Sabtu, 28 Mei 2011

Gol2 terbaik Arsenal 2010/2011

Berikut merupakan antara gol2 yang menarik sepanjang musim 10/11. Arsenal.com telah sepakat memilih gol penyamaan RVP ketika menentang Barcelona sebagai gol terbaik musim ini.Pilihan anda?


Jumaat, 27 Mei 2011

Tiket mula dijual mulai hari ini.

Apa tunggu lagi? dapatkannya sekarang !! Bagi penyokong yang membeli tiket awal2 dari tarikh 27 mei (hari ini) hingga 5 June, anda mungkin berpeluang mendapatkan pass bagi sesi latihan yang bermula jam 7pm 12 Mei. Cuma itulah, tiket2 kali ini agak tinggi harganya dibandingkan dengan harga tiket nostalgia yang ditunjukkan oleh saudara Scarface 12 tahun yang lalu. Mungkin kita jugak terkena tempias kenaikan 6% yang berlaku di sana, huhu. Kalau mereka menunujukkan persembahan lesu tak bermaya dan menurunkan budak2 15 tahun baru baligh, memang kita pun layak laungkan chant spertimana fan2 di London " rm58,68108,388? ..you're having a laugh!" Tapi pihak Arsenal telah mengesahkan kehadiran skuad utama termasuk Fabregas dan Ivan gazidis memberi jaminan Arsenal akan mengambil serius perlawanan persahabatan ini kerana ia sebahagian daripada akan pra musim ini. Tiket mula dijual tapi difahamkan pembelian sercara online belum lagi kelihatan. Oleh itu, bagi penyokong2 yang nak menyerbu outlet2 Ticket pro dan Nike terpilih di sekitar Lembah Klang,penang  , JB dan Kota Kinabalu .Anda boleh beramai2 usha outlet2 dalam senarai berikutdi samping itu jangan lupa dapatkan satu tiket VIP untuk aku.haha :

TicketPro Outlet

Nike Outlet

Di mana anda??



Rabu, 25 Mei 2011

Persaingan 2 salon...Nantikan kemunculannya.

Masanya kian tiba...debaran semakin terasa.. pertarungan dua benua..pertembungan 2 rambut sama tapi tak serupa...Adakah pertemuan kali ini bakal menjadi jejak kasih antara dua adek beradek yang pernah terpisah..?


gambar: kredit to Pak Lang


Pre Season : Cuti2 Malaysia..





Tidak perlu lagi aku ulaskan kerana rata2 di sini sudah sedia maklum akan kehadiran pasukan kesayangan kita beraksi menentang pasukan kebangsaan yang kita cintai. Masing2 sudah tidak sabar lagi mahu menggegar bukit Jalil 13 Julai ini setelah kali terakhir membenam Malaysia 2-0 12 tahun yang lepas. Ada yang sudah pikir nak pakai baju apa, ada yang sudah pikir macam mana nak menyelinap masuk ke sesi latihan, ada yang sudah pikir nak amek sign Eboue dan Denilson, ada yang nak serbu terus KLIA 11hb, pendek kata kebanyakannya teruja. Namun 13 Julai jatuh pada hari rabu bersamaan hari kerja jadi ada jugak yang pk nak bagi alasan sakit apa untuk MC sambil bersiap sedialah dalam menempuh kesesakan, cuma itu yang agak menjadi persoalan kenapa mereka tidak memilih mengadakan pada cuti hujung minggu,Apapun memetik petikan dari mStar Online :

Tiket bagi perlawanan Malaysia-Arsenal akan mula dijual pada 27 Mei ini dengan harga RM58, RM68 dan RM108, manakala tiket VIP yang bernilai RM388 terhad kepada orang ramai di cawangan butik Nike terpilih dan cawangan Ticketpro di seluruh negara atau telefon hotline Ticketpro 03-78807999 atau tempah melalui laman web www.ticketpro.com.my.

Berkenaan isu baju atau t-shirt Arsenalaysia, pihak kami pun belum sempat melihat design tersebut.Walaubagaimanapun, Terimakasih kepada Encik Jusa yang bersusah payah menghandle design dan perkara ini dan jika dapat hantarkan kepada email blog, Insha Allah kita dapat postkan dan berkongsi bersama.

Selepas Malaysia, China pula akan menjadi destinasi pilihan Arsenal dalam Asan Tour edisi 2011 -namun tarikh belum ditetapkan- sebelum pulang berjuang dalam kejohanan Piala Emirates.


Pre-SeasonFA
13JulAdd to CalendarPre-season FriendlyAMalaysia XI20:45
(This match kicks-off at 8.45pm local time)
30JulAdd to CalendarEmirates CupHBoca Juniors16:20
31JulAdd to CalendarEmirates CupHNew York Red Bulls16:20


Dan Arsenal akan terpaksa mengharungi kelayakan UCL, dengan 1st leg dijadualkan berkemungkinan di pertengahan minggu kedua liga bermula. Antara calon2 yang kelihatan akan menjadi penghalang adalah pasukan seperti PSG, Udinese, Rubin Kazan, Twente atau satu lagi pasukan dari pemenang pusingan sebelumnya. Undian UEFA akan dijalankan pada 5 Ogos. 



AugustFA
16/17Add to CalendarUEFA Champions LeagueNPlay-off Round 1L
23/24Add to CalendarUEFA Champions LeagueNPlay-off Round 2L

Ya kembali ke ruangan paling disukai ramai. Gosip kak jah aka Rumors. Ada berita2 kita semakin hampir mendapat signing pertama iaitu pemain muda Argentina di posisi tengah/AM iaitu Ricardo Alvarez dari kelab Velez Sarsfield.  Aku pun tak berapa nak ambek pot selagi ia tidak secara rasmi tapi atas permintaan rakan2, apa salahnya bergosip ye tak. Kerana kita pun tak tau Arsenal mana yang dimaksudkan sama ada Arsenal FC atau Metro.co.uk yang mencanang2 berita ini tersalah, mungkin Arsenal De Serandi dari Liga Argentina yang satu lagi tu. Lagipun masih segar dalam ingatan tabloid yang sama ini jugaklah yang membawa berita Joe Cole ke Arsenal adalah satu perkara yang sudah pasti pada summer musim lalu. Itulah susah siket nak syok awal2.Tapi apa pun pemain 23 tahun ni mmg ada ciri2 Wenger punya signing, muda, murah, orang tak berapa kenal, laju, control ball smart, wenger boleh suka2 convert jadi winger, tapi itulah, cuma tunggu dan lihat.






Isnin, 23 Mei 2011

Highlights : Fulham vs Arsenal..



Geram dan kecewa punya pasal, lupa gua nak sentuh tentang tackle Zoltan gera yang mengundang kad merah semalam. Seperti mana kita ketahui Fulham kini berada di 2 tangga teratas fair play dan memungkinkan mereka mendapat slot ke saingan eropah musim depan, tapi tackle seperti Gera ke atas mael yang baru pulih dari kecederaan jangka panjang adalah satu tackle ancaman kerjaya. Mael terlepas dari malapetaka buruk kerana cepat respond kalau tidak, malang memang tidak berbau. Maka dengan itu, nasib slot Fulham berlum terjamin kerana Blackpool dan Ian Holloway sedang mendahului table fair play walaupun relegated. Table masih belum di finalized sehingga Khamis ini dari pihak UEFA. Aku simpati dengan Holloway terutamanya kerana mentaliti dan corak permainan bola sepak yang cuba ditonjolkan sepanjang musim terutama dalam saingan BPL adalah satu contoh yang patut dibanggakan,berani, konsisten dan wajar diikuti. Tidak salah mungkin kalau aku katakan Holloway dan Blackpool tidak selayaknya berada pada situasi sekarang.

Bercakap tentang fair play, kita mempunyai rekod yang agak teruk dengan 65 kad kuning dan 6 kad merah melayakkan kita terperosok di tangga ke 17 bersama Bolton.dan kita adalah pasukan kedua mendapat kad merah tertinggi di belakang WBA dengan 7 kad merah. Anda boleh buat persepsi sendiri, sama ada pemain kita tak cukup matang mengawal tekanan atau Arsenal menghantar mesej sudah bersedia bermain fizikal atau budak2 Arsenal nak tunjuk tak makan dek buli atau pun sifat komplot pengadil yang memihak atau seperti biasa kerja tangan2 ghaib.Anda pilih sendiri...


Realiti dan fantasi..

Di saat realitinya satu kesugulan, paling kurang masih ada fantasi yang boleh disenyumkan... Itulah manusia, hidup penuh berfantasi sahaja sehingga kadang terlupa berpijak di bumi nyata termasuklah fantasy football. Kita perlu beli ini, kita perlu beli itu tetapi realitinya apa yang kita mampu, apa  akar kita.. Jadi untuk lepas geram layankan saja premier league fantasy football  yang telah melabuhkan tirai 2010/2011 dengan berakhirnya game malam tadi. Dan keputusannya....(bunyi drum dari tin biskut kosong)... Pastilah menceriakan gua sebagai juara Fantasy league Arsenalaysia.....Juara dari 57 peserta kesemuanya. Memintas pendahulu di hari2 terakhir dan minit2 terakhir musim terasa manis umpama saingan Anfield 1989. Kah3...gua nak riak sekejap, sekadar hiburan hati yang lara.. kepada rakan2 lain, sila cuba lagi.. heheh.


Oleh kerana aku dapat juara bagi liga tersebut, dan2 yang tadi dikira liga official Arsenalaysia. Haha..tapi sebenarnya ada satu lagi liga iaitu Liga Arsenalaysia, tapi yang ni gua hanya mampu mencapai tempat ke 4 dari 56. Tapi kalau ikut, Saudara Hafizi Mahpop dah boleh kena relegated atau deducted point pakai nama 2 team. Haha Tapi takpe, no 4 pun kira ok, masih lagi  'ada peluang untuk kelayakan champions League'..tak gitu rakan2?

Musim depan marilah kita bersama2 beramai2 memeriahkan lagi liga fantasy kem kita.terima kasih kepada rakan2 walaupun ada yang sekadar suam2 kuku update sama macam gua(tapi still juara) riak lagi..kah3... Apapun terimakaseh2... 

Harapnya musim depan segala fantasi kita berubah menjadi realiti..

Agi idup agi menggGunners..
.


Post match :Akhirnya..... Merempat di tempat keempat


Malam yang menghampakan di musim yang mengecewakan. Ketepikan keputusan perlawanan ManCity tak kisahlah apa pun kerana sepatutnya Arsenal tidak patut perlu berada pada kedudukan ini jika dari awal2 lagi mereka mempunyai mental yang kuat. Memang Wenger akan berkata mereka telah mencuba dan mengelakkan kekalahan ke 9 dengan jaringan saat akhir Walcott tapi semuanya sudah terlambat langsung tak mencukupi. Aku menarik nafas panjang musim ini telah berakhir, terasa lama sangat di penghujungnya . Tak tahu berapa lama aku mampu bertahan menyaksikan pemain2 yang bermain tanpa hati ,tak berjiwa, tiada semangat melawan. Faktor kepenatan, pengalaman mungkin akan menjadi alasan Wenger.Tapi berapa lama lagi untuk pemain2 ini nak merasai pengalaman di pihak yang kecewa, dan salah siapa jika pemain seperti jack Wilshere di overplayed. Mungkin ada method yang kurang sesuai digunapakai oleh Wenger, bagus memang bagus untuk develop pemain muda, tapi meletakkan beban dan harapan menggunung  terlalu awal pada ketika mereka baru nak bertatih memberi kesan pada perkembangan mereka,- injured, fatigue, meletup satu ketika untuk down yang selebihnya, tak konsisten. Itulah harga yang terpaksa dibayar Wenger selama 6 tahun ini.

