. Itulah pasal kita boleh lihat betapa reliefnya wajah setiap player jurulatih dan pengurusan dan betapa enjoynya fan setelah 3 mata penuh berjaya dibawa pulang. Postifnya Januari loan signing,Kim Kalstrom kita akhirnya dah mula berlatih bersama pasukan. Tepat pada masanya bilamana kita memerlukan extra body mengharungi jadual yang cukup padat. 9 game lagi untuk menamatkan liga musim ini, bak kata pengulas semalam lepas kemenangan ke atas Spuds persoalannya bukan lagi mampukah Arsenal layak ke UCL, tapi setinggi mana mereka mampu tamatkan musim ini dengan saingan dari Chelsea, City malah Liverpool. Game bertemu Chelsea kita ada moral boost dan kelebihan apabila Mourinho,Willian dan Ramires masing2 bakal menonton game dari stand akibat penggantungan jadi inilah masanya untuk kita calarkan  rekod cemerlang Mourinho yang tak pernah tewas di gelanggan sendiri sejak mengemudi Chelsea.Brint it on!! COYG!

Agi idup agi mengGunnres!!


Isnin, 10 Mac 2014

Pray for MH370 , Play for victory


Walaupun malam di mana Arsenal mampu mara ke Wembley, namun harapan doa dan perasaan gua tak pernah luntur dari memikirkan tentang tanda tanya yang menyelubungi kehilangan pesawat Boeing 777 Penerbangan MSH370 . Gua berharap selaku hamba2 kerdil di muka bumi yang tidak mengetahui perkara2 di luar kemampuan kita sebagai manusia biasa, marilah kita sama2  istiqamah  berdoa kepadaNya walau berbeza kelab bola, politik, asal, bangsa dan budaya. Walau berbeza agama sekalipun , di sinilah humanisasi kita diuji sebenarnya kerana setiap hamba yan ada di muka bumi ini telah diberikan tujuan hidup masing2 dan sedar tak sedar kita saling berhubung antara satu sama lain dalam erti kata lain kita bersaudara maka kita perlu sama2 jangan berhenti berharap bagi terus memastikan saudara2 kita mampu ditemui kembali dengan berita yang menggembirakan, pastinya berita ini lebih gembira dan berharga dari  berita Arsenal memenangi sebuah piala.Insha Allah..keep the faith!


 Perihal atas padang. Gua tak sempat nak update  mengenai kegoblokan minggu lepas di mana kita dikejutkan oleh Stoke. Penalti yang clumsy dari Koscielny, sebenarnya bukan defend yang membuatkan kita drop 3 mata, tapi attacking yang lesu tak bermaya walhal baru tibai Sunderland dengan penuh bergaya. Game di mana lawan Stoke patut ada fighter2 macam Flamini untuk buat kerja2 kotor alang2 pasukan ala ragbi itu boleh tahan kurang ajar dengan Giroud di pijak berulang kali tanpa hukuman.Kebelagakan N-Zonzi yang ternyata cukup angkuh dan sombong memperlekehkan Arsenal dengan taktik keras mereka, tunggu masa je nak repeat balik di Britannia nia.Game tu lack of pace, jadi gua tak paham kenapa Chambo lambat dimasukkan. OZil masuk lewat gua boleh terima sebab mmg dah plan nak rehat tapi itulah benda dah jadi. Kita sekarang ketinggalan dengan Chelsea makin jarak, City ada baki lebih 2 game, Liverpool dah pintas, kalau perkara ini konsisten malap, kita mungkin akan lihat balik kedudukan perjuangan kita sama seperti akhir musim lalu merebut tempat keempat dengan jiran busuk Spuds.

Internationaleleh tengah minggu jugak tak membantu. Lebih menyakitkan hati bagai ada saja perkara2 malang menimpa  dan mangsanya sentiasa Arsenal dan friendly match yang meaningless. Kali ini giliran Jack dihimpit kecederaan berpanjangan. Macam mana dah injured tapi still masih mahu main lagi atas padang, punya laa bersemangat dan berjiwa budak ni.Macam Fabregas masa sarung jersi Arsenal dulu patah kaki pun sanggup stay lawan Barca. Jack mengalami sedikit keretakan, paling kejap makan 6 minggu jugak nak pulih. 6 minggu tu memang boleh lupakanlah period2 genting time jadual tengah padat dan akan kembali ke membantu dalam baki kempen.Get well soon Wilshere!

Ada jugak berita gembira di mana Rozza dan BFG sign kontrak lanjutan. Rosicky antara pemain paling senior di samping Sagna,Theo dan Diaby dah masuk musim ke lapan bersama Arsenal masih lagi berjiwa besar untuk meneruskan kerjaya di Arsenal yang baginya tempat paling sesuai buat dirinya. Inilah yang dinamakan loyalti, walau tak menang apa pun lagi, bersabar dan pandai mengenang jasa kelab yang menjaganya sewaktu dia menjalani rehab hampir semusim, lebih lama dari Eduardo. bagi BFG yang antara 5 last minit signing bersama2 Arteta, kini dah establish sebagai pilihan utama CB tak kira sama ada bergandingan dengan Kos atau Mael. Dulu dia mungkin nampak lembap tapi kemampuannya membaca game dan positioning awarenessnya yang makin matang membantunya menjadi natural leader di atas padang.Arsenal berbesar hati mengumumkan mereka berdua komited pada kelab.Sagna bila lagi?

