KahKahKah.. fan arsenal tak passionate? kalau tak masakan masih sampai ke Udinese, apa 60ribu orang kat Bukit jalil itu hari tunggul?orang2 luar Eropah yang mengembara ke Kota London semata2 nak singgah Emirates itu dikatakan apa pulak? Lu jangan bazir masa gua la.Samir Old Story..Bab passionate tak passionate, player pun ada kriteria jugak boleh dipersoalkan, lu ingat orang macam Di Natale tu tak layak ke pergi kelab besar, melihat pemain berkualiti macam tu masih cuba memimpin kelab2 kurang popular dalam Serie A menunjukkan passionate sebenar dari segi pemain! jangan sesekali memperolokkan sokongan yang pernah diberi.
Maaf sekadar salingan, pembuka bicara. Berbalik pada pertemuan malam tadi yang penuh mendebarkan tapi akhirnya kita berjaya melalui rajau, sedikit sebanyak dapat meredakan mulut2 pengkritik tetap. Dalam masa 24 jam, kita memperoleh hampir 40++M hasil jualan so called the most passionate player, dan juga hadiah 18M kelayakan ke liga juara2 eropah. Arsenal hadir dengan deposit sebiji gol Walcott, namun kita dipaksa berpeluh sakan, menggigit jari, lutut tergegar2 memecah tumit, maggie kembang, setelah melihat Di natale yang sememangnya pemain paling bahaya mereka berjaya menembusi gawang Arsenal pada separuh masa pertama. Namun fokus, cool dan calmness menjadi kunci kita tak terbawak2 dengan moral yang pastinya tergugat setelah Udinese menyamakan agregat. Turning point pastinya adalah penalti save Szczesny yang jelas melunturkan terus semangat melawan Udinese terutama ketjaman Di Natale.
Pada separuh masa pertama Arsenal bagai hilang idea, segala macam hantaran2 dapat dibaca dan kita gagal memanipulasi wide area dengan Gervinho dan Walcott dah bertukar2 side pun masih tak de final ball. Game plan kita dapat diafahami iaitu keep tight dan jangan bagi Udinese ruang, itu ditonjolkan dengan kehadiran 2 sosok fizikal Song dan Frimpong bagai bonzer di tengah padang. Foul demi foul daripada kedua2 mereka membuatkan para penyokong away memejam mata tidak ingin perkara yang memudaratkan berlaku. Ketangkasan Handanovic juga mengecewakan peluang2 terbuka dimiliki Walcott dan RVP
Tapi selagi kita tak mencari gol tambahan agregat, dan Udinese merasa ada home advantage, ia takkan pernah selamat buat Arsenal. hantaran chip yang baik punya dari Pinzi singgah betul2 di kepala Di Natale yang dibiarkan Johan merayau2 keseorangan dalam petak penalti. Sekali lagi kita dihukum dek kealpaan benteng pertahanan. Macm mana boleh terlepas marking satu2nya pemain yang mampu memberi ancaman. Ini satu jenayah.
Namun jangan menafikan kredit sub Thomas Rosicky yang dibawa masuk Wenger pada separuh masa kedua, menyuntik sedikit kreativiti. Lariannya semalam ketika Gervinho menggelecekdi sebelah kiri sebelum melorongkan bola ke tengah, telah membuka ruang buat RVP merembat masuk.Gol penyamaan itu jelas menyentap semangat Udinses yang tahu mereka terpaksa mencari lagi 2 bijik gol untuk layak.Tak payah tunggu lama, beberapa minit lepas tu bagai bulan jatuh ke riba bagi Udinese, tak pasal2 dihadiahkan sepakan penalti, kononnya Mael kelihatan menampar bola sebelum Rosicky menyepak keluar. Nasib Arsenal, maruah dan duit 18M ketika ini boleh kata bertul2 bergantung pada tangan Szczesny. Katakan jika Udinese mampu menajringkan penalti, mereka pastinya berasa masih ada harapan untuk mengasak dan mencari yang ketiga. Di Natale penjaring terbanyak serie A diberi tanggungjawab mencipta sejarah buat Udinese, Tapi Szczesny yang step up dengan cemerlang melayangkan badan menepis untuk orang supaya tidak terpikir2 sangat sejarah kegemilangan lampau kerana, permulaan baru sedang dalam proses.Pairing yang biasanya di sebelah kanan beralih arah dalam satu pergerakan di sebelah kiri.Satu dua Walcatt dan Sagna melincirkan Walcott melepasi full back dan pertahanan Udinese sebelum memerangkap Handanovic dengan memilih sudut yang sukar. Gol yang sudah mengecop Arsenal secara psikologi sebagai pasukan pilihan untuk mara. Sehingga wisel penamat, tiada sebarang unexpected berlaku.Arsenal mara buat kali ke 14 berturut2! Sorry Spuds..
Dengan layaknya Arsenal , maka kita sama2 terlibat dalam undian menentukan kumpulan yang bakal berlangsung awal pagi besok. Lebih menarik, kita diletakkan dalam port one, sebagai antara 8 pasukan pilihan berdasarkan rekod dan points pencapaian Eropah kita selama ini. Undian tidak membenarkan sebarang kelab bertemu dengan kelab dari port yang sama, begitu juga dari negara yang sama. Ini bermakna sekurang2nya hype tentang cerita2 hangat 'kepulangan2 pemain' tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Pot One:
Barcelona
Manchester United
Chelsea
Bayern Munich
Arsenal
Real Madrid
FC Porto
Internazionale
Pot Two:
AC Milan
Lyon
Shakhtar Donetsk
Valencia
Benfica
Villarreal
CSKA Moscow
Marseille
Pot Three:
Zenit St. Petersburg
Ajax
Bayer Leverkusen
Olympiakos
Manchester City
Lille
FC Basel
BATE Borisov
Pot Four:
Borussia Dortmund
Napoli
Dinamo Zagreb
Apoel FC
Trabzonspor
Genk
Viktoria Plzen
Otelul Galati
Siapa lawan pilihan anda? Agi idup agi mengGunners!
0 ulasan:
Catat Ulasan