Isnin, 29 Ogos 2011

Aesenalaysia on Twitter



Walaupun agak ketinggalan zaman, kini Arsenalysia mula berjinak2 mengorak langkah ke laman twitter bagi mempereratkan dan mempermudahkan komunikasi dan perkongian emosi serta informasi. Anda boleh ikuti twitter di account @Arsenalaysia_OF. '_OF' kiranya official kerana nama Arsenalaysia telah digunapakai.huhu.

Dan berita yang baru masuk dan mengecewakan adalah Armand Traore yang menyambut hari raya esok bakal berhijrah ke QPR.Difahamkan dia akan menjalani medical. Bukan sedih atas pemergiannya tapi sedih dan kecewa mengapa pemain yang tidak komited telah diberi tanggungjawab untuk bermain satu match besar, (kemunculan liga pertama dalam 15 bulan) walaupun sudah mengatahui dia bakal berpindah. Satu lagi kelemahan management , menurunkan pemain yang tidak benar2 fokus. Memang benar kita kekurangan pemain, tapi tiada alasan, Mungkin tak ada beza sangat letak komited Ignasi Miquel di CB dan ganjakkan dan Kos di sebelah kiri, tapi sekurang2nya kita boleh elak pemain yang tak ada jiwa terlibat membina salah satu sejarah terburuk kelab.

Seperti yang diungkapkan semalam, away fan kita memang membanggakan. Dan titik peluh dan air liur jeritan mereka mendapat perhatian kelab yang rasa betul2 bersalah atas kemaluan yang dasyat semalam. Dengan itu, mereka rasa terpanggil untuk membalas budi serta kepercayaan dengan menawarkan diskaun bagi match2 away terpilih mendatang. Aku lebih suka kalau selain diskaun, mereka menghadiahkan kemenangan dan tunjuk effort yang lebih di atas padang bagi menampakkan mereka -pemain- benar2 peduli tentang Arsenal FC.

Agi idup Agi MengGunners!!


0 ulasan: