Ahad, 18 November 2012

Post Match : Spuds tetap 5PUD2



North London is red and will always be.Seperti biasa Arsenal terus menunjukkan di mana Spuds sepatutnya berada dan mengajar jiran yang seekor ini terutama managernya tak perlu angkuh sangat. 5-2 adalah scorenya sama macam season lepas.Nak gua maki jugak Astro ini bila selalu sangat buat siaran ulangan berbayar, tapi ulangan kali ini memang berkecuali. Disaksikan oleh legend2 Arsenal, Henry dan Campbell dari executive box, Arsenal bangkit dari ketinggalan sebijik gol dan permulaan yang agak nervous. Dengan kebodohan Adebayor , kerja kita bertambah mudah. Walaupun secara peribadi, gua pada satu ketika merasakan Spuds akan bermain dengan lebih ketat di bahagian pertahanan mereka tapi malang menimpa kerana buku notepad yang ditilik2 AVB tak ada tertulis apa2 cheat code yang ada hanyalah helaian2 kosong, sembang kosong. Sebelum match, dia kata NLD tak membawa makna, kemudian selepas match macam ini dia boleh kata Spurs control game dari mula sampai habis? kalau Wenger dan anak buahnya dominasi dalam ilusi, AVB dan 5pud2 nya lebih mengilusikan dominasi. Parah.


Arsenal memulakan game dengan line up yang maksimum walaupun diberitakan sebelum ini dihimpit kecederaan. Arsenal No 1, Szczesny kembali menjaga gawang merampas tempat dari Mannone yang tak konsisten. Mael selaku kapten NLD buat kali pertama di hadapan penypkong sendiri beraksi sekali lagi di bahagian LB dengan Kos dan Per bergandingan diapit oleh Sagna RB. Theo terus mengisi slot wide kanan, Podolski yang tenggelam semenjak dua menjak terus diberi kepercayaan di sebelah kiri tapi malam tadi nampak berusaha keras. Jack wilshere kembali dari penggantungan bergandingan dengan Arteta Cazorla, pemain paling influential malam tadi menjana bahagian tengah di belakang Giroud selaku front man.

Bukan permulaan yang diimpikan , ketika suku jam pertama Arsenal lebih banyak mengejar bayang. Spuds nampak lebih banyak memegang bola dan bernafsu. Tapi kecelakaan Adebayor terserlah sejak awal lagi dengan terjahan ke atas Wilshere.Setiap kali player buangan ini mendapat bola, boo kedengaran di segenap Emirates. Baru provoke siket dah panas, ini yang AVB kata boleh control emosi? Wenger lagi masak dengan perangai player yg dia kutip dari Monaco 6 tahun lepas. Dan nak dijadikan cerita, Spuds dapat leading sebijik dulu, hasil larian mengelirukan Bale dan Defoe memerangkap Mertesacker yang ada saham besar dalam pembolosan gol tersebut.Defoe dibiarkan berlari tanpa cabaran sebelum melepaskan rembatan rendah ditepis Szczesny tapi Adebayor terlebih dahulu sampai untuk follow up. Berjoget sakan. Bajet dah menang konon. Tapi dia terlupa mungkin, leading 2 bijik pun belum tetntu boleh menang dalam derby macam ni. 2 game sebelum ni dah buktikan. Dan tak perlu tunggu lama untuk kita lihat kebodohan Adebayor. 7 minit lepas tu  kebangangannya terserlah ketika studs tingginya menerjah ankle Cazorla. Memang kurang ajar. Howard Webb buat keputusan tepat untuk sent off jenis player macam gitu. 2 kali dah dia dapat red card semenjak bertemu bekas kelabnya.Spudds fan pasti menyesal tak sudah kutip player2 kelas buangan.


Masyarakat umum yang dengki akan berkata "alaa boleh laa main 10 orang" Ok , tiada penafian, red card tersebut memang ubah game dan bagi impak. Tapi kalau betul la si AVB ni master tactician, dengan leading 1 gol, dia patut main untuk lindung sebijik gol tersebut tapi tunggu sampai half time baru nak tunggu  perubahan, memang terima kasih lah. Seperti kebiasaan, kadang2 beraksi dengan 10 orang lebih sukar bagi team yang sedang mengejar kerena opposition akan terus menutup ruang dan bermain dengan lebih tight. Malam tadi bukan kisahnya, Arsenal diberi ruang dan masa untuk eksploitasi lubang2 dan lubuk2 Spuds.


Per Mertesacker membuatkan tengkuk seluruh penyokong Arsenal terangkat sekali bersama2 menanduk gol hantaran Theo dari sebelah kanan.Tak ada timing lebih baik untuk daftarkan gol pertama untuk Arsenal selain dari ketika bertemu Spuds. Terima kasih Mertesacker kerana menebus kesilpan awalnya dengan pantas dan bergaya.Sambutannya boleh kasi tegak bulu roma. Lepas gol tersebut, baki 1st half, segalanya tentang Arsenal. Arsenal terus mengancam melalui Giroud, tapi 2 kali tandukannya dinafikan oleh Lloris yang baru dua kali league start. Friedel di bangku simpanan pasti dalam hati "nak main sangat, be careful with u wish for.." sebab dia tau, nafsu Arsenal belum tamat lagi. Lukas Podolski meletakkan Arsenal di hadapan dengan pergelutan di depan gol antara Arteta dan Gallas. Rembatan Podolski terbias di kaki Gallas dan bergolek2 perlahan  melepasi garisan meninggalkan Lloris hopeless. Campbell bertepuk tangan , Henry bagi standing ovation pada waris2 mereka.


Arsenal tak berhenti takat tu. Meraka tau Spuds memang tengah down gila2 punya lebih2 lagi dalam match sepenting derby day seperti malam tadi. Inilah peluang untuk tambah sengsara. Cazorla terus jadi arkitek, player budak2 Spuds cuba jatuhkan Cazorla tapi mereka lupa player pendek titik graviti rendah maka imbangan body tu mudah dikawal,itu simple fizik. AVB terlupa ajar rasanya. Cazorla teruskan larian ke dalam kotak penalti dari sebelah kiri membuat hantaran rendah untuk Giroud menemui sasarannya, 4 kali untuk 5 game setakat ini. Form yang menarik. Kepuasan tergambar sesudah berjaya menewaskan rakan senegaranya selepas beberapa prcubaan. Arsenal lead 3-1 half time. Tapi walaupun melegakan, secara jujrunya perasaan konfiden kompom menang belum lagi boleh muncul.


2nd half, AVB gamble dengan 3 CB untuk mencampakkan lebih sampah di bahagian depan. Dempsey dan Dawson dilacurkan. Tapi memang nampak perubahan. Spuds lebih teratur dan yakin ..cuma.. untuk beberapa minit, sebelum Cazorla menambah derita mereka.Pdolski dan Theo bergandingan di sebelah kiri , crossing kepada Cazorla yang hanya perlu menyudahkan. Teknik kena betul kerana beberapa kali kita lihat player menypak lambung bola2 yang dihantar begitu, tapi bagi pemain macam Cazorla , tidak banyak masalah. 4-1 lagi 30 minit, boleh tarik nafas sikit.


Namun entah lagu mano,Arsenal tertido kejap. Pemain paling bagi ancaman dalam Spuds, Bale berjaya merapatkan jurang. Dibawaknya bola sampai ke depan kotak penalti tengok Szczesny off position siket dirembatnya low ke penjuru kanan gawang. Diakui nervous kembali menghantui para gooners dan pemain di atas padang.2 gol lead belum cukup kalau diikutkan form semasa dan jugak draw 4-4 dengan Spuds beberapa tahun lalu pasti masih dalam ingatan Wenger. Bale sekali lagi mencabar  dari sebelah kanan tapi Defoe sangat kecewa dengan ketamakan Bale yang sedar dirinya kini spesis terancam dan hanya mencari individual glory untuk menaikkan saham sebelum berpindah seperti VDV dan Modric. Arsenal nampak lack of urgency, dan itu memang menaikkan darah home fan yang rata2 kurang senang dengan pengurangan nafsu yang ditunjukkan. Cahmbo dan Santos dimasukkan selepas Rambo. Santos untuk securekan defend manakala Chambo untuk memastikan pace dan momentum tak hilang. Yang bagusnya kali ini, player tak tergopoh2 cuak kerana kepala2 berpengalaman seperti Arteta, Cazorla, Mertesacker dan Mael pandai slowkan tempo dan tak buang bola.Theo Walcott dapat peluang main CF, melengkapkan persembahan konsistennya dengan gol hasil usaha Chambo dari sebelah kanan, mengesahkan 3 mata Arsenal.


Kemenangan ini meletakkan kembali Arsenal di atas Spuds, naik di tangga keenam dalam liga kini.3 mata ni penting ketika pasukan2 lain seperti Everton, United dan Chelsea kesemuanya gagal mengutip sebarang mata minggu ini maka, Arsenal perlu gunakan kesempatan untuk merapatkan jurang.Dah boleh fokus untuk perlawanan Montpellier pagi Khamis ni, game wajib menang kalau Arsenal nak teruskan impian malam2 indah Eropah.

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: