Isnin, 29 Ogos 2011

Post match :Open house di Old Trafford, Lauk Raya



Segalanya telah tetulis. Di atas kertas team sheet sebenarnya sudah awal2 lagi tertulis agak sukar membayangkan 2nd string Arsenal mendapatkan sesuatu di Old Trafford terutama pertahanan yang begitu sampah sekali. Tapi itu bukan lagi alasan, kerana Fergie jugak menurunkan barisan muda,ketika bab2 muda ni lebih ditujukan pada Wenger tapi akhirnya, United telah membuktikan secara praktikalnya, projek belia Wenger gagal manakala mereka mengadunkan pengalaman dan modus operandi yang sepatutnya. Namun perlu diingat, ini bukan Spuds, Leeds, QPR, Milwall atau swansea yang berkunjung ke Manchester ini adalah Arsenal! susah membayangkan pasukan2 bawahan lain datang dan dibelasah dilaukkan dengan begitu mudah bagai training session jika tidak kerana taktikal yang memakan diri sekali lagi , ya kali ini aku boleh katakan, malam ini Wenger kini delusional.

Berulang2 kali pengulas menyebut tadi tentang damage limitation. gua ingat tadi dengan barisan pemain yang serba serbi lembik di setiap posisi, ada back up plan mungkin kalau dilihat tak menjadi bolehlah datang untuk park the bus, tapi kita masih slumber konon nak gungho dengan Wengerball, main high line defensive, memang menyerahkan leher untuk disembelih.Aku menunggu kononnya ada perubahan taktikal di separuh masa kedua tapi habuk pun tak nampak.

Bagai melihat persembahan badut2 sarkas pertahanan kita malam tadi. Tanpa Song, Frimpong, Coquelin masih tak boleh harap. Johan? Traore? a disaster in the making. Dibantu dengan hatrick kad merah kita, rekod baik ni, 3 kad merah dalam 3 perlawanan berturut2 start dari mula liga. Carl Jenkinson, simpati gua pada dirinya yang tak pasal2 main di peringkat tertinggi dan dapat pengajaran yang cukup berguna. Itu belum kira Arshavin yang sepatutnya awal2 lagi perlu dapat kat merah.Koscielny, useless tanpa Mael. Badi kita dah mula kelihatan ketika pemain paling under pressure bagi United, De Gea tiba2 jadi hero selamatkan penalti kapten kita.Walcott dan RVP bawak pulang saguhati sebelum masing2 dikeluarkan, mereka pun pasti fikir, "apa lagi aku buat dalam team macam ni"- satu situasi yang perlu Wenger pikir2kan agar tidak lagi ditinggalkan.


Barisan tengah yang ternyata mati, tiada kreativiti.Rosicky takde directness Gervinho, Rambo tak ade hati keras Wilshere.Di separuh masa kedua dalam 20 minit kita nampak seperti ada nawaitu untuk usaha tapi segalanya2 dikecewakan oleh defending kita. defending satu unit, itu yang ditagih dironta2 dari awal2 lagi kalau boleh berguling2 macam pendekar mustar tu "alahai..." gua dah lama buat depan Wenger.Defending set piece. Rooney mungkin boleh jadi antara player yang pertama,aku tak tau dah pernah orang buat ke belum, score hat-trick melalui free kick. Walaupun gol ketiga dia melalui situasi bola mati jugak, penalti. Sekali lagi, tak ada apa2 perubahan dari set piece defending kita konon seperti dijanjikan, fizikal katik2 jugak langsung tak membantu benteng. Siapa yang beli Szczesny dalam fantasy pun, gua tak tau brapa point dia malam ni. Kesian. 12M Chamberlain tak kelihatan, tak boleh nak salahkan mamat debutan ni sepenuhnya kerana muncul pada hari yang salah di tempat yang salah. Kesian.

Lengkap segalanya malapetaka, badi dan pengajaran buat Arsenal. Kenduri di Old Trafford, Arsenal menjadi lauknya. United memberi pengajaran berguna, harap2 Arsenal ambil iktibar dan buatlah sesuatu yang rasional sementara masih sempat agar tidak menyesal di kemudian hari. Aku cakap tadi season kita masih belum bermula dan terumbang ambing sehingga deadline day, oleh itu, season kita juga belum berakhir. Terima apa jua kritikan dan sinisan. Aku hidup menyaksikan Arsenal tewas 6-1 di Old Trafford pada 2001,air mata gua boleh nak mengalir time tu, aku jugak hidup malam ini menyaksikan kita diajar cukup2 8-2,hanya senyuman sinis mampu diukirkan. Tapi tetap gua tak pernah jemu mahu menyokong Arsenal. Simpati pada away fan di sana, tapi bangga dengan sokongan mereka yang menunggu hinga wisel penamat.Salute. Sejarah berulang, kita pernah tewas besar, kita sudah tewas besar malam ini, kita pernah relegated zaman dahulu kala, tak mustahil ia tak boleh terjadi, kita pernah juara , juara yang tidak pernah tewas,Jadi jangan tak pernah percaya, mungkin satu masa nanti zaman kegemilangan itu akan kembali. Bersabarlah melalui period ini, kita yang memilih untuk menyokong pasukan ini, kita yang memilih jalan ini, We are Arsenal...

Agi idup agi mengGunners!!


2 ulasan:

Nadira R berkata...

thanks gnr, this is why i keep on reading this blog..because of your post, not the stupid chatbox..

Gunners & Roses berkata...

Thanks for ur support too MissN,. We'd got many sticks recently, however it's important for those boys and men in the red and white to stick together in such crucial times..keep chanting for them! Salam Aidilfitri, maaf zahir batin, sorry for much typo.