Mahu atau tidak kita harus hidup dengan nasib Arsenal pada ketika ini. dari pencabar sebaik saingan bermula hinggalah 3 bulan yang lalu, kita kini melalui downfall yang dasyat dan terpaksa bertarung ke minit2 terakhir musim bagi menyelamatkan tiket automatik ke saingan Champions League musim depan. Lagi membuatkan kita menggaru kepala apabila Man City mempunyai kata penentu dalam hala tuju kita, jika mereka menang, apa jua keputusan di Craven Cottage tidak lagi dapat membantu Arsenal daripada menghuni tangga ke empat , satu situasi di mana kita terpaksa meletakkan risiko tinggi bermain pusingan kelayakan. tapi jika sebaliknya, jika City hanya kalah manakala Arsenal hanya perlu seri untuk memintas mereka. Pedulikan apa semua, kita Arsenal, jadi kita wajib menang ak kira apa pun yang berlaku di Reebok. Bak kata Le Prof, jika kelayakan Eropah adalah suatu realiti yang terpaksa diterima, layankan sahaja.
Arsenal mungkin sudah boleh bersembang pasal musim depan. Dengan Arsene Wenger berjanji memperkuatkan skuadnya dengan hanya signing2 yang berbaloi dan kena pada harga. Jadi mana mungkin Arsenal mampu untuk compete dalam big2 transfer jika percakapan Wenger ini diambil kira terutama dengan tawaran gaji, memang kita jauh kalah. Oleh itu adalah penting Arsenal tidak mengulangi 'kes Flamini' membiarkan pemain yang berbaki kontrak 1 tahun menghabiskan kontraknya tanpa apa2 peranangan dan terlepas dengan free transfer.Merugikan. Tidak mahu terjebak, Arsenal perlu mengambil langkah awal dalam memastikan pemain2 penting dalam skuad ini kekal terutama Nasri yang masih berbaki 1 tahun.Clichy, aku simpati, bukan aku tak suka dia sebagai seorang pemain atau individu, tetapi aku rasa sudah tiba masanya Wenger mengkaji kelemahan dan lubuk defend kita yang sering berpunca dari side mana terutama dalam set pieces. Tapi Wenger berjanji akan menyelesaikan kes kedua2 pemain utama ini sebelum musim bermula. Tidak pulak disebut nama Denilson , yang aku pasti sebenarnya sudah lama tak de dalam kepala otak Wenger. Selepas niatnya 8 bulan yang lalu, kalau betul la, aku tak nampak tempat untuk Denilson lagi .Patutlah Wenger pun sejak kebelakangan ini tidak mengambil kisah walau kehadirannya di bangku simpanan.
Malam ini Fabregas tak akan dapat turun. Orang cakap dia telah pun bermain game terakhirnya, aku percaya belum, dia masih akan tetap ada di sini walaupun ia akan melebatkan gosip2 transfer balik kampung. Wenger pun sudah sound, kapten dan pemain yang ada jati diri adalah pemain yang akan cuba sedaya upaya bermain bagi memenangkan pasukannya, bukan berpindah ketika pasukan itu tidak memenangi apa2. Nasri, Clichy, Diaby dan Johan terpaksa melalui fitness test terlebih dahulu. Mael akan terus beraksi, mungkin bergandingan dengan Song jika Koscielny tidak diturunkan. Tapi jika ia berlaku, begitu moral downnya Squaillaci dan merasa dirinya saling tak tumpah seperti Silvestre- tak de rasa conection dengan Arsenal-maaf kata la, tapi secara jujur keGunnerannya semacam tak sampai.
-----------------Szczesny-------------------
Sagna---------Mael---Song---------Gibbs
---Walcott---jack---Nasri-------Arshavin
--------------RVP------------------------
-------------------Chamakh---------------
Ini eprlawanan last dalam liga, aku harap pemain semua dapat tunjuk apa erti menyraung jersi Arsenal dan tunjukkan sama ada mereka masih layak atau tidak bagi meneruskan cabaran bersama. Game last, semuanya serentak. Tiada live di Astro kerana match kesemuanya berjalan serentak.Jadi sama2 kita cuba dapatkan live streaming di Internet dan berkongsi bersama rakan2.Fulham 1- Arsenal 2.
Agi idup agi mengGunners!!!
Ahad, 22 Mei 2011
Pre Match : Tempat ke-3 atau ke-4?
7:59 PTG
Gunners & Roses
1 ulasan:
aku dah ngidam nak tgk mael main...lama xtgk dia main...
Catat Ulasan