Isnin, 23 Mei 2011

Highlights : Fulham vs Arsenal..



Geram dan kecewa punya pasal, lupa gua nak sentuh tentang tackle Zoltan gera yang mengundang kad merah semalam. Seperti mana kita ketahui Fulham kini berada di 2 tangga teratas fair play dan memungkinkan mereka mendapat slot ke saingan eropah musim depan, tapi tackle seperti Gera ke atas mael yang baru pulih dari kecederaan jangka panjang adalah satu tackle ancaman kerjaya. Mael terlepas dari malapetaka buruk kerana cepat respond kalau tidak, malang memang tidak berbau. Maka dengan itu, nasib slot Fulham berlum terjamin kerana Blackpool dan Ian Holloway sedang mendahului table fair play walaupun relegated. Table masih belum di finalized sehingga Khamis ini dari pihak UEFA. Aku simpati dengan Holloway terutamanya kerana mentaliti dan corak permainan bola sepak yang cuba ditonjolkan sepanjang musim terutama dalam saingan BPL adalah satu contoh yang patut dibanggakan,berani, konsisten dan wajar diikuti. Tidak salah mungkin kalau aku katakan Holloway dan Blackpool tidak selayaknya berada pada situasi sekarang.

Bercakap tentang fair play, kita mempunyai rekod yang agak teruk dengan 65 kad kuning dan 6 kad merah melayakkan kita terperosok di tangga ke 17 bersama Bolton.dan kita adalah pasukan kedua mendapat kad merah tertinggi di belakang WBA dengan 7 kad merah. Anda boleh buat persepsi sendiri, sama ada pemain kita tak cukup matang mengawal tekanan atau Arsenal menghantar mesej sudah bersedia bermain fizikal atau budak2 Arsenal nak tunjuk tak makan dek buli atau pun sifat komplot pengadil yang memihak atau seperti biasa kerja tangan2 ghaib.Anda pilih sendiri...


0 ulasan: