Malam yang menghampakan di musim yang mengecewakan. Ketepikan keputusan perlawanan ManCity tak kisahlah apa pun kerana sepatutnya Arsenal tidak patut perlu berada pada kedudukan ini jika dari awal2 lagi mereka mempunyai mental yang kuat. Memang Wenger akan berkata mereka telah mencuba dan mengelakkan kekalahan ke 9 dengan jaringan saat akhir Walcott tapi semuanya sudah terlambat langsung tak mencukupi. Aku menarik nafas panjang musim ini telah berakhir, terasa lama sangat di penghujungnya . Tak tahu berapa lama aku mampu bertahan menyaksikan pemain2 yang bermain tanpa hati ,tak berjiwa, tiada semangat melawan. Faktor kepenatan, pengalaman mungkin akan menjadi alasan Wenger.Tapi berapa lama lagi untuk pemain2 ini nak merasai pengalaman di pihak yang kecewa, dan salah siapa jika pemain seperti jack Wilshere di overplayed. Mungkin ada method yang kurang sesuai digunapakai oleh Wenger, bagus memang bagus untuk develop pemain muda, tapi meletakkan beban dan harapan menggunung terlalu awal pada ketika mereka baru nak bertatih memberi kesan pada perkembangan mereka,- injured, fatigue, meletup satu ketika untuk down yang selebihnya, tak konsisten. Itulah harga yang terpaksa dibayar Wenger selama 6 tahun ini.
Tugas besar dan berat menjelang pra musim.. Settlekan kesemua kontrak, lengkapkan skuad seawal mungkin tiada lagi last minit transfer,, kalau nak jual sila jual tak payah nak drag2 nego kalau pemain terbabit memang tiada hati maka tiada makna untuk kita mengharapkan nilai setinggi2 cukuplah harga diri mereka setakat itu. Jika pemain2 baru yang hendak masuk dikatakan bakal' membunuh pemain seperti Denilson Diaby Fabianski Randall, jadi korbankan sahaja mereka. Arsenal perlu bersyukur kerana musim ini telah tamat di sini kerana kalau masih panjang, tak tahu ke mana hala tuju kita. Ternyata pemain2 kita dah tak boleh handle.Yang gua paling simpati adalah RVP , tatkala pasukan dah macam entah hape2 dia terus berusaha sedaya upaya dan masih mampu menjaringkan gol tapi bola sepak adalah sukan berpasukan, nak tak nak dia kena ambil bahagian dalam kegoblokan ini. Lihat sahaja rekod selepas kita tewas kepada Birmingham (tahniah encik Alex, anda relegated, bilakah agaknya kita bertemu lagi) dalam Carling Cup final, 2 kemenangan liga dan satu FA Cup?? Sedar tak sedar 3 game sahaja menang????!!!! Ini bukan mental calon juara...
27 | Sun | Carling Cup | N | Birmingham City | 1 | 2 |
March | F | A | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
02 | Wed | The FA Cup | H | Leyton Orient | 5 | 0 | |||
05 | Sat | Barclays Premier League | H | Sunderland | 0 | 0 | |||
08 | Tue | UEFA Champions League | A | FC Barcelona | 1 | 3 | |||
12 | Sat | The FA Cup | A | Manchester United | 0 | 2 | |||
19 | Sat | Barclays Premier League | A | W.B.A. | 2 | 2 |
April | F | A | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
02 | Sat | Barclays Premier League | H | Blackburn Rovers | 0 | 0 | |||
10 | Sun | Barclays Premier League | A | Blackpool | 3 | 1 | |||
17 | Sun | Barclays Premier League | H | Liverpool | 1 | 1 | |||
20 | Wed | Barclays Premier League | A | Tottenham Hotspur | 3 | 3 | |||
24 | Sun | Barclays Premier League | A | Bolton Wanderers | 1 | 2 |
May | F | A | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
01 | Sun | Barclays Premier League | H | Manchester United | 1 | 0 | |||
08 | Sun | Barclays Premier League | A | Stoke City | 1 | 3 | |||
15 | Sun | Barclays Premier League | H | Aston Villa | 1 | 2 | |||
22 | Sun | Barclays Premier League | A | Fulham | 2 | 2 |
Adakah skuad ini memerlukan overhaul sepenuhnya? Aku rasa belum perlu dalam maksud bukan semuanya sampah, atau Wenger sendiri boleh pikir.Sekadar touch up 3 4 posisi/pemain tapi yang paling utama adalah kem motivasi. Jika mereka rasa Malaysia bukan tempatnya musim ini kerana kita terpaksa melayan game lebih kelayakan champions league di musim yang padat musim depan, aku rela menangguhkannya asalkan Arsenal betul2 bersedia mental dan fizikal. Kedengaran di Craven cottage tadi penyokong2 mula berbulu dan tidak mampu lagi menahan sabar apabila di akhir2 perlawanan, kedengaran seperti jeritan " Spend the F***ing money!!" menggegarkan stadium.Wenger seperti biasa dengan lagak berkerutnya pasti terasa bahang tekanan jauh di sudut hatinya dia sendiri tahu, Arsenal tidak boleh sebegini lagi, sesuatu harus dilakukan. Tapi sudikah dan beranikah dia bertindak?
1 ulasan:
Denilson tu dah nk blah xyah la nk simpan lagi...bukannya dia main taraf messi pon..rosicky pon sama..almunia dah sah2 xde tempat next season...
aku yakin kalo bendtner ngan persie main forward komfem tiptop..
Catat Ulasan