Rabu, 28 November 2012

Bersiap sedia ke Goodison Park

Sebelum ke match awal pagi nanti, gua nak sentuh pasal bajet. Kita tahu transfer window akan dibuka lagi sebulan, adakah Arsenal akan memancing sesiapa bagi memperkuatkan pasukan? Jawapan klise dari Wenger 'kita hanya akan sign top2 players'. Sedih dengan dunia bola sepak sekarang ,transfer fee menggila, gaji membabibuta, macam mana nak pancing player jika duit tak cukup. Itu kita jangan bimbang, Syarikat penerbangan Emirates telah melanjutkan tempoh penajaan 5 tahun dengan jumlah 150M. Walaubagaimanapun bukan kesemua tu akan masuk transfer kitty, cuma dapat laa tempias2 siket, lepas laa nak idup bayar gaji. Dengan kontrak ini, stadium di Ashburton Grove masih tetap akan memakai nama Emirates Stadium sehingga 2028-suatu yang kurang digemari oleh penyokong2 tempatan. Kalau gua pun, memang tak setuju pakai nama sponsor ni, sebab terikat, ada tempoh masa tiada legacy. Dengar cite pulak Arsenal nak berhijrah kembali ke Adidas.Tak tahu sejauh mana kesahihan tapi ilustrasi dari seorang penyokong Arsenal yang memberi gambaran 'impian'nya nampak cool.


Untuk game malam ni kat Merseyside, memang menarik sebab dua2 form lebih kurang, position dalam table pun atas bawah. Nampak Everton macam flhying high tapi tak jugak sebenarnya dalam 6 game latest overall, Everton aru menang sekali, Arsenal pulak 2.Itu sebab kita hanya dipisahkan dengan 1 mata sahaja. 10 kali game dengan mereka, kita belum pernah kalah.Ada chance? Ada, kalau tak buat kesilpan bodoh dan man marking Maroune Fellaini yang kembali dari penggantungan.Gua tahu Arsenal lebih prefer zonal marking tapi untuk kita kasi frustration pada opposition, kadang kala kita perlu tutup sumber game mereka yakni key2 player mereka.Secara jujur, Moyes adalah antara manager yang berkaliber dilihat dalam BPL. Kemampuannya mengadunkan player2 tanpa dana jutaan ringgit tapi masih konsisten memberi threat dalam liga harus dikagumi oleh mana2 manager.Selain Fellaini, mereka ada Baines, Heitingga, Jelavic, Jagielka, Howard Pienaar.Pemain2 macam ni walaupun nama average tapi Moyes dapat capai full potential mereka untuk menjadi aset berharga pada kelab. Itulah sebab dia antara manager paling lama diberi kepercayaan oleh kelab selain dari Wenger dan Ferguson. Chelsea? Jawatan manager umpama program realiti tv, akan tersingkir di minggu2 tertentu. Tony Fernandez pun nak buat2 gempaq time2 tu jugak nak tukar manager bajet nak orang sebut dia ala Roman.

Daripada lineup hambar Sabtu lalu, pasti ada perubahan dalam kesebelasan utama. Kapten Mael, Jack Wilshere, Theo,Sagna semuanya fit dan akan diserapkan. Besar kemungkinan, Rambo, Jenkinson,Chambo dan Koscielny akan kembali ke bangku simpanan. Mael masuk tengah balih bergandingan dengan Mertesacker sebab Gibbs dah fit start main kat Villa Park tempoh hari.Rosicky masih perlukan 1 atau 2 game reserve sebelum boleh dipadukan bersama skuad utama.Main away, Arsenal perlu cepat dapat gol awal. Kalau dah masuk 60 minit tak score2 lagi, tekanan akan bertambah, pihak lawan pun akan lebih konfiden.Ingat, Stoke, Norwich, United, Villa. Game away yang betul2 puas hati setakat ni West Ham.Iyalah sebab menang kan tapi kalau nak terus bagi ancaman dalam liga, Arsenal perlu menang kat venue2 macam gini.Kasi konfiden level up lagi.

----------------Szczesny-----------------
Sagna-------Per-----------Mael---Gibbs
-------------Arteta--Jack----------------
---Theo-------Cazorla-------Podolski--
---------------Giroud--------------------

Dah check Astro, macam tak ada live.3 channel semuanya tayang match lain. Tapi kalau gua silap tolong betulkan. Cari pot2 streaming, nak 'duduk dalam gua' pun macam tak berapa kena sebab ulangan 11 pagi. Match kick ohh 3:45am

Update.. Live di Astro 810 3:40am

 Arsenal 2 Everton 1

 Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: