Rabu, 25 Mei 2011

Pre Season : Cuti2 Malaysia..





Tidak perlu lagi aku ulaskan kerana rata2 di sini sudah sedia maklum akan kehadiran pasukan kesayangan kita beraksi menentang pasukan kebangsaan yang kita cintai. Masing2 sudah tidak sabar lagi mahu menggegar bukit Jalil 13 Julai ini setelah kali terakhir membenam Malaysia 2-0 12 tahun yang lepas. Ada yang sudah pikir nak pakai baju apa, ada yang sudah pikir macam mana nak menyelinap masuk ke sesi latihan, ada yang sudah pikir nak amek sign Eboue dan Denilson, ada yang nak serbu terus KLIA 11hb, pendek kata kebanyakannya teruja. Namun 13 Julai jatuh pada hari rabu bersamaan hari kerja jadi ada jugak yang pk nak bagi alasan sakit apa untuk MC sambil bersiap sedialah dalam menempuh kesesakan, cuma itu yang agak menjadi persoalan kenapa mereka tidak memilih mengadakan pada cuti hujung minggu,Apapun memetik petikan dari mStar Online :

Tiket bagi perlawanan Malaysia-Arsenal akan mula dijual pada 27 Mei ini dengan harga RM58, RM68 dan RM108, manakala tiket VIP yang bernilai RM388 terhad kepada orang ramai di cawangan butik Nike terpilih dan cawangan Ticketpro di seluruh negara atau telefon hotline Ticketpro 03-78807999 atau tempah melalui laman web www.ticketpro.com.my.

Berkenaan isu baju atau t-shirt Arsenalaysia, pihak kami pun belum sempat melihat design tersebut.Walaubagaimanapun, Terimakasih kepada Encik Jusa yang bersusah payah menghandle design dan perkara ini dan jika dapat hantarkan kepada email blog, Insha Allah kita dapat postkan dan berkongsi bersama.

Selepas Malaysia, China pula akan menjadi destinasi pilihan Arsenal dalam Asan Tour edisi 2011 -namun tarikh belum ditetapkan- sebelum pulang berjuang dalam kejohanan Piala Emirates.


Pre-SeasonFA
13JulAdd to CalendarPre-season FriendlyAMalaysia XI20:45
(This match kicks-off at 8.45pm local time)
30JulAdd to CalendarEmirates CupHBoca Juniors16:20
31JulAdd to CalendarEmirates CupHNew York Red Bulls16:20


Dan Arsenal akan terpaksa mengharungi kelayakan UCL, dengan 1st leg dijadualkan berkemungkinan di pertengahan minggu kedua liga bermula. Antara calon2 yang kelihatan akan menjadi penghalang adalah pasukan seperti PSG, Udinese, Rubin Kazan, Twente atau satu lagi pasukan dari pemenang pusingan sebelumnya. Undian UEFA akan dijalankan pada 5 Ogos. 



AugustFA
16/17Add to CalendarUEFA Champions LeagueNPlay-off Round 1L
23/24Add to CalendarUEFA Champions LeagueNPlay-off Round 2L

Ya kembali ke ruangan paling disukai ramai. Gosip kak jah aka Rumors. Ada berita2 kita semakin hampir mendapat signing pertama iaitu pemain muda Argentina di posisi tengah/AM iaitu Ricardo Alvarez dari kelab Velez Sarsfield.  Aku pun tak berapa nak ambek pot selagi ia tidak secara rasmi tapi atas permintaan rakan2, apa salahnya bergosip ye tak. Kerana kita pun tak tau Arsenal mana yang dimaksudkan sama ada Arsenal FC atau Metro.co.uk yang mencanang2 berita ini tersalah, mungkin Arsenal De Serandi dari Liga Argentina yang satu lagi tu. Lagipun masih segar dalam ingatan tabloid yang sama ini jugaklah yang membawa berita Joe Cole ke Arsenal adalah satu perkara yang sudah pasti pada summer musim lalu. Itulah susah siket nak syok awal2.Tapi apa pun pemain 23 tahun ni mmg ada ciri2 Wenger punya signing, muda, murah, orang tak berapa kenal, laju, control ball smart, wenger boleh suka2 convert jadi winger, tapi itulah, cuma tunggu dan lihat.






2 ulasan:

Nadira R berkata...

muda, murah, orang tak berapa kenal, laju, control ball smart, wenger boleh suka2 convert jadi winger..

LOL

Sofea berkata...

keke ko pun dah tau ciri2 wenger nak kan.. hehehe muda, murah, orang tak berapa kenal, laju, control ball smart,