Selasa, 27 November 2012

Post Match : 'You don’t know what you’re doing’ ?


Satu lagi hari yang mengecewakan. No offense to Aston Villa, tapi sekali lagi kita drop 2 points kepada lawan yang tidak sepatutnya. Alasan Wenger ialah player dah bagi all put, jaded, penat lepas game lawan Spuds dan kemudian untuk pergi away lepas game minggu Champions League adalah terlalu sukar. Bollocks, nonsense.Wenger dah buat banyak pertukaran dengan merehatkan pemain2 terutama di barisan pertahanan dan boleh aku katakan ini kali Wenger unpredictable minggu lepas. Kredit kepada Wenger untuk itu  cuma terbukti skuad depth kita sekadar kuantiti tanpa kualiti.Barisan tengah kita hambar, tak  bagi support pada bahagian atas. Walaupun line up mengejutkan dengan tanpa Mael Sagna dan Wilshere, Wenger mungkin boleh berbesar hati kerana defender kita buat kerja dapat clean sheet tapi bahagian attacking kita nampak begitu dull. Senang nak mengambinghitamkan Rambo kerana dia straight menggantikan tempat Wilshere yg pada gua memang memerlukan rehat tapi tak jangka tak masuk langsung walau sub.Pertukaran yang dilakukan Wenger pulak masih di takuk lama, pilih2 minit2 special baru nak masukkan player, genap2 minit ke 60, 70 dan 80++ adalah waktu fengshui bagi Wenger. Malah menukar Giroud lagi 2 minit game nak habis ketika nampak hanya dia threat yang kita miliki bukanlah suatu yang popular untuk diterima oleh away fan yang mula melaungkan kata2 sindiran dan kritikan "You don’t know what you’re doing ". Kritikan ini mendapat respond yang agak panas dari Wenger, kelihatan emo.


Sudah tentu dia claim dia tau apa yang dia buat. Dia manager, dia ada access pada kecergasan player dan menentukan sama ada player ini turun atau tidak. Dia boleh rehatkan key2 player, dan bagi sejuta macam alasan player2 kesayangannya injured Rosicky, Diaby yang punyai penyakit misteri 1001 malam. Tapi dia jugak ada saham untuk diblame sebab yang buat selection player adalah dia dan scout. Ternyata pemain2 backup tak sampai ke tahap yang diinginkan. Sebagai sebuah top club, takut nak punya ramai star sebab risau player tak puas hati kurang minit di atas padang bukanlah satu alasan bijak. Bukan tugas kelab nak bagi so called pemain profesional ni memuaskan hati pemain masing2. Tugas player itu sendiri untuk beraksi bersama kelab yang bagi peluang kerjaya mereka, dan tugas mereka untuk step up to the next level berusaha menjadi player terbaik untuk dipilih dalam kesebelasan. Di Arsenal, semangat persaingan tu kini tampak bebenor lesunya. pemain muda bersaing dengan pemain muda untuk slot back up pemain tua sedikit..Kadang2 untung tu, posisi tu terus dapat kat si polan si polan tanpa saingan walaupun pengalaman baru beberapa tahun jagung.Lack of urgency, lack of winning mentality.. Suruh player step up selama ini, kali ini gua nak Arsene Wenger step up. Sedar siket kita bukan lagi di tahun 90 an, kata nak modern football tapi nampak taktikalnya semakin ke belakang ditelan zaman. Dia pernah cakap kebanyakan lawan sekarang dah prefer 4-1-4-1, 4-2-3-1 dalam game berbanding old school 4-4-2 tapi dia pulak masih stick dengan delusional 4-3-3 yang nyata tak mengoptimakan kebolehan dan strength player yang kita ada. Player baik macam Arteta pun lama2 boleh doubt diri sendiri jugak mampukah pikul tugas ditinggalkan Song kalau keputusan asyik berlaku sebaliknya.Key2 player ni tak mampu memikul tanggungjawab sepanjang masa tanpa support dari squad player. Nampak bukan? Harap mesej gua sampai untuk dikongsi bersama.

Esok nak lawan Everton lagi haru. Gua rasa Wenger amek keputusan rest player pun sebab nak lawan Everton tengah minggu ni la. Pasukan Merseyside satu lagi ni tengah on form, malah berada atas kita dalam kedudukan liga. Game esok memang penting, penting sangat2 agar kita dapat rapatkan jurang dengan pasukan2 di atas.Wenger dan anak buah perlu bangkit.Jangan tido lagi

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: