Sabtu, 17 November 2012

Pre Match : Walau di mana kita berada, jangan sesekali persoalkan kerelevanan NLD!

Pada ketika post ini ditulis, ada lebih kurang 45 minit sebelum sepak mula North London Derby, antara derby yang penuh rivalry dan menjadi tumpuan dalam bola sepak England. Tapi entah kenapa orang baru itu, Andre Villas Boas seakan2 tak pandai nak 'masuk' dalam culture bola sepak di Utara London dengan mengeluarkan statement merendah2kan martabat Derby kali ini yang baginya tak ada makna. Di sebelah Arsene Wenger pulak yang dah 16 tahun berkecimpung dalam NLD ni masih menjaga standard rivalry ini dengan menyatakan ia akan memberi kesan kepada mana2 pasukan tapi yang tak syoknya 'ia akan menentukan kelayakan tempat UCL', dalam masa yang sama Wenger refuse untuk mengatakan liga ini mainan City Chelsea dan United-suatu yang dipasrahkan oleh Villas Boas. Ini melihatkan kematangan 2 manager dalam menghandle pressure.

Kalau nak diceritakan tentang dua individu tersebut memang tak habis satu post, kerana masing2 mempunyai karektar dan jalan cerita yang berlainan tapi tekanan emosi yang mungkin sama tinggi kini melihat kepada kedudukan form semasa dan dari mana rekod mereka datang berbanding dengan keadaan sekarang. Tapi malam ini NLD, adalah tentang pertembungan dua kelab yang memang tak boleh tengok muka antara satu sama lain. Arsenal vs Tottenham. Dua2 team tengah struggle, Arsenal kalah dengan United buang dua mata dengan Fulham. Spuds seperti biasa layak tewas kepada Wigan dan City.

2 pertembungan terakhir di Emirates, team yang leading 2-0 berakhir dengan tewas. 5-2 season lepas adalah pemangkin kepada kebangkitan kita di akhir musim.Ia memberi momentum dan nafas baru.Tapi perlu diingat, 2 game berturut2 kita dah bazirkan lead 2 gol.Untuk berlaku kali ketiga berderet2 memang sangat sukar diterima. Rekod dalam 8 game terakhir liga NLD setakat ini pun bukan cantik sangat, Arsenal hanya mampu menang 2, kalah 3 selebihnya seri. Itulah sebab Spuds beriya2 kononnya mereka kini dah makin mencucuk rapat Arsenal, bagi gua secara peribadi kesnya bukan sebab spuds yang makin power, tapi Arsenal yang semakin merudum. Tapi seteruk mana pun kita, Spuds tetap spuds, masih akan kekal di bawah mengintai2 segala taktik kotor dan busuk untuk cuba berada di atas jiran mereka walaupun sekali seumur hidup.

Lineup rasmi pun dah keluar:

---------------Szczesny-----------
Sagna-------Per---Kos---------Mael
----------Arteta---Wilshere--------
----Theo-----Cazorla-----Podolski--
---------------Giroud-----------------

Gua tahu form semasa kita sedikitmengecewakan tapi lupakanlah seketika peristiwa2 malang tersebut, tumpukan pada match malam ini. Ini NLD, maruah sentiasa atas garisan, adrenalin membuak2 . Game ini memang lain macam!!

Astro 845pm Arsenal 4 Spuds 2.

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: