Tanpa drama ,bukanlah Arsenal namanya.Cuma player2 kita dah berapa musim asyik diberi watak antagonis jek memanjang.Game hari Sabtu lepas tidak terkecuali, berakhir dengan negatif. Sejauh mana peminat 'seni' Arsenal dapat bertahan lali dengan skrip yang hampir sama saban musim.Tapi tuntuk season ini, Minggu sudah, back to back episode die ending memang hampeh, modal cerita pun sama. Setiap tahun kita akan harap cerita ni takkan panjang berjela2 'ok ini season finale..kompom..' tapi itu sekadar satu harapan kerana ternyata penerbit memang suka buat duit dengan tayangan2 sampah macam gini, sekadar buat duit. Bagi peminat setia, berlambak masa dispendkan, lambakan wang dilontarkan dengan harga tiket melambung dan pembelian merchandise, those american bastard dengan bermodalkan jajaan sejarah Revolusi Perancis terus mencekik darah penyokong yang dahagakan happy ending.
Yang lebih membengkekkan adalah Wenger boleh pulak ada telor untuk berhadapan Pres Conference dengan jawapan2 meloyakan ."We show that we can fight". Fight?!! Seriously?? Ade telo untuk memperbodohkan umum tapi takde telo nak mengkritik pemain2 sendiri secara open. Nice move there Le Boss, nice..Bukan aku menyokong sebarang keaiban individu tapi kalau dah selalu benar,para pemakan gaji buta tersebut takkan pernah sedar. Sesekali perlu digertak siket. Elok bebenar sampai naik lomak lah player dimanjakan sedemikian rupa.Kesilapan budak sekolah saban berulang game demi game, defending set piece dah jadi macam satu krisis. Jangan ditanya kenapa Arteta sibuk nak amek penalti, tapi soalan yang lebih tepat, macam mana boleh leading 2 gol tapi sekali lagi setelah 2 game berturut2 kita persia2kannya!? Mudah untuk menuding jari pada Arteta seorang saja terutama ketika antara game terburuk baginya dengan siap terlibat bagi penalti, dan missed penalti pulak tu. Tapi satu pasukan dan management harus dipersalahkan.Taktikal entah hape benda. Bila nak sedar,lagi penting, bila mahu berubah.
Back 4 dah reshuffle tapi masih lagi tampak bermasalah. Zonal marking ketika defend korner masih diperlakukan. Barbatov dan Bryan Ruiz nampak seperti king malam tu.Malu player2 kita.Kita kadang2 king jugak, king of comeback tapi king of bottlers kini pun dah makin kerap.Belah kiri kita terus menjadi lubuk sasaran kerana lawan tahu, tanpa Gibbs, balance kita hilang. Ingat dah rehatkan Santos letak Mael kurang la siket, jadi jugak rupanya.Mael banyak diattack, gol kedua pun datang dari kiri, penalti pun dari kiri. Podolski tak mampu nak cover. Tugasnya selaku wide player adalah role baru yang agak sukar diterima katanya kerana terpaksa banyakkan track back. Kadang2 mula2 ni kita nampak la Poldi semangat tapi kalau dah selalu kena buat benda yang tak minat, fokus akan hilang.Even Arshavin nampak lebih tajam ketika masuk. Cuma beza, apa jaminan Arshavin tak akan fade out tak membantu bahagian bawah. Ceritanya senang, letak la siapa pun, sesungguhnya taktik ini tidak sesuai dengan strength player yang kita ada kini. Wenger sendiri mengaku dominasi dalam ilusi, tapi pelik mengapa tak ubah2? Back to basic 4-4-2. Tak payah nak konon stylo sangat, dah tak ada dah player2 kita yang mampu puaskan nafsu Wengerball.
Sebab apa, sebab Giroud nampak seperti typical classic English striker walaupun dia France. Jenis tak power sangat teknikal, tapi kalau diberi lebih peluang boleh finish terutama melalui header. Dalam 4 game ni dia dah tunjuk sedikit demi sedikit kemampuannya. Kalau banyak crossing dan support, gua percaya Giroud mampu lebih mengancam.Dia boleh control ball, boleh hold, boleh setting baik untuk member dan ada fizikal yang jarang2 team Arsenal ada.Giroud bagi satu dimensi baru. Kadang2 dia boleh nampak seakan Chamakh tapi kalau Wenger pandai gunakan dia,dia boleh jadi antara eset Arsenal yang perlukan versatile dalam corak serangan. Malam tu walaupun kecewa tapi persembahan Giroud selayaknya mendapat MOTM. Kita perlu lebih banyak cross berkualiti dari Sagna, Theo dan Gibbs. Ini tak dapat dioffer oleh Podolski, Mael mahupun Santos.Bukan semua player sesuai di out position.Theo jugak beraksi agak senyap tapi hadir di waktu2 memerlukan. Itupun sebab kecederaan. Ini bagus untuk Wenger menggesa Roy menggugurkannya dari skuad England.Mari berharap tiada malapetaka melanda Jack dan Carl yang mendapat call up utuk internationaleleh.
Satu lagi sebab kita hambar adalah penumpang di bahagian tengah.Pasti ramai yang kini meragui kebolehan Arteta menjadi deep midfielder yang kita harapkan. Kadang2 gua rasa kita terlalu mengharapkan lebih. Ini jugak role baru. Dia bukan Petit, bukan Gilberto, bukan Song yang memang ada naluri semulajadi. Tapi itu sebab untuk tak bagi die rasa keseorangan Wenger bagi teman untuk Arteta. Coquelin, Rambo Tapi setakat ini teman tapi mesra yang paling ideal untuknya hanyalah Diaby. Kita dapat lihat smooth dan clear responsibility bila kedua2 mereka bergandingan dalam game,(setakat yang ada) bila kene attack, siapa yang patut mara, siapa yang patut stay, bila kene defend. Kita perlukan chemistry antara pairing central midfield kita tapi itu tak dapat dioffer antara Arteta dan Coquelin atau Rambo atau jugak Wilshere?Masa masih terlalu awal untuk menilai. Kita bagi game time dulu sama ada Arteta-Wilshere lebih efisyen atau dua kali lima.
Ubahlah, please ubahlah. Tak nak ubah luaran ubahlah taktikal dalaman.Steve Bould punya effect takkan setakat beberap game jek. Gua rasa boleh lebih dari itu. Satu lagi gua rasa, Mannone dah boleh di dropkan. Lepas game hari itu keputusan mudah untuk Wenger buat.Top keepr di top club, bola2 macam 2nd gol tu tak patut bolos.Szczesny pun dah kembali, darah2 muda begitulah perangainya , konsistensi dan fokus.Sesudah display semacam gitu, Fulham tak patut terima kalah, manakala kita pulak tak selayaknya dapat menang, jadi seri adalah hukumannya.
Lepas game hari tu, kalau tak terbakar jugak tak tahu nak cakap apa sebab lepas ni memang game pangkah kalendar punya.NLD!Tahun lepas game NLD yang menjadi titik tolak kebangkitan moral , ketinggalan 0-2 bangkit dengan menang 5-2 hasil inspirasi antara yang cemerlang malam tu Rosicky. Tapi Sabtu ni takde magic abang Thomas untuk membantu. Alang2 asyik diberi watak jahat saje maka kita perlukan sihir dari Cazorla and Co.Jack Wilshere jugak kembali dari penggantugan. Pengalaman buat kali pertama bagi new signings beraksi di antara derby yang paling hangat di England. Kita wajib menang, kita perlukan 3 mata lebih dari Spuds yang jugak terus kecewa menggigit jari.Setiap kali ada saja peluang mereka nak jarakkan diri, dengan mereka2 sekali drop points. Spuds akan terus kekal spuds.. dah bagi chance pun masih kalut ribut jiran seekor ini.Namun amaran dah diberikan, jika kita terus menerus dengan persembahan yo yo seperti ini, tak mustahil inilah season finalenya- bukan berakhirnya kilauan piala dalam kabinet tapi, kita menyaksikan pasukan kita terperosok di bawah seteru lokasi no 1 ini. Ayuh Wenger, kamu dan anak buah telah beberapa kali dikejutkan.Tiba masa untuk hadiahkan kejutan!!
Agi idup agi mengGunners!!
Rabu, 14 November 2012
Post Match : Back to back frustation
3:00 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan