Rabu, 31 Ogos 2011

Lagi transfers menjelang deadline day

Setelah berjaya mendapatkan Kapten Korea Selatan, nafsu membeli Arsenal tidak terhenti begitu sahaja. Arsenal masih aktif terutama dalam pencarian di bahagian pertahanan. Oh ya sebelum terlupa seperti yang diberitakan melalui Twitter tadi, Armand Traore melengkapkan perpindahan ke QPR dengan anggaran pakej selama 3 tahun, Gua lagi frust yang ini daripada -hari ini Nasri main dan lusa pindah. Ini, -semalam main, kene belasah kaw2 esok terus dibenarkan pergi medical!? kecewa.Kecewa maruah kita digadai begitu sahaja diletakkan pemain yang tiada lagi perasaan dan nawaitu berjuang, satu lagi man management yang teruk dari pihak pengurusan. Tak ada player lagi? Aku prefer Ignasi Miquel diturunkan dan Kos diganjakkan ke LB, paling koman pemain muda Spanyol itu menunjukkan boleh effort yang lebih.

Dan seakan pasti pemergian Traore meninggalkan Gibbs keseorangan. Arsenal pasti sudah ada backup plan jika berani menjual Traore. Itulah sebab rumors mendapatkan LB warga Brazil dari Fenerbahce berumur 28 tahun Adre Santos ini ada asasnya. 22 cap internationaleleh, Arsenal dianggarkan akan membayar sebanyak 7M bagi mendapatkan khidmatnya. Angin bertiup kencang dari Turkey,  Santos akan hadir menjalani medical hari ini.Tgk gol2nya lagi banyak dari Clichy tapi defensice element yang kita lebih dambakan sekarang.



 
Dan kalau benar seorang lagi pemain yang akan menjalani medical adalah highly profile Per Metersacker. Arsenal dilaporkan dah bosan menunggu harga  Cahill yang dikatakan overpriced, Wenger lepas bid kene rejected hari tu pun balas balik pada presiden Bolton ."kalau ko tak mau jual , ko boleh simpan" , menguatkan andaian Wenger dah merajuk dan cari barang import pulak. Kapten Werder Bremen yang tinggi lampai ini dianggarkan bernilai 10M. Tapi ada ura2 ia bukan pilihan utama Wenger kerana ada yang cakap dia ni agak slow dan mungkin susah nak cope dengan gaya Arsenal. Slow tu mmg kelemahan kalau asyik selalu main high line defends, kadang2 kene sedar bukan semua situasi kita perlu taktik yang sama memanjang. Gua pedulik apa masa ini,  yang penting signing tembok Jerman ni boleh menghantar mesej pada rival2 kat luar sana tu, Arsenal masih nak main bola. Jadi tak jadi dia boleh main kat sini kita cari kambing hitam kemudian.kah3.Asalkan dia lagi bagus dari Laci dan Johan. Ketika internationaleleh ni Per berada dalam kem Germany tapi pengurus skuad kebangsaan Joachim Low mengesahkan,
''Per contacted me last night and informed me (about Arsenal's interest). I told the player that I would release him for the day.''
 Jadi Park kompom, Santos, dan Per seakan pasti. Nama2 yang kini berlegar2 adalah Si Israel Benayoun yang gua tau ramai berdoa agar ini tak jadi kenyataan, selain rakannya di Chelsea Alex dan Malouda. Gary Cahill di sebalik rajukan Wenger, masih diintai2 jika Arsenal gagal mendapatkan Per Mertesacker.

Esok transfer deadline day, mungkin aku tak dapat nak update di blog buat beberapa hari Tapi akan ku cuba membuat liputan tentang rumors dan signing2 deadline day di Twitter.Selamat kunjung mengunjung dan berhati2 di jalan raya.

Agi idup agi mengGunners!!


Arsenal sambar Pak Cu Muda




  'Itulah padah jika bermain-main dengan Arsenal.player harga 20M ko letak 35M' bisik hati kecil Gazidis.Presiden Lille adalah orang yang paling ragu2 dan frust menonggeng sekarang ini setelah melihat target transfer mereka yang sudah seakan2 pasti , 'dihijacked' oleh Arsenal pada saat2 akhir.  Michael Seydoux menyelar tindakan pemain Monaco ini yang tidak tampil pada sesi medical yang kedua untuk hanya mengetahui dia telah mengosongkan hotel dan diterbangan ke London mendenger prospek projek yang lebih baik dari mulut Wenger. Dan hari ini dia telah bersetuju untuk menyertai Arsenal dengan kedua2 kelab mendapat kata sepakat. Wenger tak terlepas dari menjadi tempat Seydoux melepaskan geram, jadi jangan harap selepas perkara yang berlaku, Hazard akan diserahkan begitu mudah selepas ini, buat sehari sahaja lagi, aku rasa kita boleh tutup cerita Hazard, Lille tak mungkin menjual kepada kita lagi..

Baik cerita tentang player yang dah ada depan mata, Park Choo Young atau Pak Joo Young aka Pak Cu Muda merupakan striker Monaco sejak 2008 dan kapten Korea Selatan mengambil alih dari sepupu tirinya , duri Arsenal, Park Ji Sung.. Wenger cakap dia akan sign seorang striker yang berpengalaman dan lebih bagus dari apa yang kita ada. Berpengalaman?  3 tahun berkelana di France dengan 25 gol dalam team yang struggle dan akhirnya relegated musim lalu. Kalau nak kira ratio golnya taklah memberangsangkan tapi perlu ingat, di Monaco dia hanya beraksi sebagai lone striker dan jarang2 mendapat bantuan dari bahagian tengah jadi 12 gol musim lalu merupakan satu bonus individu. Jika tidak masakan juara liga mereka sendiri berusaha keras mendapatkan tandatangan, selain itu, Alex Ferguson pernah mengakui memonitornya dahulu dalam satu freindly United vs FC Seol.. Di korea 23 gol dari 69 perlawanan pada usia sebegitu muda, something special? 53 cap antarabangsa bersama Korea Selatan dan 17 gol. Henry , Adebayor adalah belian Wenger dari Monaco, Wenger sendiri pernah bertugas di Monaco.

Bekas pemain muda terbaik Asia 2004, dan kini berumur tempoh matang 26 tahun sesuai untuk diresap terus ke pasukan utama. Lebih baik dari apa yang kita ada? belum pasti sebab tak melihat aksinya lagi, mari sama2 harap dia lebih berguna dari Bendi dan Chamakah. Tapi yang pasti dia lebih bijak dari mereka berdua dengan IQ yang bestari setinggi 150. Ditambah lagi Orang2 Korea memang terkenal dengan semangat kuat dan usaha gigih jadi work rate dan determinationnya atas padang 100% amat ditagih, never give up attitude.

Cuma yang menjadi persoalan masalah ialah dia masih belum menjalani 'kem PLKN' korea Selatan yang mana termaktub dalam syarat2 negara mereka, semua pemuda harus terlibat dalam latihan2 ketenteraan ala wataniah sebelum berumur 28, sebagai semangat jati cintakan negara. Oleh itu bermakna Park terpaksa pulang pada 2013 jika tidak mendapat sebarang pengecualian-jarang benar, kecuali kes2 tertentu dan istimewa sahaja seperti pasukan korea yang layak ke semi final world cup, jika tidak kena hantar bini sebagai wakil dan si Park ni pulak memang terkenal dengan cerita sayang bini jadi memang susahlah nak hantar wakil macam tu.



Gua jugak rasa dengan IQ yang tinggi dia mungkin lebih cepat matang dan mampu membuat keputusan rasional dalam dan di luar padang seperti memilih Arsenal berbanding Lille. Semangat tak putus asa juga penting kerana IQ dapat mengawal perasaan dan emosi seseorang.

"I am very honoured and I feel very happy to be at Arsenal. It is a dream to be here and I am really proud to be an Arsenal player. Now I just want to show how good I am and prove myself.In my opinion this is a great club, now I have to show what I can do on the pitch. I will do my best, I will never give up, I will show heart, I will give everything and I hope [the fans] will support me."

Kehadiran Park sedikit sebanyak bakal meringankan beban yang ditanggung RVP dan dengan Gervinho sebagai supplier, kita mungkin akan dapat kembali seorang poacher berkualiti selepas Eduardo. Park akan memakai Jersi no 9 Peninggalan Eduardo,dengan nama J.Y Park di belakang. Harap tiada badi lagi selepas ini, Anelka,Jeffers,Reyes, Baptisata, Eduardo. Let's hope we'll have a nice run in the Park!!!


Isnin, 29 Ogos 2011

Aesenalaysia on Twitter



Walaupun agak ketinggalan zaman, kini Arsenalysia mula berjinak2 mengorak langkah ke laman twitter bagi mempereratkan dan mempermudahkan komunikasi dan perkongian emosi serta informasi. Anda boleh ikuti twitter di account @Arsenalaysia_OF. '_OF' kiranya official kerana nama Arsenalaysia telah digunapakai.huhu.

Dan berita yang baru masuk dan mengecewakan adalah Armand Traore yang menyambut hari raya esok bakal berhijrah ke QPR.Difahamkan dia akan menjalani medical. Bukan sedih atas pemergiannya tapi sedih dan kecewa mengapa pemain yang tidak komited telah diberi tanggungjawab untuk bermain satu match besar, (kemunculan liga pertama dalam 15 bulan) walaupun sudah mengatahui dia bakal berpindah. Satu lagi kelemahan management , menurunkan pemain yang tidak benar2 fokus. Memang benar kita kekurangan pemain, tapi tiada alasan, Mungkin tak ada beza sangat letak komited Ignasi Miquel di CB dan ganjakkan dan Kos di sebelah kiri, tapi sekurang2nya kita boleh elak pemain yang tak ada jiwa terlibat membina salah satu sejarah terburuk kelab.

Seperti yang diungkapkan semalam, away fan kita memang membanggakan. Dan titik peluh dan air liur jeritan mereka mendapat perhatian kelab yang rasa betul2 bersalah atas kemaluan yang dasyat semalam. Dengan itu, mereka rasa terpanggil untuk membalas budi serta kepercayaan dengan menawarkan diskaun bagi match2 away terpilih mendatang. Aku lebih suka kalau selain diskaun, mereka menghadiahkan kemenangan dan tunjuk effort yang lebih di atas padang bagi menampakkan mereka -pemain- benar2 peduli tentang Arsenal FC.

Agi idup Agi MengGunners!!


Eid Mubarak

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Bersempena dengan pemergian bulan Ramadhan yang suci dan ketibaan bulan Syawal yang mulia ini, Arsenalaysia ingin menyusun jari jemari memohon ampun dan maaf atas segala typo, atau perkataa2n yang terguris hati para pembaca sekalian. Buat semua umat muslim, Sambutlah Aidilfitri dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan lupakan seketika kekecewaan dunia ini, dalam masa 2 minggu sebelum kita bertemu kembali di padang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

GNR,
Arsenalaysia.


Post match :Open house di Old Trafford, Lauk Raya



Segalanya telah tetulis. Di atas kertas team sheet sebenarnya sudah awal2 lagi tertulis agak sukar membayangkan 2nd string Arsenal mendapatkan sesuatu di Old Trafford terutama pertahanan yang begitu sampah sekali. Tapi itu bukan lagi alasan, kerana Fergie jugak menurunkan barisan muda,ketika bab2 muda ni lebih ditujukan pada Wenger tapi akhirnya, United telah membuktikan secara praktikalnya, projek belia Wenger gagal manakala mereka mengadunkan pengalaman dan modus operandi yang sepatutnya. Namun perlu diingat, ini bukan Spuds, Leeds, QPR, Milwall atau swansea yang berkunjung ke Manchester ini adalah Arsenal! susah membayangkan pasukan2 bawahan lain datang dan dibelasah dilaukkan dengan begitu mudah bagai training session jika tidak kerana taktikal yang memakan diri sekali lagi , ya kali ini aku boleh katakan, malam ini Wenger kini delusional.

Berulang2 kali pengulas menyebut tadi tentang damage limitation. gua ingat tadi dengan barisan pemain yang serba serbi lembik di setiap posisi, ada back up plan mungkin kalau dilihat tak menjadi bolehlah datang untuk park the bus, tapi kita masih slumber konon nak gungho dengan Wengerball, main high line defensive, memang menyerahkan leher untuk disembelih.Aku menunggu kononnya ada perubahan taktikal di separuh masa kedua tapi habuk pun tak nampak.

Bagai melihat persembahan badut2 sarkas pertahanan kita malam tadi. Tanpa Song, Frimpong, Coquelin masih tak boleh harap. Johan? Traore? a disaster in the making. Dibantu dengan hatrick kad merah kita, rekod baik ni, 3 kad merah dalam 3 perlawanan berturut2 start dari mula liga. Carl Jenkinson, simpati gua pada dirinya yang tak pasal2 main di peringkat tertinggi dan dapat pengajaran yang cukup berguna. Itu belum kira Arshavin yang sepatutnya awal2 lagi perlu dapat kat merah.Koscielny, useless tanpa Mael. Badi kita dah mula kelihatan ketika pemain paling under pressure bagi United, De Gea tiba2 jadi hero selamatkan penalti kapten kita.Walcott dan RVP bawak pulang saguhati sebelum masing2 dikeluarkan, mereka pun pasti fikir, "apa lagi aku buat dalam team macam ni"- satu situasi yang perlu Wenger pikir2kan agar tidak lagi ditinggalkan.


Barisan tengah yang ternyata mati, tiada kreativiti.Rosicky takde directness Gervinho, Rambo tak ade hati keras Wilshere.Di separuh masa kedua dalam 20 minit kita nampak seperti ada nawaitu untuk usaha tapi segalanya2 dikecewakan oleh defending kita. defending satu unit, itu yang ditagih dironta2 dari awal2 lagi kalau boleh berguling2 macam pendekar mustar tu "alahai..." gua dah lama buat depan Wenger.Defending set piece. Rooney mungkin boleh jadi antara player yang pertama,aku tak tau dah pernah orang buat ke belum, score hat-trick melalui free kick. Walaupun gol ketiga dia melalui situasi bola mati jugak, penalti. Sekali lagi, tak ada apa2 perubahan dari set piece defending kita konon seperti dijanjikan, fizikal katik2 jugak langsung tak membantu benteng. Siapa yang beli Szczesny dalam fantasy pun, gua tak tau brapa point dia malam ni. Kesian. 12M Chamberlain tak kelihatan, tak boleh nak salahkan mamat debutan ni sepenuhnya kerana muncul pada hari yang salah di tempat yang salah. Kesian.

Lengkap segalanya malapetaka, badi dan pengajaran buat Arsenal. Kenduri di Old Trafford, Arsenal menjadi lauknya. United memberi pengajaran berguna, harap2 Arsenal ambil iktibar dan buatlah sesuatu yang rasional sementara masih sempat agar tidak menyesal di kemudian hari. Aku cakap tadi season kita masih belum bermula dan terumbang ambing sehingga deadline day, oleh itu, season kita juga belum berakhir. Terima apa jua kritikan dan sinisan. Aku hidup menyaksikan Arsenal tewas 6-1 di Old Trafford pada 2001,air mata gua boleh nak mengalir time tu, aku jugak hidup malam ini menyaksikan kita diajar cukup2 8-2,hanya senyuman sinis mampu diukirkan. Tapi tetap gua tak pernah jemu mahu menyokong Arsenal. Simpati pada away fan di sana, tapi bangga dengan sokongan mereka yang menunggu hinga wisel penamat.Salute. Sejarah berulang, kita pernah tewas besar, kita sudah tewas besar malam ini, kita pernah relegated zaman dahulu kala, tak mustahil ia tak boleh terjadi, kita pernah juara , juara yang tidak pernah tewas,Jadi jangan tak pernah percaya, mungkin satu masa nanti zaman kegemilangan itu akan kembali. Bersabarlah melalui period ini, kita yang memilih untuk menyokong pasukan ini, kita yang memilih jalan ini, We are Arsenal...

Agi idup agi mengGunners!!


Ahad, 28 Ogos 2011

The Young Stroy :

Young Guns vs Young Devils + Park Choo Young. Tap harap jangan plak Ashley Young score malam ni.

Arsenal meneruskan perjuangan sebentar sahaja lagi. Tanpa pemain2 utama dan juga skuad yang lengkap kerana signing business kita belum selesai, pada aku musim Arsenal lebih bermula selepas tamat transfer deadline ini. Tapi tak bermakna perlawanan yang penting ini dan penuh nostalgia, sejarah serta fakta2 menarik ini boleh dipandang sepi begitu sahaja. Kemenangan pasti menjadi tonik di sebalik permulaan yang kurang memberangsangkan dalam liga walaupun kita berjaya menepis andaian2 buruk di Eropah.Sagna demam, Mael tak fit, Gibbs Wilshere masih injured Song gervinho masih dalam hukuman.Siapa yang ada kita sokong.

---------Szczesny----------
Jenkinson---Johan--Kos---Traore
---------Coqueling-----
Ramsey-------------Rosicky
Walcott---RVP-----Arshavin---

Cerita pasal Arsenal new number 9 , Park Choo Young? akan kuupdate bila berkesempatan.

Agi idup agi mengGunners!!

817 Astro.11pm Arsenal 1 United 0.


Sabtu, 27 Ogos 2011

Situasi sebenar tentang bidaan Gary Cahill

Arsene Wenger dalam pre match press conference nya memberi bayangan dia masih memerlukan 3 lagi signing muka baru sebelum trasfer windows ditutup. Kekurangan depth dalam skuad Arsenal telah disyaki Wenger terutama bila tiba Piala Afrika Januari nanti yang meyaksikan Arsenal mungkin terpaksa melepaskan Gervinho dan Chamakh, maka option dalam serangan menjadi buruan terbaru yang diakui setelah posisi pertahanan, dan tengah pernah diura2kan ditagih walaupun sampai ke hari ini terpaksa bersabar.

"We lose Gervinho and Chamakh together so, first of all, it is important to strengthen up front. It is important that we find one midfielder and one defender as well. So we are still short of three bodies."

Dan terbaru berkenaan pertahanan, kita nampaknya telah memulakan langkah. Setelah gagal dan fed up memancing Jagielka, kita beralih arah ke defend Bolton, Garry Cahill. Pemain England ni dah lama ada dalam radar dan rumors pun dah lama melekat tapi tak ada sebarang pergerakan concrete dipahamkan sebelum ini. Namun akhirnya, pihak Bolton telah bersuara memecahkan rahsia bahawa satu bidaan 6M telah dibuat terhadap Cahill, satu jumlah yang dikatakan agak 'menghina' Cahill dan Bolton sendiri pada pandangan pengerusi mereka, Phil Gartside. Arsene Wenger lantas menjawab apabila diajukan persoalan tersebut, dia tidak menafikan Arsenal membuat bidaan tapi tidak mengiyakan jumlah bidaan yang dikhabarkan seperti penerangannya dalam klip di bawah.



Pada aku jika benar 6M mungkin satu value yang agak rendah kalau dibandingkan dengan keadaan market sekarang. Seperti rumors, Bolton meletakkan 17M, itu memang tak masuk akal sebab kes overprice English player. Wenger menafikan serendah 6M, mungkin 7-10M. Itu pada aku dah cukup bagus dan berbaloi bagi pemain yang tinggal setahun lagi kontrak. Bolton pun tengah terdesak kewangan, hanya mampu pinjam sana sini, terbaru mereka mengesahkan signing secara pinjaman pertahanan manchester City Boyata. Tanda2 mereka bersedia melepaskan Cahill? Kalau Mael yang sebagus tu pun kita boleh dapatkan dengan 10M, takkan kita nak beli lebih2 sangat daripada harga itu. Standard laa bukak bid rendah2, ini memang modus operandi Arsenal fc.Aku percaya Arsenal akan datang ketuk pintu Bolton sekali lagi. Tidak terkejut jika kita tunggu last minit transfer day deadline, 8M + Bendi atau 12-13M mampu membuatkan Bolton terima.

Tapi Arsenal perlu pantas, Liverpool juga sedang dalam proses mencari CB, dan jugak kalau Mancini masih tak berpuas hati dengan corak pertahanannya, jika City sertai bidaan, kita semua tahu siapa yang mendahului dengan kemewahan dunia..

Agi idup agi mengGunenrs..


Jumaat, 26 Ogos 2011

Undian UCL : Ini baru berbaloi bangun pagi!!


Arsenal telah diundi dalam kumpulan F bersama juara liga Jerman musim lalu Brossia Dortmund,Marseille dan Olympiacos. Peluang Arsenal nampak seimbang antara pasukan2 lain dan pastinya selepas debaran bertemu Udinese, Arsenal perlu menjangkakan saingan yang lebih sengit dan mencabar dari ketiga2 pasukan ini. Sekurang2nya dengan undian grouping yang mencabar ini , berbaloi jugaklah kita nak bangun pagi2 untuk melihat aksi bola sepak yang menarik!Perlawanan pertama akan bermula 12 September ini. Kita tunggu pula jadual lengkap bagi Arsenal!


Agi idup agi mengGunners!!




Khamis, 25 Ogos 2011

Post match : Arsenal teruskan tradisi.

KahKahKah.. fan arsenal tak passionate? kalau tak masakan masih sampai ke Udinese, apa 60ribu orang kat Bukit jalil itu hari tunggul?orang2 luar Eropah yang mengembara ke Kota London semata2 nak singgah Emirates itu dikatakan apa pulak? Lu jangan bazir masa gua la.Samir Old Story..Bab passionate tak passionate, player pun ada kriteria jugak boleh dipersoalkan, lu ingat orang macam Di Natale tu tak layak ke pergi kelab besar, melihat pemain berkualiti macam tu masih cuba memimpin kelab2 kurang popular dalam Serie A menunjukkan passionate sebenar dari segi pemain! jangan sesekali memperolokkan sokongan yang pernah diberi.

Maaf sekadar salingan, pembuka bicara. Berbalik pada pertemuan malam tadi yang penuh mendebarkan tapi akhirnya kita berjaya melalui rajau, sedikit sebanyak dapat meredakan mulut2 pengkritik tetap. Dalam masa 24 jam, kita memperoleh hampir 40++M hasil jualan so called the most passionate player, dan juga hadiah 18M kelayakan ke liga juara2 eropah. Arsenal hadir dengan deposit sebiji gol Walcott, namun kita dipaksa berpeluh sakan, menggigit jari, lutut tergegar2 memecah tumit, maggie kembang, setelah melihat Di natale yang sememangnya pemain paling bahaya mereka berjaya menembusi gawang Arsenal pada separuh masa pertama. Namun fokus, cool dan calmness menjadi kunci kita tak terbawak2 dengan moral yang pastinya tergugat setelah Udinese menyamakan agregat. Turning point pastinya adalah penalti save Szczesny yang jelas melunturkan terus semangat melawan Udinese terutama ketjaman Di Natale.

Pada separuh masa pertama Arsenal bagai hilang idea, segala macam hantaran2 dapat dibaca dan kita gagal memanipulasi wide area dengan Gervinho dan Walcott dah bertukar2 side pun masih tak de final ball. Game plan kita dapat diafahami iaitu keep tight dan jangan bagi Udinese ruang, itu ditonjolkan dengan kehadiran 2 sosok fizikal Song dan Frimpong bagai bonzer di tengah padang.  Foul demi foul daripada kedua2 mereka membuatkan para penyokong away memejam mata tidak ingin perkara yang memudaratkan berlaku. Ketangkasan Handanovic juga mengecewakan peluang2 terbuka dimiliki Walcott dan RVP

Tapi selagi kita tak mencari gol tambahan agregat, dan Udinese merasa ada home advantage, ia takkan pernah selamat buat Arsenal. hantaran chip yang baik punya dari Pinzi singgah betul2 di kepala Di Natale yang dibiarkan Johan merayau2 keseorangan dalam petak penalti. Sekali lagi kita dihukum dek kealpaan benteng pertahanan. Macm mana boleh terlepas marking satu2nya pemain yang mampu memberi ancaman. Ini satu jenayah.

Namun jangan menafikan kredit sub Thomas Rosicky yang dibawa masuk Wenger pada separuh masa kedua, menyuntik sedikit kreativiti. Lariannya semalam ketika Gervinho menggelecekdi sebelah kiri sebelum melorongkan bola ke tengah, telah  membuka ruang buat RVP merembat masuk.Gol penyamaan itu jelas menyentap semangat Udinses yang tahu mereka terpaksa mencari lagi 2 bijik gol untuk layak.Tak payah tunggu lama, beberapa minit lepas tu bagai bulan jatuh ke riba bagi Udinese, tak pasal2 dihadiahkan sepakan penalti, kononnya Mael kelihatan menampar bola sebelum Rosicky menyepak keluar. Nasib Arsenal, maruah dan duit 18M ketika ini boleh kata bertul2 bergantung pada tangan Szczesny. Katakan jika Udinese mampu menajringkan penalti, mereka pastinya berasa masih ada harapan untuk mengasak dan mencari yang ketiga. Di Natale penjaring terbanyak serie A diberi tanggungjawab mencipta sejarah buat Udinese, Tapi Szczesny yang step up dengan cemerlang melayangkan badan menepis untuk orang supaya tidak terpikir2 sangat sejarah kegemilangan lampau kerana, permulaan baru sedang dalam proses.Pairing yang biasanya di sebelah kanan beralih arah dalam satu pergerakan di sebelah kiri.Satu dua Walcatt dan Sagna melincirkan Walcott melepasi full back dan pertahanan Udinese sebelum memerangkap Handanovic dengan memilih sudut yang sukar. Gol yang sudah mengecop Arsenal secara psikologi sebagai pasukan pilihan untuk mara. Sehingga wisel penamat, tiada sebarang unexpected berlaku.Arsenal mara buat kali ke 14 berturut2! Sorry Spuds..

Dengan layaknya Arsenal , maka kita sama2 terlibat dalam undian menentukan kumpulan yang bakal berlangsung awal pagi besok. Lebih menarik, kita diletakkan dalam port one, sebagai antara 8 pasukan pilihan berdasarkan rekod dan points pencapaian Eropah kita selama ini. Undian tidak membenarkan sebarang kelab bertemu dengan kelab dari port yang sama, begitu juga dari negara yang sama. Ini bermakna sekurang2nya hype tentang cerita2 hangat 'kepulangan2 pemain'  tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Pot One:
Barcelona
Manchester United
Chelsea
Bayern Munich
Arsenal
Real Madrid
FC Porto
Internazionale

Pot Two:
AC Milan
Lyon
Shakhtar Donetsk
Valencia
Benfica
Villarreal
CSKA Moscow
Marseille

Pot Three:
Zenit St. Petersburg
Ajax
Bayer Leverkusen
Olympiakos
Manchester City
Lille
FC Basel
BATE Borisov

Pot Four:
Borussia Dortmund
Napoli
Dinamo Zagreb
Apoel FC
Trabzonspor
Genk
Viktoria Plzen
Otelul Galati

Siapa lawan pilihan anda? Agi idup agi mengGunners!


Rabu, 24 Ogos 2011

Teori konspirasi Wenger vs Board

Wojciech Szczesny
Lukasz Fabianski
Carl Jenkinson
Bacary Sagna
Thomas Vermaelen
Johan Djourou
Armand Traore
Ignasi Miquel
Andrey Arshavin
Emmanuel Frimpong
Gervinho
Aaron Ramsey
Alex Song
Theo Walcott
Tomas Rosicky
Alex Oxlade-Chamberlain
Marouane Chamakh
Robin van Persie

Inilah barisan kita ~ Nasib Arsenal awal pagi nanti akan ditentukan oleh nama2 di atas. Bukan pada F&N. Eloknya, yang sudah tu sudahlah , Tidak perlu hilang fokus. Sama ada saingan Champions League atau Europa, maruah Arsenal dibawa oleh pemain2 ini di atas padang,  dan juga digalas oleh pemain2 yang terpaksa ditinggalkan akibat kecederaan. Suka atau tidak, inilah realiti setakat hari ini. Memang setiap penyokong memiliki hak untuk melahirkan pendapat dan emosi dengan cara masing2, itu sebahagian daripada lumrah hidup. Kerana lumrah jugak Arsenal terpaksa kelihatan pasrah dek kerana negativity yang menggila sekarang ini diserang bertalu2 melaui media. Jika aku ingin memilih jalan senang, aku hanya mengikut flow, ikut rentak mereka mengulang2 apa jua brainwash yang cuba mereka resapkan. Aku pikir aku boleh buat lebih baik dari itu, cuba untuk optimis walaupun tahu halangan yang menunggu, banjaran panjangnya. Tapi bukan bermakna tidak boleh mengkritik Wenger, Board mahupun pemain, Tidak dinafikan masing2 bertanggungjawab atas situasi Arsenal sekarang ini. Ya, Termasuk aku sebagai penyokong. Jika ada satu entiti cuba untuk merasai jasadnya sebahagian daripada keluarga, cukup dengan cara melafazkannya, tapi jika entiti itu cuba untuk merasakan jiwanya sebahagian daripada keluarga, haruslah dia menyelami setiap hati dan perasaan setiap ahli2 yang lain.

Cuba menyelami permasalahan Wenger, pasti ada sebab mengapa orang tua ini begitu degil dan liat sekali. Ramai melihat dirinya sebagai delusional . Gua pun kadang2 sampai satu tahap pernah ada terfikir sebegitu. Tapi mana mungkin orang yang menghidap delusional disorder, nyanyuk, gila dibenarkan lagi memimpin Arsenal. Untuk itu aku mengagakkan bahawa dia dipaksa atau terpaksa berekayasa dengan segalamacam kerumitan situasi ketika ini. Aku lebih suka menggunakan perkataan 'tersepit' yang pernah aku gunakan sebelum ini utnuk menggambarkan situasi Wenger. Ada satu artikel spekulasi yang serba sedikit cuba membongkar apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir Arsenal, antara Wenger vs Board. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan tapi kita memang suka bab2 teori konspirasi ni. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Sukar untuk menafikan atau mengiyakan, situasi yang digambarkan oleh sumber dalam artikel tersebut ada logiknya.

Dengan tiba2 David Dein muncul membacking Wenger, dan memberi peringatan keras bahawa Wenger mungkin akan 'merajuk'. Seperti kita ketahui , Dein kini bersekongkol dengan Usmanov, adakah ada pakatan untuk mengambil kesempatan daripada senario semasa ini untuk mencucuk2 BOD bawah Silent Stant. Berkenaan Wenger, dia berhempas pulas membentuk team ini semenjak idea untuk berpindah dari Highbury. Pada ketika itu mereka (pengurus dan board) mungkin telah bersepakat, Arsenal perlu ubah polisi bagi menstabilkan beban kewangan. Projek ikat perut menjadi pengorbanan yang terpaksa dilalui. 5 tahun sejak pemindahan ke Emirates, secara amnya kita masih mampu bersaing di atas padang walaupun tidak sampai ke kemuncak prestasi. Dan apabila segalanya tidak berlaku seperti yang dikehendaki, Board2 hanya menghantar Wenger supaya dilihat sebagai orang yang paling bertanggungjawab dan ada full controll padahal kita tau kuasa sebenar bukan beroperasi seperti itu. Wenger bermatian cuba mengekalkan pemain2 terbaik , tapi Board bagaikan tidak ambil peduli, enggan memenuhi tuntutan gaji dengan alasan Arsenal ada struktur gaji yang perlu dihormati. Bagi mereka, mereka tahu kebolehan Wenger dalam mengorek bakat2 jadi mengapa kena kurangkan duit poket mereka untuk berbelanja lebih selagi Wenger boleh terus dapatkan permata dengan bayaran sen2.

Maka sebab itu kalau diperhatikan ada yang tidak kena dengan penjualan terutama 2 bintang baru2 ini. Ayat2 Wenger sebelum dan selepas menjual penuh kontradiksi dan seperti orang yang tewas dan pasrah, dia bagaikan terpaksa memusnahkan istana pasir yang cuba dibina , dan perlu mula kembali kitarannya.Bagi kes Fabregas, mungkin kerana memang keiinginannya, tapi dalam kes nasri ia mungkin dapat menjadi cermin cara bagaimana Arsenal menghandle transfer2 yang akhirnya, pemain jugak terpaksa akur membuat pilihan. Fabregas, dan nasri mungkin telah sedar akan situasi tangan2 ghaib , Wenger jugak tapi dia ada prinsip yang perlu diperjuangkan, siapa lagi selepas ini? Jadi mengapa tidak melawan? Mungkin sebab sudah termaktub dalam kontrak, sebarang siaran atau kata2 yang melawan arus haruslah di bawah akta rahsia rasmi seperti yang diakui Fabregas , dihalang dirinya bagi mengeluarkan sebarang komen sepanjang transfer saga.  Wenger seperti yang kita kenal sentiasa dengan madah berhelah. Itulah sebab pentingnya, ketelusan dalam segala bentuk perjuangan dan gerak kerja. Kembali kepada fan, untuk merasai mereka sebahagian daripada kelab, seharusnya kita ada hak untuk mengetahui.

Namun begitu, jangan kerana cerita2 panas tersebut sahaja Wenger ingat dia boleh selamat daripada menjadi bahan kritikan. Mungkin pairing American Bad Ass Gazidis-Kroenke dilihat sebagai dalang, tapi apa yang berlaku atas padang adalah sepenuhnya tanggungjawab pengurus dan jurulatih. Dengan pemain yang ada, kajian harus dilakukan mengenai taktiknya yang kadangkala dalam beberapa situasi kelihatan tidak lagi relevan. Umum sedia maklum tentang hal ini , jadi tidak perlu aku ulaskan rasanya untuk posting kali ini.

Yang penting sekarang sebenarnya2, Arsenal adalah sebuah kelab bola sepak. Ini bukan barang dagangan, bukan perniagaan milik perseorangan jadi demand sangat tinggi untuk melihat Arsenal berjaya di atas padang. Apa pun brelaku di belakang tabir Stan-Gazidis-Wenger-Dein-Usmanov bukan lagi alasan untuk batch Arsenal musim ini suffer. Kita masih ada pemain tunjang bertaraf dunia, ada pemain yang berpotensi, kita masih ada kuota pemain untuk diisi. Jangan biarkan segala kekusutan ini menganggugugat persiapan kem Arsenal untuk musim ini. Seantero dunia pada ketika ini, kita dah dikuburkan sebelum bertarung. Kita layak mendapat penghormatan yang lebih daripada itu sebenarnya.Pemain2 yang ada sekarang ini juga punyaai perasaan, punyai maruah dan punyai twitter. Berikan mereka peluang, siapa lagi kalau bukan kita untuk percayakan mereka. Masa untuk Redemption. This Is Arsenal!!


P/S: pre match mungkin lewat malam menyusul.. .


Selasa, 23 Ogos 2011

Tiada lagi budak ini..


Telah disahkan di laman web Arsenal.com, kedua2 kelab Arsenal dan Mancity telahpun mempersetujui rundingan jual beli Samir Nasri yang dianggarkan bernilai 25M. Nasri , 24 yang kini telah 3 tahun bersama Arsenal dibiarkan dalam kontrak tahun terakhir, tapi telah menolak tawaran baru 90k seminggu dengan memilih City yang dianggarkan menggandakan gajinya sebanyak 180k. Ada spekulasi yang mengatakan City bukan option utama Nasri, dia lebih berhajat jika dipancing, Real, Barca mahupun United sendiri tapi dek kerana Arsenal menolak tawaran 20M united dan City menabur janji2 manis, pilihan ke Eastland baginya not bad at all. Berhajat untuk kekal di Arsenal? Itu gua tak pasti, mungkin ada tapi oleh kerana tawaran yang ditawarkan Board tidak masyuk , dia memilih tiba masanya untuk berhijrah. Wenger berkata dia bermati2matian sepanjang summer ini untuk cuba mengekalkan pemain2 terbaiknya tapi dalam masa 2 minggu terakhir dia tewas, ada spekulasi mengatakan board memaksanya jual kerana satu risiko menyimpan pemain yang tidak melanjut kontrak mengelakkan musim depan dia pergi secara percuma. Paling gua rasa tertekan sekarang adalah Wenger, dia seperti tersepit, tersepit dengan board dan dunia permasalahan ciptaannya sendiri. Tahun depan tugas berat menantinya untuk meyakinakan RVP dan Walcott  atau Sagna terus bersama Arsenal.

Lihatlah pada yang positif daripada ini. Mungkin tiba masanya untuk angin perubahan. Ada tiga hasil, sama ada kita dilanda musibah malapetaka, atau kita menjadi lebih baik, atau kita sama sahaja tak berubah pun. 25M untuk pemain yang lagi setahun habis kontrak adalah satu nilai yang terbaik kita boleh rompak dari City. Adebayor, Toure Clichy kini Nasri, Pak Arab memang pemurah. Tapi sayang kita kehilangan pemain berteknikal seperti Nasri, dalam 3 tahun hanya 6 bulan pertama musim lepas formnya mencanak sebelum di hanyut dibawa arus. Pembelian 13M dari Marsseile bukanlah suatu yang sia2.Dia memberikan kita memori dan kenangan walaupun dalam impian dan harapan palsu. Terimakasih dan selamat jalan Samir Nasri.  8 hari yang tegang dan sibuk di Arsenal..

Agi idup agi mengGunners!!