Jumaat, 23 November 2012

Arsenal layak, Henry in da house!


 On a night when clubs with bigger budgets, prone to poaching players from Arsenal, crashed out of the Champions League at the group stages for the second year running, it's now 13 seasons in a row that Arsenal have qualified for the knock-out stages of Europe's top competition.
 Ada 2 perkara positif yang berlaku tengah minggu ini. Yang pertama outcome dari match semalam, Arsenal melayakkan diri ke pusingan berikutnya untuk kali ke13 berturut2.Pencapaian yang membanggakan kerana hanya real Madrid melebihi rekod kita dengan 16 kemunculan berturut2. Walaubagaimanapun, konsistensi yang ditunjukkan tidak cukup jika sekadar hanya pelengkap jadual.Arsenal harus aim lebih dari itu. Buat masa ni, aim untuk jadi juara kumpulan.Biaq pilah kalau lawan yang menanti dalam undian adalah Juventus, Real Madrid mahupun Bayern kerana liga Juara2 memang mempertemukan kelab2 elit Eropah bukan, dan itu yang kita expect, game yang menghiburkan. Dan untuk impian menjadi juara, itulah laluannya.

Match malam tadi kita beraksi secara mendaki. Bermula dengan agak perlahan dan lembap serta bnyak sangat buang bola, passing sangkut dan tak sampai, kita berubah wajah dengan lebih tersusun di separuh masa kedua. Namun, perlawanan dengan tempo yang perlahan agak membimbangkan kerana tanpa kelajuan Walcott yang cedera, ancaman alternatif kita kelihatan agak terbantut. Lebih2 lagi Montpellier memudahkan tugas kita dengan mereka pun tak banyak nak mengasak Szczesny. Kita terselamat malam tadi tapi jika kena lawan yang pantas, keadaan mungkin sebaliknya jika kita tak tahu nak buat apa bila dapat bola. Relief melihat Jack Wilshere kembali menemui sasaran. Begitu jgak dengan supeb Volley dari Podolski yang Sagna cerita, dalam latihan diorang tak muak tengok gol2 macam gitu. Tapi kredit harus diberikan pada Giroud, walaupun tak menjaringkan gol, 2 assist tertera namanya. Selain assist, dia merupakan seorang team player.  setting untuk WIlshere, 1 2 dengan Podolski, Giroud jugak tak malas untuk membantu pertahanan, track back, win ball, hold up play dan kadang2 jatuh deep untuk kutip bola. Mari berharap persembahan macam gini akan terus konsisten, lagi dengan adanya Legend King Henry di London Colney yang kini sedang berlatih bersama2 Arsenal sempena off season MLS.


“He has been practising with us.Will I sign him again in January? I don’t know. I don’t rule it out. He is sharp.Last year I did it because we lost Gervinho. It was a good connection. This year we lose Gervinho again as they are playing in the Africa Cup of Nations two years in a row.So we will be confronted with a shortage. Particularly if Chamakh should go. I cannot stand in his way. Then we will be short.”

“You know what he gives you. He gives you hope, especially when he comes on. That is the most important thing,”

'He gives you hope'. Ya harapan. Harapan itulah yang membuatkan para Gooners berbesar hati untuk menyaksikan kepulangan Thierry Henry ke rumah untuk kali ketiga. Musim lepas walaupun short term tapi impaknya besar. Tanpa 3 mata yang dihadiahkan di Sunderland, kita mungkin tak dapat tengok game awal pagi tadi.Namun Wenger masih belum berbincang secara Langsung dengan Henry mengenai perkara ini. Isu ini hanya timbul selepas menjawab persoalan media dan dia juga tidak akan menafikan sebarang reunion dengan pemegang rekod Arsenal itu. Keadaan memang memerlukan untuk Arsenal cari sriker baru sebagai memperkuatkan jentera serangan dengan ketiadaan Gervinho dan Chamakh berlepas ke Piala Afrika.Henry dilihat short term solution. GUa tak kisah Henry mahu balik, depa tanganku terbuka luas tapi secara peribadi dalam situasi Arsenalmacam gini, kita jugak memerlukan player yang boleh beri komitmen jangka masa panjang untuk menambah keyakinan.Jadi gua akan tamak di sini, Henry + new striker adalah demand untuk January ini.

Update kecederaan untk bertemu Aston Villa Sabtu ini. Santos masih out.Theo out, game Everton nanti baru ada chance. Diaby masih diaby. Thomas Rosicky kembali ke training buat kali pertama lepas Euro 2012. Yeah.. Antara player paling cemerlang 2nd half musim lepas membawa Arsenal ke landasan sepatutnya. Penjenamaan semulanya harap dapat diteruskan biarpun terbantut seketika akibat kecederaan. Gua percaya Rosicky boleh kembali kerana dia pernah mengalami tempoh kecederaan yang lebih lama dari ini, setahun lebih.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: