Sabtu, 17 November 2012

Pre Match : Walau di mana kita berada, jangan sesekali persoalkan kerelevanan NLD!

Pada ketika post ini ditulis, ada lebih kurang 45 minit sebelum sepak mula North London Derby, antara derby yang penuh rivalry dan menjadi tumpuan dalam bola sepak England. Tapi entah kenapa orang baru itu, Andre Villas Boas seakan2 tak pandai nak 'masuk' dalam culture bola sepak di Utara London dengan mengeluarkan statement merendah2kan martabat Derby kali ini yang baginya tak ada makna. Di sebelah Arsene Wenger pulak yang dah 16 tahun berkecimpung dalam NLD ni masih menjaga standard rivalry ini dengan menyatakan ia akan memberi kesan kepada mana2 pasukan tapi yang tak syoknya 'ia akan menentukan kelayakan tempat UCL', dalam masa yang sama Wenger refuse untuk mengatakan liga ini mainan City Chelsea dan United-suatu yang dipasrahkan oleh Villas Boas. Ini melihatkan kematangan 2 manager dalam menghandle pressure.

Kalau nak diceritakan tentang dua individu tersebut memang tak habis satu post, kerana masing2 mempunyai karektar dan jalan cerita yang berlainan tapi tekanan emosi yang mungkin sama tinggi kini melihat kepada kedudukan form semasa dan dari mana rekod mereka datang berbanding dengan keadaan sekarang. Tapi malam ini NLD, adalah tentang pertembungan dua kelab yang memang tak boleh tengok muka antara satu sama lain. Arsenal vs Tottenham. Dua2 team tengah struggle, Arsenal kalah dengan United buang dua mata dengan Fulham. Spuds seperti biasa layak tewas kepada Wigan dan City.

2 pertembungan terakhir di Emirates, team yang leading 2-0 berakhir dengan tewas. 5-2 season lepas adalah pemangkin kepada kebangkitan kita di akhir musim.Ia memberi momentum dan nafas baru.Tapi perlu diingat, 2 game berturut2 kita dah bazirkan lead 2 gol.Untuk berlaku kali ketiga berderet2 memang sangat sukar diterima. Rekod dalam 8 game terakhir liga NLD setakat ini pun bukan cantik sangat, Arsenal hanya mampu menang 2, kalah 3 selebihnya seri. Itulah sebab Spuds beriya2 kononnya mereka kini dah makin mencucuk rapat Arsenal, bagi gua secara peribadi kesnya bukan sebab spuds yang makin power, tapi Arsenal yang semakin merudum. Tapi seteruk mana pun kita, Spuds tetap spuds, masih akan kekal di bawah mengintai2 segala taktik kotor dan busuk untuk cuba berada di atas jiran mereka walaupun sekali seumur hidup.

Lineup rasmi pun dah keluar:

---------------Szczesny-----------
Sagna-------Per---Kos---------Mael
----------Arteta---Wilshere--------
----Theo-----Cazorla-----Podolski--
---------------Giroud-----------------

Gua tahu form semasa kita sedikitmengecewakan tapi lupakanlah seketika peristiwa2 malang tersebut, tumpukan pada match malam ini. Ini NLD, maruah sentiasa atas garisan, adrenalin membuak2 . Game ini memang lain macam!!

Astro 845pm Arsenal 4 Spuds 2.

Agi idup agi mengGunners!!!


Rabu, 14 November 2012

Post Match : Back to back frustation

Tanpa drama ,bukanlah Arsenal namanya.Cuma player2 kita dah berapa musim asyik diberi watak antagonis jek memanjang.Game hari Sabtu lepas tidak terkecuali, berakhir dengan negatif. Sejauh mana peminat 'seni' Arsenal dapat bertahan lali dengan skrip yang hampir sama saban musim.Tapi tuntuk season ini, Minggu sudah, back to back episode die ending memang hampeh, modal cerita pun sama. Setiap tahun kita akan harap cerita ni takkan panjang berjela2 'ok ini season finale..kompom..' tapi itu sekadar satu harapan kerana ternyata penerbit memang suka buat duit dengan tayangan2 sampah macam gini, sekadar buat duit. Bagi peminat setia,  berlambak masa dispendkan, lambakan wang dilontarkan dengan harga tiket melambung dan pembelian merchandise, those american bastard dengan bermodalkan jajaan sejarah Revolusi Perancis terus mencekik darah penyokong yang dahagakan happy ending.

Yang lebih membengkekkan adalah Wenger boleh pulak ada telor untuk berhadapan Pres Conference dengan jawapan2 meloyakan ."We show that we can fight". Fight?!! Seriously?? Ade telo untuk memperbodohkan umum tapi takde telo nak mengkritik pemain2 sendiri secara open. Nice move there Le Boss, nice..Bukan aku menyokong sebarang keaiban individu tapi kalau dah selalu benar,para pemakan gaji buta tersebut takkan pernah sedar. Sesekali perlu digertak siket. Elok bebenar sampai naik lomak lah player dimanjakan sedemikian rupa.Kesilapan budak sekolah saban berulang game demi game, defending set piece dah jadi macam satu krisis. Jangan ditanya kenapa Arteta sibuk nak amek penalti, tapi soalan yang lebih tepat, macam mana boleh leading 2 gol tapi sekali lagi setelah 2 game berturut2 kita persia2kannya!? Mudah untuk menuding jari pada Arteta seorang saja terutama ketika antara game terburuk baginya dengan siap terlibat bagi penalti, dan missed penalti pulak tu. Tapi satu pasukan dan management harus dipersalahkan.Taktikal entah hape benda. Bila nak sedar,lagi penting, bila mahu berubah.

Back 4 dah reshuffle tapi masih lagi tampak bermasalah. Zonal marking ketika defend korner masih diperlakukan. Barbatov dan Bryan Ruiz nampak seperti king malam tu.Malu player2 kita.Kita kadang2 king jugak, king of comeback tapi king of bottlers kini pun dah makin kerap.Belah kiri kita terus menjadi lubuk sasaran kerana lawan tahu, tanpa Gibbs, balance kita hilang. Ingat dah rehatkan Santos letak Mael kurang la siket, jadi jugak rupanya.Mael banyak diattack, gol kedua pun datang dari kiri, penalti pun dari kiri. Podolski tak mampu nak cover. Tugasnya selaku wide player adalah role baru yang agak sukar diterima katanya kerana terpaksa banyakkan track back. Kadang2 mula2 ni kita nampak la Poldi semangat tapi kalau dah selalu kena buat benda yang tak minat, fokus akan hilang.Even Arshavin nampak lebih tajam ketika masuk. Cuma beza, apa jaminan Arshavin tak akan fade out tak membantu bahagian bawah. Ceritanya senang, letak la siapa pun, sesungguhnya taktik ini tidak sesuai dengan strength player yang kita ada kini. Wenger sendiri mengaku dominasi dalam ilusi, tapi pelik mengapa tak ubah2? Back to basic 4-4-2. Tak payah nak konon stylo sangat, dah tak ada dah player2 kita yang mampu puaskan nafsu Wengerball.

Sebab apa, sebab Giroud nampak seperti typical classic English striker walaupun dia France. Jenis tak power sangat teknikal, tapi kalau diberi lebih peluang boleh finish terutama melalui header. Dalam 4 game ni dia dah tunjuk sedikit demi sedikit kemampuannya. Kalau banyak crossing dan support, gua percaya Giroud mampu lebih mengancam.Dia boleh control ball, boleh hold, boleh setting baik untuk member dan ada fizikal yang jarang2 team Arsenal ada.Giroud bagi satu dimensi baru. Kadang2 dia boleh nampak seakan Chamakh tapi kalau Wenger pandai gunakan dia,dia boleh jadi antara eset Arsenal yang perlukan versatile dalam corak serangan. Malam tu walaupun kecewa tapi persembahan Giroud selayaknya mendapat MOTM. Kita perlu lebih banyak cross berkualiti dari Sagna, Theo dan Gibbs. Ini tak dapat dioffer oleh Podolski, Mael mahupun Santos.Bukan semua player sesuai di out position.Theo jugak beraksi agak senyap tapi hadir di waktu2 memerlukan. Itupun sebab kecederaan. Ini bagus untuk Wenger menggesa Roy menggugurkannya dari skuad England.Mari berharap tiada malapetaka melanda Jack dan Carl yang mendapat call up utuk internationaleleh.

Satu lagi sebab kita hambar adalah penumpang di bahagian tengah.Pasti ramai yang kini meragui kebolehan Arteta menjadi deep midfielder yang kita harapkan. Kadang2 gua rasa kita terlalu mengharapkan lebih. Ini jugak role baru. Dia bukan Petit, bukan Gilberto, bukan Song yang memang ada naluri semulajadi. Tapi itu sebab untuk tak bagi die rasa keseorangan Wenger bagi teman untuk Arteta. Coquelin, Rambo Tapi setakat ini teman tapi mesra yang paling ideal untuknya hanyalah Diaby. Kita dapat lihat smooth dan clear responsibility bila kedua2 mereka bergandingan dalam game,(setakat yang ada) bila kene attack, siapa yang patut mara, siapa yang patut stay, bila kene defend. Kita perlukan chemistry antara pairing central midfield kita tapi itu tak dapat dioffer antara Arteta dan Coquelin atau Rambo atau jugak Wilshere?Masa masih terlalu awal untuk menilai. Kita bagi game time dulu sama ada Arteta-Wilshere lebih efisyen atau dua kali lima.

Ubahlah, please ubahlah. Tak nak ubah luaran ubahlah taktikal dalaman.Steve Bould punya effect takkan setakat beberap game jek. Gua rasa boleh lebih dari itu. Satu lagi gua rasa, Mannone dah boleh di dropkan. Lepas game hari itu keputusan mudah untuk Wenger buat.Top keepr di top club, bola2 macam 2nd gol tu tak patut bolos.Szczesny pun dah kembali, darah2 muda begitulah perangainya , konsistensi dan fokus.Sesudah display semacam gitu, Fulham tak patut terima kalah, manakala kita pulak tak selayaknya dapat menang, jadi seri adalah hukumannya.

Lepas game hari tu, kalau tak terbakar jugak tak tahu nak cakap apa sebab lepas ni memang game pangkah kalendar punya.NLD!Tahun lepas game NLD yang menjadi titik tolak kebangkitan moral , ketinggalan 0-2 bangkit dengan menang 5-2 hasil inspirasi antara yang cemerlang malam tu Rosicky. Tapi Sabtu ni takde magic abang Thomas untuk membantu. Alang2 asyik diberi watak jahat saje maka kita perlukan  sihir dari Cazorla and Co.Jack Wilshere jugak kembali dari penggantugan. Pengalaman buat kali pertama bagi new signings beraksi di antara derby yang paling hangat di England. Kita wajib menang, kita perlukan 3 mata lebih dari Spuds yang jugak terus kecewa menggigit jari.Setiap kali ada saja peluang mereka nak jarakkan diri, dengan mereka2 sekali drop points. Spuds akan terus kekal spuds.. dah bagi chance pun masih kalut ribut jiran seekor ini.Namun amaran dah diberikan, jika kita terus menerus dengan persembahan yo yo seperti ini, tak mustahil inilah season finalenya- bukan berakhirnya kilauan piala dalam kabinet tapi, kita menyaksikan pasukan kita terperosok di bawah seteru lokasi no 1  ini. Ayuh Wenger, kamu  dan anak buah telah beberapa kali dikejutkan.Tiba masa untuk hadiahkan kejutan!!

Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 10 November 2012

Pre match Another London Derby before North London Derby

Di bawah regime Arsene Wenger, ini permulaan terburuk dalam 10 game, baru dapat 15 mata  keseluruhannya. Menang 4 kalah 3 seri 3.Tiga game home berturut2 mulai malam ini sangat2 penting. Fulham, Spuds, Montpellier. Tak ada ruang untuk buat silap la tergelincir la tido la, kesemua tu perlu tolak tepi. Untuk memastikan gap berasama pasukan2 di atas table tidak terlalu jauh dan sukar dikejar, Arsenal harus kembali ke landasan kemenangan.-secepat mungkin! Malam ini dilihat kesempatan terbaik.The Cottagers tak pernah menang dalam apa2 occasion kat tempat Arsenal, kalah 22 seri 4, jangan pulak rekod ni pecah pulak tak pasal2. Ada pulak tv yang pecah nanti.

Namun  Verminator pesan, hati2 dengan Martin Jol ni. Dia memang suka player2 die ekspresikan permainan sendiri, enjoy game. Tapi zaman dia, Jol, kat spuds tu memang syok sendiri. Entah kenapa gua agak meluat dengan siapa2 yang pernah ada kaitan dengan Spurs bar Sol Campbell.Mungkin dah dinalurikan sebegitu.Sampai kadang2 kes dia jual best player mereka Dempsey ke Spuds pun sebab orang kata dia masih sayang kelab lamenye itu.Enough pasal Spuds dan si Joli. Orait. Kini Fulham sama level mata dengan kita-pergh?!- hanya dipisahkan oleh beza jaringan. Silap haribulan kalau kalah malam ini kita boleh kene tapaw lagi kedudukan kita dalam liga.Arsenal perlu beri tumpuan pada serangan mereka yang diketuai oleh Berbatov, Rodallega Duff dan jugak Bryan Ruiz.

Kita boleh menarik nafas lega dengan kepulangan penjaga gol utama Szczesny.Sama ada dia start terpulang pada Wenger. Tapi berita sama bagi Gibbs, Diaby, Rosicky, Gervinho masih tak ada apa2 perkembangan dari wad, manakala Jack Wilshere digantung satu perlawanan akibat red card tempoh hari.Chambo dan Rambo akan diuji kecergasan mereka untuk diberi lampu hijau. Post sebelum ni gua cakap Szczesny boleh senang2 ambil slot dari Mannone. Gua silap. Wenger bagi kenyataan berikut.

"Vito will play on Saturday.When he is fully fit and Wojciech is fully fit we will see. Wojciech is No 1 but I think Vito has handled the situation very well."

---------------Mannone--------------
Sagna-----Per------Kos------Mael
----------------Arteta---------------
-Theo---Rambo---Cazorla----Podolski-
--------------Giroud-----------------

Astro ESPN 11PM. Arsenal 3 Fulham 1

Agi idup agi mengGunners!!