Tugas besar dan berat menjelang pra musim.. Settlekan kesemua kontrak, lengkapkan skuad seawal mungkin tiada lagi last minit transfer,, kalau nak jual sila jual tak payah nak drag2 nego kalau pemain terbabit memang tiada hati maka tiada makna untuk kita mengharapkan nilai setinggi2 cukuplah harga diri mereka setakat itu. Jika pemain2 baru yang hendak masuk dikatakan bakal' membunuh pemain seperti Denilson  Diaby Fabianski Randall, jadi korbankan sahaja mereka. Arsenal perlu bersyukur kerana musim ini telah tamat di sini kerana kalau masih panjang, tak tahu ke mana hala tuju kita. Ternyata pemain2 kita dah tak boleh handle.Yang gua paling simpati adalah RVP , tatkala pasukan dah macam entah hape2 dia terus berusaha sedaya upaya dan masih mampu menjaringkan gol tapi bola sepak adalah sukan berpasukan, nak tak nak dia kena ambil bahagian dalam kegoblokan ini. Lihat sahaja rekod selepas kita tewas kepada Birmingham (tahniah encik Alex, anda relegated, bilakah agaknya kita bertemu lagi) dalam Carling Cup final, 2 kemenangan liga dan satu FA Cup?? Sedar tak sedar 3 game sahaja menang????!!!! Ini bukan mental calon juara...


27SunAdd to CalendarCarling CupNBirmingham City12
MarchFATV
02WedAdd to CalendarThe FA CupHLeyton Orient50
05SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHSunderland00
08TueAdd to CalendarUEFA Champions LeagueAFC Barcelona13
12SatAdd to CalendarThe FA CupAManchester United02
19SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAW.B.A.22
AprilFATV
02SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHBlackburn Rovers00
10SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueABlackpool31
17SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHLiverpool11
20WedAdd to CalendarBarclays Premier LeagueATottenham Hotspur33
24SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueABolton Wanderers12
MayFATV
01SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHManchester United10
08SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAStoke City13
15SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHAston Villa12
22SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAFulham22
























Adakah skuad ini memerlukan overhaul sepenuhnya? Aku rasa belum perlu dalam maksud bukan semuanya sampah, atau Wenger sendiri boleh pikir.Sekadar touch up 3 4 posisi/pemain tapi yang paling utama adalah kem motivasi. Jika mereka rasa Malaysia bukan tempatnya musim ini kerana kita terpaksa melayan game lebih kelayakan champions league di musim yang padat musim depan, aku rela menangguhkannya asalkan Arsenal betul2 bersedia mental dan fizikal. Kedengaran di Craven cottage tadi penyokong2 mula berbulu dan tidak mampu lagi menahan sabar apabila di akhir2 perlawanan, kedengaran seperti jeritan " Spend the F***ing money!!" menggegarkan stadium.Wenger seperti biasa dengan lagak berkerutnya pasti terasa bahang tekanan jauh di sudut hatinya dia sendiri tahu, Arsenal tidak boleh sebegini lagi, sesuatu harus dilakukan. Tapi sudikah dan beranikah dia bertindak?


Ahad, 22 Mei 2011

Pre Match : Tempat ke-3 atau ke-4?


Mahu atau tidak kita harus hidup dengan nasib Arsenal pada ketika ini. dari pencabar sebaik saingan bermula hinggalah 3 bulan yang lalu, kita kini melalui downfall yang dasyat dan terpaksa bertarung ke minit2 terakhir musim bagi menyelamatkan tiket automatik ke saingan Champions League musim depan. Lagi membuatkan kita menggaru kepala apabila Man City mempunyai kata penentu dalam hala tuju kita, jika mereka menang, apa jua keputusan di Craven Cottage tidak lagi dapat membantu Arsenal daripada menghuni tangga ke empat , satu situasi di mana kita terpaksa meletakkan risiko tinggi bermain pusingan kelayakan. tapi jika sebaliknya, jika City hanya  kalah manakala Arsenal hanya perlu seri untuk memintas mereka. Pedulikan apa semua, kita Arsenal, jadi kita wajib menang ak kira apa pun yang berlaku di Reebok. Bak kata Le Prof, jika kelayakan Eropah adalah suatu realiti yang terpaksa diterima, layankan sahaja.

Arsenal mungkin sudah boleh bersembang pasal musim depan. Dengan Arsene Wenger berjanji memperkuatkan skuadnya dengan hanya signing2 yang berbaloi dan kena pada harga. Jadi mana mungkin Arsenal mampu untuk compete dalam big2 transfer jika percakapan Wenger ini diambil kira terutama dengan tawaran gaji, memang kita jauh kalah. Oleh itu adalah penting Arsenal tidak mengulangi 'kes Flamini'  membiarkan pemain yang berbaki kontrak 1 tahun menghabiskan kontraknya tanpa apa2 peranangan dan terlepas dengan free transfer.Merugikan. Tidak mahu terjebak, Arsenal perlu mengambil langkah awal dalam memastikan pemain2 penting dalam skuad ini kekal terutama Nasri yang masih berbaki 1 tahun.Clichy, aku simpati, bukan aku tak suka dia sebagai seorang pemain atau individu, tetapi aku rasa sudah tiba masanya Wenger mengkaji kelemahan dan lubuk defend kita yang sering berpunca dari side mana terutama dalam set pieces. Tapi Wenger berjanji akan menyelesaikan kes kedua2 pemain utama ini sebelum musim bermula. Tidak pulak disebut nama Denilson , yang aku pasti sebenarnya sudah lama tak de dalam kepala otak Wenger. Selepas niatnya 8 bulan yang lalu, kalau betul la, aku tak nampak tempat untuk Denilson lagi .Patutlah Wenger pun sejak kebelakangan ini tidak mengambil kisah walau kehadirannya di bangku simpanan.

Malam ini Fabregas tak akan dapat turun. Orang cakap dia telah pun bermain game terakhirnya, aku percaya belum, dia masih akan tetap ada di sini walaupun ia akan melebatkan gosip2 transfer balik kampung. Wenger pun sudah sound, kapten dan pemain yang ada jati diri adalah pemain yang akan cuba sedaya upaya bermain bagi memenangkan pasukannya, bukan berpindah ketika pasukan itu tidak memenangi apa2. Nasri, Clichy, Diaby dan Johan terpaksa melalui fitness test terlebih dahulu. Mael akan terus beraksi, mungkin bergandingan dengan Song jika Koscielny tidak diturunkan. Tapi jika ia berlaku, begitu moral downnya Squaillaci dan merasa dirinya saling tak tumpah seperti Silvestre- tak de rasa conection dengan Arsenal-maaf kata la, tapi secara jujur keGunnerannya semacam tak sampai.

-----------------Szczesny-------------------
Sagna---------Mael---Song---------Gibbs
---Walcott---jack---Nasri-------Arshavin
--------------RVP------------------------
-------------------Chamakh---------------

Ini eprlawanan last dalam liga, aku harap pemain semua dapat tunjuk apa erti menyraung jersi Arsenal dan tunjukkan sama ada mereka masih layak atau tidak bagi meneruskan cabaran bersama. Game last, semuanya serentak. Tiada live di Astro kerana match kesemuanya berjalan serentak.Jadi sama2 kita cuba dapatkan live streaming di Internet dan berkongsi bersama rakan2.Fulham 1- Arsenal 2.

Agi idup agi mengGunners!!!