Dan melihat Sagna beraksi menentang Everton dalam suku akhir semalam, jika dia tak sign kontrak , kita mungkin rugi.Satu lagi assist dari dirinya. Defending pun superb kecuali terperangkap dek counter attack, apa yang penting pengalaman beliau sebagai orang lama di Arsenal, sama dengan Rosicky. Ok game semalam di first half kita seperti tak dapat rentak diingini ini kerana Sanogo kurang dilibatkan atau dia sendiri jarang melibatkan diri.1st half game seimbang dengan  Everton jugak boleh main bola.Melihat chances 1st half, kita mungkin bernasib baik.Kalau tak kerana player Everton slip kita mungkin sukar mematahkan disiplin back4 Everton. Tapi tak boleh nafikan finishing Ozil yang ternyata tajam dari sudut tersebut lebih2 lagi 2 player cuba block. Kemudian kena counter, positioning Flamini boleh dipersoalkan kerana back off dari target nya. Lukaku mudah menyempurnakan dengan tap in.2nd half adalah sambungan dari mana kita berhenti dengan kedua2 pasukan dilihat berhati2. Sampailah Chambo dapat penalti. Arteta yang memang dah lama geram dengan mark clattenburg sebab asyik dikasari tapi tak dilayani, memastikan penalti kedua yang terpaksa di retake masuk. Bukan calang2 orang boleh sepak masuk penalti 2 kali dalam masa yang singkat, memerlukan fokus. Gol terhadap kelab lamanya menjadi turning point game.Lepas tu segalanya tentang Arsenal.Giroud masuk, tambah lagi dua bijik.gol keempat class, assist juga dari Ozil. Que sera sera... what ever will be will be...we're going to Wembley....Que sera sera...!!

Dan baru sebentar tadi dah disahkan, di separuh akhir nanti Arsenal bakal dipertemukan dengan sama ada Mancheser City/Wigan dengan perlawanan tersebut sedang berlangsung sekarang ini. Pada ketika ini tak kira dah status team yang bakal ditemui.Apa2 sahaja boleh berlaku. Kita mungkin dilihat bernasib baik dalam road to Wembley di mana semua FA Cup game kita di laman sendiri tapi lawan2nya boleh tahan,antaranya Spurs, Liverpool, Everton dan kali ini City atau juara bertahan Wigan.   Wigan tengah lead sekarang 2-0..(anda tahu apa yang gua maksudkan) Satu lagi separuh akhir menemukan Hull dan Sheffield United. Dalam masa yang sama di liga, Chelsea menjarakkan kedudukan dengan membelasah pasukan yang sentiasa jadi lauk, Spuds. Saingan semakin mencabar.

Sebelum menghidu bau2 Wembley, ingatlah perjuangan di Allianz Arena. Kita masih punya harapan. Jangan berhenti berharap. At least tunjukkan semangat melawan untuk menjaga maruah. Buktikan kemenangan musim lalu bukan sekadar nasib, jika kita mampu jadikan nya sebagai turning point untuk akhir musim lalu, mengapa tidak kita ulangi dengan skrip yang sama? Bring it on Bayern! COYG!!

Agi idup agi mengGunners!!!

#PrayForMH370








Sabtu, 1 Mac 2014

Pre Match : Stoke membuka cabaran bulan Mac


Kemenangan meyakinkan ke atas Sunderland 4-1 adalah permulaan baik untuk membina semula momentum dalam liga. Dengan rasa hormat, game Sunderland tersebut memang macam latihan petang2 terutama di 1st half.Pikiran lawan berterbangan melayang ke Wembley untuk game final esok, jadi tak sukar tugas kita hari itu. Giroud yang baru kembali dari 'rehat' menjelmakan sekelumit player yang ada dalam dirinya seperti di awal musim. Kelihatan lebih, segar, lebih sedar dan bersemangat, Giroud menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin, menghasilkan 2 gol.Gol pertama melalui gerakan pasukan yang menarik dengan Wilshere mastermind. Mungkin kalau dalam mode Giroud yang tak fokus, gol kedua hadiah dari back pass player Sunderland belum tentu masuk. Gol ketiga cukup class daripada classical player, the little Mozart. Rosicky memang terkenal dengan acceleration ,mobility, dan kemampuan mencari ruang2 yang seni. Dan gol menentang Sunderland itu hari merupakan salah satu masterpiece yang merumuskan kemampuan loyal servant itu Dengan bantuan rakan2 sepasukan yang dah masak dan paham dengan gerakan sesama mereka.The Arsenal way. Gol tersebut tak lain tak bukan sah2 akan dapat goal of the month dan boleh bersaing dengan gol Wilshere menentang Norwich sama2 berada di atas sana untuk goal of the year. Gol keempat daripada Koscielny sebagai bonus untuk dirinya sendiri yang baru mendapat gol peribadi di laman sendiri , kali terakhir, 2 tahun yang lalu. Ini peluang baik bagai Koscielny yang cukup cemerlang musim ini merapatkan lagi hubungan dengan fan kerana dia complaint, tak ada chant atau lagu untuk dirinya kedengaran. Takpe boss, tak score, clean sheet pun dah ok dan lebih dihargai! Masalahnya ending malam tu kita still bolos jugak. akibat sedikit kelekaan yang lambat close down,Szczesny ditewaskan dari rembatan jarak jauh, suatu yang Arsenal perlu fikirkan walaupun dalam keadaan yang selesa. Petang match day tu jugak ada big occasion di mana pelancaran tugu penghargaan buat lagenda Dennis Bergkamp. Bergkamp yang muncul di padang menghargai para Gooners ketika half time , sempat jugak bertemu dengan Ozil .Ozil langsung tidak diturunkan dengan alasan kecederaan , direhatkan terus dari bangku simpanan. Namun untuk game malam ini menentang Stoke, dia telah available harap dah muhasabah diri, segar-bugar, melupkan kemalangan dan kelesuan lalu untuk bangkit membantu Arsenal dalam baki kempen musim ini yang semakin mencabar.Kalau Giroud boleh, Ozil lagi mampu! Ozil dan Bergkamp saling dikaitkan dengan kedua2nya dikatakan mega signing yang membentuk evolusi di kelab.2 era berbeza, bila dketemukan, ia pastinya suatu yang istimewa.


Bulan Februari taklah seteruk yang disangka tapi tak mencapai target yang diidamkan. Kita melepaskan kedudukan pendahulu liga, di belasah Liverpool, gagal menang ke atas United, dan tak bernasib baik menentang Bayern. Namun ada sedikit yang boleh diceriakn, kita masih dalam saingan FA Cup dan berpeluang cerah dalam 2 kejuaraan dan mampu cipta kejutan dalam UCL lagi walaupun result sebegitu. Saingan bulan Mac ni boleh gua katakan paling sukar. Bermula dengan Stoke away malam ni, quarter FA bertemu Everton, Bayern away, Spurs away, Chelsea away, kemudian City di laman sendiri. Pergh.MEmang cilako siapa yang keluarkan jadual liga. 3 cabaran kejuaraan di saat2 genting. Itulah penting kita adakan permulaan baik di Britannia malam ini.

Zaman Pulis dulu, Stoke terkenal dengan physical game. Macam main ragbi pun ada, sepak bola tinggi jauh2 kemudian kejar.Itulah sampai adanya tragedi Rambo patah kaki. Pulis dah tiada. Mark Hughes punya style masih lebih kurang sama cuma tambah variasi dengan lebih prefer main bola atas tanah.Cuma mungkin player yang dipunyai Hughes tak berkemampuan untuk memenuhi corak taktikalnya kerana ketika ini Stoke City kelihatan struggle, 3 mata dari zon penyingkiran dan jarang sekali dapat clean sheet.Dari 10 game terakhir baru menang sekali sahaja. Disiplin rekod mereka jugak boleh tahan perangai, 360 kali bagi fouls, 58 kad kuning 3 kad merah. Situasi ini membolehkan game ini ditanda sebagai game mampu menang dan Arsenal tak boleh melepaskan peluang atau drop points bodoh2 lagi jika berhasrat terus menekan Chlesea, City mahupun Liverpool. Dirty jobs, sinonim dengan corak Stoke maka sesuai jugak dikaitkan dengan orang yang paling layak dalam kem Arsenal, Flamini. Malah ada yang membayangkan kunci game malam ini tertumpu kepada Charlie Adams vs Flamini. Itupun kalau player France ni main,sebab lawan Sunderland itu hari Arteta tak payah buat kerja keras sangat tenang sahaja.Jika tak main di depan back 4 pun, mungkin Flamini boleh dimasukkan ke dalam back 4 di posisi LB. Monreal dan Gibbs masih lagi dilanda kecederaan dan belum pasti diturunkan. Mael telah kembali full training tapi untuk meletakkan Kapten Arsenal yang dah lama tak main dalam competitive match mungkin sedikit gamble. Lain2 kecederaan tak ada.Ozil bakal kembali .Ini bermakna automatiknya Podolski akan kembali ke bench macam biasa, suatu yang pasti membuatkan dia terfikir option summer nanti, ada ura2 dia akan pulang ke negara asalnya Jerman kerana kesukaran mendapat tempat di Arsenal. Jadi macam gua cakap di awal tadi, harapnya Ozil malam ini beraksi superb dan membuktikan segala harsh criticism terhadapnya hanya untuk sementara.

-----------------Szczesny-----------------
Sagna------Per---------Kos-------Flamini
-------------Arteta----Wilshere----------
-----Rosciky------Ozil-------Cazorla-----
----------------Giroud--------------------

Tak boleh lagi drop points! Tunjukkan kita lebih memerlukan kemenangan ini.

Astro 11pm. Stoke City 0 Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!