Selasa, 17 Mei 2011

Protes kenaikan harga tiket di Emirates

Bukan sahaja di tanah air kita berlaku protes kenaikan harga minyak, GST dan juga barangan runcit seperti gula berlaku, kerana ketika ekonomi dunia yang tidak menentu tindakan Pihak Pengurusan Arsenal menaikkan sehingga 6% kenaikan harga tiket mengundang rasa tidak puas hati dan amarah terutama pada para pemegang pas tiket bermusim. Satu demonstrasi protes besar-besaran terhadap perkara tersebut telah pun berlangsung ketika matchday bertemu Aston Villa-home game terakhir Arsenal- dengan ribuan penyokong membanjiri hadapan armoury shop di tengah2 round about tempat aku menggumpal bebola salji suatu ketika dulu.Sudahlah 6 tahun tidak mendapat piala, kini kenaikan sehingga 6% harga memang sukar diterima terutama bagi generasi2 muda yang sudah biasa dengan era kegemilangan Arsenal di akhir 90an dulu. Antara chant2 yang dilaungkan adalah seperti "six percent ..you're having a laugh!" dan "We want our Arsenal back" di samping banner yang diturunkan memaparkan " Let's kick greed out of football".Ada juga yang menggersa pihak pengurusan membelanjakan segala wang dalam pelaburan mendapatkan pemain yang lebih berkualiti. Tapi ada jugak komen yang menunjukkan kehampaan terlampau apabila segelintir berpendapat Arsenal sepatutnya dari awal lagi tidak patut berpindah dari Highbury.

Secara peribadi kita sebagai penyokong harus menerima period yang sukar ini dan anggap inilah pengorbanan awal yang terpaksa kita terima dalam melangkah ke satu era baru dengan stadium yang baru , bukan mudah membina sesuatu terutama membina dinasti walaubagaimanapun kenaikan harga tiket mendadak seperti yang berlaku juga sepatutnya dikaji dan mendapat persetujuan semua pihak terlebih dahulu. Yang paling penting, ada sebahagian penyokong yang bernaung di bawah Arsenal Supporters Trust, salah satu bahagian pemegang saham Arsenal jadi mereka ada hak untuk tahu ke mana duit mereka dan bagaimana ia dilaburkan. Wenger yang mempunyai master dalam ekonomi seperti yang kita tahu, cuba untuk membina satu Arsenal yang stabil baik di atas padang mahupun di bilik mesyuarat jadi dalam masa yang sama dia sepatutnya mempunyai suara dalam memastikan satu pengurusan kelab Arsenal FC yang lebih telus demi kebaikan bersama.



Dalam sibuk2 pemain2 meminta maaf di atas kesuraman musim di laman sosial tweeter, Arsenal masih sempat dikaitkan dengan beberapa pemain baru.Antaranya dalam jualan mega sale yang bakal berlangsung di West Ham, kita tidak dapat lari dipisahkan dari gosip Scott Parker. Sementara itu Denilson dan Rosicky dikhabarkan dalam pertimbangan dibenarkan menemui jalan keluar bagi membuka ruang kepada nafas2 baru.Kita bakal mendapat berita atau gosip2 yang lebih banyak lagi.Mungkin satu summer yang bakal sibuk di Arsenal.


0 ulasan: